Review
Sep 26, 2017, 5:43pm

Berus Pencuci Muka Bagi Impak Kulit Sihat dan Glowing


Penjagaan kulit terutamanya penjagaan kulit wajah adalah sangat dititikberatkan oleh semua manusia terutamanya kaum wanita dan tidak juga lupa kaum lelaki. Penjagaan kulit yang baik akan memberikan anda keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dan juga berasa lebih selesa untuk berkomunikasi dengan jarak yang lebih dekat. Bayangkan jika kulit anda tidak dicuci dengan baik, risiko untuk jerawat akan tumbuh dan kulit breakout lebih tinggi disebabkan kotoran yang berada di sekeliling anda dicampur pula dengan peluh dan bakteria yang wujud di dalam kulit kita.

penjagaan-kulit-lelaki Berus Pencuci Muka

Umum mengetahui bahawa penjagaan kulit yang baik bermula dari mencuci muka dan seterusnya dengan menggunakan pelembap, serum, mask dan juga krim. Ketika anda mencuci wajah anda dengan pencuci muka, anda perlu menggunakan berus pencuci muka bersama untuk memastikan kulit anda akan dicuci dengan lebih mendalam. Kenapa anda perlu mencuci muka denan menggunakan berus? Bayangkan anda mencuci gigi anda dengan hanya menggunakan tangan dan jari – jemari anda sahaja, pasti gigi anda tidak dapat dicuci dengan baik kan?

penjagaan-kulit-wanita Berus Pencuci Muka

Kotoran yang berada di celah – celah gigi tidak akan dapat dicuci secara mendalam dan ia akan berkumpul dan akhirnya gigi anda akan kelihatan kotor. Begitu juga kulit wajah anda, sekiranya anda hanya menggunakan jari untuk membersihkan wajah anda, kotoran yang ada akan terkumpul di dalam liang pori anda dan lama kelamaan kotoran dan sisa solekan akan menjadi whitehead dan seterusnya wajah anda akan berjerawat.

Bahagian Wajah Yang Perlu Dibersihkan

bahagian-muka-yang-perlu-dibersihkan

Bahagian wajah yang perlu dibersihkan termasuklah dahi, kedua belah pipi, bahagian bawah bibir dan dagu, serta hidung anda. Hal ini kerana, bahagian – bahagian ini paling mudah berminyak dan pori – pori anda juga akan mudah tersumbat dengan penggunaan solekan yang kerap. Jerawat, jeragat, blackhead dan juga whitehead mudah tumbuh di kawasan ini. Cuci wajah anda bersama pencuci muka dan juga berus pencuci muka bersama selama 15 saat bagi setiap bahagian agar berus – berus halus tersebut dapat mencuci wajah anda dengan sempurna.

Cara Penggunaan Yang Betul

menggunakan-dengan-cara-betul

Tips ini amat penting bagi pengguna yang masih baru dalam mencuci wajah menggunakan berus pencuci wajah. Jangan main hentam sahaja ya! Langkah yang betul adalah dengan membersihkan wajah anda dengan air biasa dan basahkan berus pencuci wajah anda. Kemudian, letakkan krim pencuci muka anda di atas berus tersebut dan hidupkan ia. Cuci wajah anda dengan mengikut cara urutan wajah dan mencuci bahagian – bahagian yang disebutkan di atas. Bilas wajah seperti biasa dan cuci berus tersebut serta keringkan ia untuk kegunaan waktu lain.

Mari kita lihat sebab dan tips mengapa anda perlu menggunakan berus untuk mencuci muka.

Sebab utama mengapa anda perlu menggunakan Berus Pencuci Muka

1. Mencuci Muka Dengan Lebih Mendalam

perempuan-dan-kulit-oren Berus Pencuci Muka

Struktur kulit anda adalah berpori iaitu supaya kulit senang bernafas dan mengeluarkan peluh seterusnya memudahkan proses perkumuhan. Jika anda mahu melihat bentuk pori, boleh tengok struktur kulit limau. Terdapat struktur berongga di situ. Kulit anda sama seperti kulit limau yang berlubang tetapi pori anda lebih kecil. Jika anda penggemar solekan, anda pasti tahu tentang masalah pori tersumbat sekiranya anda tidak mencuci dengan baik. Berus pencuci muka dapat mencuci wajah anda sehingga ke liang pori supaya liang pori anda tidak tersumbat dengan sisa solekan yang anda telah gunakan sepanjang hari. Percayalah, anda akan lebih yakin sekiranya kulit anda dapat dibersihkan dengan baik.

2. Cucian Yang Lebih Bersih

cucian-muka-lebih-bersih

Tahukah anda mencuci dengan menggunakan jari akan menyebabkan anda akan lebih terdedah dengan kotoran – kotoran yang lain? Perasan tak, setiap hari anda menggunakan jari jemari anda untuk aktiviti seharian seperti memegang benda – benda lain dan kotoran yang ada pada benda yang telah anda pegang akan berpindah ke tangan anda. Proses ini menyebabkan akan berlaku perpindahan bakteria daripada jari anda ke kulit wajah anda yang boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit lain. Tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku kan. Oleh itu, anda digalakkan mencuci muka menggunakan berus pencuci yang dikhaskan untuk wajah anda sahaja agar bakteria dan kotoran yang ada di jari dan celah – celah kuku anda tidak bersentuhan dengan kulit muka anda.

3. Merangsang Penyerapan

merangsang-penyerapan-kulit-muka

Apalah gunanya anda meyapu pelbagai krim dan pelembap sekiranya ia tidak diresap dengan baik di dalam kulit wajah anda. Dengan menggunakan berus pencuci muka yang mempunyai berus yang halus, berus – berus tersebut dapat merangsang pori – pori kulit untuk terbuka setelah ia mencuci kulit wajah anda. Sekiranya pori –pori terbuka dengan baik, kadar penyerapan nutrient daripada krim yang disapu akan menjadi lebih baik dan berkesan. Masa penyerapan juga menjadi lebih singkat. Nampak kan, penggunaan krim akan lebih efektif dan menjadikan kulit lebih sihat dan glowing.

4. Menganjalkan Kulit dan Mengurangkan Jerawat

mengurangkan-jerawat

Antara sebab lain mengapa anda perlu menggunakan berus pencuci muka adalah ia dapat membantu menganjalkan kulit anda serta dapat mengecutkan jerawat. Kulit anda akan menjadi lebih tegang dan anjal hasil urutan – urutan lembut daripada berus pencuci muka. Urutan ini dapat membantu anda mendapatkan wajah yang lebih tegang dan awet muda. Jerawat akan bercambah sekiranya ia tersentuh dengan sesuatu yang mempunyai bakteria. Risiko untuk berus pencuci muka mempunyai bakteria adalah rendah sekiranya anda menyimpannya dengan baik, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jangkitan backteria dan seterusnya mengurangkan risiko jerawat bercambah.

Tips istimewa untuk penjagaan Berus Pencuci muka

1. Simpan Di Tempat Yang Kering

simpan-tempat-kering

Setelah anda menggunakan berus pencuci muka, pastikan anda menyimpannya di tempat yang kering agar berus pencuci muka anda tidak cepat rosak dan dijangkiti bakteria. Berus anda akan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi selepas digunakan, jadi anda perlu menyimpannya di tempat yang kering atau biarkan ia kering sendiri sebelum anda menyimpannya di dalam beg anda.

2. Mencuci Berus Pencuci Muka menggunakan air suam

tips-menggunakan-berus-muka

Biar saya beritahu anda kenapa anda perlu mencuci berus anda dengan menggunakan air suam. Air suam mempunyai suhu yang tidak terlalu panas dan juga terlalu sejuk dan ini membolehkan sisa – sisa kotoran dan solekan yang melekat di berus dapat dibersihkan dengan sempurna. Anda boleh menanggalkan berus dari pemegangnya dan rendamkan berus tersebut dengan air suam selama 10 minit dan bilas berus tersebut dengan air biasa untuk pencucian yang lebih menyeluruh. Lakukan perkara ini setelah empat hingga lima kali penggunaan berus pencuci muka agar ia tidak dijangkiti bakteria.

Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush Berus Pencuci Wajah Yang Menggunakan Dual Speed Cleansing

Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush

“Facial Skinvigorate Cleansing Brush” yang diperkenalkan oleh Mary Kay merupakan berus pencuci muka yang diperbuat daripada nylon serta berfungsi mengilatkan wajah dan amat lembut pada kulit. Ia juga mempunyai butang on dan off serta kawalan kelajuan supaya anda dapat menyesuaikan kelajuan berus tersebut dengan wajah anda. Rekabentuk berus pencuci muka Mary Kay Skinvigorate yang unik ini dapat memberikan cucian secara meneyeluruh kepada kontur wajah anda. Fungsi Dual – speed cleansing yang ada pada berus ini dapat memberikan anda pengalaman yang sama seperti membuat facial di spa – spa yang mewah.

Kelebihan Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush

1. 85% lebih bersih menanggalkan kotoran dan sisa mekap daripada hanya menggunakan jari. Anda tidak perlu lagi menggosok wajah anda untuk berasa lebih bersih.

Cucian muka lebih bersih

perbandingan mencuci guna tangan dan skinvi

2. Urutan 400 putaran seminit membantu menanggalkan sel kulit mati pada wajah. Sel kulit mati yang tidak ditanggalkan akan menyebabkan kulit wajh anda kelihatan kusam. Jadi, dengan penggunaan berus pencuci muka Mary Kay Skinvigorate, kulit anda akan kelihatan lebih cerah dan berseri.

kadar-putaran-400-seminit

3. Ia sangat kecil dan ringan. Hanya menggunakan bateri AA dan kalis air. Sangat mudah untuk dibawa ke mana – mana sama ada untuk bercuti atau ke tempat kerja. Bulu berusnya sangat halus dan lembut membolehkan wajah anda berada sangat lembut dan tegang.

size-kecil-ringan

4. Membersih sampai ke liang pori dan hasilnya regimen penjagaan wajah lebih sempurna seterusnya memudahkan nutrient krim meresap ke dalam kulit wajah. Wajah akan kelihatan lebih bersih,sihat dan berseri dan liang – liang pori anda tidak akan mudah tersumbat.

gambar-kulit

5. Menjimatkan penggunaan pencuci wajah anda. Anda hanya perlu menggunakan sedikit sahaja pencuci wajah anda kerana berus pencuci muka Mary Kay Skinvigorate hanya menggunakan sedikit sahaja pencuci tersebut dan ia akan menggandakan pencuci wajah anda dengan berusnya yang mempunyai getaran. Pasti ia dapat menjimatkan wang anda!

menjimatkan-alat-pencuci-muka

Testimoni Berus Pencuci Muka Untuk Penjagaan Kulit Yang Terbaik

Berikut adalah apa yg mereka katakan tentang Skinvigorate Cleansing Brush disebuah kajian pengguna bebas:

97% – Memaksimumkan manfaat penjagaan kulit

94% – Mengubah kulit kusam ke tona kulit yg cerah berseri

96% – Memberikan tona kulit yg lebih sekata

93% – Memulihkan kulit wajah yg tampil muda

95% – Kulit rasa lebih lembut, licin dan sihat

testimoni-berus-muka-Berus Pencuci Muka
marykay-skinvi-testimonial-2
marykay-skinvi-testimonial-latest

Dapatkan Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush Untuk Anda Sekarang!

berus cuci muka

Bagi yang ingin mencuba berus pencuci muka Mary Kay Skinvigorate ini, dan inginkan maklumat lanjut, boleh hubungi Shakirah di:

 

 

Jom order Mary Kay Skinvigorate SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom order Mary Kay Skinvigorate SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom order Mary Kay Skinvigorate SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: