Review
Jun 2, 2018, 3:18pm

Tips Memasak Ekspres Dengan Pes Serbaguna Bonda Elise


Sebagai seorang yang mempunyai banyak tanggungjawab dan sibuk, sudah semestinya kita ingin melakukan banyak kerja rumah dengan segera lebih-lebih lagi bagi suri rumah. Tidak ketinggalan juga bagi pelajar universiti mahupun yang sudah bekerja. Oleh itu, kami ingin memberikan tips kepada anda untuk menjimatkan masa bagi memasak dengan mudah. Anda mungkin boleh menjimatkan sehingga 15 minit masa berada di dapur.

tips memasak ekspress di rumah

1. Membuat Rancangan Menu Makan

Sebenarnya dengan membuat rancangan menu terlebih dahulu, kita boleh mengurangkan masa untuk berfikir makanan yang ingin dimasak. Bolehlah cuba untuk menyiapkan rancangan menu memasak selama seminggu. Jika tidak pasti juga apa yang ingin dimasak, anda bolehlah membelek buku atau majalah resipi dan masakan dan tandakan sahaja, sekiranya berminat mencuba resipi baru. Bolehlah tampalkan juga di tempat yang mudah dilihat seperti di peti ais.

Tips Memasak Ekspres Menu

Contoh pelan menu rancangan memasak bagi seminggu. Sumber: The Busy Budgeter

2. Siap Sedia Membeli Bahan Masakan

Sebaik sahaja mendapat gaji bulanan, apa kata pada hujung minggu yang sama, anda boleh siap-siap membeli bahan mentah mengikuti rancangan menu makanan yang telah ditetapkan. Sekiranya mencukupi, bolehlah terus membeli bahan mentah yang akan digunakan selama seminggu ataupun sebulan mengikut keperluan masing-masing.

Tips Memasak Ekspres Salmon

Sumber: foodal.com

3. Sediakan Bahan Mentah dan Proseskan

Memproses bahan mentah seperti ikan dan ayam juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh memakan masa semasa memasak di dapur. Apabila anda membeli ikan di pasar, disarankan agar anda terus meminta penjual tersebut membuang bahagian perut ikan siap-siap agar memudahkan kerja kita di rumah nanti. Juga sekiranya anda membeli ayam, bolehlah siap-siap menyuruh penjual memotong bahagian-bahagian ayam agar kita tidak perlu lagi memotong ayam lebih-lebih lagi pada bahagian tulang yang keras. Nanti di rumah, ikan dan ayam yang siap diproses hanya menunggu masa untuk dimasak sahaja mengikut resipi yang anda mahukan.

Tips Memasak Ekspres Ayam

4. Siap-Siap Kupaskan Bahan Seperti Bawang Dan Lain-Lain

Mengupas bawang dan bahan lain seperti halia dan lain-lain sebenarnya sedikit sebanyak boleh mengambil masa kita semasa berada di dapur. Mengikut petua yang diamalkan oleh orang tua saya, sentiasalah pastikan kulit bawang putih dan bawang merah sudah siap-siap dibuang. Betapa pentingnya untuk kita memfokuskan dua bahan ini kerana kedua-duanya merupakan penambah perisa utama yang kita biasa masukkan dalam masakan.

Tips Memasak Ekspres Bawang

Mungkin semasa hujung minggu ataupun pada masa yang agak lapang, bolehlah ambil masa untuk kupaskan sebanyak 15 biji bawang merah atau 3 gugus bawang putih dan letakkan di dalam bekas kedap udara. Setelah itu, jangan lupa masukkan ke dalam peti ais untuk memastikan kesegarannya berkekalan. Sementara mengupas kulit bawang itu bolehlah menonton drama di TV3.

Anda juga bolehlah siap-siap blendkan bawang-bawang tersebut, mengikut jenis resipi yang akan anda masak nanti.

 

5. Membeli Frozen Food (Seperti Ayamas)

Frozen food juga boleh dijadikan hidangan untuk mempercepatkan proses masakan. Kini, kebanyakan frozen food tidak memerlukan kita untuk defrost terlebih dahulu, malah, kita boleh menyediakannya semudah mengeluarkannya daripada freezer dan terus fry.

Tips Memasak Ekspres Ayamas

 

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan minyak masak untuk menggorengnya, anda juga boleh menggunakan air fryer untuk memasaknya. Jimatlah masa anda untuk menyediakan sajian keluarga kerana anda boleh memasak 2 masakan dalam satu masa.

Tips Memasak Ekspres Dengan Pes Serbaguna Bonda Elise

Selain daripada tips di atas, dengan menggunakan Pes Serbaguna Bonda Elise dalam masakan anda juga mampu menjimatkan masa anda di dapur. Tinggalkan aktiviti mengupas bawang dan menyediakan bahan-bahan penambah perasa yang lain kerana dengan hanya Pes Serbaguna Bonda Elise, anda sudah ada segala bahan yang menambah keenakan masakan anda.

Tips Memasak Ekspres Pes Bonda elise

Kelebihan Pes Serbaguna Bonda Elise

  • Pes Serbaguna Bonda Elise pilihan terbaik untuk orang-orang yang sibuk bekerja dan mengejar masa untuk memasak untuk keluarga di rumah. Menjimatkan masa memasak bagi suri rumah, isteri yang bekerja, mahasiswi mahupun mahasiswa.
  • Menjimatkan bahan-bahan memasak.
  • Boleh digunakan dalam pelbagai masakan.
  • Enak dan meningkatkan selera!

Tips Memasak Ekspres Thumbs Up

Bonda Elise juga telah menyediakan beberapa resipi cadangan yang mudah yang anda boleh gunakan dalam masakan menggunakan Pes Serbaguna Bonda Elise. Antara resipi cadangan menggunakan Pes Serbaguna Bonda Elise ialah seperti berikut:

Resipi 1: Ayam Goreng Rangup Bonda Elise

Tips Memasak Ekspres Ayam Goreng Rangup

Bahan – Bahan :

  1. I/2 ekor ayam
  2. 3sb pes serbaguna bonda elise
  3. 1sk garam/perasa
  4. 1sk serbuk kari
  5. 1 biji telur kuning shj
  6. 3sb tepung jagung
  7. 1sb tepung gandum
  8. Sedikit kapur utk rangup
  9. Daun Kari jika suka

Cara memasak :

Gaulkan kesemua bahan tadi dan goreng sahaja. Sedap, mudah dan menjimatkan masa.

Resipi 2: Mee Kuah Bonda Elise

Tips Memasak Ekspres Mee Kuah

Bahan – bahan :

  1. Pes Serbaguna Bonda Elies
  2. Mee kuning (dicelur)
  3. Taugeh (dicelur)
  4. Udang / ayam / daging (ikut suka)
  5. Cili (mengikut selera dan pedas)
  6. Kiub ayam Maggi
  7. Telur
  8. Tomato / sawi/  kobis (ikut suka)
  9. Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiasan :

Hirisan daun bawang, cili, bawang goreng dan limau nipis.

Cara Memasak :

  1. Tumis Pes Serbaguna Bonda Elise.
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan kiub ayam Maggi dan udang.
  4. Masukan telur utk kepekatan kuah, masak sehingga kuah mendidih.
  5. Masukkan tomato / sayur (ikut suka).
  6. Tutup api.
  7. Hidangkan mee taugeh & hiasan daun bawang, bawang goreng & cili serta kuah.

Resipi 3: Sotong Masak Tumis Bonda Elise

Tips Memasak Ekspres Sotong Tumis

Bahan-bahan :

  1. 5 ekor sotong sederhana
  2. 3sb minyak masak
  3. 3 sudu Pes Serbaguna Bonda Elise
  4. 1 cawan air
  5. Bunga kubis
  6. Serbuk perasa

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan masukkan pes serbaguna.
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan sotong.
  4. Masukkan bunga kubis.
  5. Masukkan perasa dan gaulkan sehingga sebati. Siap dan hidangkan.

Untuk resipi-resipi yang lain, anda bolehlah dapatkannya menerusi Page Facebook Bonda Elise.

Lihatlah, sudah banyak resipi yang enak boleh dimasak dengan menggunakan Pes Serbaguna Bonda Elise ini.

Apa Kata Pelanggan?

Antara resipi yang telah digunakan oleh pengguna yang menggunakan Pes Serbaguna Bonda Elise antaranya termasuklah resipi sotong sumbat masak paprik, asam pedas ikan, ikan bakar, nasi goreng dan pastinya banyak lagi…

Tips Memasak Ekspres Testimoni Sotong Sumbat

Tips Memasak Ekspres Masak Paprik

Tips Memasak Ekspres Sedap

Tips Memasak Ekspres Udang Butter

Nasi goreng yang dimasak menggunakan  Pes Serbaguna Bonda Elise pasti lazat.

Tips Memasak Ekspres Nasi Goreng

Tips Memasak Ekspres Lauk

Tips Memasak Ekspres Remis Goreng

Tips Memasak Ekspres Sambal Petai

Masak sambal tumis ikan bilis petai pun boleh.

Harga Pes Serbaguna Bonda Elise

Harga satu botol Pes Serbaguna Bonda Elise (500g): RM15
Belian secara pos adalah untuk minimum 2 botol dengan cas pos sebanyak RM 10.

Dapatkan Pes Serbaguna Bonda Elise Hari Ini Juga!

Jadi, apa tunggu lagi? Tidak rugi anda mendapatkan Pes Serbaguna Bonda Elise hari ini. Kukuhkan kasih sayang suami anda dan ahli keluarga dengan pes serbaguna ini, pasti sudah tidak mahu makan di luar!

PES SERBAGUNA BONDA ELISE | MUDAH DIMASAK, PASTI SENANG HATI
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-4650324) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Bonda Elise
E-mail: jelligho_69@gmail.com

Pejabat:
Lot 8, Bagunan Bazar, Lumut, Perak

STOKIS-STOKIS BERHAMPIRAN ANDA
Pahang – 019-4753942 (Encik Wan)
Kelantan019-6640708 (Puan Zaleha)

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: