Review
Sep 26, 2017, 5:55pm

Tips Meningkatkan Keyakinan Diri Wanita


  •  
  •  
  •  
  •  
  senibina-taj-mahal

Seni dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Jiwa manusia yang seni sentiasa sukakan kehalusan kesenian di persekitaran mereka. Sebenarnya kesenian adalah lukisan yang terhasil daripada keyakinan diri seseorang. Lihat sahaja bagaimana Dato’ Siti Nurhaliza yang berkeyakinan tinggi, mampu melontarkan suara dan menghasilkan naskah lagu yang begitu mengasyikkan. Dari cabang seni lain seperti seni binaan, lihat bagaimana kesetiaan dan keteguhan cinta Kaisar Mughal Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal sehinggakan terbinanya Taj Mahal sebagai lambang cinta mereka yang sehingga kini menjadi antara 7 perkara ajaib di dunia. Bagaimana cetusan binaan ini boleh terhasil jika tiadanya keyakinan yang tinggi dalam diri seseorang.

Keyakinan seorang wanita bermula dengan kecantikan. Tidak dinafikan kecantikan boleh memberikan keyakinan yang tinggi dalam diri seorang wanita. Kecantikan tersebut merangkumi kecantikan dalaman dan juga luaran. Kecantikan dalaman sudah tentu lah dari akhlaknya. Kecantikan luaran dapat di lihat dari segi penampilan seorang wanita itu. Obses kepada kecantikan adalah lumrah seorang wanita. Jadi, menjadi seorang wanita perlu sentiasa menjaga penampilan agar imej seorang wanita terpelihara dan sentiasa kelihatan cantik.

wanita-cantik

Ramai wanita yang tidak dapat menguruskan penampilan mereka dengan baik selepas berkahwin. Ini kerana mereka terlalu sibuk dengan kerja rumah sehingga lupa untuk berdandan. Sepatutnya setiap wanita masih perlu menjaga penampilan mereka supaya sentiasa kelihatan kemas dan berseri. Golongan seperti mereka ini perlu sedar untuk tampil lebih yakin dan bersemangat dalam soal kecantikan untuk masa depan diri mereka sendiri juga. Jika kemas, cantik, menarik dan sentiasa mengikuti peredaran zaman sudah tentu mereka akan rasa lebih bahagia dan orang sekeliling juga rasa selesa dengan anda.

Tips Meningkatkan Keyakinan Diri Anda Bagi Wanita

1. Motivasi

motivation

Bangkitkan motivasi untuk menjadi seorang wanita yang Berjaya. Dengan mempunyai motivasi yang tinggi secara tidak lansung anda pasti mampu meningkatkan rasa keyakinan diri dalam menjalani kehidupan anda. Jangan mudah rasa rendah diri kerana anda berhak untuk menjadi seorang wanita yang lebih berkeyakinan diri. Peluang itu sentiasa ada Cuma ada sendiri yang perlu merebutnya.

2. Berfikiran positif

think positive

Untuk lebih rasa yakin, anda perlu fokus kepada matlamat yang telah anda letakkan. Jadi anda perlu sentiasa berfikiran positif dan bersedia melawan perkara-perkara yang negative. Jika anda fokus, anda tidak perlu risau atau bimbang dengan hasilnya. Malah jika anda terus berfikiran positif, anda akan menapai tahap level keyakinan yang terbaik dalam diri anda.

3. Perbaiki Penampilan Diri

berubah-untuk-menang

Jika selama ini anda tidak mengambil berat tentang penampilan anda. Ambil keputusan untuk perbaiki penampilan diri untuk kelihatan lebih menarik dan seterusnya lebih yakin. Cukup dengan hanya tampil dengan kemas, bersih dan wangi. Automatik, anda akan melangkah dengan penuh keyakinan tanpa rasa malu kerana penampilan anda lebih baik daripada yang sebelumnya.

5. Jadi Diri Sendiri

sayangi diri sendiri

Rasa percaya diri sendiri hadir di dalam diri seorang wanita kerana adanya rasa  menerima terhadap diri sendiri. Maksudnya anda menerima baik dan buruk. Paling penting anda tidak membandingkan diri anda dengan orang lain.

Jadilah diri anda sendiri kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Ketahuilah tiada manusia yang sempurna.

6. Senyum

sentiasa-senyum

Senyum bukan hanya ketika bahagia sahaja, senyum juga ketika anda sedang merasa gugup kerana senyuman akan membuatkan anda rasa lebih yakin. Senyum menimbulkan perasan positif dan anda akan rasa lebih baik ketika tersenyum. Percayalah! Orang lain juga akan rasa senang bila bersama dengan anda.

7. Jaga Penampilan

menjaga-penampilan-diri

Bila anda telah bersedia untuk mengubah penampilan anda kepada yang lebih baik. Seterusnya anda perlu bertanggungjawab kepada diri anda sendiri dengan mengekalkan penjagaan penampilan sebaiknya.

Kenali Tudung Lookis Tudung – Designer Art Scarves (2d & 3d Original Hand Sketches)

tudung-lookis

Koleksi Tudung Lookis berkonsepkan Designer Art Scarves dan 3D Original hand sketches. Selaras dengan tagline “Aesthetic With Details”. Lukisan tangan yang di hasilkan pada tudung tersebut memberikan kesan positif kepada si pemakai untuk menggayakannya dengan lebih yakin dan gembira.

Kenapa anda Perlu Miliki Tudung Lookis ini ?

Anda suka melancong ? Pernah tak menjejakkan kaki ke negara orang, dan anda jatuh cinta dengan tempat itu. Tapi kenangan di tempat tersebut hanya mampu disimpan dalam memori telefon anda sahaja kan? Kenapa tidak dilahirkan sebagai satu personaliti anda. Dengan Tudung Lookis – 2d & 3d Original Handsketches ini, anda dapat bawa memori keindahan kesenian tersebut sebagai lambang peribadi anda.

Kedua, sekiranya anda ada cita-cita nak melancong ke satu – satu tempat. Contohnya anda nak pergi ke Jepun, tapi belum kesampaian. Dalam teknik Visualisasi minda, pakar psikologi menyarankan untuk anda melihat target anda setiap hari tanpa miss. Untuk apa? supaya anda jelas dengan impian yang nak dicapai dan seterusnya menggerakkan saraf motor anda untuk bertindak mengejar impian itu. Jika anda mendapatkan Tudung Lookis bermotifkan negara Jepun ini, sudah pastilah ianya akan menambahkan semangat anda untuk mencapai cita-cita sampai ke Jepun satu hari nanti. Saya doakan anda yang baca ni dapat pergi ke Jepun dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.

scene-biniku-ninja

Lebih penting lagi, Tudung Lookis 2d & 3d Art Designer ini anda boleh pakai apabila anda melancong ke tempat tersebut. Boleh lah anda selfie di negara matahari terbit sambil memakai Tudung Lookis berlatarkan gambar jepun tu. Kalau nak cari kat jepun, memang tak jumpa lah tudung bermotifkan Jepun tu. Mesti ianya satu OOTD yang memberikan kenangan terindah untuk anda.

Selain itu, ianya melambangkan personaliti anda sebagai seorang seni. Tak kira lah anda guru seni , atau yang berkaitan dengan seni, Tudung Lookis akan menampakkan penampilan anda sebagai seorang yang pakar dalam bidang seni itu sendiri. Bayangkan anda sedang berada di depan dewan kuliah, mengajarkan subjek seni kreatif sambil menggayakan tudung Lookis, memang terserlah identiti anda sebagai seorang artis.

Keistimewaan Tudung Lookis Berbanding Tudung Yang Lain

keistimewaan-tudung-lookis
  • 3D Original hand sketches
  • Motif dan konsep ‘urbanism’ menambahkan lagi nilai ‘aesthetic’ dan ‘details’ pada tudung Lookis sekaligus menyakinkan penampilan anda.
  • Menyerlahkan identiti anda yang sukakan art, architecture & travel
  • Tudung mudah dibentuk
  • Tidak terlalu licin
  • Tidak jarang
  • Tidak pekak
  • Boleh digayakan dengan berbagai cara (size 0.7 x 0.9m) dan sangat digalakkan menutup dada
  • Material satin matte memberikan keselesaan kepada si pemakai

Tudung Lookis Didatangkan dengan 2 Warna iaitu hitam dan merah jambu dan mempunyai lukisan urban yang berbeza.

1. Tudung Lookis – Urbanism in Tokyo  (Pink)

Style 2 Urbanism in Tokyo  (Pink)
tudung-lookis-style-2-belakang
tudung-lookis-style-2-depan

‘Single loop’ pada bahagian hadapan, diserlahkan dengan belahan pada bahagian ditelinga sekaligus merupakan ‘focal point’ pada tudung ini. Kelihatan ringkas dibahagian sisi dan masih jatuh melengkung dibahagian belakang.

Style 4 Urbanism in Tokyo  (Pink)

tudung-lookis-style-4-depan
tudung-lookis-style-4-belakang

Kedua – dua hujung tudung dilepaskan ke bahagian hadapan seolah-olah free & easy konsep. Dari sisi tepi pula nampak lebih kemas menutup dada dan pada ‘rear elevation’ terbentuk segi tiga menutupi belakang.

Style 6 Urbanism in Tokyo  (Pink)

tudung-lookis-style-6-depan
tudung-lookis-style-6-belakang

‘Double layer triangle’ dapat dihasilkan dibahagian hadapan menjadikan imej semakin menyerlah. Bahagian sisi yang ringkas dan tidak labuh dibahagian belakang

Saiz : Shawl size 0.7m x 1.9m Material : Satin Matte Color : Pink Finishing : Baby Seam Inclusive Metalbox Promo Price RM 69 | Normal Price RM 79 Postage : RM 8 (SM) / RM 11 (SS)

Tudung Lookis – Urbanism in Kuala Lumpur (Black)

Style 1 Urbanism in Kuala Lumpur (Black)

tudung-lookis-style-1-depan
tudung-lookis-style-1-depan
Style 1 adalah cara pemakaian yang asas bagi shawl. Labuh dibahagian hadapan, sisi dan belakang.

Style 3 Urbanism in Kuala Lumpur (Black)

tudung-lookis-style-3-depan tudung-lookis-style-3-belakang

Style 3 pula digayakan seperti anda memakai  tudung bawal, (awning macam tudung bawal). Kemas pada bahagian depan dan bahagian belakang juga labuh.

Style 5 Urbanism in Kuala Lumpur (Black)

tudung-lookis-style-5-belakang
tudung-lookis-style-5--depan

‘Single loop’ ke bahagian depan dengan jatuhan kain yang melengkung di bahagian bawah diluarbiasakan dengan sketch bangunan di Kuala Lumpur. Sisi tepi yang ringkas dan shawl membentuk segitiga pada ‘rear elevation’ jatuh sampai ke bawah pinggang.

Saiz :Shawl size 0.7m x 1.9m Material : Satin Matte Color : Black Finishing : Baby Seam Inclusive Metalbox Promo Price RM 69 | Normal Price RM 79 Postage : RM 8 (SM) / RM 11 (SS)

Testimoni Tudung Lookis Berjaya Meningkatan Keyakinan Diri Wanita

Lookis telah menerima banyak pujian daripada pelanggan mereka yang suka menggayakan tudung Lookis ini. Kecantikan tudung ini ternyata memberikan kesan kepada wanita yang memakainya. Lansung terus jadi cantik. Bila dah cantik, keyakinan juga bertambah. Cubalah sendiri dan anda akan rasa aura positif tersebut. Jom tampil cantik dengan Lookis.

testimoni-pemakai-tudung-lookis-2
testimoni-pemakai-tudung-lookis-3
testimoni-pemakai-tudung-lookis-4
testimoni-pemakai-tudung-lookis-1
 Dapatkan Designer Art Scarves (2d & 3d Original Hand Sketches) Untuk Koleksi Tudung Anda SEKARANG ! 
Tudung Designer Art 3D
Kini tiada lagi alasan kenapa anda tiada keyakinan diri bagi wanita. Hanya dengan memiliki tudung 2d & 3d Original hand sketches dari LOOKIS anda akan lebih confident dan yakin dengan diri anda. Tunggu apa lagi? Hubungi mereka sekarang dengan talian di bawah atau melawat laman sosial Facebook dan Instagram Lookis Scarves.

LOOKIS SCARVES | TUDUNG DESIGNER ART 3D HANDMADE

Hotline 1 : 01601366737933 6673793 | Link WhatsApp Hotline 2 : 014 5220836 | Link WhatsApp Hotline 3 : 019 2064255 | Link WhatsApp

Facebook : @lookis.scarves.9 Instagram : @lookiscarves.official

 
Nak Beli Tudung Lookis Sekarang?

Sila telefon ke +60145220836 atau Whatsapp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak Beli Tudung Lookis Sekarang?

Sila telefon ke +60145220836 atau Whatsapp SEKARANG!