Review
Apr 13, 2018, 10:39am

Tips Jadi Pemandu Grab Dan Jana Pendapatan Lumayan Hanya Dengan Memandu


tips jadi pemandu grab yang berjaya

Tahniah kerana anda berminat untuk mengetahui tips bagi menjadi pemandu grab dan menjana pendapatan lumayan hanya dengan memandu! Menjadi pemandu grab adalah salah satu kerja yang mempunyai masa yang bebas dan fleksible mengikut waktu anda sendiri malah anda tidak terikat dengan mana-mana perjanjian atau kontrak waktu bekerja. Perkara yang paling utama merangkap syarat untuk menjadi seorang pemandu grab adalah anda haruslah mempunyai kenderaan sendiri dan juga lesen kenderaan.

tips jadi pemandu grab berjaya

Tanpa lesen kenderaan, anda tidak boleh menjadi pemandu grab sama sekali. Bagi anda yang telah menepati syarat tersebut, pastinya anda tertanya-tanya bagaimanakah ingin memulakan kerjaya sebagai pemandu grab ataupun bagaimana ingin menjadi seorang pemandu grab yang berjaya. Ada segelintir pemandu grab yang telah menjana pendapatan ribuan ringgit dengan hanya memandu kereta sahaja sepanjang hari dan tidak ada tekanan daripada tempat kerja. Kadang kala gaji seorang pemandu grab juga boleh melebihi gaji anda ketika bekerja dibawah majikan. Secara umumnya, anda boleh menjadikan memandu grab sebagai salah satu kerjaya anda yang berjaya. Terdapat banyak tips atau panduan yang perlu anda ikuti bagi menjadi pemandu grab.

Tips #1 – Berketerampilan Kemas

berterampilan tips jadi pemandu grab

Perkara pertama yang perlu anda menitik beratkan adalah kebersihan dan keterampilan diri anda. Sebagai pemandu, anda akan berurusan dengan pelbagai jenis orang. Anda harus menjaga kebersihan diri dan bijak dalam berketerampilan. Apabila berjumpa dengan seseorang, orang akan menilai anda melalui ‘first impression’ ataupun pandangan kali pertama yang membuatkan mereka akan berfikir mengenai anda seperti apa yang mereka lihat. Sekiranya anda berpakaian kotor dan koyak, pasti mereka akan berfikir bahawa anda tidak profesional, bahaya dan juga ragu-ragu dengan anda. Melainkan jika anda berpakaian kemas iaitu T-shirt berkolar ataupun kemeja, mereka akan mudah bergaul dan selesa dengan anda.

Tips #2 – Kebersihan Kenderaan Terjamin

menjaga kebersihan kereta tips jadi pemandu grab

Anda harus memastikan kebersihan kenderaan anda terjamin, dalam erti kata lain anda perlulah membersihkan kenderaan anda dengan kerap tanpa ada habuk, kotoran atau bau yang tidak menyenangkan. Memastikan kebersihan kereta anda terjamin juga penting untuk mengelakkan pelanggan memberikan reaksi yang negatif ketika menaiki grab anda. Sebagai contoh, ada jenis pelanggan yang akan menyalahkan kereta kotor sekiranya mereka bersin di dalam kenderaan. Ragam pelanggan yang pelbagai memerlukan anda bersiap sedia bagi mencegah ia berlaku bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jangan lupa semburkan spray wangian kereta supaya aroma wangi sentiasa berlegar didalam kereta anda dan membuatkan pelanggan sentiasa tersenyum.

Tips #3 – Berkomunikasi Dengan Baik Dan Efektif

berkomunikasi dengan penumpang tips jadi pemandu grab yang hebat

Walau siapapun pelanggan anda, anda harus berkomunikasi dengan baik dan efektif. Berinteraksi dengan baik memerlukan anda bercakap menggunakan bahasa yang sopan, nada yang lembut, beramah mesra dan tidak keterlaluan. Anda harus jadi diri sendiri dan tidak perlu buat-buat tahu sekiranya anda tidak tahu. Pelanggan lebih percayakan anda sekiranya anda jenis orang yang suka berterus terang. Selain itu, pelanggan yang menaiki grab juga kadang kala merupakan pelanggan yang berstatus OKU, pekak, bisu dan sebagainya, anda juga perlu membuat persediaan bagi berkomunikasi dengan mereka.

Tips #4 – Mengikut Peraturan Jalan Raya

patuhi peraturan jalanraya tips jadi pemandu grab

Bukan sahaja pemandu grab, tetapi semua pemandu wajib mengikut peraturan jalan raya dimana sahaja anda berada. Gagal mematuhi peraturan jalan raya menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang dan juga tidak mendapat kepercayaan daripada penumpang grab. Penumpang grab akan berasa takut untuk menaiki grab anda dan paling teruk lagi, mereka boleh membuat laporan mengenai cara anda memandu kenderaan. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda elakkan daripada melanggar peraturan jalan raya.

Tips #5 – Mengamalkan Nilai-Nilai Murni

nilai murni tips menjadi pemandu grab

Di sekolah dahulu kita sering mempelajari matapelajaran sivik dimana ia menyuruh kita semua mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Sebagai pemandu grab, banyak nilai murni yang boleh anda amalkan dalam kehidupan kerjaya anda. Nilai-nilai murni akan menjadi anda seorang pemandu grab yang berjaya kerana anda akan berhadapan dengan pelanggan sepanjang waktu anda bekerja dan nilai atau produk anda adalah pelanggan anda. Contoh nilai-nilai murni yang perlu anda amalkan adalah bercakap dengan bahasa yang sopan, menghormati semua orang tanpa mengira perbezaan agama dan budaya, membantu mengangkat beg pelanggan, membantu orang tua melintas jalan, tidak mencarut dan sebagainya.

Tips #6 – Menyediakan Kemudahan Kepada Pelanggan

kemudahan seperti air mineral tips jadi pemandu grab

Tips menjadi pemandu grab yang terakhir adalah menyediakan kemudahan kepada para pelanggan. Kemudahan yang dimaksudkan adalah dari pelbagai aspek seperti info atau maklumat, barangan dan sebagainya. Sebagai contoh, anda boleh menjadi grab yang lain daripada yang lain dengan menyediakan kemudahan seperti air mineral, gula-gula, peta Malaysia, masker mulut dan sebagainya lagi yang mungkin orang awam perlukan. Kesannya, anda akan menjadi satu dalam seribu dan memudahkan pelanggan menyenangi anda dan mendoakan bisnes anda.

tips jadi pemandu grab

Tips untuk menjadi seorang pemandu grab dan menjana pendapatan lumayan hanya dengan memandu sangat mudah untuk anda ikuti. Walaupun anda tidak mempunyai pengalaman untuk menjadi pemandu grab dan ini merupakan kali pertama anda ingin mulakan, ia tidak menjadi masalah kerana terdapat jurulatih yang akan melatih anda secara mudah, pantas dan berkesan! Anda tidak harus melepaskan peluang ini untuk mendapatkan kemudahan ini.

Daftar GRAB Dan MYDESTINATION Dengan Mudah Dan Pantas

daftar sebagai pemandu grab

Segala masalah atau kegusaran anda akan berakhir disini dengan MYDESTINATION. MYDESTINATION adalah keluaran terbaru daripada GRAB dan ia merupakan aplikasi yang telah dikeluarkan pada tahun 2018. Sebagai pemandu grab anda perlu menentukan dan mengatur masa anda dengan baik dengan cara merancang perjalanan yang jimat dan berbaloi kepada anda. Melalui Grab dan aplikasi ini, anda boleh mengetahui para penumpang yang perlukan grab ke arah tujuan atau destinasi anda pada masa tersebut. Pendek kata, dimana pun anda, untuk anda teruskan perjalanan anda ke rumah dan sebagainya, anda boleh menumpangkan penumpang yang sekali jalan ke arah destinasi yang ingin anda tuju. Ia dapat mengurangkan bebanan kos harga petrol dan menjimatkan tenaga anda dalam masa yang sama. Selain itu, Program Grab ini terbuka kepada kereta keluaran tahun 2008 ke atas sahaja. Anda yang mempunyai kenderaan keluaran 2008 ke atas layak mendaftar! Ini merupakan berita baik terhadap anda yang menetap di Johor Bahru! Bagi anda yang menetap selain dari Johor Bahru juga adalah sangat dialu-alukan.

cara daftar pemandu grab

Untuk mendaftar menjadi pemandu grab, anda tidak perlu ke pejabat, syarikat atau ke mana-mana pun, malah anda juga tidak perlu menghadiri sesi taklimat ke pejabat untuk memulakan bisnes grab anda. Terdapat cara yang mudah bagi anda untuk mendaftar sebagai pemandu grab. Pendaftaran boleh dilakukan secara online sahaja dan dalam masa 24jam, pastinya pendaftaran anda akan lulus dan diterima. Grab merupakan satu medium yang anda boleh gunakan untuk menjadi seorang pemandu grab secara mudah, ringkas dan menjana pendapatan yang lumayan. Jangan lepaskan peluang untuk berdaftar dengan grab kerana banyak kelebihan yang boleh anda dapatkan disini.

Kelebihan Menjadi Pemandu Bersama GRAB

1. Latihan Disediakan

latihan kepada pemandu grab

Grab akan menyediakan seorang jurulatih bagi anda sama ada anda baru sahaja ingin berkecimpung didalam bidang ini ataupun sudah lama. Jurulatih akan membantu dan mengajar anda cara yang betul untuk menjadi pemandu grab serta memberikan tips untuk menjana pendapatan berterusan dan menjadi pemandu yang berjaya.

2. Jaminan Insentif dan Bonus

insentif sebagai pemandu grab

Anda akan menerima jaminan insentif dan bonus pada setiap trip dan jam yang anda ambil. Insentif yang diberikan sangat menarik dan lumayan. Insentif yang anda dapat adalah berdasarkan hari dan jumlah waktu anda memandu. Masyuk kan? Untuk pemandu baru, anda akan menerima gift dan bonus juga. Selain itu, anda juga akan menerima pembayaran trip secara tunai oleh pelanggan.

3. Voucher Point

voucher kepada pemandu grab yang aktif

Anda juga akan menerima voucher point yang berganda-ganda di Petronas atau stesen minyak dari segi voucher cuci kereta dan sebagainya. Ia merupakan hadiah bagi pemandu cemerlang dan selain daripada voucher, terdapat hadiah lain-lain lagi yang menarik. Jimat kan kerana dengan voucher ini, anda tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran secara tunai.

4. Penampal Iklan

tampal grab car wrap

Anda boleh menyewa pengiklanan berupa penampak iklan dikereta anda untuk tujuan pemasaran, marketing, car wrap bagi menampakkan anda sebagai pemandu cemerlang dan dipercayai. Anda akan lebih maju dan berjaya menjadi seorang pemandu grab dan berpotensi menjana pendapatan yang lumayan.

5. Masa Yang Fleksibel

aktifkan masa jadi pemandu grab

Menjadi pemandu grab membolehkan anda memilih untuk bekerja secara full time ataupun part time. Sekiranya anda mempunyai kerja lain, anda boleh menjadi pemandu grab secara part time. Untuk mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan, anda boleh menjadi pemandu grab secara sepenuh masa. Selain itu, anda juga sangat bebas kerana tiada sasaran jumlah trip yang perlu anda capai. Anda boleh meletakkan sasaran sendiri sekiranya anda ingin meletakkan matlamat bagi mencapai sejumlah pendapatan yang anda inginkan.

6. MYDESTINATION

aplikasi mydestination memudahkan pemandu grab

MYDESTINATION adalah sebuah aplikasi yang melibatkan grab dan memudahkan anda. Dengan aplikasi ini, anda boleh mengambil penumpang yang ingin sekali jalan ke arah tujuan anda, iaitu sekali ke destinasi yang ingin anda tuju. Anda boleh jimatkan kos minyak dan tenaga kerana anda tidak perlu berpatah balik ke rumah anda sekiranya pelanggan perlu ke arah destinasi lain.

Jom Daftar Sebagai Pemandu Grab Sekarang!

Platform Grab ini amat sesuai untuk anda yang ingin memulakan bisnes grab dan juga bagi anda yang ingin menambah pendapatan yang lumayan dengan hanya memandu. Sama ada anda ingin melakukannya secara sepenuh masa atau separuh masa, Grab merupakan platform terbaik untuk anda mulakan. Anda boleh berdaftar secara online sahaja dan mengikuti tips-tips dan latihan yang akan diberikan oleh jurulatih yang terlibat. Dengan kesungguhan dan komitmen yang anda berikan, anda berpeluang mendapat bonus, insentif dan juga pemberian percuma daripada Grab. Siapa kata bekerja sebagai memandu grab sahaja tidak lumayan? Anda boleh mendapat pendapatan yang mencecah 4 angka dan kebebasan masa yang berterusan! Jom daftar segera bersama Grab!

daftar sebagai pemandu grab dan jana pendapatan

DAFTAR GRAB ONLINE | JANA PENDAPATAN DENGAN MEMANDU KERETA
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-8970026) | Tekan untuk WhatsApp

Jom daftar sebagai pemandu GRAB SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom daftar sebagai pemandu GRAB SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom daftar sebagai pemandu GRAB SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: