Review
Aug 15, 2018, 2:58am

Tips Pemilihan Pakaian Bayi Dan Kanak-Kanak Lelaki Dan Perempuan


  •  
  •  
  •  
  •  

Tidak ada sesiapa pun yang dapat menyangkal betapa pentingnya untuk kita mengetahui tips pemilihan pakaian bayi dan kanak-kanak. Malah ia merupakan antara yang perlu dititik beratkan demi keselesaan mereka khusus untuk bayi, kanak-kanak lelaki dan perempuan.

tips pemilihan pakaian bayi

Untuk pemilihan pakaian anak-anak, ia tidaklah semudah membeli pakaian bagi orang dewasa. Perlu diingat kerana setiap pilihan pakaian yang tidak sesuai akan mengundang masalah buat mereka seperti ruam, gatal-gatal dan seumpamanya. Oleh itu, ikutilah tips pemilihan pakaian bayi dan kanak-kanak lelaki dan perempuan berikut.

Tips Pemilihan Pakaian Bayi

cara pemilihan pakaian bayi

Secara umumnya, untuk pemilihan terbaik bagi menentukan pakaian yang sesuai untuk bayi adalah bergantung kepada ciri-ciri fabrik yang dipilih. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan fabrik tersebut selesa dipakai. Antara tips pemilihannya ialah:

#1 – Pastikan Pakaian Itu Mudah Dibasuh Dan Warna Tidak Luntur

tips pemilihan pakaian bayi kain

Ketahuilah bahawa saiz baju bayi akan berubah dalam tempoh beberapa minggu. Maka, pilihlah baju bayi yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa. Fabrik yang baik pasti tidak akan ada masalah warna luntur setelah dicuci beberapa kali.

#2 – Pilihlah Pakaian Yang Mempunyai Pengaliran Udara Yang Baik

tips pemilihan pakaian bayi ventilasi

Dalam tempoh 5 bulan pertama, bayi akan membesar dengan cepat. Pakaian bayi yang mempunyai pengaliran udara yang baik sangat membantu untuk mengelakkan masalah ruam badan dan memastikan bayi berada dalam keadaan selesa.

#3 – Pilih Pakaian Bayi Yang Longgar

tips pemilihan pakaian bayi longgar

Elakkan dari memilih pakaian bayi yang ketat. Pemilihan pakaian bayi yang longgar sangat membantu terutamanya ketika mereka melakukan pergerakan. Di samping itu, pakaian yang longgar sudah pasti dapat dipakai dengan lebih lama sesuai dengan tumbesaran bayi.

#4 – Pemilihan Pakaian Bayi Dari Kain Kapas

tips pemilihan pakaian bayi kain kapas

Tidak dinafikan betapa sensitifnya kulit bayi. Untuk itu, ibu bapa perlu cuba untuk menggunakan pakaian bayi dari fabrik jenis kapas kerana ia membantu untuk mengelakkan daripada masalah kulit. Selain itu juga, kain kapas mampu untuk menyerap peluh dengan baik.

Tips Pemilihan Pakaian Kanak-kanak Lelaki Dan Perempuan

Tips pemilihan pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak begitu rumit berbanding bayi. Ini kerana kulit bayi begitu sensitif dan seeloknya fabrik jenis kapas digunakan berdasarkan kualiti materialnya. Untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, antara tips yang oleh diikuti ialah:

#1 – Pilihan Warna Yang Cerah

tips pemilihan pakaian kanak-kanak

Bagi kanak-kanak, warna yang paling sesuai ialah warna cerah dan ringkas coraknya. Ia akan memperlihatkan kesan yang lebih baik, selesa dan tampak lebih bersih untuk dipakai sepanjang hari. Sekiranya memilih baju bercorak-corak, pastikan corak tersebut tidak melebihi dari 3 warna.

#2 – Pakaian Dari Fabrik Kapas

tips pemilihan pakaian kanak-kanak lelaki

Sama seperti pemilihan baju bayi, pakaian dari fabrik kapas adalah paling terbaik untuk dipakai oleh kanak-kanak. Meskipun mereka bukan lagi bayi, mereka juga memerlukan keselesaan dan bebas dari rasa gatal-gatal badan kesan daripada fabrik yang tidak sesuai.

#3 – Pemilihan Warna Pakaian Berdasarkan Jantina

tips pemilihan pakaian berdasarkan jantina

Pilihan warna yang sesuai dengan jantina anak-anak juga penting untuk menyerlahkan keperibadian mereka. Umumnya mungkin menggunakan baju T bersama denim yang majority berwarna biru atau warna gelap untuk anak lelaki. Manakala untuk anak perempuan, biasanya warna yang sering mendapat tempat ialah warna merah jambu atau warna cerah berbanding pakaian laki-laki.  

#4 – Pakaian Kanak-kanak Yang Sesuai Dengan Iklim Malaysia

tips pemilihan pakaian mengikut iklim

Sudah pasti tips ini 100% tepat kerana dengan iklim Malaysia sekarang, pemakaian jaket kulit atau jaket sejuk dengan ropol-ropol yang mengganggu amat tidak sesuai. Meskipun ia kelihatan lebih bergaya untuk kanak-kanak, keselesaan mereka juga harus diambil kira.

#5 – Pakaian Kanak-kanak Dipilih Berdasarkan Umur Mereka

tips pemilihan pakaian ikut umur

Untuk tips yang seterusnya, ibu bapa perlu mengelakkan daripada terlalu mengikut fesyen sehinggakan baju kanak-kanak yang dipilih itu tidak mengikut kesesuaian umur mereka. Adalah lebih baik jika pakaian yang dipilih itu seiring dengan umur mereka supaya tampak lebih kemas dan selesa.

#6 – Elakkan Dari Mengenakan Kombinasi Warna Yang Pelik

tips pemilihan pakaian kombinasi

Tidak dinafikan bahawa ada di antara ibu bapa yang sekadar memberikan pakaian kepada anak tanpa menilai samada kombinasi warna itu sesuai ataupun tidak. Boleh jadi ia merupakan fesyen yang pelik jika tidak diteliti dengan baik. Maka, perlu ada sedikit perancangan berkenaan pemilihan fesyen dan kombinasi warna yang sesuai untuk anak-anak.

Memperkenalkan My Baby’s World Kedai Barangan Bayi Dan Kanak-kanak

Berita baik untuk mereka yang berada di sekitar Ipoh, My Baby’s World menyediakan pelbagai jenis barangan bayi termasuk barangan keperluan untuk anak-anak iaitu pakaian, perkakasan untuk bayi seperti food feeder, botol susu, beraneka jenis mainan yang boleh membantu si manja befikir dan sebagainya.

tips pemilihan pakaian bayi di my babys world

Pelbagai keperluan bayi dapat diperolehi pada harga yang berpatutan

kedai pakaian kanak - kanak di ipoh

Pakaian bayi dan pakaian kanak-kanak turut dijual di sini

tips pemilihan mainan kanak - kanak

Alat permainan yang mampu merangsang kreativiti anak-anak, Wooden Educational Toys

alat bantu belajar bayi kanak - kanak

Pelbagai barangan keperluan lain seperti alat bantu mengajar anak-anak dijual di sini

tips pemilihan pakaian bayi berjenama

Antara jenama yang menjadi pilihan di My Baby’s World, Ipoh

Sedikit Perkongsian Kenapa Mainan Kayu (Wooden Educational Toys) Patut Menjadi Pilihan Ibu Bapa

kebaikan wooden toys

1. Mampu melatih anak anda menggunakan 100% keupayaan fizikal (movement and motor skill). Anak anda akan terdorong menggunakan anggota fizikal seperti tangan, jari dan kaki untuk menolak, menarik mengerakkan permainan kerana wooden toys tidak menggunakan bateri untuk bergerak dan tiada sebarang button boleh ditekan.

tips pemilihan pakaian bayi aktif

2. Dapat membantu meningkatkan daya imaginasi anak (Develop Creativity & Imagination). Dapat melatih imaginasi anak dengan bermain puzzle wooden toys atau mencantum part by part.

tips pemilihan pakaian bayi dan mainan

3. Meningkatkan kemahiran berfikir dengan logik (Enhance Logic Skills).

4. Anak anda akan lebih banyak berfikir apabila bermain dengan wooden toys (Develop Problem Solving skills).

tips pemilihan pakaian bayi solving skills

5. Anak akan banyak menggunakan tangan dan mata (Develop Hand Eye Coordination).

6. Tidak bertoksik dan selamat pada anak dan persekitaran.

7. Senang di cuci iaitu dengan hanya perlu lap dengan air bersih dan biarkan kering.

Dapatkan Kelengkapan Bayi Dan Kanak-kanak Di MyBaby’s World Pada Harga Terbaik Sekarang!

tips pemilihan pakaian bayi murah di ipoh

Percayalah bahawa kami di pihak MyBaby’s World sentiasa memberikan kualiti perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan dengan menjual barang-barang keperluan bayi dan kanak-kanak yang terbaik pada harga yang berpatutan.

MYBABY’S WORLD | KEDAI BARANGAN KEPERLUAN BAYI Hubungi: Telefon (016-4382045)  | Tekan untuk WhatsApp

Alamat: My Baby’s World No.8, Jalan Pengkalan Putra 1, Pusat Perniagaan Pengkalan Putra,Jalan Pasir Puteh,31650 Ipoh, Perak.

Nak dapatkan lokasi kedai My Baby\'s World SEKARANG?

Sila telefon ke +60164382045 atau WhatsApp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak dapatkan lokasi kedai My Baby\'s World SEKARANG?

Sila telefon ke +60164382045 atau WhatsApp SEKARANG!