Review
Sep 26, 2017, 12:33pm

Tips Diet Sihat Dan Berkesan 3 Kali Ganda Lebih Cepat Dari Biasa


Nak kurus? Yes. Siapa yang tak nak kuruskan. Terutamanya kaum wanita yang sentiasa mengimpikan bentuk badan yang cantik dan berat badan yang ideal. Tapi, adakah anda menjaga pemakanan anda? Untuk cantik dan kurus, anda harus menjaga diet pemakanan anda dengan betul. Pengambilan diet yang seimbang dan berkesan memainkan peranan yang penting kepada semua orang. Selalunya, bila sebut sahaja diet pasti dikaitkan dengan tujuan menurunkan berat badan ataupun untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik kan.

cara-diet-kevin-zahri

Namun yang sebenarnya, amalan diet ini juga adalah bertujuan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Perlu diingat, bukan semua amalan diet tersebut adalah sihat dan bukan semua juga amalan diet itu berkesan. Jadi, entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda Tips Diet Sihat dan Berkesan yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik disamping dapat menguruskan badan.

10 Tips Diet Sihat Dan Berkesan (Cara Kevin Zahri)

1.  Jangan Skip Pengambilan Nasi

makanan diet

Ramai yang beranggapan bila makan nasi, susah nak turunkan berat badan apatah lagi nak kurus. Memang benar, nasi bukanlah pilihan yang tepat jika kita berhasrat untuk kurus tetapi memandangkan nasi adalah makanan asasi kita sejak kecil, maka ramai yang tidak berjaya meneruskan diet mereka. Jadi, untuk meneruskan diet makan hanya segenggam nasi setiap kali makan.

 2. Makan Sedikit Tapi Kerap

cara kuruskan badan

Untuk mengekalkan diet sihat, tips ini perlu diamalkan, makan sedikit tapi kerap bagi membantu mengelakkan nafsu makan yang membuak-buak. Kita boleh makan secara kerap makan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk menjana tenaga.

3. Pastikan Makanan Ada Serat

menu diet

Serat sangat penting untuk tubuh badan kita terutamanya untuk perlawasan. Ia membantu usus kecil dan usus besar kita berfungsi dengan baik. Serat juga bermanfaat dalam mengawal nafsu makan semasa diet bagi menurunkan berat badan. Diet tinggi serat dapat membantu mengawal berat badan dengan membuat kita merasa kenyang lebih lama selepas makan.

 4. Ambil Tahu Kalori Yang Diperlukan Dan Kalori Yang Diambil.

cara nak kurus

Setiap makanan yang kita ambil ada nilai kalorinya yang apabila dimakan akan menjana tenaga seharian kita. Jika jumlah kalori diambil secara berlebihan tapi tak digunakan dalam melakukan aktiviti hari, ia akan tersimpan di dalam badan kita dalam bentuk lemak. Ramai yang nak kurus! Ramai yang nak turun berat badan cepat. Tapi tak ramai yang sedar dan tak pernah nak ambil tahu apa itu kalori dan berapa jumlah yang diperlukan oleh badan kita. Jadi, ambil tahu kalori yang diperlukan dan berapa jumlah kalori yang diambil.

 5. Minum Air Manis Separuh Gelas Sahaja!

tips kuruskan badan

Pengaruh air manis ni sangat kuat. Kadang-kadang bagi mereka yang sedang berdiet, kecundang ditengah jalan dek kerana tak sanggup tinggalkan air manis. Betul tak? Boleh minum air manis tapi berpada-pada. Minumlah hanya separuh gelas sahaja air manis bagi mengekalkan diet sihat anda. Tak boleh berlebihan.

 6. Makan Antara Hidangan Utama

kuruskan badan

Bagi mengelakkan diri dari mengambil makanan yang berlebihan waktu lunch dan dinner, ambillan snek yang berkhasiat di waktu pagi dan petang iaitu antara sarapan dan lunch hour serta antara lunch hour dan sebelum dinner. Cara ini dapat mengawal nafsu makan kita..

7. Minum Air Kosong Secukupnya

cara menguruskan badan

Pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari sangat penting. Selain dapat membantu pengaktifan organ dalaman, ia juga dapat membantu sistem penghadaman badan kita. Jadi, minumlah air kosong yang mencukupi sekurang-kurang 8 gelas sehari.

8. Pengambilan Protein

menu diet sihat

Berat badan yang berlebihan dapat dikurangkan dengan pantas dengan menggunakan diet tinggi protein atau pengambilan jumlah protein yang lebih banyak berbanding mengambil nutrisi lain. Misalnya, mengurangi pengambilan karbohidrat. Cara diet protein ini dikatakan berkesan untuk mengurangi berat badan dan cukup efektif untuk dilakukan. Ini adalah kerana tubuh akan mengeluarkan lebih banyak energi sewaktu banyak mengambil protein berbanding karbohidrat di dalam makanan anda. Pengambilan protein yang seimbang dalam makanan  secara efektif akan dapat membantu  anda untuk menurunkan berat badan. Protein boleh diperoleh melalui pelbagai sumber makanan seperti ikan laut, putih telur, kacang, daging merah, soya dan lain-lain

9. Diet Secara Sederhana

menu diet kevin zahri

Dietlah secara sederhana dan jangan terlalu over. Bila terlalu over, risau ianya hanya bersifat sementara. Lebih baik diet sihat yang boleh diikuti dan maintain dari diet yang menyeksakan dengan menahan lapar tapi tak dapat bertahan lama.

10. Kunyah Makanan 40 Kali

cara diet berkesan dalam masa seminggu

Tips yang ini unik tapi berkesan. Disamping itu dapat mengikut sunnah nabi dengan mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Apa kelebihannya? Banyak kelebihannya. Antaranya bila kita mengunyah makanan dalam masa yang lama, kita akan mudah kenyang dan akan makan dalam kuantiti yang sedikit. Kalau makan pun laju, harus bertambah-tambah kuantiti yang kita makan. Makanan juga mudah dicerna dan lebih mudah diproses. Jadi, amalkanlah sunnah nabi ini untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

10 tips diet sihat dan berkesan telah pun saya kongsikan dengan anda. Semoga ianya membantu dalam mencapai matlamat yang anda inginkan. Selain mengamalkan diet secara sihat, terdapat juga minuman kesihatan yang boleh menguruskan badan dengan cara sihat semulajadi dan berkesan. Nak tahu tak minuman apa? Jom saya kongsikan dengan anda.

Carboflex Dan Deflex 3 Kali Ganda Lebih Cepat Dari Biasa

cara diet berkesan dalam masa seminggu

Adave Carboflex Chocolate Drink

CARBOFLEX? merupakan sejenis minuman kesihatan, khusus untuk menyingkirkan lemak-lemak berlebihan terutamanya di bahagian perut, lengan, muka dan juga punggung. Ia juga membantu proses penurunan berat badan dan sebagai alternatif terbaik untuk membantu individu yang ingin mendapatkan berat badan ideal.

diet kalori

CARBOFLEX dipasarkan setelah melalui ujian bagi produk yang berkualiti premium dengan mematuhi standard produk farmasi yang ditetapkan. Berkualiti Premium dan Carboflex satu satunya produk supliment yang mengandungi CLA (Iaitu agen pemecah lemak yang terbaik) dan yang paling penting produk ini telah diluluskan oleh KKM (KKM Classification Approval No Rujukan : 070316/12/427). Ini bermakna minuman Carboflex ini selamat diambil. Jadi, anda tidak perlu risau lagi akan tahap keselamatannya.

cara diet atkins

Produk ini juga telah mematuhi piawaian pengeluaran dan edaran yang ditetapkan kerana Carboflex dikeluarkan setelah mematuhi syarat-syarat yang telah diberikan melalui ujian produk berkualiti premium dengan mematuhi standard produk farmasi. Ia juga adalah produk buatan MALAYSIA dan produk buatan MUSLIM yang mempunyai GMP Certified oleh KKM serta diluluskan oleh Amalan Pengilangan. Carboflex ini juga telah disahkan mematuhi kriteria produk berkualiti premium dengan mematuhi piawaian ISO & HACCP. – Certified Factory dengan kualiti eksport..

Carboflex ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti :-

  • Double Chocolate Powder
  • Guarana
  • CLA
  • Green Coffee Bean
  • Garcania Cambogia
  • Non Dairy Creamer
  • Fructose

Carboflex ini berperisa double chocolate brownies dan rasanya sangatlah sedap dan lazat. Cara penyediaanya pula sangat mudah, 1 sachet carboflex hanya perlu bancuh bersama 70 hingga 80ml air suam. Kacau dan minum. Mudahkan. Diminum 1 cawan sehari semasa sarapan pagi. Selepas pengambilannya, anda akan sentiasa rasa kenyang, badan rasa ringan, aktif dan bertenaga. Untuk kesan yang lebih efektif, minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Orite, jom kita tengok pula apakah fungsi Carboflex ini.

cara diet yang betul

Banyak rupanya fungsi Carboflex ini rupanya. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Untuk kesan 3 kali ganda lebih cepat dari biasa, anda boleh mengambil carboflex ini bersama-sama dengan Deflex. Gabungan yang akan memberi kesan lebih mantop!! Apa itu Deflex??

Deflex merupakan sejenis minuman fiber, khusus untuk menyerap lebihan lemak-lemak yang berkumpul dan termendap di dalam saluran usus dan juga perut. Pengambilan Deflex secara berterusan akan menjadikan saliran usus dan perut semakin bersih seterusnya menjadikan penyerapan nutrien carboflex akan menjadi lebih sempurna dan berkesan. Ternyata pengambilan gabungan Carboflex dan Deflex jauh lebih berkesan berbanding mengambilnya secara berasingan.  Ok, jom kita lihat pula fungsi utama Deflex ini.

diet seimbang

Antara Kesan Pengambilan Deflex

Hari Pertama Hingga Hari Ke 5

  • Pembuangan najis menjadi lebih banyak dari biasa
  • Najis akan berwarna gelap kerana toksik yang berada dalam badan disingkirkan
  • Najis agak berbau kerana proses pembersihan usus.
  • Kerap buang angin . ooppssss sorry !! Haha.

Selepas 7 Hari Penggunaan Deflex Adave

  • Toksik yang berada dalam badan semakin berkurang .
  • Lemak yang kita simpan selama bertahun tahun tu semakin berkurang .
  • Perut pun makin kempis.
  • Badan pun jadi ringan dan wajah pun semakin berseri seri gitu.!!

tips diet

Deflex ini mengandungi :-

  • Citrus Aurantium – mampu merangsang pembakaran lemak
  • Alor Vera – Mampu membersihkan usus , menyingkirkan lendir dan lemak dalam badan.
  • Fiber Gum – Kandungan serat yang tinggi dan mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan
  • Psylium Husk – Berfungsi sebagai pembersih usus dan menjaga penyerapan air pada kotoran ianya mampu menyerap toksin dalam badan seperti sponge !!! hebat kan.
  • Apple Fiber – Berfungsi sebagai menyerap lemak lemak , memberi rasa kenyang dan mampun mengawal berat badan.
  • Wheat Grass – Mengurangkan angin dalam usus dan perkumuhan pun mampu berjalan dengan lancar tanpa sekatan .
  • Rasberry powder
  • Citric Asid
  • Fructose

cara-menggunakan-carboflex-deflex

Ok, untuk cara penyediaan pula, anda hanya perlu 1 sachet dan bancuhkan bersama dengan 100ML air sejuk @ air suam dan minum. Diambil setiap dua hari.

Tips untuk anda!!

Untuk berat yang melebihi 70kg ke atas digalakkan mengambil produk CARBOFLEX dan DEFLEX . Baru kesan tu boleh nampak dan rasai dengan cepat .

Testimoni Tips Diet Sihat Dengan Carboflex dan Deflex

Ramai yang telah mencuba produk keluaran Adave ini. Dan kesannya sangat menakjubkan. Mari kita lihat testimoni dari pengguna Carboflex dan Deflex ini. Anda pasti terkejut dengan hasilnya!!

testimoni-pengguna-carboflex-deflex-1

testimoni-pengguna-carboflex-deflex-2

testimoni-pengguna-carboflex-deflex-4

testimoni-pengguna-carboflex-deflex-5

testimoni-pengguna-carboflex-deflex-6

testimoni-pengguna-carboflex-deflex-3

Dapatkan Carboflex dan Deflex Untuk Diet Sihat Dan Berkesan Dengan 3x Ganda Lebih Cepat

Tips Diet Sihat

Harga bagi produk-produk ini adalah seperti berikut dan Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan merasai keberkesanannya, anda boleh dapatkan produk ini melalui talian :-

CARBOFLEX (15 sachet) RM 128.00 (SM) / RM 138.00 (SS)

DEFLEX (15 sachet) RM 100.00 (SM) / RM 110.00 (SS)

 

Dapatkan Carboflex dan Deflex Untuk Diet Sihat Dan Berkesan Dengan 3x Ganda Lebih Cepat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Dapatkan Carboflex dan Deflex Untuk Diet Sihat Dan Berkesan Dengan 3x Ganda Lebih Cepat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Carboflex dan Deflex Untuk Diet Sihat Dan Berkesan Dengan 3x Ganda Lebih Cepat SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: