Umum
Jul 27, 2014, 7:50pm

Tips Layan Makan Pada Hari Raya Untuk Elak Gemuk dan Gendut


  •  
  •  
  •  
  •  

MashaAllah. SubhanaAllah. Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua pembaca dan rakan-rakan Blog Lifestyle Malaysia profhariz.com yang berjaya kurus lebih 10KG di bulan puasa. Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa. InshaAllah jika ada rezeki saya akan menganjurkan lagi Cabaran Kurus Dengan Pihak Sponsor nanti. (Bagi yang berminat nak sponsor boleh email hi@profhariz.com) inshaAllah target next cabaran 300 orang dengan hadiah bernilai lebih RM5K? InshaAllah mohon doakan.

Kekal Kurus Di Hari Raya

Alhamdulillah dan segala kepujian bagi Allah juga kerana mengizinkan kita untuk berada di bulan ramadan yang penuh barokah. Allah bila difikirkan begitu pantas masa berlalu, Ramadhan sudahpun meninggalkan kita, bak kata pepatah yang datang pasti akan pergi. Bulan yang menjanjikan seribu macam keistimewaan itu sudah berlalu pergi dan seiring dengan itu pula kita menyambut kedatangan Syawal. Kita raikan kemuculan Syawal dengan takbir, tasbih dan tahmid, iaitu bulan yang sering kita kaitkan dengan bulan kemenangan. 

Sebagai blog diet plan malaysia saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi tips layan makan pada hari raya untuk elak gemuk dan gendut. Dalam erti lain nak kekal kurus begitu. Yelah dah diet penat-penat kawal makan dan buat senaman di bulan puasa tup-tup naik pula 10kg di bulan syawal ini. Alangkah sedihnya.

Menu Juadah Hari Raya

Sumber Gambar : Naelkl.blogspot.com

6 Tips Kekal Kurus Di Hari Raya

InshaAllah saya jamin jika anda ikuti tips berikut pasti berat anda tidak akan naik. Jadi sila baca dan faham serta amal

1. Sila Beraya Dengan Menikmati Semua Jenis Juadah Di Hari Raya

Ya ! Tidak kira anda diet atkins, diet kalori, diet jenis darah dan sebagainya. Pada hari raya ini saya syorkan anda nikmati semua jenis makanan yang ada tetapi anda kena follow tips yang kedua, ketiga, keempat dan kelima.

2. Jaga Portition (Kuantiti) Makanan anda

Kenapa perlu jaga? Tadi cakap boleh menikmati semua jenis juadah? Eh abang, kakak bila orang dah bagi makan semua benda tu jadi kita kenalah sekat juga kuantiti makanan anda kalau nak kekal kurus. Biasa makan ketupat 5 biji inshaAllah kali ini kita makan 2 biji sudah. Biasa kuih raya makan 10 biji kali ini kita makan 2 biji sudah mencukupi.

3. Elak Minum Air Gas Iaitu Minuman Berkabohidrat

Ini kena elak iaitu kalau makcik jiran sebelah letak air gas ni sebagai minuman utama maka anda cubalah minta “Makcik air masak ada? Saya dah banyak minum air gas ni” InshaAllah kena jaga juga hati orang kan? Kalau rasa nak minum juga tak tahan dengan godaan. InshaAllah boleh minum suku gelas dan 1 gelas lagi sulam dengan air masak. OK?

4. Berjalan Di Hari Raya

Biasa hari-hari anda berjogging di bendang, lari di atas treadmill dan hiking bukit. Untuk hari raya takkan anda nak buat aktiviti-aktiviti itu semua? Pasti orang akan anda gila ! Jadi untuk kekal senaman saya cadangkan anda berjalan di hari raya. Kereta? Motor? Basikal semua letak tepi. Lagipun berjalan di hara ini adalah Sunnah Nabi Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

5. Ingat ! Makcik jiran sebelah

Nak makan semua benda itu boleh tetapi perlu Ingat ! Makcik jiran sebelah bila makan. Iaitu bersederhana. Jangan makan macam puaka nanti gemuk di hari raya. Siapa nak jawab? Hiks

6. Beraya cuma 7 hari kemudian kembali kepada diet plan anda.

Ya ini apa yang saya buat untuk Menurunkan Berat Badan 17kg Dalam 2 Bulan. Mula-mula makan semua benda dan kemudian saya teruskan diet atkins yang suam-suam dan itu hasilnya. InshaAllah bagi anda yang mahu kurus dengan cepat boleh cuba diet atkins sila rujuk artikel ini sangat membantu di —> Kurus 10KG dalam masa 1 bulan

Akhir kata Semoga Allah Redha Selamat Hari Raya Aidifitri semua sahabat. Moga Allah terima semua amalan kita sepanjang ramadan ini. Taqabbalallahu minna wa minkum.