Review
Mar 15, 2018, 3:25pm

Tips Kesihatan Kanak-Kanak Dan Bayi Bermula Dari Air Bertapis Coway


  •  
  •  
  •  
  •  

Sebagaimana yang kita tahu , kesihatan merupakan aspek yang paling penting dalam kehidupan. Jika kesihatan seseorang berada pada tahap yang tidak baik , maka pelbagai perkara boleh tergendala. Malah , aktiviti harian kita juga akan turut terjejas. Oleh sebab itu , kita sewajarnya mendidik golongan muda untuk menjaga kesihatan sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan , tetapi antara cara yang paling mudah adalah dengan minum air.

air adalah keperluan manusia dan benda hidup

Minum air. Walaupun ini hanya perkataan ringkas , anda tidak patut memandang rendah dengan kuasa perkataan ini. Dua pertiga daripada tubuh manusia terdiri daripada air dan tanpa air yang secukupnya , sistem badan boleh terganggu bahkan boleh menyebabkan kematian. Di dunia ini , tidak kurang berita mengenai kanak-kanak dan bayi yang meninggal dunia akibat kekurangan air seperti di negara Afrika yang sering dilanda kemarau atau zon peperangan . Oleh itu , kesihatan kanak-kanak dan bayi seharusnya dijaga bermula dengan air . Setelah itu , barulah anda boleh fokus ke faktor lain pula.

Tips Kesihatan Kanak-Kanak Dan Bayi

Selain itu , adakah anda tahu bahawa anda sangat tidak digalakkan memberi bayi meminum air masak kepada bayi kerana isu ketoksinan air. Air masak dikhuatiri mengandungi E-Coli yang boleh mendatangkan bahaya semua orang tidak kira kanak-kanak atau dewasa . Air yang dimasak juga tidak bersih sepenuhnya daripada beberapa bahan berbahaya yang terdapat di dalam air yang datang dari paip rumah .

Bagaimana Hendak Memberi Air Yang Elok Untuk Isi Rumah?

Mudah saja . Anda boleh menggunakan penapis air untuk menapis air paip di rumah anda sebelum diminum . Dengan kepesatan teknologi dunia sekarang , teknologi penapisan air di rumah juga semakin canggih dan selamat untuk digunakan oleh seisi rumah . Ini masih belum cukup untuk anda membeli penapis air ? Jadi saya perlu memberi sebab kepada anda untuk membeli penapis air dan antara sebab tersebut adalah :

  • Air masak yang disimpan lama boleh berkeladak
  • Air berkarat terutamanya jika saluran paip utama sudah lama.
  • Rasa air paip tidak sedap
  • Tidak mampu membeli dan mengangkut air daripada mesin air di kedai.
  • Anda perlu risau dengan tahap kebersihan mesin air yang jarang diselenggara .
  • Tidak mempunyai masa untuk memasak air panas
  • Tidak sempat menyimpan air sejuk di dalam peti ais
  • Risau dengan sistem penapisan sekarang yang tidak mampu menapis ion besi dalam air

Banyak lagi sebab untuk anda menggunakan penapis air pada masa sekarang yang boleh saya nyatakan tetapi saya ingin memberi anda ruang untuk memikirkannya sendiri. Lagipun , penapis air sekarang sudah murah dan tidak seperti dahulu. Syarikat penapis air sedar bahawa ramai pengguna yang ingin menggunakan penapis air tetapi tidak mampu membelinya . Jadi , pihak mereka memperkenalkan sistem sewaan di mana penyewa hanya perlu membayar dalam lingkungan RM100 sahaja setiap bulan dan dalam masa beberapa tahun , penapis air tersebut akan menjadi milik anda .

keperluan air bertapis masa kini

Terdapat pelbagai pelan dan jenama penapis air yang anda boleh pilih di pasaran sekarang. Dengan persaingan yang semakin sengit antara jenama-jenama penapis air yang terkenal , pengguna adalah pihak yang mendapatkan manfaat paling tinggi. Tetapi , bagaimana untuk anda memilih jenama yang terbaik untuk anda ? Jawapannya adalah Coway .

Pengenalan Coway

Coway adalah syarikat Korea yang ditubuhkan pada 1989 dan telah mendapat kepercayaan penuh masyarakat di sana sejak beroperasi . Mereka menumpukan perniagaan mereka dalam aspek penjagaan kesihatan isi rumah dari air sehingga udara . Mereka adalah syarikat yang berbangga dengan diri mereka sendiri kerana sentiasa mengutamakan kesihatan pelanggan sebagai konsep produk mereka. Kesemua produk mereka adalah hasil kerjasama pakar dari Coway dan sebuah universiti di Korea . Dengan menggunakan kajian terkini mereka , mereka berjaya melancarkan produk yang berada di depan pesaing mereka yang lain .

coway pengeluar penapis air berkualiti

Penapis Air Coway

Penapis air Coway adalah produk penapis air nombor satu di Korea dan Malaysia . Siapa antara kita yang belum pernah dengar tentang Coway? Hampir tiada rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa Coway adalah antara peneraju utama produk penapis air di Malaysia . Ramai yang menggunakan Coway kerana produk Coway sudah terjamin dari segi kualiti dan mutu , tahan lama dan mempunyai pelbagai kelebihan yang akan saya sebutkan kemudian. set penapis air coway untuk kesihatan anak

Dari segi keberkesanan , ia sudah menjadi yang teratas di antara penapis air di Malaysia . Dari segi teknologi pula ia adalah hasil penyelidikan bersama yang terkini pakar di Korea. Dari segi harga pula , ia adalah antara penapis air yang mempunyai harga yang paling berpatutan. Jadi , apa kekurangan Coway ? Saya pun tak tahu.

Kenapa Perlu Memilih Penapis Air Coway?

Berikut adalah antara fakta yang paling menarik tentang Coway yang menyebabkan anda perlu memilih Coway sebagai jenama pilihan anda untuk penapis air di rumah anda. Fakta berikut ialah :

1. Pusat R&D dan kilang di Korea

Apa yang istimewanya jika pusat R&D dan kilang di Korea ? Untuk membuatkan anda lebih faham mengenai keistimewaan fakta ini , anda kena tahu bahawa Korea adalah negara maju yang melopori bidang elektrik dan elektronik di dunia . Mereka mempunyai kepakaran yang terbaik dalam bidang tersebut . Dengan menggunakan kepakaran mereka di dalam elektrik dan elektronik , mereka mula menerapkan lebih perincian ke dalam alatan elektrik dan elektronik mereka seperti mesin penapis air Coway yang kita sedang bincangkan. Oleh itu , kualiti produk Coway adalah yang terbaik di dunia kerana Korea adalah syarikat yang mengeluarkannya. Korea tidak akan mengeluarkan barang yang tidak terbukti kualitinya seperti negara lain yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

bangunan coway di korea

2. Pensijilan HALAL dari JAKIM

Bagi seorang Muslim , adalah menjadi kewajipan untuk mencari yang halal. Anda pasti hairan . Adakah air paip pun mempunyai halal dan haramnya ? Perlukah mesin penapis air mempunyai cop halal ? Sebenarnya ia sangat perlu . Hal ini kerana ada sesetengah bahan penapis dibuat daripada tulang binatang dan bahan tumbuhan yang menjadikan air itu haram diminum .Bagi syarikat besar seperti Coway yang mempunyai kilang pembuatan sendiri , perkara sebegini tidaklah meragukan dari segi pemantauan kerana mereka dipantau dengan ketat oleh pihak yang berkenaan sebelum dibenarkan memasuki pasaran. Ianya membimbangkan syarikat penapis air kecil yang membeli penapis dari kilang lain dan dijenamakan semula sebelum dijual. Mereka ini tidak tahu apa yang berlaku di dalam mesin penapis tersebut . Justeru , pengesahan halal sangat penting.

pensijilan halal produk coway termasuk bahagian dalaman

3. Servis Percuma Selama 5 Tahun

Anda tidak salah baca dan saya tidak salah taip . Coway sememangnya memberikan servis ke atas penapis air anda secara percuma dalam tempoh 5 tahun dari pemasangan . Anda tidak lagi perlu membayar caj meragukan yang disediakan syarikat lain yang sememangnya melampau. Sekiranya anda menggunakan penapis air dari Coway , anda boleh menikmati air yang lazat dan berkhasiat selama 5 tahun tanpa membayar caj servis.

servis percuma selama 5 tahun penapis air coway

4. Penghantaran & Pemasangan PERCUMA

Kebanyakan syarikat mesin penapis air menarik pelanggan dengan bayaran bulanan yang sangat rendah tetapi mengaut untung dengan cara mengenakan caj tambahan yang sangat membebankan seperti caj penghantaran dan pemasangan yang boleh mencecah lebih daripada seratus ringgit . Jadi , apa gunanya anda memilih syarikat sebegini yang menggunakan taktik sebegini untuk mengaut keuntungan sedangkan caj itu tidak berpatutan dengan usaha yang diperlukan untuk memasang mesin penapis air tersebut. Situasi ini berlainan dengan Coway . Coway adalah syarikat yang ditubuhkan untuk berkhidmat kepada masyarakat . Jadi , mereka tidak akan membebankan pelanggan mereka dengan caj yang tidak logik seperti itu . Mereka mengambil keputusan untuk tidak mengenakan langsung caj penghantaran dan pemasangan mesin penapis air Coway supaya lebih ramai dapat menikmati kelebihan mesin penapis air Coway.

5. TIGA Teknologi Air : Alkali , Nano , Reverse Osmosis ( RO )

Bagi teknologi penapis air Coway , anda mempunyai tiga pilihan seperti yang dinyatakan di atas . Bukannya seperti yang ramai orang anggap bahawa Coway hanya mempunyai teknologi air RO sahaja. Ia tidak benar sama sekali. Anda boleh memilih jenis penapis air yang anda mahukan berdasarkan kesesuaian dan kemampuan anda . Anda boleh melihat maklumat mengenai teknologi – teknologi tersebut di bawah :

  • Alkali Ion

jenis air bertapis coway
  • Reverse Osmosis

jenis air bertapis coway
  • Air Nano Bermineral

jenis air bertapis coway

6. Jenama Nombor 1 di Korea dan Malaysia

air bertapis coway dipercayai di Malaysia dan Korea

7. Pensijilan Dari WQA , RoHS ,SIRIM Dan Sebagainya

Jangan pandang rendah kepada sijil-sijil yang diperoleh Coway ini . Hampir kesemua sijil ini diiktiraf di peringkat kebangsaan dan menjadi kebanggan syarikat Coway selama bertahun-tahun . Bukan mudah untuk mendapatkan kesemua sijil ini. Pelbagai peraturan dan syarat perlu dipatuhi . Hanya syarikat yang betul-betul memenuhi syarat sahaja akan dapat menerima sijil tersebut .

pensijilan dan rekognasi untuk air coway

Tidak perlulah kita mengetahui mengenai sijil-sijil dari luar negara. Kita hanya perlu tahu mengenai SIRIM . SIRIM adalah organisasi yang bertapak di Malaysia dan bertanggungjawab melakukan ujian dan kajian kepada produk , bahan dan barang di Malaysia . Setiap produk yang mempunyai lebel SIRIM adalah produk yang telah lulus ujian dari SIRIM dan telah terbukti keselamatan dan keberkesanan kepada pengguna. Penapis air Coway adalah antara produk yang mempunyai label SIRIM tersebut .

Coway Jenama Pilihan Rakyat Malaysia

Coway menjejakkan langkah mereka di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu . Setelah mengambil masa 7 tahun , Coway berjaya mengambil tempat dalam anugerah Trusted Brand Gold pada 2015 dan 2016 . Manakala , pada 2017 Coway berjaya meraih pengiktirafan tertinggi dari pengguna apabila mereka mendapat Trusted Brand 2017 . Mana mungkin produk yang bermasalah , tidak selamat dan mempunyai servis selepas jualan yang buruk akan mendapat pengiktirafan sebegini. Jadi , sudah terbukti bahawa penapis air Coway adalah yang terbaik untuk anda , anak-anak anda dan ahli keluarga anda yang lain .

air coway mendapat pilihan di hati rakyat malaysia

Coway Juga Menawarkan Penapis Udara Yang Berkualiti Tinggi

Dengan keadaan udara yang semakin teruk setiap hari  terutama di kawasan bandar, penapis udara adalah antara keperluan yang perlu ada sekiranya anda mahukan udara segar yang tidak tercemar untuk ahli keluarga anda. Anda boleh mempertimbangkan beberapa aspek sebelum memilih penapis udara anda seperti :

  • Mengapa anda perlukan penapis udara tersebut ?
  • Jenis Penapis udara yang hendak dibeli seperti penapis udara yang mempunyai HEPA yang boleh menapis kebanyakan zarah , penapis yang mempunyai charcoal filter yang sesuai untuk yang asma atau alergik ataupun penapis udara gred perubatan yang biasanya digunakan oleh orang tua yang mempunyai sistem imun yang lemah atau pesakit kronik
  • Saiz penapis udara yang hendak dibeli perlu bersesuaian dengan ruang yang anda cadang untuk letakkan penapis udara tersebut
  • Ciri – ciri penapis udara tersebut hendaklah bersesuaian dengan citarasa anda
  • Penapis udara itu bising atau tidak
  • Anda perlu pastikan penapis udara tersebut sentiasa bersih.
penapis udara coway untuk udara yang sihat

Penapis Udara Coway

Walaupun Coway terkenal dengan penapis air mereka , Coway juga mempunyai produk lain seperti penapis udara. Dengan konsep dan motif yang sama seperti penapis air , iaitu untuk mengekalkan kesihatan masyarakat dengan membekalkan alternatif untuk mereka menikmati air yang betul-betul bersih dan udara yang segar dan tidak tercemar . Penapis udara yang saya maksudkan adalah penapis udara Lombok ii .

Kenapa Coway Lombok II?

  1. Jenama nombor satu di Korea
  2. Penapis enam peringkat
  3. Meliputi kawasan seluas 1600 sqft
  4. Pengiktirafan produk AHAM
penapis air lombok II

Bagaimana Dengan Harga?

Sekiranya anda memilih Coway , anda tidak perlu risau dengan masalah lain selain daripada cara menikmati udara segar yang dibekalkan oleh Coway Lombok ii . Dengan RM 110 sahaja sebulan , anda dapat menikmati pelbagai kelebihan dari Coway yang boleh menyelesaikan masalah di dalam minda anda seperti :

  • 5 tahun servis PERCUMA
  • 5 tahun warranti
  • 5 tahun tidak perlu risau untuk repair
  • 5 tahun tidak perlu tukar filter
  • 5 tahun sewa jadi hak milik

Coway Adalah Pilihan Terbaik , Tidak Perlu Tunggu Lagi

Apa lagi yang anda tunggu ? langgan atau belilah produk Coway sekarang dan nikmati kelebihan dari Coway tidak kira dari segi modal yang lebih rendah ataupun ketenangan hati apabila anda mengetahui bahawa anda membuat keputusan yang betul setelah menggunakan produk Coway . Produk Coway sememangnya berupaya menambahbaikkan kesihatan anda dan keluarga. Tiada yang lebih penting di dunia selain dari kesihatan. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan hubungilah Coway untuk mendapatkan produk yang terbaik untuk kesihatan anda sekarang. Anda boleh menggunakan maklumat di bawah untuk menghubungi mereka. Cepat tau, mana tahu ada promosi terkini rugi kalau tak grab sekarang!

CARA HIDUP SIHAT DENGAN PENAPIS AIR DAN UDARA COWAY Hubungi: Tekan untuk telefon (017-5772954) | Tekan untuk WhatsApp