Review
Apr 13, 2018, 3:04am

Tips Mulakan Bisnes Dobi Cucian Sendiri


Bisnes dobi merupakan idea yang terbaik bagi anda yang ingin memulakan bisnes yang memberikan pendapatan pasif sepanjang hidup anda. Ia bukanlah seperti bisnes restoran, kedai makan, butik dan lain-lain lagi yang perlukan anda ada di lokasi tersebut setiap masa.

kelebihan pakej bisnes dobi cucian sendiri kapten dobi

Bisnes dobi terbahagi kepada 2 jenis iaitu bisnes cucian sendiri dan juga bisnes cucian disediakan. Dobi cucian sendiri membolehkan para pelanggan mencuci sendiri pakaian mereka dan ia akan terus siap dengan segera manakala bisnes dobi cucian disediakan pula adalah dimana anda sebagai pemilik kedai yang bertanggungjawab untuk mencuci pakaian pelanggan, menyeterika dan melipat pakaian tersebut untuk diberikan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan. Semestinya bisnes dobi cucian sendiri lebih mudah dan efektif. Anda tidak perlu bersusah payah menjaga kedai dan sebagainya tetapi anda mempunyai pendapatan! Untuk pengetahuan anda juga, bisnes dobi cucian sendiri membolehkan anda memperoleh keuntungan yang maksima hanya dengan mengeluarkan modal yang rendah. Siapa yang tak nak kalau mendapat peluang sebegini kan?

memilih mesin dobi cucian sendiri

Sebelum memulakan bisnes dobi, anda harus menitikberatkan beberapa perkara seperti lokasi dobi, jenis mesin, peralatan yang diperlukan, modal yang dikeluarkan dan sebagainya. Untuk memulakan bisnes dobi cucian sendiri, anda harus memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan proses penyelenggaraan dan pengendalian semua peralatan dan proses berjalan dengan lancar. Jom ikuti tips-tips untuk mulakan bisnes dobi cucian sendiri.

Tips #1 – Memilih Lokasi Yang Lokasi Strategik

pilih lokasi yang strategik menjamin bisnes dobi cucian sendiri

Anda harus memilih lokasi dobi yang strategik. Lokasi yang strategik bermaksud tempat dobi yang anda pilih mempunyai tapak persinggahan yang ramai orang dan menjadi perhatian ramai. Selain itu, lokasi dobi yang anda pilih juga haruslah mempunyai kemudahan seperti lot parking dan sebagainya.

Tips #2 – Memastikan Peralatan Dan Barang Lengkap

bisnes dobi cucian sendiri terbaik

Anda harus kaji terlebih dahulu apakah peralatan ataupun barang-barang yang perlu ada di kedai dobi anda, bilangan mesin serta perkara yang penting bagi memudahkan pelanggan. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan sabun dan pewangi bagi memudahkan pelanggan anda. Mereka tidak perlu membeli atau membawa sabun dari luar lagi.

Tips #3 – Kos Dan Modal Yang Rendah Dan Berbaloi

tips mulakan bisnes dobi cucian sendiri dengan kos rendah

Untuk memulakan bisnes dobi cucian sendiri, kos dan modal adalah perkara utama yang wajib anda ada. Tanpa modal atau duit, segalanya tidak dapat berjalan seperti yang anda rancang. Sama ada membeli atau menyewa kedai, mesin serta peralatan lain untuk perniagaan dobi memerlukan bajet kewangan yang tinggi. Namun, anda tidak perlu keluarkan apa-apa duit lagi kerana modal adalah untuk kali pertama anda kendalikan dobi sahaja. Anda tidak perlu risau kerana kos dan modal berbeza mengikut jenis dan bilangan peralatan. Anda boleh mendapatkan dengan harga yang rendah dan juga mahal. Sudah tentu anda disarankan memilih harga yang rendah tetapi padat dengan semua peralatan.

Tips #4 – Perkhidmatan Rekabentuk Dan Pemasangan Peralatan Yang Sistematik

pemasangan mesin bisnes dobi cucian sendiri

Perkhidmatan rekabentuk dan pemasangan peralatan amat penting dalam memulakan bisnes dobi cucian sendiri. Cuba anda bayangkan, setelah anda memiliki segala barangan dan sebagainya, bagaimanakah anda ingin susun atur atau merekabentuk ruangan dobi anda? Apatah lagi untuk memasang peralatan dan barang-barang dobi seperti mesin basuh, mesin tukar syiling dan sebagainya. Anda memerlukan orang yang bertanggungjawab dalam pemasangan peralatan dan juga merekabentuk dobi anda. Setelah semuanya selesai dan elektrik berfungsi, anda boleh mulakan bisnes dobi anda untuk hasilkan pendapatan anda segera!

Tips #5 – Memilih Brand Mesin Yang Berkualiti

bisnes dobi cucian sendiri terbaik

Banyak lagi tips yang perlu anda tahu dan salah satunya anda perlu memastikan anda dapat menguruskan kesemua perkara dan proses untuk memulakan bisnes dobi cucian sendiri. Untuk menguruskan bisnes dobi ini juga, anda perlu memilih brand atau jenama mesin yang sangat berkualiti dan efektif digunakan. Paling penting, pastikan mesin mempunyai warranty ataupun jaminan ganti rugi supaya tidak berlaku kerosakan ataupun perkara yang tidak diingini.

Kapten Dobi – Pakej Dobi Layan Diri

kapten dobi berikan tips mulakan bisnes dobi cucian sendiri

Kapten Dobi adalah sebuah organisasi yang merupakan pembekal dan pengedar peralatan dobi utama di Malaysia yang bertapak di Kajang, Selangor. Kapten Dobi sangat pakar dalam menyediakan produk peralatan dobi yang berkualiti tinggi kepada anda malah telah ramai pelanggan yang baru memulakan perniagaan bisnes dobi menggunakan khidmat Kapten Dobi. Seperti anda mahukan, mesin basuh yang berjenama yang anda harus pilih pastilah sangat berkesan, mempunyai prestasi yang tinggi dan juga dipercayai ramai.

jenis mesin basuh huebsch import dari us

Kapten Dobi memberikan mesin yang amat berkualiti kepada anda iaitu mesin jenama SPEEDQUEEN dan HUEBSCH. Selain itu, ia juga turut menyediakan perkhidmatan lain dan membantu anda dalam setiap proses permulaan bisnes dobi cucian layan diri selari dengan matlamat mereka untuk menggandakan wang dan keuntungan anda.

Perkhidmatan Kapten Dobi

perkhidmatan kapten dobi dan tips mulakan bisnes dobi cucian sendiri

  • Menjual dan membekalkan peralatan dobi yang berkualiti
  • Bertanggungjawab dalam merekabentuk, susun atur dan tata letak dobi
  • Menyediakan pemasangan mesin dan semua peralatan lain
  • Penyelenggaraan mesin dan peralatan dan pencegahan
  • Perkhidmatan bahagian harga yang kompetitif dengan tindak balas yang cepat kepada semua pelanggan
  • Meningkatkan aliran kerja pelanggan dalam memastikan pelbagai mesin dan kegunaannya

Mesin Dan Peralatan Kapten Dobi

mesin dan peralatan oleh kapten dobi bisnes dobi

  • Mesin Basuh
  • Pemisah Mesin Basuh
  • Pengering Pakaian
  • Mesin Penukaran Duit Syiling
  • Auto Dispenser
  • Water Heater
  • Tangki Air
  • CCTV dan pengurusan percuma
  • Water Filter
  • Water Pump
  • Stiker
  • Signboard
  • Meja Lipat
  • Kerusi

Pakej Dobi Layan Diri Kapten Dobi

pakej mulakan bisnes dobi cucian sendiri

Terdapat banyak pakej dobi layan diri yang disediakan oleh Kapten Dobi. Penghasilan pakej-pakej ini adalah untuk memudahkan anda bagi memilih pakej yang lengkap dengan semua peralatan mengikut bajet atau kos anda semua.

Pakej A

Pakej A menawarkan serendah RM 127,900 dengan kelengkapan dobi beserta peralatan-peralatan ini.

pakej A tips mulakan bisnes dobi cucian sendiri

  • 4 unit mesin basuh pakaian dan pengering 10kg
  • 1 unit water heater
  • 1 unit mesin penukaran duit syiling
  • 4 set auto dispenser
  • Pemasangan dan ubahsuai sepenuhnya
  • 8 channel CCTV, monitor percuma, 2 tangki air, penapis air, pam air, stiker, signboard, 2 meja lipat dan 2 kerusi.

Pakej B

Pakej B pula memberikan harga berpatutan dengan RM167,400 dengan peralatan dan servis ini.

pakej B tips mulakan bisnes dobi cucian sendiri

  • 4 unit 10kg mesin basuh
  • 2 unit 14kg pengering yang disusun (4 pengering)
  • 4 set auto dispenser
  • 1 unit penukar syiling
  • Pemasangan dan ubahsuai secara percuma
  • 8 channel CCTV, monitor percuma, 2 tangki air, penapis air, pam air, stiker, signboard, 2 meja lipat dan 2 kerusi.

Pakej C

Seperti pakej A dan B, pakej C menyediakan peralatan dan perkhidmatan pemasangan serta ubah suai tetapi ia lebih banyak dan lengkap berbanding pakej sebelumnya. Harga yang ditawarkan adalah RM198,000.

pakej C tips mulakan bisnes dobi cucian sendiri

  • 3 unit 10kg mesin basuh
  • 2 unit 14kg mesin basuh
  • 2 unit 14kg pengering yang disusun (4 pengering)
  • 5 set auto dispenser
  • Pemasangan dan ubahsuai secara percuma
  • 8 channel CCTV, monitor percuma, 2 tangki air, penapis air, pam air, stiker, signboard, 2 meja lipat dan 2 kerusi.

Pakej D

Sekiranya anda mempunyai tapak kedai yang besar, pakej D sangat sesuai untuk anda kerana ia mempunyai pelbagai jenis mesin yang akan diletakkan untuk kegunaan pelanggan. Dengan RM274,600, anda akan menerima pelbagai peralatan dan mesin.

pakej D tips mulakan bisnes dobi cucian sendiri

  • 2 unit 10kg mesin basuh
  • 3 unit 14kg mesin basuh
  • 1 unit 28kg mesin basuh
  • 3 unit 14kg pengering yang disusun (6 pengering)
  • 2 unit penukar syiling
  • 6 set auto pump
  • Pemasangan dan ubahsuai secara percuma
  • 8 channel CCTV, monitor percuma, 2 tangki air, penapis air, pam air, stiker, signboard, 2 meja lipat dan 2 kerusi.

Pakej E

Pakej E menawarkan mesin dan peralatan yang lebih banyak daripada pakej D. Ia adalah pakej terbesar yang mempunyai kos sebanyak RM291,600. Dobi anda pasti penuh dan padat dengan pelanggan kerana mempunyai ruang dan peralatan serta perkhidmatan yang besar dan pelbagai.

pakej E tips mulakan bisnes dobi cucian sendiri

  • 5 unit 14kg mesin basuh
  • 1 unit 28kg mesin basuh
  • 3 unit 14kg pengering yang disusun (6 pengering)
  • 2 unit penukar syiling
  • 6 set auto pump
  • Pemasangan dan ubahsuai secara percuma
  • 8 channel CCTV, monitor percuma, 2 tangki air, penapis air, pam air, stiker, signboard, 2 meja lipat dan 2 kerusi.

Kelebihan Memilih Pakej Dari Kapten Dobi

Kapten Dobi sangat dipercayai dan menjadi pilihan dalam membekalkan peralatan dan mesin dobi yang berkualiti, pemasangan dan ubahsuai serta apa sahaja perkhidmatan bisnes dobi. Harga dan kos yang ditawarkan oleh Kapten Dobi memberikan anda keuntungan yang amat lumayan. Ia tidak sama dengan pembekal barang dobi yang lain kerana harga yang mereka tawarkan lebih tinggi daripada Kapten Dobi. Terdapat banyak kelebihan dan sebab kenapa anda harus memilih kapten dobi sebagai pembekal merangkap pembantu anda.

1. Mudah Dan Untung

pakej dobi cucian sendiri yang menguntungkan

Kapten Dobi menyediakan kemudahan yang lengkap kepada anda yang berminat untuk memulakan bisnes dobi dengan modal yang rendah tetapi untung maksima. Return of Investment yang diberikan adalah 20% sehingga 25%, anda boleh buat duit pasif tanpa bersusah payah menjaga kedai dan sebagainya.

2. Barang Berkualiti, Harga Boleh Dirunding

mesin bisnes dobi cucian sendiri berteknologi tinggi

Mesin basuh dan peralatan lain yang dibekalkan oleh Kapten Dobi adalah daripada jenama SPEEDQUEEN dan HUEBSCH. Ia sangat berkualiti, dipercayai dan sistematik. Malah, harga juga boleh dirunding untuk pakej-pakej yang anda minati.

3. PERCUMA Pelbagai Perkhidmatan

percuma aksesori seperti cctv bisnes dobi cucian sendiri

Dengan kapten dobi, anda akan menerima penghantaran percuma, konsultasi, 2 unit kerusi, 2 unit meja lipat, monitor TV untuk CCTV dan lain-lain lagi. Anda tidak perlu membeli apapun peralatan untuk melengkapkan kedai dobi anda. Semua perkhidmatan ini akan diberikan percuma.

4. Percuma Servis Setahun

bisnes dobi cucian sendiri percuma servis setahun

Kapten Dobi sememangnya terbaik dan berbaloi kerana ia juga menyediakan perkhidmatan Servis secara percuma untuk setahun. Ini bermaksud anda dapat jimat banyak, kos servis pun tak perlu bayar! Sedangkan banyak pembekal diluar sana hanya mengedar kepada anda barang dobi tetapi mempunyai banyak caj dan tiada yang percuma sekalipun termasuklah servis untuk setahun. Namun, dengan Kapten Dobi, untung anda benar-benar maksima!

5. Berpengalaman

pengalaman setup bisnes dobi cucian sendiri

Kapten Dobi sangat berpengalaman dan mahir dalam mengendalikan perkhidmatan dobi. Mereka sangat pakar dalam memilih barangan dobi yang berkualiti dan memastikan anda menghasilkan pendapatan yang lumayan. Selain itu, pekerja Kapten Dobi juga sangat peramah dan mudah untuk berbincang.

6. Perkhidmatan Repair Atau Baiki

percuma baiki dan repair mesin basuh dobi layan diri

Kapten Dobi menyediakan perkhidmatan membaiki mesin-mesin dan peralatan yang mereka sediakan. Anda boleh meminta tolong daripada mereka sahaja dan tidak perlu menari-cari perkhidmatan repair mesin dan peralatan. Terdapat banyak peralatan yang juga dapat diubahsuai atau renovasi seperti pam air, tangki air, signboard dan design, percuma custom kerusi dan meja, lampu, kipas, partition, wiring dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, dengan servis Kapten Dobi, anda akan dapat manfaat berikut:

  • Kos Renovation Yang Murah Berbanding Pesaing – Ya ramai juga pembekal dobi layan diri, beza kami pada service dan renovation. Renovation kami jauh lebih murah berbanding yang lain. Dan offer kami, pastinya berbeza. Kami byk free item, bukan sekadar menyiapkan premis, tapi kami melengkapkan premis (ada monitor percuma, lampu, kipas, meja dll)
  • Tiada Caj Penghantaran di Lembah Klang – Tiada transportation charges dikenakan utk kawasan lembah klang.
  • Tiada Caj Konsultasi Perniagaan Dobi – Kami mahukan anda berjaya dalam bisnes dobi layan diri ini. Sebab itu kami tidak mengenakan consultation charges¬†untuk tips perniagaan dobi layan diri, cadangan pelan dan lain2 service.
  • LED Display PERCUMA – Untuk membantu anda jimat utk promotion kini dan yg akan datang, kami menyediakan LED DISPLAY percuma utk anda iklankan dan paparkan promotion bulanan tanpa perlu tambah duit utk print banner.
  • Harga Boleh Runding – Insyaallah harga kami masih boleh dirunding dan diubahsuai mengikut budget anda.
  • Peralatan Berkualiti Tinggi dan Risiko Kerosakan Minimum – Pemilihan mesin basuh adalah faktor utama dalam perniagaan dobi layan diri. Mesin Huebsch diimport terus dari US, berkualiti tinggi dan tahan lasak. Mesin yang tidak mengeluarkan bunyi yang menjengkelkan malah seakan tiada bunyi showing how smooth it works and operate. Jadi kenapa takut untuk melabur lebih sedikit untuk mendapatkan mesin yang lebih kukuh, dan berkualiti serta tahan lasak.

Jom Mulakan Bisnes Dobi Dengan Kapten Dobi

mulakan bisnes dobi cucian sendiri

Banyak perkhidmatan dan barangan yang disediakan dalam memulakan bisnes dobi bersama Kapten Dobi. Semuanya sangat lengkap dari segi peralatan, perkhidmatan, pemasangan dan lain-lain lagi. Ramai yang ingin memulakan bisnes dobi dari pelbagai lokasi akan menjadikan Kapten Dobi sebagai pembekal dan pembantu utama mereka dalam menyediakan barang dan mengendalikannya sehinggalah semuanya siap dan mereka hanya perlu buka dobi untuk pelanggan sahaja. Mudah kan? Kapten Dobi merupakan perkhidmatan terbaik untuk anda mulakan bisnes dobi cucian sendiri anda. Jom bertindak sekarang!

KAPTEN DOBI | TIPS MULAKAN BISNES DOBI CUCIAN SENDIRI
Hubungi: Tekan untuk telefon (01112299123) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: