Review
Sep 30, 2020, 12:03pm

Tips Penggayaan Busana Muslimah


Pada masa ini, jumlah perniagaan pakaian muslimah telah bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Selebriti juga mula menceburkan diri dalam bidang ini berikutan permintaan yang tinggi. Sebagai pengguna, kita juga rambang mata dengan begitu banyak pilihan di pasaran. Seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia fesyen, wanita muslimah kini bijak bukan sahaja tampil lebih bergaya malah pandai untuk menggayakan sesuatu fesyen mengikut tempat. Terima kasih kepada teknologi yang banyak membantu memudahkan pencarian pakaian sesuai dan sepadan.

tips penggayaan gaya muslimah

Walaubagaimanapun, kadang – kala masih wujud golongan yang tersasar dalam memilih pakaian yang betul untuk ke sesuatu tempat yang membuatkan orang lain berasa sakit mata memandang. Terdapat beberapa aspek penting yang perlu dipertimbangkan untuk membeli dan menggayakan pakaian muslimah sesuai dengan tempat dan pada masa yang sama memastikan keselesaan anda. Oleh itu, di sini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk anda bagi memastikan anda membuat pilihan yang betul dalam menggayakan busana muslimah.

Buat Pilihan Warna Yang Serasi

tips pemilihan warna untuk busana muslimah

Wanita muslimah sudah tentu sukakan fesyen yang cantik dan menarik buat suami mereka. Mereka boleh tampil ayu walaupun berpurdah atau bertudung, kualiti kain dan jenis kain yang digunakan sangat memberi impak positif kepada pengguna. Selain itu, warna juga memainkan peranan penting dalam pemilihan tudung atau jubah mereka.

Bagi yang belum berkahwin, warna yang sesuai digunakan adalah warna yang terang. Warna yang terang mampu menyerlahkan keanggunan dan kecantikan dalam diri wanita. Ramai remaja yang sukakan warna yang terang dan menonjol.

pemilihan busana untuk wanita berkahwin

Bagi muslimah yang sudah berkahwin, lelaki sangat suka muslimah yang mengenakan pakaian yang berunsur lembut, tidak terlalu cerah. Warna lembut seperti warna biru muda, ungu muda, hijau muda dan sebagainya. Dengan kata lain, kesesuaian pakaian muslimah adalah untuk suami. Oleh itu, bila ikut kemahuan suami, hubungan akan bertambah erat dan rapat.

Kenal Pasti Jenis Fabrik Yang Sesuai Untuk Anda

1. Dull Satin Valentro

dull satin valentro

Fabrik ini jika di bandingkan dengan satin-satin jenis yang lain, materialnya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Kain dull satin jenis ini berasal daripada Korea. Dull satin ini ada 2 jenis iaitu valentro dan heavy valentro, jenis kain ini dikategorikan mengikut berat dan ketebalan masing-masing. Warnanya tidak terlalu berkilat dan kelihatan elegan bila digayakan. Jenis fabrik ini membuat kan jubah kelihatan flowy semasa dipakai. Kain dull satin valentro mempunyai banyak pilihan warna seperti warna-warna asas, warna terang, dan juga warna pastel. Kain jenis ini berbidang 60 inci, hanya 3 – 3.5 meter sudah mencukupi untuk membuat sehelai jubah. Kain valentro adalah jenis ‘washable’ dan perlu di gosok untuk kelihatan lebih rapi.

2. Como Crepe

kain como crepe

Kain jenis ini sangat di gemari oleh peminat jubah di Malaysia. Materialnya lembut dan tidak panas. Kainnya agak berat berbanding kain satin. Material como crepe tidak jarang, dan tidak mudah berkedut. Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya.

Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang. Kain como crepe adalah jenis ‘washable’ dan perlukan light ironing sebelum di pakai.

3. Moss Crepe

Fabrik Moss Crepe ini juga mempunyai peminat yang tersendiri kerana kelebihannya yang tidak perlu di gosok. Materialnya yang lebih lembut berbanding kain como crepe membuatkannya lebih sedap dan sejuk di pakai. Material jenis ini lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidak jarang dan selamat. Kain moss crepe bukan sahaja sesuai di buat jubah tetapi juga untuk blouse dan cardigan panjang.

kain moss crepe

Kain jenis ini juga seperti como crepe, bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya. Pilihan warna untuk moss crepe juga banyak, ada juga yang dual tone. Material ini tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak.

Dalam pemilihan fabrik, sangat penting bagi wanita kerana ianya melibatkan keselesaan kepada pemakainya. Tidak terasa gatal-gatal, tidak menyakiti kulit dan sebagainya.

Padankan Gaya Mengikut Kesesuaian Tempat

padankan pakaian mengikut tempat

Busana muslimah yang paling kerap kita lihat adalah jubah. Sebagai fesyen muslim, sudah tentu jubah muslimah ini memiliki lengan panjang dan menutup semua bahagian tubuh dengan betul. Seiring zaman, dunia fesyen juga menunjukkan perkembangan yang signifikan. Pada masa lalu, jubah muslim dianggap pelik dan kuno. Tetapi sekarang ni, jubah sudah banyak dirubah dari sisi design dan warna. Dan sekarang, pakaian jubah muslimah kelihatan lebih moden dan beragam.

tampil muslimah dengan gaya terkini

Wanita Islam di Malaysia dan di luar negara menggunakan jubah untuk semua majlis. Ini sudah tentu kerana reka bentuk jubah muslimah lebih beragam dari aksesori, warna dan kain. Trend fashion baju jubah semasa memang lebih bergaya kerana ia dibuat dengan campuran dan kombinasi warna terang tetapi masih kelihatan selesa dan tidak kelihatan pelik.

Reka bentuk terkini jubah dress muslim memudahkan wanita memilih mengikut pilihan hati mereka. Inovasi terbaru pada jubah Muslim hari ini memberikan fleksibiliti untuk wanita memilih fesyen muslim yang sesuai setiap hari. Terutama untuk kita orang yang ingin tampil syar’i dalam fesyen Islam tanpa mengenepikan fesyen.

gabungan budaya lokal dan moden

Penggabungan budaya lokal dengan reka bentuk terkini menjadikan jubah wanita mudah dijumpai di mana-mana. Trend terkini pada jubah moden wanita meliputi warna yang cerah, seperti gold, merah, biru, merah jambu dan putih. Jubah hitam pun akan kelihatan cantik apabila digabungkan dengan tudung yang sesuai.

variasi jubah muslimah terkini

Hari ini, pakaian jubah boleh digunakan untuk pelbagai situasi. Ia juga boleh digunakan sebagai baju kasual yang selesa dipakai di rumah. Ini sudah tentu kerana bahan jubah Muslim umumnya diperbuat daripada fabrik kapas yang nyaman dan lembut untuk kulit. Jubah muslimah moden terkini yang semakin berkembang pastinya menjadikan gaya fesyen muslim anda tampak lebih anggun dan elegan.

Koleksi Busana Melayu Moden BySerra

Butik Byserra terapkan sentuhan moden kontemporari dengan perincian ringkas dalam setiap helaian pakaian dalam koleksi mereka. Pakaian-pakaian dalam koleksi Byserra lebih menjurus kepada penampilan Melayu moden yang anggun dan elegan. Jom lihat beberapa pakaian daripada koleksi busana butik Byserra seperti berikut :

1. Baju Kurung Gandingan Batik dan Lace

baju batik dan lace

Baju kurung kombinasi batik dan lace adalah antara pakaian unik dalam koleksi busana Melayu moden Byserra. Baju yang sangat cantik dengan design ringkas yang menampilkan aura muslimah tetapi menampakkan elegan dan moden kepada si pemakai. Gandingan lace dan batik dengan potongan kain yang unik memperagakan unsur-unsur Melayu moden yang menjadi fokus jenama Byserra. Sesuai untuk kaum wanita yang ingin tampak bergaya anggun dan chic.

2. Kebaya Songket Tun Teja

kebaya songket tun teja

Design songket memang menarik untuk dilihat. Lagi-lagi, Kebaya Songket Tun Teja ini memang selesa untuk dipakai. Kebaya Songket Tun Teja Byserra merupakan antara fesyen pakaian yang dicari-cari ramai menjelang hari raya. Kepada yang gemarkan, gaya moden klasik yang sungguh manis tak jemu mata memandang, di sini Byserra memperkenalkan Kebaya Songket Tun Teja. Yang menariknya, kebaya Tun Teja merupakan gabungan material dari songket tenun dan satin silk exclusive, yang mana cutting kebayanya dibuat loose, tidak terlalu ketat atau terlalu longgar sesuai dengan kebanyakan bentuk badan wanita.

3. Mini Kurung Henna

mini kurung henna

Ini dia, fesyen terbaru kurung moden Melayu. Mini Kurung Henna ringkas. Lengan handcuff trendy, gemstone berkilau berseri. Tampil bergaya dengan ringkas dan cantik. Manis mata memandang. Diperbuat daripada jenis kain yang sangat selesa dan tidak jarang membuatkan ramai pelanggan Byserra tertarik dengan design unik ini. Dilengkapi dengan zip belakang dan lengan butang, Mini Kurung Henna Byserra dijamin memberikan keselesaan kepada pemakai dengan material kain yang membolehkan pemakai berasa tidak panas.

4. Baju Kurung Songket Permaisuri

baju songket permaisuri

Fesyen busana terbaru Baju Kurung Songket Permaisuri Byserra menjadi pilihan ramai gadis muda ceria. Nampak lawa, sopan dan yang paling penting bergaya. Busana ini membuatkan si pemakai tampil anggun dan sopan untuk pelbagai majlis. Dilengkapi dengan corak songket dan potongan kurung Pahang menampilkan kombinasi moden klasik yang menarik mata memandang. Jenis kainnya yang sejuk dan tidak panas untuk pemakai menjadikan busana ini menjadi pilihan ramai terutamanya gadis-gadis muda.

Apa Kata Orang Tentang Butik BySerra?

Pelanggan – pelanggan butik Byserra telah meninggalkan pelbagai testimoni yang menunjukkan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan juga produk yang dijual oleh mereka. Anda boleh melihat testimoni dan juga review yang ditinggalkan oleh para pelanggan butik Byserra seperti berikut;

Ramai pelanggan yang menggemari design dari butik Byserra ini. Anda juga pasti akan jatuh hati dengan design mereka.

testimoni pelanggan butik muslimah byserra

“Wah banyak betul pilihan, plus size pun ada, rambang mata tengok!”
“Woww…nampak class sangat lah butik ni..excitednya”.

“Wah..ada potongan harga la..nk kena walk in ni”
“Banyaknya design lawa-lawa..tak sabar nak grab diskaun lebih 30% ni”

testimoni pembeli sekeluarga

Anda boleh melihat ramai juga pelanggan yang membeli-belah untuk anak- anak mereka. Banyak pakaian koleksi moden untuk seisi keluarga sedondon, ringkas, terkini dan selesa yang boleh didapati di butik Byserra. Harga pun mampu milik setanding kualiti.

Tampak Bergaya Dengan Koleksi Moden Melayu Byserra Sekarang!

koleksi baju kurung dang anom

Anda dijemput untuk berkunjung ke Butik Byserra ini yang terletak di Level 2, Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor. Anda boleh mencuba pelbagai koleksi pakaian muslimah yang ada di sana. Menariknya apabila anda datang sendiri ke butik, anda dapat ketahui ke semua pilihan yang ada untuk anda. Pasti anda akan rambang mata apabila jejakkan kaki anda ke dalam Butik Byserra ini nanti. Kami pasti anda pasti suka dengan pelbagai variasi koleksi yang ditawarkan di Butik Byserra. Untuk anda yang gemar akan pakaian bercorakkan kontemporari dan moden, butik Byserra ini adalah pilihan yang bagus untuk membuat shopping anda.

Anda juga boleh membuat pembelian secara atas talian, dengan berhubung melalui Whatsapp di https://www.wasap.my/+0194491676/BySerra . Dapatkan maklumat mengenai pelbagai promosi menarik menerusi Facebook dan Instagram butik Byserra.

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Butik BySerra

Koleksi Muslimah Moden Kontemporari

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Butik Byserra, level 2, MALAKAT MALL. Cyberjaya

   
Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Call Whatsapp Layari Website

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG