Vendor butik bermaksud sebuah butik yang berkongsi pemasaran dan membina jaringan perniagaan bersama. Ini bermaksud pemilik butik menyediakan tapak atau ruang kepada peniaga khususnya peniaga online atau peniaga baru yang ada produk tapi tiada kedai atau premis untuk menjual produk dengan kadar sewa mengikut kategori. Sewa kedai atau butik bukannya murah kerana ianya mencecah ribuan ringgit sebulan.
Jika anda sertai sebagai vendor yang mana anda bayar sewa premis kepada pemilik vendor butik dan anda dan pemilik tersebut bersama-sama membuat promosi di pelbagai media sosial sebagai hebahan bahawa produk anda ada dijual di situ. Vendor butik ni sesuai kepada mereka yang baru berjinak dalam perniagaan sama produk homemade atau produk dari mana-mana syarikat. Dengan anda menyertai vendor butik yang sudah establish, peluang anda untuk meluaskan pemasaran produk anda kepada pelanggan-pelanggan dari vendor tersebut bertambah. Selain itu, pihak vendor juga merasa keuntungan apabila promosi anda di sosial media membawa prospek baru yang datang untuk mencari barang anda tetapi mereka ke sana juga turut berminat barang-barang lain yang dijual di sana. Itulah serba sedikit kelebihan vendor butik.
Jika anda mahukan butik vendor yang terbaik untuk anda yang mahukan produk anda berkembang lebih dari kawasan tempat tinggal anda, anda boleh menggunakan internet untuk mencari butik vendor yang terbaik dan juga kawasan sasaran anda. Google dan juga sosial media seperti Instagram dan Facebook merupakan medium yang terbaik untuk anda mencari pelbagai butik vendor yang anda mahukan. Anda boleh mencarinya dengan menaip butik vendor ataupun menggunakan hashtag (#) seperti #butikvendor #vendorwanted dan pelbagai butik vendor akan dipaparkan di skrin anda.
Anda perlu bertanya apakah syarat yang di tetapkan oleh pihak vendor dan pastikan ianya tidak berat sebelah . Berat sebelah macam mana ? Apa yang penting adalah bayaran sewa , deposit dan jenis butik atau kawasan butik tersebut adakah berbaloi dengan kadar bayaran sewa tersebut. Minta pihak butik menyatakan target pelanggan sebulan. Selain itu, Anda perlu memastikan adakah butik vendor tersebut akan turut mempromosikan barang anda di media social mereka kerana ada terdapat pemilik butik yang tidak mempromosikan barang anda.
Ada yang membuat kontrak selama 6 bulan , 1 tahun dan juga 3 bulan. Jika masih baru hendak meniaga , seeloknya ambil kontrak paling minima , kadang kala keuntungan tidak seperti yang di khabarkan oleh pemilik butik. Di dalam kontrak biasanya ada menyebut bahawa bayaran deposit tidak akan di pulangkan jika kita menarik diri lebih awal. Jika butik tersebut baru beroperasi , tiada deposit di kenakan. Jadi pilihan terletak di tangan vendor untuk meminimakan kerugian.
Anda kena pastikan bahawa barangan yang hendak di letakkan di butik tersebut tidak sama dengan produk vendor lain. Kadang kala jika produk vendor lain lebih mudah dari produk anda, pelanggan sudah tentu tinggalkan produk anda dan beli produk vendor lain yang lebih murah.
Kenapa pernyataan ini merupakan cara untuk memilih butik vendor pula? Pasti anda tertanya – tanya kan? Anda perlu memilih butik vendor yang mempunyai pelbagai barang di dalam butik mereka kerana ini akan menarik lebih ramai pelanggan untuk singgah di butik mereka. Jika lebih ramai pelanggan yang masuk, maka lebih banyak lagi produk yang akan terjual. Ini akan membolehkan produk anda turut terjual bersama. Pelanggan amat menyukai tempat yang menjual pelbagai barang kerana mereka tidak perlu pergi ke tempat lain untuk mendapatkan barang – barang tersebut. Produk – produk seperti pakaian dan tudung, produk kecantikan dan juga makanan yang dijual di dalam satu tempat akan menarik ramai pelanggan untuk membeli di tempat ini.
Pastikan setiap perjanjian , pembayaran dan invoice jualan ada hitam putih melalui email atau surat. Hal ini kerana di akhir proses , jika semua itu tiada bagaimana anda mahu rekod semua jualan dan keuntungan anda. Butik vendor juga harus mempunyai komitmen yang tinggi , jujur dalam urusan perniagaan , dan bukan hanya sekadar hendak menambah vendor untuk meringankan beban pemilik butik untuk membayar sewa butik sahaja.
Kota Kinabalu merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia. Jika anda mahu menjual produk anda di Kota Kinabalu, Nour Butik Vendor merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.
Nour Butik Vendor yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah ini adalah butik vendor yang menjual pelbagai barang yang bukan sahaja terhad kepada pakaian, ia juga menjual kasut, produk kecantikan, tudung dan anak tudung, kerepek, kek dan pelbagai aksesori wanita. Jadi apa sahaja produk yang anda mahu jual, Nour Butik Vendor ini boleh menjualnya.
Lokasi paling utama jika anda ingin memilih butik vendor. Anda jangan main terjah je letak barang di sesuatu butik. Anda mesti melihat lokasi dia tempat tumpuan orang ramai atau tidak. Nour Butik Vendor ini dia terletak di tengah – tengah bandar Kota Kinabalu yang mana situ memang menjadi tumpuan orang ramai dan para pelancong dari dalam dan luar negara tidak kira hari biasa, perayaan mahupun cuti sekolah. Selain itu, mereka juga memiliki pelanggan tetap yang sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini membuatkan produk anda memiliki peluang yang cerah untuk laris kerana pelanggan tetap pasti akan mencari produk yang baru untuk dicuba dan dibeli.
Harga produk – produk yang dijual di dalam Nour Butik Vendor pula adalah murah dan berpatutan dan ini akan membolehkan ramai pelanggan untuk datang ke butik mereka. Produk – produk anda akan dijual tidak lebih mahupun kurang daripada harga yang telah ditetapkan. Ini membolehkan butik mereka menjual produk dengan lebih laris dan juga menerima kunjungan ramai pelanggan.
Harga sewa di Nour Butik Vendor ini memang berbaloi. Ia amat sesuai dengan anda yang baru sahaja berjinak dalam dunia peniagaan. Sebab apa ia berbaloi? Kerana Pihak Nour Butik hanya mengenakan sewaan serendah RM 50 sahaja. Anda mesti terkejut bukan kerana harga sewanya sangat murah dan berpatutan. Hal ini demikian kerana pihak Nour Butik Vendor mahu menolong anda untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Selain itu, Nour Butik Vendor juga tidak mengambil sebarang deposit daripada anda malah mereka memberi anda seratus peratus hasil jualan produk anda kepada anda. Menarik bukan? Inilah sebab utama Nour Butik Vendor akan dikenali oleh vendor – vendor yang lain bukan sahaja harga sewa yang murah dan tiada deposit, malah hasil jualan produk anda diberi seratus peratus pada anda.
Seterusnya, Nour Butik Vendor mempunyai pembantu butik yang peramah dan mesra pelanggan. Ini dapat dilihat melalui layanan yang baik dan sopan yang diberikan pada pelanggan Nour Butik Vendor. Setiap pertanyaan yang diajukan pada mereka, mereka akan menjawab dengan tenang dan sabar. Mereka akan memberikan senyuman yang ikhlas ketika berurusan dengan pelangan dan akan membantu pelanggan yang mahu mencari sesuatu barang agar pelanggan tidak perlu bersusah – payah untuk mencari barang itu sendiri. Pembantu Nour Butik Vendor juga dilatih untuk mesra dan peramah ketika melayani pelanggan agar pelanggan mereka dapat membeli – belah dengan selesa.
Zaman sekarang orang banyak beli dan survey di sosial media terutamanya IG. Maka dengan itu pihak Nour Butik Vendor telah membuat langkah yang drastik untuk memastikan produk anda dapat dijual dalam kuantiti yang banyak.Caranya adalah produk anda bukan sahaja diletakkan di dalam Nour Butik Vendor, malah produk anda juga akan dipromosikan di dalam laman media sosial Facebook dan Instagram Nour Butik Vendor. Maka, produk anda juga akan dikenali oleh pelanggan – pelanggan dan juga peminat Nour Butik Vendor dan ini akan memudahkan anda untuk membolehkan lebih ramai lagi orang mengenali produk anda.
Setelah promosi produk menerusi atas talian, anda mesti tertanya bahawa pelanggan perlu datang ke butik atau mereka ada menyediakan penghantaran pos? Jangan khuatir tentang permasalahan tersebut kerana pihak Nour Butik Vendor ingin sentiasa membuat yang terbaik untuk para pelanggannya. Jika ada pelanggan yang melihat produk anda dari Nour Butik Vendor dan mahu mendapatkan produk anda tanpa perlu membeli terus dari kedai, mereka juga menyediakan perkhidmatan pos untuk pelanggan yang mahukan barang tersebut tanpa perlu keluar dari rumah. Ini dapat membolehkan produk anda dikenali ramai. Perkhidmatan pos yang diberikan juga tidak dikenakan sebarang kos tambahan yang melampau untuk anda mahupun pelanggan.
Rata – rata pelanggan memuji kecekapan Nour Butik Vendor dalam membuat kerja. Hal ini demikian kerana Nour Butik Vendor pantas dan cekap mengendalikan permasalahan yang berlaku secara teknikal selain barang yang dipesan secara atas talian di pos dengan cepat. Respons pantas juga merupakan salah satu mengapa Nour Butik Vendor mendapat tempat di hati pelanggan Nour Butik Vendor.
Ingin menjadi peniaga yang berjaya seperti usahawan – usahawan yang terkenal? Mereka ini bermula dari meniaga secara kecil – kecilan sebagai seorang vendor pada mulanya dan akhirnya terus berjaya membina empayar mereka sendiri. Jadi apa tunggu lagi. Untuk mendapatkan perkhidmatan vendor daripada Nour Butik Vendor, anda boleh menghubungi mereka dengan cara berikut;
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang