Review
Sep 27, 2018, 4:30pm

Tingkatkan Jaminan Masa Depan Dengan SSPN-i Plus


  •  
  •  
  •  
  •  

Setiap ibubapa yang mempunyai rasa kasih dan sayang serta tahu erti sebuah tanggungjawab terhadap anak-anak masing-masing pastinya menginginkan yang terbaik untuk cahayamata masing-masing teruatam dari segi pembelajaran kerana pelajaran itu adalah jambatan yang paling bagus untuk si anak berjaya di masa hadapan. Tanpa pembelajaran seseorang itu akan dipandang rendah malah boleh mengalami kesusahan di dalam kehidupan kerana berada di zaman yang serba mencabar ini semuanya memandang pada pelajaran dan tahap keupayaan seseorang individu itu.

simpanan sspn-i plus

Mempunyai anak-anak yang masih lagi kecil bukanlah satu alasan untuk tidak mahu memikirkan soal kos peruntukan yang perlu disediakan untuk pembelajaran si anak kerana ketika usia anak masih kecil inilah waktu yang paling sewajarnya untuk kita mula merangka plan supaya tidak lagi perlu bersusahpayah dan resah tatkala tiba masa untuk menyediakan kos-kos yang sepatutnya untuk si anak meneruskan pelajaran demi mengejar cita-cita mereka itu nanti.

tabung pendidikan sspn-i plus

Jika di tanya apakah skim simpanan yang bagus untuk anak-anak ini? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang juga dikenali sebagai SSPN1M-i Plus.

sspn-i plus ptptn

Kelebihan Utama SSPN1M-i Plus Yang Sangat Istimewa

SSPN1M-i Plus ini merangkumi dua gabungan iaitu dalam bentuk simpanan dan juga takaful. Ia merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka ole Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang juga dikenali sebagai PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim ini juga telah ditambahbaik daripada skim sedia adanya yang sebelum ini demi untuk memberikan perlindungan yang lebih komprehensif hanya dengan bayaran sumbangan takaful yang sangat murah dan tidak membebankan.

tabung pendidikan ptptn

Kelebihan-kelebihan utama tersebut yang akan disajikan pada semua yang berminat adalah :

  • Manfaat takaful secara menyeluruh
  • Perlindungan serta merta pada setiap masa
  • Premium rendah dengan tahap perlindungan yang tinggi
  • Dividen kompetitif
  • Pelepasan cukai sehinggga rm12,000
  • Tiada pemeriksaan kesihatan sama sekali
  • Menjamin simpanan konsisten dengan berkesan
  • Pakej mampu milik untuk semua hanya serendah RM30 sahaja!
keistimewaaan SSPN-i plus

6 Pakej Menguntungkan Telah Tersedia Untuk Dipilih

Meskipun kelebihannya sangat banyak namun harga yang perlu diperuntukan untuk membayarnya setiap bulan adalah sangat rendah dan murah. Telah terdapat 6 (enam) jenis pakej yang telah disediakan dengan harga serendah RM30 sahaja. Pakej lain adalah bernilai RM50, RM100, RM200, RM300 dan RM500. Bayaran boleh di buat secara debit secara terus dari akaun bank dan contoh ansuran bulanan simpanan ini adalah seperti berikut.

6 pakej simpanan sspn-i plus

Ansuran bulanan simpanan RM30 terbahagi kepada 2 iaitu simpanan RM20 + takaful RM10. Ini bermakna simpanan dengan dividen dan takaful ini akan memberi perlindungan sehingga RM40,000. Terdapat juga pelepasan cukai sehingga RM12,000. Lima lagi pakej yang lain adalah seperti gambar di bawah.

plan tabung pendidikan sspn-i plus

SSPN-i Plus Pembantu Terbaik Ibubapa Untuk Masa Hadapan Anak Yang Paling Cerah

Hanya dengan menjadi penyimpan (pendeposit), ibubapa ini akan boleh memberi masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak kerana wang yang telah tersimpan bersama SSPN-i Plus ini akan dapat membantu menyediakan wang pendidikan sebagaimana yang diharapkan untuk anak-anak meskipun seandainya ibubapa ini mendapat musibah sehingga tidak dapat menjadi pendeposit lagi. Malah hanya dengan simpanan serendah RM50 sahaja, ibubapa akan berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM2,000,000.

tabung sspn-i plus menguntungkan

Simpan, Simpan Dan Simpan Untuk Jaminan Masa Depan!

Kehidupan mencabar dengan perlukan perbelanjaan duit setiap masa ini tidak harus diborosi. Sepatutnya amalan menyimpan ini harus dipraktikan sejak dulu termasuk juga untuk anak-anak sebagai persediaan di hari depan. Andaikata di hadapan hari kelak akan berlaku apa-apa musibah ke atas ibu ayah namun dengan adanya SSPN-i Plus ini, si anak akan dapat terus belajar dengan menggunakan wang yang di simpan ini tanpa perlu ibu bapa pening kepala memikirkan soal ini lagi.

tabung sspn-i plus terbaik

Tambahan pula simpanan ini boleh dilakukan sejak dari anak-anak masih kecil lagi tanpa ada sebarang masalah. Semakin awal proses simpanan ini dilakukan bermakna akan semakin banyaklah hasil wang yang akan terkumpul untuk di dapatkan semula nanti dek kerana adanya dividen yang akan membantu menambahkan jumlah faedah ke atas wang simpanan terbabit. Berikut adalah contoh simpanan yang dilakukan secara berterusan sedikit demi sedikit selama setahun yang telah berjalan sehingga 10 tahun dengan jumlah keuntungan faedahnya sekali. Anda boleh lihat sendiri perbezaan yang sangat ketara betapa tingginya pulangan dividen tersebut.

cara kiraan tabung sspn-i plus

Antara Waris Pendeposit Yang Telah Menerima Wang Simpanan

kelebihan tabungan kepada waris kelebihan tabungan kepada waris

Cara Untuk Membuka Akaun SSPN-i Plus

cara buka sspn-i plus menerusi agen

Mahu Pendidikan Anak Lebih Terjamin Di Masa Hadapan? Simpanlah Dengan SSPN-i Plus Hari Ini Juga

Jom tingkatkan jaminan masa depan dengan SSPN-i Plus untuk hari mendayang yang lebih bagus dan terjamin? Inilah peluang yang sedang terbuka luas untuk anda demi untuk memberikan masa hadapan yang lebih terang pada anak-anak kesayangan masing-masing. Ilmu adalah suatu harta yang tidak ternilai dan berusahalah untuk mengapai ilmu setinggi yang termampu dengan bantuan SSPN-i Plus yang sangat menguntungkan ini!

simpanan pendidikan terbaik dengan sspn-i plus

Untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi :

UMMU ZULAIKHA | KONSULTAN SSPN-i PLUS Hubungi: Tekan untuk telefon (013-4671255) | Tekan untuk WhatsApp Daftar Online: https://sspniplusonline.ptptn.gov.my

Simpanlah Dengan SSPN-i Plus Hari Ini Juga !

Call Whatsapp Layari Website

Simpanlah Dengan SSPN-i Plus Hari Ini Juga !