Motivasi
Dec 27, 2012, 2:44pm

Tips Meraih Kebahagian


Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Jika ditanya pada semua manusia. Apakah perasaan kemuncak dalam kehidupan yang kamu mahukan. Pasti mereka akan berkata “Cukuplah kebahagiaan yang kami mahukan” Allah. Disitu kita boleh lihat bagaiamana? Jika anak muda yang mahu berkahwin tidak lain dan tidak bukan ucapan yang diterima adalah “Semoga kamu berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Tips Meraih Kebahagian

Tips Meraih Kebahagian

Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agamanya. Pernahkah sahabat lihat, orang yang berpegang teguh dengan Agama islam tidak bahagia? Walaupun dia kaya ! Dia bahagia ! Walaupun mereka miskin pasti keluarga mereka bahagia. Allah begitu hebatnya sahabat, jika tali kita dengan Allah kuat. Tapi bagaimana untuk meraih kebahagiaan yang sebenar ? Pasti kita perlukan Tips Meraih Kebahagiaan. InshaAllah PH akan kongsikan Tips Bahagia Dunia dan Akhirat.

Kunci Kebahagiaan

Kunci kebahagiaan terangkum hanya dalam sebuah kata, inti dari seluruh ajaran agama terangkum hanya dalam sebuah ungkapan, dan panji kemenangan terpancar hanya dalam sebuah kalimat. Kata, ungkapan dan kalimah itu adalah; “La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah”.

… dan orang yang membawa kebenaran (tauhid) dan yang membenarkannnya (mereka itulah orang-orang yang bertaqwa)… (Az-Zumar: 33)

Kebahagiaan orang yang mengamalkannya adalah jaminan bahawa dia akan selamat dari kehancuran, kehinaan dan dari api neraka.

… dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa berkat keimanan dan amal soleh yang mereka miliki… (Az-Zumar: 61)

Kebahagiaan orang yang menyeru orang lain melaksanakan isi kalimat tersebut adalah akan meraih pertolongan, kemenangan dan pahala dari Allah.

… dan sesungguhnya tentera kami itulah yang pasti menang (Ash-Shaffat: 173)

Kunci Kebahagiaan

Kunci Kebahagiaan

Tips Bahagia Dunia dan Akhirat

1. Duduk Sambil beristighfar pada waktu sahur

… dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (A-li’Imraan 3:17)

2. Menyendiri untuk bertafakkur:

… dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi … (A-li’Imraan 3:191)

3. Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh:

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata … (Al-Kahfi 18:28)

4. Perbanyakkanlah berzikir:

… ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; (Al-Ahzaab 33:41)

5. Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk:

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu’minuun 23:2)

6. Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya:

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? … (An-Nisaa’ 4:82)

7. Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang sangat panas:

Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana aku. (Al-Hadith)

8. Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi

Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya. (Al-Hadith)

9. Meringankan beban seorang muslim yang sedang dalam kesulitan:

Barangsiapa meringakan kesusahan seorang mislim di dunia, maka Allah akan membebaskan kesulitannya
kelak di hari Kiamat. (Al-Hadith)

10. Usahakan menjalani hidup di dunia dengan zuhud:

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Al-A’laa 87:17)

Kebahagiaan Apabila Insan Dekat Dengan Allah

Sesungguhnya kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah tanpa dipaksa. Ianya lahir dari hati yang sarat dengan mahmudah. Itulah hati yang penuh bahagia!

ProfHariz : Ingatlah sahabat, jangan merasakan kebahagiaan anda hilang hanya kerana satu ujian hidup. Kerana kebahagiaan hidup anda tidak akan pernah hilang dan mungkin cuma malap untuk seketika. Ia masih ada dan perlu digilap kembali dengan menghambakan diri kembali kepada Allah dan mengikuti Tips Meraih Kebahagian ini. InshaAllah. Jika sudi mari Join Group Menggapai Redha Allah.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: