Review
Sep 29, 2020, 12:02pm

Tips Pemakaian Baju Kurung Mengikut Bentuk Badan


Selalu kan kita pening-pening tidak tahu yang mana baju kurung sesuai untuk sendiri supaya untuk nampak glamor dan outstanding dalam jamuan yang penting. Khususnya, baju kurung sempena raya nanti pun mestilah yang nampak cantik dan ngam dengan badan. Tak kisahlah sama ada tempah atau beli dah siap, yang penting baju tersebut sesuai dengan anda. Nak pilih baju biar yang selesa untuk dipakai sepanjang hari. Maklum saja bila tiba hari raya, ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah dan anda pun sudah tentu nak bergaya seharian kan?

Tips Pemakaian Baju Kurung Mengikut Bentuk Badan

Bukan main sarung sahaja baju kurung tu. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah ketahui cutting badan anda sebelum memilih baju kurung yang sesuai. Jadi, bagi memastikan anda tidak tersalah pilih jenis baju kurung sempena hari raya, jom kita selongkar tips pemakaian baju kurung mengikut bentuk badan.

Ketahui Bentuk Badan Anda

Baiklah, sambil-sambil kita melayan artikel ini, apa kata kita pastikan dahulu jenis bentuk badan anda ?

1. Bentuk ‘Hourglass’

bentuk hourglass

Bentuk badan ini merupakan bentuk paling ideal kerana mengagihkan berat sama rata antara bahagian atas dengan bawah tubuh badan seseorang. Boleh dikatakan bentuk tubuh idaman semua gadis dan wanita di luar sana. Saiz bahu dan pinggul adalah sama dengan pinggang yang lebih kecil dan ramping, mempunyai perbezaan ukuran sehingga 10 inci.

2. Bentuk ‘Ruler’

bentuk ruler

Ibarat namanya, mereka yang berbentuk badan ‘ruler’ tidak mempunyai bentuk pinggang ramping yang ketara seperti si ‘hourglass’. Lekuk pinggang kurang kelihatan dan nampak lurus seakan-akan pembaris. Kebanyakan waktu ukuran bahu dan pinggul golongan bentuk badan ini adalah sama.

3. Bentuk ‘Pear’

bentuk pear

Badan dikatakan seperti duyung. Bentuk badan ini adalah yang paling mudah untuk dikesan. Hal ini disebabkan bentuk badan yang berbentuk seakan buah ‘pear’ di mana golongan yang berbentuk badan ini akan memiliki visual pinggul yang lebih lebar dari saiz bahunya. Pinggang adalah aset terbaik yang dimiliki oleh orang berbadan ‘pear’.

4. Bentuk ‘Apple’

bentuk apple

Bagi yang berbentuk badan ‘apple’ saiz pinggang mereka lebih lebar dari dada dan pinggul. Nampak besar pada bahagian perut dan pinggul disebabkan lemak. Sama seperti bentuk buah epal dan golongan bentuk badan ini akan kelihatan lebar dan gemuk. Menurut kajian yang dijalankan, majoriti mengatakan mereka mudah ‘naik badan’ di bahagian perut berbanding pinggul. Inilah yang membezakan si ‘apple’ dan si ‘pear’ apabila mencari pakaian yang sesuai.

5. Bentuk ‘Inverted Triangle’ atau Segitiga Terbalik

bentuk inverted triangle

Bentuk tubuh ini memiliki volume lebih pada bahagian dada atau lengan yang lebar. Golongan yang berbentuk badan ‘inverted triangle’ mempunyai saiz bahu yang lebih lebar dari saiz pinggulnya. Golongan ini merupakan yang gemar bersukan seperti renang sejak kecil boleh membentuk siluet badan sebegini apabila dewasa.

Jenis Baju Kurung Yang Sesuai Ikut Bentuk Badan

jenis baju kurung mengikut bentuk badan wanita

Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Walaupun rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari , dengan pelbagai hiasan seperti manik, labuci, kerawang dan material baju yang bukan lagi menggunakan kain kapas tetapi yang penting, ia masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

1. Baju Kurung Teluk Belanga atau Cekak Musang

baju kurung teluk belanga

Baju kurung jenis ini merupakan salah satu pakaian tradisional popular, dikatakan sangat ‘versatil’, ‘evergreen’ dan sering menjadi pilihan wanita hari ini kerana selain Hari Raya, ia juga boleh digayakan pada majlis-majlis rasmi dan keramaian seperti perkahwinan. Sebenarnya walaupun baju kurung ini dianggap baju yang paling senang untuk digayakan tidak kira bentuk badan, yang paling penting adalah fabrik atau jenis materialnya, selain corak dan hiasan yang ada pada baju tersebut.

baju kurung cekak musang

Di antara strategi utama ketika mengambil kira corak, hiasan dan jenis fabrik ini adalah dengan memastikan di manakah kekuatan (aset) dan kekurangan bentuk badan anda. Seperti contoh, jika badan anda berbentuk ‘pear’, maka kekurangan anda adalah di pinggul dan aset anda pula di bahagian atas badan. Manakala si ‘apple’ pula , asetnya pula akan bertumpu di bahagian pinggul ke bawah, dada dan perut merupakan kekurangan yang perlu ditutup. Kurangkan pemilihan dan penggunaan corak, hiasan dan jenis material yang boleh membuatkan bahagian badan yang ingin ‘ditutup’ itu tadi nampak menyerlah. Sebaliknya, biarkan ianya dengan warna-warna polos, gelap, dan sekiranya bercorak pastikan ianya sesuai dengan saiz badan anda (kecil, sederhana, besar).

2. Baju Kurung Kedah

baju kurung kedah

Dipercayai berasal dari selatan Thai, baju yang menyerupai blaus pendek, longgar dan singkat ke paras punggung dan digayakan dengan kain seakan kain sarung. Disebabkan rekaan bajunya yang sebegini, disarankan kepada mereka yang berbentuk ‘pear’ agar tidak memilih rekaan kurung Kedah kerana ia menonjolkan lagi bahagian pinggul anda bukan menyembunyikan.

baju kurung kedah badan petite

Bagi yang petite, kaedah skim warna monokromatik boleh membantu memberi peranan membuatkan si pemakainya kelihatan lebih tinggi. Manakala bagi yang berbentuk ‘pear’ pula, rekaan kurung Kedah dengan potongan di pinggul bukanlah pilihan baju yang terbaik, terutamanya jika terdapat perbezaan pilihan warna ketara antara bahagian atas badan dan bawah. Kurung Kedah kontemporari dan sentuhan moden dengan rekaan corak di bahagian atas amat sesuai untuk yang berbentuk badan ‘ruler’ atau ‘hourglass’ yang ingin menampilkan bentuk badan yang ramping.

3. Baju Kurung Pahang

baju kurung pahang murah

Rekaan sebegini sangat cantik dipakai untuk wanita yang berbentuk badan ‘hourglass’ dan juga yang mempunyai bentuk badan ‘ruler’ kerana ia menonjolkan lagi bahagian aset (pinggang) yang ramping. Tidak salah wanita yang mempunyai bentuk badan ‘pear’ ingin memilih kurung Pahang ini tetapi biarlah bahagian atas bajunya diserikan dengan sedikit hiasan atau aksesori yang lebih menonjol agar mata yang melihat tidak tertumpu kepada bahagian pinggul yang besar itu tadi. Mereka yang mempunyai bahu yang lebar (inverted triangle) juga akan kelihatan lebih cantik dengan rekaan Kurung Pahang ini, tetapi pastikan juga agar bahagian bahunya tidak dilengkapi dengan sebarang padding.

4. Baju Kurung Peplum

baju kurung peplum murah

Baju kurung Peplum ini telah menjadi suatu trend dan telah mendapat permintaan tinggi terutamanya dalam kalangan remaja wanita. Satu sahaja yang ingin diberi perhatian dan dipesan buat anda – jangan terpedaya dengan rekaan seperti kurung peplum ini, yang anda anggap dan yakin bahawa jahitan pleatednya boleh menyembunyikan perut anda yang besar. Kurung peplum ini juga sangat sesuai buat si ‘hourglass’ dan ‘ruler’ kerana rekaannya lebih tertumpu kepada bahagian pinggang dan jahitan pleated itu sendiri bertujuan untuk menampakkan visual badan yang lebih berisi dan seimbang.

baju kurung peplum cantik

Pilihan jenis kurung Peplum di mana labuh bajunya boleh mencecah sehingga ke paras pinggul (bahagian belakang) amat tidak sesuai untuk mereka yang berbentuk ‘apple’ ataupun ‘pear’. Jahitan pleated di Peplum itu sendiri akan membuatkan si ‘apple’ kelihatan lebih besar di bahagian perut, manakala pleated di bahagian belakang pula membuatkan mata akan memandang ke paras pinggul di mana jahitan (seam) itu berakhir. Itu hanya akan menumpukan lagi kekurangan badan anda dan bukan menutupinya.

BySerra – Butik Pakaian Melayu Moden Keluaran Anak Jati Tempatan

lubuk pakaian muslimah murah di putrajaya

Hendak gayakan look sebegini? Jom kenali koleksi busana Byserra yang bukan hanya untuk kaum wanita malah untuk kaum lelaki juga. Pakaian koleksi moden sedondon, ringkas khas untuk lelaki yang terdiri daripada pilihan variasi. Anak-anak kecil pun boleh shopping dekat Butik Byserra! Dari muda sampai ke tua semua boleh shopping dekat Byserra. Koleksi pakaian moden untuk semua dan akses kepada gaya fesyen kualiti tinggi untuk semua peringkat umur.

Antara koleksi eksklusif dan popular Byserra yang boleh anda dapati di butik tersebut adalah seperti berikut:

Kurung Labuh Songket Permaisuri

baju kurung songket permaisuri byserra

Mini Kurung Bunga Lestari

baju kurung bunga lestari

Kurung Dang Anom

baju kurung dang anum

Kebaya Melur

baju kebaya melur

Kebaya Jiwa

baju kebaya jiwa

Kebaya Songket Tun Teja

baju kebaya songket tun teja

Bukan ini sahaja, malah terdapat banyak lagi pakaian menarik yang boleh anda dapati di Butik Byserra. Pada hari-hari istimewa, Butik Byserra ada juga menawarkan promosi dan diskaun buat pelanggan-pelanggan yang setia melanggani fesyen moden Byserra. Promosi Hari Raya, promosi Eid Adha, promosi Hari Merdeka, promosi Hari Malaysia dan banyak lagi!

Antara Testimoni Pelanggan Yang Mencuba Fesyen Busana BySerra

Nak tahu bagus ke tidak sesuatu produk, anda mesti ketahui apa komen dan ulasan daripada pelanggan mereka. Di sini disertakan beberapa testimoni mereka yang sudah cuba dan pakai sendiri koleksi pakaian daripada Butik Byserra ini.

Antara pelanggan gembira dan puas hati dengan perkhidmatan dan produk dari Butik Byserra.

antara pelanggan happy byserra

Ramai pelanggan yang menggemari design dari butik Byserra ini. Anda juga pasti akan jatuh hati dengan design mereka.

penggemar koleksi baju byserra

“Wah banyak betul pilihan, plus size pun ada, rambang mata tengok!”
“Banyaknya design lawa-lawa..tak sabar nak grab diskaun lebih 30% ni”

butik pakaian pilihan wanita

“Woww…nampak class sangat lah butik ni..excitednya”.
“Corak baju semua menarik laa.. Kebaya melur tu lawa. Nak g la nanti balik keje”

pilihan pakaian sekeluarga di butik byserra

Anda boleh melihat ramai juga pelanggan yang membeli-belah untuk anak-anak mereka. Banyak pakaian koleksi moden untuk seisi keluarga sedondon, ringkas, terkini dan selesa yang boleh didapati di butik Byserra. Harga pun mampu milik setanding kualiti.

Tampil Bergaya Dan Berseri Bersama BySerra

tampil bergaya dengan koleksi byserra terbaru

Anggun dipakai, kini boleh diidami oleh semua orang tidak kira saiz. Hijau mata memandang. Mari hiasi diri anda dengan koleksi Byserra sekarang. Bukan mudah untuk bergaya dengan busana Muslim dan pada masa yang sama tampil moden dan menutup aurat. Koleksi Byserra kini menyediakan peluang tersebut untuk anda yang di luar sana yang masih tercari-cari pilihan fesyen Melayu moden yang unik dan menarik.

baju kurung layer nadeeya

Anda tidak perlu khuatir kerana walaupun anda jauh daripada lokasi butik, anda masih boleh dapatkan koleksi Byserra secara dalam talian. Segala urusan sangat mudah dengan belian dan jualan di dalam talian. Urusan pengeposan akan dibuat oleh pihak Butik Byserra untuk anda yang membuat tempahan sama ada melalui Whatsapp, https://www.wasap.my/+0194491676/BySerra atau Shopee. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai koleksi terkini Byserra dengan melawat laman sosial Facebook dan Instagram Byserra dan dapatkan inspirasi fesyen moden daripada koleksi-koleksi yang dipamerkan di laman tersebut.

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Butik BySerra

Koleksi Muslimah Moden Kontemporari

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Butik Byserra, level 2, MALAKAT MALL. Cyberjaya

   
Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG

Call Whatsapp Layari Website

Tampil Bergaya Walaupun Mengenakan Busana Muslimah Patuh Syariah?

Dapatkan Koleksi Menarik Di Butik BySerra SEKARANG