Umum
Aug 4, 2014, 11:09pm

Tips Nakal Menghadapi Peperiksaan Online Supaya Lulus Dengan Cemerlang


  •  
  •  
  •  
  •  

UPDATE TERKINI Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17  3 April 2015 di FAN PAGE PROF HARIZ

Peperiksaan online susah? 

Itulah perasaan yang bermain di minda setiap calon Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 .

Alasan yang biasa mereka keluarkan adalah

Saya tidak tahu menggunakan komputer dan internet” saya sambung “tetapi mampu guna facebook”. “Saya nak kena pergi McD ke untuk hadapi exam online ni” saya sambung “McD kan boikot”. “Malaslah nak ambil exam online, ramai cakap susah! Selalu hang” saya sambung “dengar orang cakap saja ke?”

Lumrah kehidupan, lebih banyak orang gagal berbanding orang yang berjaya. Orang yang gagal merupakan mereka yang sentiasa berfikiran negatif dan takut gagal. Manakala orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berfikiran positif dan berani menghadapi risiko untuk berjaya.

UPDATE TERKINI Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17  3 April 2015 di FAN PAGE PROF HARIZ

InshaAllah disini saya sediakan beberapa tips nakal menghadapi peperiksaan online supaya anda lulus dengan cemerlang untuk mereka yang takut peperiksaan online nanti.

Tips Peperiksaan Pembantu Tadbir N17

Tips Peperiksaan Pembantu Tadbir N17

1.  Komputer, Laptop

Perkara yang asas untuk anda menghadapi exam online adalah Komputer, Laptop. Tiada benda ni memang anda tak boleh menduduki exam online. Jadi cadangan saya pastikan komputer/laptop anda dapat berfungsi dengan baik. Bagi yang tiada boleh pergi cybercafe. InshaAllah buat pilihan yang bijak dan tepat.

2. Sambungan Internet

Nama pun exam online iaitu peperiksaan di atas talian. Tanpa sambungan internet anda memang tak boleh ambil exam online ni. Cadangan saya pastikan sambungan internet anda 1Mbps ke atas. Kalau nak ke cybercafe cari yang internetnya laju. Kalau ada Unifi lagi bagus. Guna Wifi? Boleh tetapi bukan di McD. hihi

3. Browser

Ini part yang paling penting. Pemilihan Browser (Pelayar) amat penting. Apa yang dicadangkan oleh SPA guna Internet Explorer versi 8.0 dan keatas. Selain itu Mozilla Firefox juga dicadangkan.

4. Supporter

Anda perlukan ‘supporter’ di belakang anda. Satu kelebihan untuk anda. Kalau boleh dicadangkan, mungkin pasangan anda, rakan mahupun adik beradik anda! Mana tidaknya, anda boleh ambil exam di tempat anda secara online dan TIADA PENGAWAS menjaga anda.

5. Sediakan Buku Rujukan

Anda buat pilihan yang bijak sekiranya anda memiliki  pakej rujukan peperiksaan online pembantu tadbir N17. Bawalah Ebook tersebut di dalam smartphone, tablet atau laptop anda. Semasa dalam exam online nanti anda cuma CTRL + F untuk mencari keywords soalan di dalam exam.

6. Hadir lebih awal

Calon dikehendaki mendaftar masuk  10 minit sebelum peperiksaan bermula. Cadangan saya masuklah lebih awal dalam 15 minit sebelum peperiksaan mula. Pukul 7.45pm

7. Rujuk Manual dan Panduan Yang Betul

inshaAllah boleh rujuk panduan peperiksaan online Pembantu Tadbir N17 sekarang. Anda perlu tahu manual dan panduan yang dikeluarkan oleh SPA !

8. Sediakan Kalkulator

Siapkan kalkulator di sebelah anda dan jika ada kawan/saudara yang boleh bantu anda bersama, ajak mereka untuk berada di sebelah anda ketika sesi peperiksaan

9. Jangan Buang Masa

Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab. Jangan buang masa anda kerana masa itu emas. 10. Jawab dengan Tenang

InshaAllah Berusahalah dengan bersungguh-­?sungguh dan penuh harap kepada Allah. Semoga kejayaan milik kita semua. Allahumma Ameen Ya Allah.Jadi adakah anda sudah bersedia???????????
UPDATE TERKINI Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17  3 April 2015 di FAN PAGE PROF HARIZ

Nota : Silakan kongsi dan tag rakan-rakan anda yang menghadapi exam online ini. Ini adalah tips nakal. Jika ada sebarang masalah boleh terus email hi@profhariz.com atau Pakej Rujukan Peperiksaan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17