Review
Apr 7, 2015, 7:40am

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan


Temuduga Separa Perubatan merupakan peluang yang sangat hebat dikeluarkan oleh kerajaan malaysia buat anda. Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan disediakan untuk anda  yang baru pertama kali dipanggil ke sesi temuduga terutamanya temuduga untuk kemasukan latihan Separa Perubatan, saya yakin pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah perjalanan temuduga tersebut. Sebagai langkah persediaan, saya berasa bertanggungjawan untuk kongsikan tips menghadapi temuduga Separa Perubatan untuk anda. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman sebenar calon-calon yang pernah hadir  temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma baru-baru ini.

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

Anda perlu tahu bahawa tips menghadapi temuduga Separa Perubatan ini hanya sebagai rujukan panduan asas sahaja. Maklumat sebenar bergantung kepada panel yang bakal menyoal anda. Oleh itu jadikan maklumat ini sebagai asas persediaan temuduga Separa Perubatan yang bakal anda hadapi.

  1. Masuk ke dalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga. Usah masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu. Ini adalah cerminan disiplin anda yang perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari anda.

 Daftarkan Diri Anda di Pakej Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sekarang ! Untuk membolehkan anda mendapat Contoh Soalan dan Tips Temuduga.

  1. Selepas diizinkan masuk, hulurkan resume dan dokumen yang berkaitan dengan kedua belah tangan. Usah beri sebelah tangan kerana anda kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk ditemuduga.

 

  1. Jalan mengundur ke arah kerusi dan minta izin sebelum duduk. Usah duduk sebelum diizinkan. Duduk dalam keadaan menegak sambil menghadap panel. Jangan silang kaki kerana akan kelihatan seperti tidak sopan.

 

  1. Perkenalkan diri dan latar belakang akademik. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Cakap dengan lantang dan bertenaga.

 

  1. Mengapa anda pilih bidang Separa Perubatan? Jawapan yang diperlukan ialah bergantung pada bidang latihan yang anda pilih. Rujuk laman ini untuk mendapatkan contoh [letakan link affiliate anda].

 

  1. Anda akan disoal mengenai beberapa istilah yang berkaitan dengan Separa Perubatan contohnya body mechanism. Pilih satu tajuk yang mudah dihuraikan seperti blood clotting atau digestive system. Maklumat ini anda boleh cari di internet.

 

  1. Anda akan diberikan beraneka jenis soalan termasuk soalan yang melibatkan situasi sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya, anda mempunyai masalahdi rumah, dengan keluarga, suami atau anak-anak kemudian di tempat kerja berhadapan pula dengan pelbagai ragam pesakit, bagaimana anda menjalankan tugas bila menghadapi situasi berkenaan?

 Daftarkan Diri Anda di Pakej Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sekarang ! Untuk membolehkan anda mendapat Contoh Soalan dan Tips Temuduga.

  1. Soalan-soalan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti nama Menteri Kesihatan dan nama-nama individu yang berada dalam organisasi tersebut.

 

  1. Semasa menjawab soalan, elakkan daripada memberikan respon seperti tidak tahu, kurang pasti atau rasa-rasanya. Berikan jawapan sebaik yang boleh. Rujuk kepada fakta yang sahih.

 

  1. Percakapan anda mestilah selari dengan gerakan tangan. Usah bergerak secara berlebih-lebihan. Ingat bahawa tindak-tanduk anda sedang dinilai.

Video Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

Kesimpulannya, hadir ke temuduga Separa Perubatan adalah satu kejayaan kerana anda telah berjaya melepasi tapisan di peringkat awal. Oleh itu anda perlu menghargai sesi temuduga tersebut dengan membuat persediaan awal. Untuk melengkapkan persediaan temuduga Separa Perubatan anda, rujuk laman Panduan Penuh Temuduga Separa Perubatan supaya anda tidak terkapai-kapai semasa menjawab soalan temuduga nanti.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: