Review
Jan 26, 2018, 4:12pm

10 Tips Hilangkan Karat Pada Besi Dengan Pantas


Karat pada besi boleh terjadi apabila besi tersebut terkena air dan juga terdedah kepada udara serta terik matahari. Ia merupakan hasil oksidasi daripada logam tersebut. Bahan – bahan yang mudah karat termasuklah besi campuran ataupun besi yang bukan dari jenis stainless steel. Karat pada besi boleh membuatkan besi tersebut rapuh, mudah larut, bercampur dengan bahan lain serta beracun sekiranya ada orang yang termakan ataupun terluka akibat terkena besi yang berkarat tersebut.

nak tips hilangkan karat besi dengan cepat

Penyakit seperti kancing gigi boleh terjadi diakibatkan oleh pendedahan kepada besi yang berkarat. Anda boleh membuang besi – besi yang mempunyai karat di dalam rumah anda sekiranya anda mahukan persekitaran yang selamat. Namun begitu, pasti ada barang di dalam rumah anda yang telahpun berkarat tetapi ia mempunyai nilai yang tinggi dan berharga bagi anda yang membuatkan anda sayang untuk membuangnya begitu saja. Anda boleh ikuti penulisan di bawah untuk membantu anda menghilangkan karat pada besi dengan pantas.

barangan berkarat boleh diguna jika dibersihkan karat

10 Tips Hilangkan Karat Pada Besi Dengan Pantas

Besi – besi yang berada di sekeliling anda boleh menjadi karat sekiranya ia sering terdedah dengan tindakbalas oksigen dan juga air. Anda tidak boleh mengelakkan perkara ini daripada terjadi kerana pasti ada besi – besi yang anda tidak dapat simpan di tempat yang terlindung. Jadi, anda boleh mengikuti tips – tips yang bakal diberikan untuk menghilangkan karat pada besi dengan cepat;

cuba tips hilangkan karat besi dengan cepat

  • Penggunaan Cuka Putih

Cuka putih terkenal dengan tahap asiditi yang juga bersifat menghakis. Jadi, cuka yang hanya boleh ditemui di dapur rumah anda mampu membantu untuk menghilangkan karat pada peralatan besi anda. Anda hanya perlu menyiram cuka putih pada bahagian yang berkarat sekiranya permukaan besi tersebut lebar dan juga besar. Seterusnya, anda boleh menggosok bahagian tersebut sehingga karat tersebut hilang. Anda hanya perlu menuang cuka putih pada bahagian yang berkarat dan lap sehingga kering sekiranya permukaan karat tersebut kecil.

cuka putih hilangkan karat dengan cepat

  • Penggunaan Asid Sitrik

Asid sitrik mempunyai pelbagai kegunaan di dalam kehidupan kita dan anda tidak perlu lagi tercari – cari asid ditrik kerana ia boleh didapati di kedai berhampiran ataupun di atas talian. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan karat pada besi sekiranya anda tahu menggunakannya. Campurkan asid sitrik bersama air dan gaul sehingga anda ia larut bersama air tersebut. Rendam bahagian yang berkarat dan biarkan semalaman. Keringkan besi anda  dan gosok bersama span aluminium untuk menghilangkan karat.

asid citrik mencairkan karat pada besi

  • Garam Dan Limau Nipis

Campuran garam bersama limau nipis boleh meningkatkan tahap asiditi di mana ia boleh digunakan untuk menghilangkan karat. Campuran ini lebih berkesan dari ramuan – ramuan yang lain. Caranya ialah dengan mengambil garam dapur secukupnya dan taburkan pada bahagian yang berkarat. Biarkan selama beberapa minit dan tuang air perahan limau nipis di bahagian berkarat. Biarkan selama 2 – 3 jam dan teruskan dengan menggosok bahagian yang dibiarkan tadi. Jemur sehingga kering dan simpan di tempat yang bersih.

campuran garam dan limau nipis bantu hilangkan karat pada besi

  • Minuman Coca – Cola

Selain rasanya yang sedap serta boleh menghilangkan dahaga pada hari yang panas, minuman berkarbonat coca – cola juga boleh menghilangkan karat yang terkumpul pada peralatan besi anda. Anda boleh mendapatkannyadengan harga yang amat murah di kedai – kedai runcit berhampiran dan cara ini amat menjimatkan kos. Tuangkan coca – cola ke dalam satu mangkuk yang cukup besar untuk memasukkan peralatan anda dan rendamkan peralatan anda selama 1 jam. Gosok karat pada besi tersebut dan lap dengan kain yang bersih.

minuman coca cola bantu hilangkan karat

  • Kertas Pasir

Kertas pasir mempunyai tahap kekasaran sendiri dan kertas pasir yang paling kasar boleh menghilangkan kesan karat pada besi sekiranya dilakuan dengan betul. Ia juga boleh memudahkan proses pembersihan peralatan yang diperbuat daripada logam besi. Anda boleh menggunakan kertas pasir tersebut dengan menggosok permukaan dengan cepat. Semakin cepat anda menggosok, makin cepat karat tersebut akan tanggal. Bilas dengan air bersih serta lap dengan kain sebelum disimpan di tempat yang lebih kering dan selamat.

kertas pasir digunakan untuk menyental karat besi

  • Gabungan Ubi Kentang Dan Sabun Pencuci Pinggan

Anda boleh menemui ramuan – ramuan untuk menghilangkan karat ini hanya di bahagian dapur rumah anda. Ubi kentang yang merupakan ramuan utama di dalam masakan juga boleh digunakan untuk menghilangkan karat pada peralatan besi yang anda mahu gunakan. Potong ubi kentang tersebut kepada beberapa bahagian dan kisar ataupun tumbuk sehingga lumat sehingga ia menjadi bentuk pes. Seterusnya, campurkan pes bersama sabun pencuci pinggan dan sapukan ke bahagian yang berkarat sebelum disental bersama span aluminium.

kentang pun boleh hilangkan karat besi

  • Asid Oksalik

Asid oksalik boleh menghilangkan karat secara efektif tetapi ia juga perlu dilakukan secara berhati – hati. Bahan – bahan yang berada di dalam asid oksalik boleh merbahayakan tubuh badan anda sekiranya anda menyentuh asid ini secara langsung. Gunakan sarung tangan yang tahan serta memakai pakaian pelindung ketika anda menggunakan cara ini. Campurkan asid oksalik bersama air panas dan kacau sehingga ia larut dan tuang ke bahagian yang berkarat. Tunggu beberapa saat sebelum digosok dengan span aluminium dan lap sehingga kering.

asid oksalik untuk hilangkan karat besi dengan cepat

  • Penggunaan Minyak Petrol

Minyak petrol mempunyai elemen – elemen yang bersifat menghakis jadi anda boleh menggunakan minyak petrol untuk menghilangkan karat pada peralatan besi. Anda hanya perlu merendam besi yang berkarat di dalam minyak petrol tersebut. Biarkan selama semalaman agar minyak petrol tersebut dapat bertindak bersama peralatan besi dan keringkan peralatan tersebut setelah diangkat. Kemudian, guna berus besi untuk menggosok bahagian yang berkarat dan bilas sehingga bersih.

minyak petrol juga mempunyai sifat anti pengaratan

  • Baking Soda dan Lemon

Campuran baking soda dan juga lemon boleh menghasilkan tindak balas yang membolehkan ia menghakis permukaan yang berkarat dengan efektif. Ia juga boleh membantu untuk menghilangkan karat tersebut dengan pantas. Campurkan baking soda dan jus perahan lemon sehingga menjadi pes dan usapkan ke bahagian yang berkarat. Biarkan selama 15 – 20 minit sehingga ia kering. Anda boleh menggunakan lagi pes tersebut sekiranya karat masih boleh dilihat. Gosok dengan span aluminium tanpa dibilas dan jemur sehingga kering.

baking soda dan lemon gabungan hilangkan karat besi dengan cepat

  • Penggunaan Cecair Anti – Karat

Zaman sekarang merupakan zaman yang mudah di mana anda boleh mendapatkan pelbagai perkara yang anda mahukan tanpa perlu bersusah – payah. Jika anda tidak mahu menggunakan bahan – bahan yang berada di dalam rumah, anda boleh mendapatkan cecair anti – karat yang dijual di pasaraya ataupun kedai berhampiran. Anda hanya perlu menyembur cecair anti – karat ini kepada permukaan yang berkarat dan anda boleh mengikut arahan yang tertera pada botol cecair tersebut untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

cecair anti karat WD-40 terkenal untuk hilangkan karat

Rust Remover By Juta1 Magic Spray [Cecair Penanggal Karat Yang Mudah dan Efektif]

Pasti ramai yang mahu menggunakan tips no. 10 yang dikongsikan kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari bahan – bahan yang boleh menanggalkan karat tetapi masih mahukan kesan yang efektif. Anda boleh menggunakan Rust Remover dari Juta1 Magic Spray kerana ia boleh membantu anda untuk menanggalkan kesan karat dan juga pelbagai lagi kotoran – kotoran degil yang boleh didapati di dalam rumah anda. Anda boleh menggunakan Rust Remover ini pada apa – apa sahaja besi yang mempunyai karat.

rust remover oleh juta1 spray remover

Antara tempat – tempat yang anda boleh gunakan untuk membuang karat atau kotoran dengan menggunakan Rust Remover termasuklah;

  • Besi
  • Dapur
  • Rim
  • Brek disc
  • Dinding bilik air
  • Mozek

spray anti rust remover ini boleh mencuci pelbagai peralatan

Selain dari Rust Remover, pihak Juta1 Magic Spray juga ada mengeluarkan pelbagai lagi jenis semburan termasuklah Serai Harum Anti Serangga, Multipurpose Cleaner, dan juga Perfume Lotion Anti Hapak untuk memudahkan anda mencuci pelbagai barangan serta meninggalkan bau yang wangi.

Kenapa Anda Perlu Memilih Rust Remover by Juta1 Magic Spray?

Terdapat pelbagai cecair penanggal karat yang berada di pasaran tetapi anda perlu memilih Rust Remover by Juta1 Magic Spray kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan dan juga boleh memberikan pelbagai manfaat untuk pengguna produk ini. Antara kelebihan – kelebihan Rust Remover adalah;

rust remover untuk hilangkan karat besi dengan cepat

  • Harga Yang Berpatutan

Anda boleh mendapatkan Rust Remover dengan harga yang amat berpatutan dan tidak mencekik darah. Dengan hanya RM 49, anda boleh memiliki Rust Remover dan apa yang lebih menguntungkan adalah anda hanya perlu menunggu Rust Remover sampai ke rumah anda dan tiada sebarang kos postage dikenakan.

dapatkan rust remover pada harga serendah RM39 sahaja

  • Boleh Digunakan Di Atas Pelbagai Permukaan

Rust Remover bukan sahaja boleh digunakan untuk menghilangkan karat pada permukaan besi, malah ia juga boleh digunakan untuk membuang kotoran pada pelbagai permukaan yang lain seperti dinding dan juga lantai mozek. Jadi, ia mempunyai pelbagai kegunaan untuk anda dan juga seisi keluarga. Anda hanya memerlukan satu produk pencuci untuk satu rumah dan tidak perlu lagi berhabis duit untuk membeli pelbagai produk pencuci lain.

spray anti karat untuk tips hilangkan karat besi dengan cepat

  • Mudah Digunakan

Rust Remover telahpun diformulasikan untuk menanggalkan karat dan juga kotoran di dalam satu produk jadi anda hanya perlu menggunakan produk ini tanpa mencampurkan ia dengan apa – apa produk yang lain. Anda hanya perlu menyembur Rust Remover kepada bahagian yang mempunyai kotoran dan juga karat dan gosok sedikit untuk menanggalkan segala kesan dan permukaan tersebut akan kembali cantik dan bersinar.

spray rust remover mudah digunakan

  • Kesan Yang Cepat Dan Efektif

Anda tidak perlu menunggu pada waktu yang lama untuk melihat kesan yang diberikan oleh Rust Remover. Anda hanya perlu menyembur dan menggosok bahagian yang berkarat ataupun kotor dan anda boleh melihat perbezaan dengan hanya sekali penggunaan. Anda tidak perlu lagi membazir penggunaan produk dan juga bahan untuk menghilangkan kesan karat yang degil.

rust remover cepat dan berkesan hilangkan karat besi dengan pantas

Testimoni Pengguna Rust Remover by Juta1 Magic Spray

Anda boleh melihat testimoni – testimoni positif yang ditinggalkan oleh para pengguna Rust Remover seperti di bawah;

testimoni hilangkan karat besi dengan pantas

Karat tertanggal dengan mudah dengan Rust Remover

rust remover juga hilangkan kotoran pada dinding

Besi kelihatan lebih bersinar dengan Rust Remover

besi lebih bersinar dengan rust remover

Dapatkan Rust Remover by Juta1 Magic Spray Sekarang!

Anda boleh mendapatkan Rust Remover untuk memulihkan kembali persekitaran dan juga perlatan di dalam rumah anda dengan menghubungi talian seperti berikut;

dapatkan rust remover ini sekarang

Jom Dapatkan Rust Remover by Juta1 Magic Spray SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Rust Remover by Juta1 Magic Spray SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Rust Remover by Juta1 Magic Spray SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: