Review
Jan 21, 2018, 4:00am

Tips Kecantikan Wanita Masakini dan Lebih Berkeyakinan di Depan Khalayak


Di pasaran kini terlihat pelbagai lambakan produk-produk serta tips kecantikan wanita daripada penjagaan rambut sehinggalah ke seluruh tubuh badan. Ini membuktikan bahawa kecantikan sangat dititikberatkan oleh mereka-mereka yang bergelar wanita. Tidak hairanlah kerana sememangnya naluri setiap wanita ialah untuk sentiasa kelihatan cantik bagi meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri mereka. 

tips kecantikan 01

Rata-rata para wanita percaya bahawa hanya kecantikan sahaja yang mampu membuatkan mereka tampil yakin dan sempurna sedangkan perkara asas yang paling penting bagi mereka ialah bagaimana menjaga tubuh badan serta memiliki kulit yang sihat.

Walaubagaimanapun, ini tidak bererti bahawa para lelaki tidak menjaga penampilan mereka. Cuma apabila ianya berkaitan dengan kecantikan, adalah lebih banyak berpihak kepada golongan wanita. 

Wanita Cantik Lebih Berkeyakinan dan Berkarisma

tips kecantikan 03

Apabila memperkatakan perihal kecantikan wanita, apakah benar bahawa wanita yang cantik itu dikatakan lebih berkeyakinan dan berkarisma? Jika dilihat dari sudut karisma, ia bermaksud suatu karekteristik yang tersimpan didalam hati seseorang. Ini bermakna, seseorang yang cantik itu belum tentu berkarisma tetapi seseorang yang berkarisma itu secara automatiknya merupakan orang yang cantik.   

Gabungan antara kecerdasan akal fikiran yang terhasil dari ilmu pengetahuan dan juga wawasan yang luas bersama-sama dengan kecantikan rupa paras atau fizikal akan menguatkan lagi keyakinan dan karisma seseorang wanita.  Ini kerana secara lahiriahnya mereka akan dilihat sebagai orang yang cantik manakala dari sudut dalamannya pula akan mencerminkan kebijaksanaan mereka. Itulah ciri-ciri seorang wanita berkeyakinan dengan karisma yang sebenar.

tips kecantikan 18

Antara perkara yang berkaitan dengan karisma dalaman ialah:

  1. Mempunyai emosi yang baik
  2. Mempunyai nilai kesopanan yang tinggi
  3. Mampu menjaga tutur kata
  4. Mempunyai semangat setia kawan
  5. Mempunyai motivasi diri yang bagus
  6. Bercita-cita tinggi
  7. Energetik
  8. Berkeyakinan

tips kecantikan 19

Secara luaran pula seseorang wanita itu boleh dianggap berkarisma apabila mereka melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Mengambil berat dalam perawatan diri
  2. Menjaga keanggunan seperti sikap ketika berdiri, berbicara dan berjalan
  3. Menjaga ekspresi wajah, mata dan gerakan anggota badan
  4. Mengawal tutur kata

Tips Kecantikan Wanita

tips kecantikan 17

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wanita yang cantik adalah wanita yang memiliki kulit yang putih. Sebenarnya tanggapan itu tidak benar sama sekali. Wanita yang cantik lebih sesuai dikatakan sebagai  wanita yang mempunyai kulit yang cerah dan sihat. Walaupun keseluruhannya wanita berkehendakkan kecantikan secara alami atau secara semulajadi, namun mereka masih bergantung kepada beberapa perkara lain untuk kekal cantik.

Untuk mengamalkan tips kecantikan dalam menjaga dan mengekalkan aset terpenting wanita iaitu kulit wajah dan tubuh badan, seharusnya mereka mengambil kira 2 faktor berikut:

  1. Kecantikan wajah dan tubuh badan dari luaran secara semulajadi
  2. Kecantikan wajah dan tubuh badan dari dalam secara semulajadi

Tips Kecantikan Wajah Dan Tubuh Badan Dari Luaran Secara Semulajadi

tips kecantikan 05

Perlu difahami bahawa peranan kulit manusia sangat penting dalam melindungi keseluruhan tubuh badan di samping mengatur keseimbangan suhu dan juga merupakan salah satu bahagian perkumuhan yang mengeluarkan peluh.  

Namun, kerana faktor kulit jugalah yang menjadikan tubuh badan manusia kelihatan cantik dan indah. Disebabkan itu, kulit merupakan anggota terpenting bagi wanita dan ia perlu dijaga dengan baik.

Antara tips kecantikan yang boleh diamalkan ialah:

1. Menggunakan Masker Pada Badan

tips kecantikan 20

Sebagai contoh, penggunaan beras sebagai bahan semulajadi yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat baik bagi kulit seperti vitamin C dan vitamin E. Dikatakan juga beras adalah salah satu bahan yang mampu mempercepatkan proses memutihkan kulit.

2. Menggunakan Susu Sebagai Bahan Pemutih Kulit

tips kecantikan 21

Susu merupakan antara bahan terbaik juga dalam merawat masalah kesihatan kulit. Sesetengah spa juga tidak terlepas untuk mengunakan susu sebagai elemen mandian berdasarkan khasiat yang diperolehi. Antara khasiat susu ialah sebagai ejen menghakis sel-sel kulit mati pada permukaan kulit dan lama-kelamaan kulit akan menjadi semakin bersih dan lembut. Penggunaan susu juga tidaklah terhad kepada mandian sahaja. Boleh digunakan dengan cara lain yang bersesuaian.

3. Melindungi Kulit Dari Terdedah Terlalu Lama Kepada Cahaya Matahari

tips kecantikan 22

Perlu diingat bahawa, pendedahan kulit kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang lama juga mampu merosakkan kulit dan mempercepatkan penuaan. Oleh sebab itu, dinasihatkan supaya berusaha untuk melindungi kulit daripada panasnya cahaya matahari dengan menggunakan pakaian yang sesuai.

Tips Kecantikan Wajah Dan Tubuh Badan Dari Dalam Secara Semulajadi

tips kecantikan 04

tips kecantikan 23

Ini juga antara tips kecantikan yang penting untuk dititiberatkan iaitu kecantikan dari dalam. Ia bagi memastikan pertumbuhan semula sel-sel baharu yang menggantikan sel-sel tubuh badan yang sudah rosak. Apabila proses rawatan dari dalam yang berterusan seperti ini diambil perhatian, seseorang wanita itu bukan sahaja bakal memiliki tubuh badan yang sihat malah mempunyai kulit yang cantik, segar dan bersih.

Antara tips yang boleh diamalkan dari dalam ialah:

1. Banyakkan Makan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

tips-kecantikan-24

Umumnya semua mengetahui bahawa sayur dan buah adalah sumber yang membekalkan khasiat yang sangat baik untuk kulit dan tubuh badan. Ia tidak semestinya diambil secara terus, cuba olahkan cara pengambilannya seperti melalui jus buah-buahan.

2. Banyakkan Minum Air Kosong

tips-kecantikan-25

Air kosong atau air putih sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Kita disarankan untuk meminum air sebanyak 8 gelas sehari. Amalan ini adalah yang paling mudah dilakukan dan sememangnya air kosong mampu menyingkirkan racun-racun mahupun zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Dengan ini, kulit akan menjadi semakin kenyal dan segar tanpa masalah dehidrasi.

3. Mengamalkan Rehat Dan Senaman Yang Cukup

tips kecantikan 26

Dikatakan bahawa ketika kita tidur, kulit akan menjalankan proses menggantikan semula sel-sel kulit yang telah rosak. Itulah sebabnya kita dinasihatkan mempunyai waktu tidur yang cukup.  Di samping itu juga, aktiviti senaman yang dijalankan secara tersusun boleh membantu organ-organ dalaman dan pengaliran darah berada pada keadaan yang optimum. Tidak hairanlah jika kita lihat ada antara wanita-wanita yang rajin bersenam mempunyai wajah yang ceria dan segar.

Kesimpulan Mengenai Tips Kecantikan Luaran Dan Dalaman

tips kecantikan 27

Apa yang perlu ditekankan disini ialah kecantikan seseorang wanita itu terletak pada kesihatan dan kecerahan kulit yang bukan sahaja memfokuskan kepada wajah semata-mata tetapi juga keseluruhan tubuh badan. Amalan kesihatan yang baik termasuk pengambilan makanan berkhasiat dan senaman juga perlu dititikberatkan kerana kecantikan menyeluruh perlu juga dibina dari dalam tubuh badan itu sendiri.

Elakkan juga dari mengambil jalan mudah untuk merawat sebarang masalah atau ingin segera kelihatan cantik kerana itu akan mengundang masalah yang lebih serius pada masa akan dating dari aspek kesihatan.

Berita Baik Untuk Wanita Yang Sibuk Tetapi Ingin Tampil Muda Dan Cantik

tips kecantikan 07

Berdasarkan tips kecantikan yang dikongsikan tersebut, ada kemungkinan wanita-wanita di luar sana merasakan agak berat untuk memulakannya kerana ia memerlukan disiplin yang tinggi. Ia disebabkan pendekatan yang diambil adalah secara semulajadi.

Jika para wanita menggunakan pendekatan ubat-ubatan kimia, adalah sangat merbahaya dan dikhuatiri kesannya untuk jangka masa panjang. Kini, para wanita tidak perlu risau kerana ada berita baik menanti iaitu dengan menggunakan produk NEWMEness Chewable Tablet.

NEWMEness Chewable Tablet

tips kecantikan 06

Produk ini boleh dijadikan sebagai jalan pintas untuk kelihatan lebih berkeyakinan dalam membantu:

  1. Mencantik dan menganjalkan kulit
  2. Memberi tenaga
  3. Mengurangkan rambut gugur
  4. Memperbaiki masalah rambut gugur
  5. Membantu mencerahkan penglihatan mata
  6. Memperbaiki sel kulit wajah

tips kecantikan 13

Oleh itu, pengguna tidak perlu lagi menghabiskan sejumlah wang dan masa yang banyak untuk mendapatkan rawatan samada secara klinikal mahupun semulajadi dimana ia memerlukan disiplin yang tinggi. Para wanita juga sudah tidak perlu lagi menghabiskan masa dan wang untuk tampil dengan make-up yang tebal kerana produk ini mampu menjadi penyelamat kepada kedua-dua perkara itu.

Siapa Yang Sesuai Untuk Mengamalkan Produk Ini?

tips kecantikan 10

Yang menarik berkenaan produk ini ialah ia sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan wanita. Merupakan produk 100% bumiputera dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan penampilan yang cantik secara semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia terlarang.

Produk ini juga boleh dijadikan sebagai sumber makanan tambahan dalam diet harian bagi mendapatkan kecantikan dan kesihatan yang diimpikan. Cara pengambilannya juga sangat mudah dimana pengguna hanya perlu mengunyah 2 biji tablet sahaja dan ia diambil sebanyak 2 kali sehari.

Kebaikan Tablet Kunyah NEWMEness

tips kecantikan 11

Antara kebaikan lain yang diperolehi daripada produk ini sekiranya diamalkan secara teratur dan berterusan termasuklah:

  1. Kulit menjadi lebih halus dan cerah bersinar.
  2. Jerawat akan mengecut.
  3. Mengurangkan masalah kulit berminyak.
  4. Masalah jeragat akan semakin kurang dan pudar.
  5. Kulit akan tampak lebih lembap.
  6. Kulit juga akan kelihatan segar secara semulajadi.

Kandungan NEWMEness Chewable Tablet

tips kecantikan 09

Sekiranya para wanita kurang yakin, jangan risau kerana kesemua bahan-bahan yang terkandung dalam tablet ini adalah terdiri daripada bahan-bahan semulajadi seperti:

  1. Sarang burung
  2. Epal
  3. Laici
  4. Buah delima
  5. Habbatus sauda
  6. Maqui beri
  7. Saffron
  8. Taurine
  9. Bovine collagen

 

Tawaran Istimewa Menanti Pelanggan Produk

tips kecantikan 16

Kepada pelanggan juga bakal diberikan 1 sesi PERCUMA ‘Grooming Session’ yang bernilai RM288 dengan pembelian produk NEWMEness bernilai RM149.  Sesi tersebut akan dijalankan oleh Perunding Imej yang bertauliah.

Grooming Session akan dijalankan samada secara online coaching atau personal live coaching (Live coaching tertakluk di beberapa tempat sahaja).  Tawaran ini hanya sah untuk pembelian kali pertama sahaja.  Juga terdapat voucher bernilai RM20 untuk pelanggan yang memberikan testimoni mereka bagi pembelian yang seterusnya.

Hubungi Pihak NEWMEness Untuk Nampak Cantik Dari Dalam

tips kecantikan 14

Jom Order Newmeness Chewable Tablet SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order Newmeness Chewable Tablet SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order Newmeness Chewable Tablet SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: