Review
Mar 22, 2018, 11:46am

Tips Kulit Lembut dan Bebas Cela Tanpa Jerawat dan Jeragat


Pada zaman sekarang , kecantikan adalah satu benda subjektif yang dikejar oleh semua orang tidak kira lelaki atau perempuan atau tua dan muda. Kesemua golongan masyarakat sibuk berlumba – lumba untuk mengamalkan petua kulit licin supaya mendapat wajah yang cantik , licin dan mulus. Ini sebenarnya adalah perkara yang bagus kerana kesedaran untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan menikmati kesihatan badan tidak kira luaran atau dalaman sudah terpupuk di dalam masyarakat masa kini.

bunga Tips Kulit Lembut

Topik kesihatan dan kecantikan terlampau luas dan merangkumi pelbagai aspek yang tidak akan habis diterokai oleh manusia walaupun setelah beberapa ratus tahun. Jadi , mari kita bincangkan mengenai kecantikan muka. Apakah masalah utama berkenaan kecantikan muka? jika anda bertanya kepada orang ramai , sudah pasti ramai yang akan menjawab bahawa jerawat dan jeragat adalah masalah utama untuk mengekalkan kecantikan muka. Terutama dengan sinaran UV dari matahari dan pencemaran yang semakin teruk dari zaman dahulu.

Punca Jerawat Naik Di Muka

cara elak jerawat dari naik ke muka

Untuk merawat dan membendung sesuatu , anda perlu tahu mengapa ia terjadi . Jadi , apa yang menyebabkan jerawat dan jeragat? Sebagai permulaan mari saya beritahu anda mengapa jerawat terjadi :

  • Minyak Berlebihan Terhasil

atasi masalah kulit berminyak

Apabila berlaku keadaan yang abnormal di kulit muka, kalenjar minyak akan mengeluarkan minyak yang berlebihan dan menyebabkan pori dan liang kulit tersumbat dan menyebabkan jerawat. Minyak berlebihan juga datang dari rambut yang tidak dijaga dan turun ke muka bersama habuk dan menyebabkan jerawat.

  • Bakteria

bakteria punca jerawat di muka

Apabila bakteria yang dipanggil p.acne berada di liang kulit yang tersumbat, ia akan cenderung untuk terus membiak dan memecahkan liang tersebut dan menyebabkan radang pada kawasan tersebut. Ini adalah antara penyebab jerawat batu yang kemudiannya akan menyebabkan parut yang berlubang di kawasan tersebut setelah sembuh.

  • Faktor Hormon

hormon punca jerawat naik di muka

Ini adalah penyebab terbesar yang menyebabkan jerawat. Lazimnya jerawat akan muncul di remaja yang berumur 10 – 15 tahun dan mula menghilang ketika menginjak dewasa . Hal ini kerana berlaku rembesan hormon ketika proses pembesaran mereka.

  • Banyak Minum Air Gas

air bergas dan berkarbonat punca jerawat

Apabila anda minum air gas, badan anda akan mengalami satu keradangan. Jika dalam kuantiti yang sedikit anda tidak akan merasa apa-apa. Dalam air tersebut terdapat satu bahan yang dipanggil aspartame . Ia adalah salah satu bahan yang mengakibatkan jerawat.

Punca Muka Berjeragat

punca muka berjeragat dan tidak lembap

Bagaimana pula dengan jeragat? ada beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab jeragat. Jom kita tengok satu persatu.

  • Sinaran Matahari

terdedah kepada matahari punca sel rosak dan berjeragat

Sinar matahari mengandungi pancaran berbahaya yang menyebabkan kerosakan sel kulit. Ia boleh merosakkan sel bawah kulit dan sel luar kulit. Sinaran ini bukan sahaja menyebabkan pigmentasi /jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

  • Kehamilan

mengandung boleh menjadi punca jeragat di muka

Biasanya wanita hamil memang akan mengalami masalah kulit akibat hormon yang tidak menentu. Jadi , mereka digalakkan mengambil nutrisi yang secukupnya untuk kulit yang sihat. Jeragat biasanya akan hilang setelah melahirkan anak tetapi ada yang tetap terus menghidapi masalah yang sama setelah melahirkan anak .

  • Rawatan Hormon

pengambilan pil hormon menyebabkan masalah jeragat

Kajian telah menunjukkan bahawa ramai wanita yang mengambil pil hormon akan mengalami masalah jeragat. Hal ini kerana hormon yang tidak stabil.

  • Wangian

perfume punca jerawat dan jeragat naik di muka

Pewangi , sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic’ juga adalah antara penyebab jeragat. Oleh itu , orang ramai disarankan memilih produk yang lebih organik.

Bagaimana Mengatasi Masalah Tersebut ?

muka Tips Kulit Lembut

Setelah anda sudah tahu penyebab  , kini anda sudah boleh mencari penyelesaian untuk masalah anda. Ada dua cara di sini iaitu mencegah dan mengelak. Jika anda masih belum mempunyai jeragat dan jerawat , maka eloklah anda mencegah dan merawat jika anda sudah mempunyai jeragat dan jerawat.

Mengamalkan Pemakanan Sihat

Umum sudah mengetahui bahawa minyak adalah antara punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat ,jadi pengambilan makanan yang berminyak perlu dikurangkan. Anda juga boleh meminum sekurangnya 3 liter air sehari untuk meningkatkan kesihatan kulit dan mengamalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan khasiat yang secukupnya.

carta Tips Kulit Lembut

Gunakan Kosmetik Bebas Minyak

Produk kecantikan yang berminyak adalah punca utama liang pori menjadi tersumbat . Oleh itu , pilihlah produk yang elok dan pastikan alat-alat solek seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap untuk memastikan kebersihannya.

gunakan alat kosmetik organik

Menjaga Kebersihan Rambut

Lebihan minyak yang terbentuk di bahagian permukaan kulit boleh menyebabkan liang menjadi tersumbat jika anda mempunyai rambut yang berminyak. Oleh itu , pastikan anda membasuh rambut anda 3 kali seminggu bagi menghalang rembesan minyak berlebihan terjadi di bahagian muka.

rambut Tips Kulit Lembut

Jus Lemon

Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit dan secara tidak langsung membantu mengurang kan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit anda.

Caranya:

Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata . Biarkan selama 10 minit dan bilas . Lakukan setiap hari. Anda juga boleh campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

lemon Tips Kulit Lembut

Cuka Epal Cider

Ia berfungsi seperti anstringen untuk mengeluarkan minyak berlebihan dari kulit. Selain itu , ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti bakteria yang mampu melawan jerawat.

Caranya :

Campurkan satu sudu cuka epal dalam satu cawan air. Kemudian , sapu di muka anda selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

cuka epal Tips Kulit Lembut

Oatmeal

Tahukah anda bahawa oatmeal bukan sahaja untuk dimakan , ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat . Ia bertindak sebagai agen pengelupas semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu , ia menyerap minyak berlebihan dan membuka pori anda.

Caranya :

Campurkan dua sudu yogurt ,satu sudu jus lemon dan madu dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan mask di muka anda . Biarkan selama 20 minit dan bilas.

oat Tips Kulit Lembut

Itu adalah antara cara yang berkesan dan ramai yang sudah mencubanya. Anda boleh memilih antara petua tersebut dan menggunakannya sehingga anda mendapat hasil yang diinginkan.

Ada Shortcut Untuk Mendapatkan Kulit Licin Dan Lembut Tak ?

Seandainya anda tidak mahu bersusah payah untuk mengamalkan petua yang saya sebutkan tadi , anda boleh mencuba produk di pasaran yang berkesan untuk menghilangkan jerawat dan jeragat untuk membantu anda. Kini , anda bertuah kerana terdapat satu produk hasil kajian terkini yang sudah terbukti dapat menghilangkan jerawat dan jeragat anda dengan sangat berkesan.

dermags Tips Kulit Lembut

Produk tersebut adalah Dermags. Dermags adalah produk kosmetik yang berfungsi untuk melicin dan melembut kulit muka anda serta menghapuskan jeragat dan jerawat.  Telah ramai yang menggunakan Dermags sejak kemunculan produk ini di pasaran beberapa tahun yang lalu dan terus menjadi pengguna setia sehingga sekarang.

Pengenalan Dermags

Dermags adalah sebuah projek PhD oleh pengasasnya , Dr Mariani Hamid di mana beliau menerima biasiswa penuh dari 2 universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia dan University of Seoul. Ini menunjukkan betapa hebatnya penyelidikan Dermags ini sehingga mampu menerima 2 biasiswa tersebut.

Tips Kulit Lembut wanita

Berkat kajian Dr Mariani selama 3 tahun, Dermags skincare pun terhasil melalui ekstrak kulit manggis dan berjaya mendapat pengiktirafan di Pameran Seni Industri dan Teknologi( INATEX) UTM 2012 dan Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24. Dengan bersandarkan pencapaian yang ada, Dermags berjaya wujud dan mampu bertanding dengan gergasi kosmetik di dunia.

produk berasaskan kulit manggis

 

Berapakah Bilangan Produk Dermags Yang Ada Di Pasaran?

Kini di pasaran telah wujud beberapa produk keluaran Dermags. Apa yang saya tahu , ada 5 produk yang anda boleh cuba. Untuk kesan terbaik, anda disarankan menggunakan produk tersebut mengikut set kerana setiap produk tersebut ada kaitan sesama sendiri. 5 produk Dermags ialah :

  • Dermags Intensive Brightening Cleanser
  • Dermags Intensive Brightening Skin Softener
  • Dermags Intensive Brightening Serum
  • Dermags Intensive Refining Cream
  • Dermags BB Cushion SPF 50 PA+++

Tips Kulit Lembut produk

Setiap produk mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Anda perlu mencuba sendiri untuk mengetahuinya. Dengan bantuan Dermags , jerawat dan jeragat anda pasti akan hilang dengan berkesan dan kulit anda akan jadi lembut dan licin tanpa cacat cela. Anda semestinya akan berpuas hati. Asalkan anda mampu bertahan dan tidak panik sewaktu awal penggunaan dan menukar produk di tengah jalan. Ini mungkin membawa kesan yang lebih buruk kepada anda daripada yang awal.

dermags produk untuk lembapkan kulit muka dengan buah manggis

Soalan Lazim Pengguna Dermags

Apa itu tempoh bertenang ?

Tempoh bertenang adalah satu tempoh yang disarankan oleh pakar kepada mana-mana pengguna kosmetik yang ingin menukar produk mereka. Tempoh ini boleh mencecah selama 2 minggu sehingga 1 bulan mengikut kesensitifan kulit. Jika pengguna tidak mengamalkan tempoh bertenang sebelum menukar produk kosmetik, dikhuatiri kesan dari produk sebelumnya belum habis dan bercampur dengan produk baru dan mengakibatkan kesan yang lebih buruk.

tempoh bertenang sebelum menukar kosmetik

Kenapa jerawat tumbuh setelah menggunakan Cleanser Dermags ?

Ini mungkin berlaku kerana anda tidak mencuci dengan teliti dan bersih. Anda disaran menggunakan Double Cleansing Technique di mana terdapat dua proses terlibat iaitu deep cleansing dan surface cleansing. Deep cleansing akan mencuci pori dan liang kulit anda dan membuang segala kotoran, manakala setelah itu , anda boleh menggunakan surface cleansing untuk membersihkan kotoran di permukaan kulit seperti mencuci mekap dan membuang minyak . Ini akan membantu anda mencegah jerawat.

cleanser terbaik dan organik untuk kulit lembap dan bebas jerawat

Kenapa jeragat semakin gelap selepas menggunakan Dermags ?

Ini sebenarnya adalah salah faham. Setelah anda menggunakan Dermags , jeragat anda akan dihapuskan. Bagi minoriti pengguna , jeragat mereka terletak di lapisan paling bawah kulit, jadi apabila Dermags digunakan, jeragat tersebut akan dipaksa keluar ke lapisan atas untuk dihapuskan. Ini menyebabkan jeragat nampak semakin gelap kerana ia semakin dekat dengan lapisan kulit yang paling atas. Jadi , anda perlu terus menggunakan Dermags untuk menghapuskan jeragat tersebut.

jeragat semakin gelap selepas menggunakan dermags

Kenapa tak boleh guna Dermags bersama produk yang lain?

Anda boleh menggunakan mereka bersama. Ia tidak salah. Cuma anda digalakkan tidak menggunakan bersama oleh perunding kecantikan Dermags kerana apabila masalah timbul , ia amat sukar untuk memastikan masalah tersebut datang daripada produk yang mana dan penyelesaian sukar dicari kerana masalah tidak dapat dikenal pasti. Jadi , anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda sendiri.

produk bertaraf dunia untuk kulit cantik dan licin

Testimoni Pengguna Dermags Untuk Kulit Sihat

testimoni pengguna dermags testimoni pengguna dermags testimoni pengguna dermags testimoni pengguna dermags testimoni pengguna dermags

Dermags Adalah Produk Terbaik Untuk Mengatasi Jerawat Dan Jeragat

Mengapa tidak anda jimatkan masa anda dan gunakan Dermags sekarang juga daripada anda terus mencuba setiap satu produk di pasaran yang belum tentu keberkesanannya. Sekiranya anda menggunakan Dermags, anda sudah tahu bahawa jerawat dan jeragat anda akan pulih dan anda boleh mendapatkan kulit yang halus dan lembut seperti zaman muda anda dahulu sebelum jerawat menyerang anda. Jadi apa tunggu lagi, whatsApp sekarang untuk mendapatkan produk kosmetik tempatan yang bertaraf dunia ini. 

Tips Kulit Lembut cantik

PUAN ZAWIAH | KONSULTAN KECANTIKAN DERMAGS
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-3001275) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: