Dewasa ini semakin hari semakin banyak isu permasalahan di kalangan masyarakat dan suka mahupun tidak setiap yang berlaku tetap akan berlaku namun sebagai seorang muslim adalah tidak patut untuk hanya duduk berpeluk tubuh dengan menyalahkan segalanya kepada takdir semata-mata. Antara permasalahan yang masih berlaku di kalangan masyarakat di dalam negara Malaysia yang amat dicintai ini adalah seperti masalah kemiskinan dan gelandangan.
Selain daripada masalah yang berpunca daripada faktor ekonomi, keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang tahun juga ikut turut memberi impak dan rata-rata kebanyakan negeri di Malaysia ini akan merasa tempias dengan berlakunya ribut, banjir kilat dan sebagainya. Tidak hanya berlaku di kalangan masyarakat yang tinggal di pinggir pantai bahkan di kalangan yang tinggal di bandar dan kota besar seperti Kuala Lumpur juga adalah tidak terkecuali.
Sebagaimana yang telah diperkatakan tadi, segala yang berlaku tetap akan berlaku dan adalah tidak wajar jika hanya menerima segalanya dengan alasan kehendak takdir sebaliknya setiap permasalahan yang berlaku itu hendaklah cuba diselesaikan secara bersama dan bersatu. Meskipun segala permasalahan yang timbul tidak dapat diselesaikan begitu saja dengan cepat dan sempurna namun setidak-tidaknya ia dapat dikurangkan untuk memberi sedikit cahaya harapan kepada mereka yang sedang menerima ujian tersebut. Inilah tujuan utama hidup dalam sebuah komuniti di mana harus ada sikap prihatin dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Antara pihak yang prihatin dan ingin membantu ini adalah MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA yang turut dikenali dengan singkatan nama MVM. Muslim Volunteer Malaysia atau MVM ini telah tampil bagaikan hero demi untuk memberi sedikit cahaya harapan dengan menolong sedaya yang termampu. Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, MVM berhasrat mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan.
Yang pasti, Muslim Volunteer Malaysia ( MVM ) ini tidaklah ditubuhkan untuk mendapatkan nama mahupun pangkat supaya menjadi buah mulut orang ramai di sana sini sebaliknya MVM ini diwujudkan demi untuk bersama seiring dan sejalan sebagai bukti bahawa di kalangan masyarakat ini masih ada yang prihatin dan sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan melainkan untuk muhasabah diri supaya menjadi seorang muslim dan muslimah yang lebih baik.
Apa yang lebih dibanggakan, MVM ini telah diasaskan oleh seorang anak muda yang bernama Muhammad Jantan dengan usianya yang baru mencecah 23 tahun. Minat beliau untuk berbakti kepada masyarakat dengan berbuat amal sebegini telah bermula sejak beliau berusia belasan tahun lagi bahkan beliau jugalah yang telah menjadi ahli termuda daripada 120 sukarelawan yang mengikuti misi amal ke Gaza pada tahun 2012 di ketika usianya baru mencecah 18 tahun pada ketika itu.
Secara tidak langsung,saudara Muhammad Jantan telah menjadi inspirasi dan akhirnya melalui platform MVM ini semakin hari telah semakin ramai anak-anak muda Malaysia yang telah berdaftar untuk menjadi salah seorang ahli keluarga besar MVM. Jumlah sukarelawan ini semakin hari semakin meningkat dan hingga ke saat ini jumlah sukarelawan telah mencecah sebanyak 1,566 orang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dari seluruh pelusuk negeri. Dengan berdaftar sebagai salah seorang sukarelawan MVM maka anak-anak muda ini akan berpeluang untuk ikut serta di dalam pelbagai aktiviti amal yang akan direalisasikan dari masa ke semasa secara berkala.
Sehingga ke saat ini pihak MVM telah berjaya melancarkan lebih daripada 60 projek amal dan projek-projek tersebut berjaya dilakukan dengan adanya pihak-pihak lain yang sudi berkerjasama memberi sumbangan dan sebagainya. Sumbangan daripada orang ramai mahupun individu turut dialu-alukan dan hasil pengumpulan dan penajaan inilah yang digunakan untuk membantu mereka yang layak. Pihak MVM terus menerus mencuba membuka mata lebih ramai pihak dengan melantik ikon dan sebagainya.
Tugasan untuk turun padang demi menyampaikan amanah daripada pihak yang berwajib pula akan diselesaikan oleh sukarelawan dari kalangan yang telah berdaftar tadi mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antara projek amal yang telah berjaya dilakukan itu adalah seperti pemberian bantuan makanan untuk golongan asnaf, pemberian bantuan barangan kegunaan sekolah untuk anak-anak kepada golongan asnaf, menghulurkan bakti kepada golongan warga emas di rumah penyayang terpilih dan lain-lain lagi.
Semangat sukarela mahu membantu jangan sesekali dipandang rendah kerana dengan semangat itulah pihak MVM ini telah berjaya menjejakkan kaki sebagai para sukarelawan sehingga ke bumi Syria demi untuk berbakti untuk membantu sebagai saudara sesama muslim. Usia yang muda bukanlah penghalang kerana nawaitu untuk berbakti demi meringankan beban orang lain itu tidak pernah terbatas dengan usia. Yang penting hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang untuk sama-sama merasai penderitaan orang lain.
Untuk ke bumi Syria, MVM bukan hanya sekadar pergi sebagai sukarelawan dengan tangan kosong sebaliknya dengan membawa harapan dan kasih sayang dari masyarakat Malaysia dalam bentuk barangan dan sebagainya hasil daripada sumbangan orang ramai itu sendiri.
Tidak hanya Syria, pihak MVM kini semakin bersedia untuk ke lain negara yang di timpa bencana dan paling terbaru, pihak MVM telah menghantar 3 orang daripada sukarelawannya ke bumi Sulawesi sebagai bantuan kecemasan dengan kempen “Misi Bantuan Kecemasan – MVM Peduli Sulawesi “.
Melalui kempen Misi Bantuan Kecemasan : MVM Peduli Sulawesi ini pihak MVM telah mengumpul dana sumbangan sebanyak hampir RM40,000 bagi menghantar bantuan Pek Makanan dan Kit Kebersihan. Ini adalah peringkat pertama dan peringkat berikutnya akan cuba di susuli dalam masa yang terdekat berdasarkan jumlah kutipan bantuan yang diperolehi. Kerana itu, pihak MVM sangat terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana agensi samaada kerajaan, swasta, individu mahupun persatuan dan pertubuhan NGO lain.
Sebagai rakyat Malaysia, segala hasil usaha dan titik peluh MVM selama ini memang patut dipuji. Kewujudan MVM adalah bukti bahawa dikalangan anak muda negara masih lagi ada segolongan belia yang sedang bersatu untuk melakukan pelbagai aktiviti berfaedah secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Menjadi sukarelawan bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan hati yang benar-benar ikhlas penuh rasa belas bersama dengan semangat yang tinggi untuk mahu membantu pada yang memerlukan.
Semoga dari hari ke hari pihak MVM akan berjaya menarik lebih ramai penyertaan untuk menjadi sukarelawan terutamanya di kalangan anak-anak muda negara ini supaya masing-masing akan lebih mengerti bahawasanya masih ada pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan dengan cara yang berfaedah supaya golongan muda ini dapat terhindar daripada pelbagai masalah sosial yang tidak sepatutnya.
Jika anda seorang yang benar-benar punya nilai hati yang ikhlas untuk berbakti kepada pihak yang lain maka ada baiknya anda gunakan peluang yang sedang terbuka luas di depan mata ini dengan menjadi salah seorang daripada sukarelawan MVM. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui website utama MVM.
Anda ingin sama-sama beramal dan berbakti tetapi tersekat dengan tanggungjawab harian? Walau tidak punya masa untuk menjadi sukarelawan namun anda tetap boleh berbakti dengan menghulurkan sumbangan setakat yang termampu. Hakikatnya sumbangan daripada insan seperti andalah yang akan terus memberi sinar dan harapan untuk orang lain kerana komuniti seperti MVM ini hanyalah sebagai pengantaraan untuk menghantarkan pemberian anda itu ke tangan yang betul dengan cara yang sepatutnya berlandaskan tatacara Islam.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak MVM ( Muslim Volunteer Malaysia) melalui :
MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA ( MVM )
No.12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor
Telefon: Tekan untuk telefon(+03 8074 0434)
Lamanweb: https://mvm.org.my/
Facebook: www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Telegram: https://telegram.me/MuslimVolunteerMalaysia
Link Daftar Melalui WhatsApp: Daftar #VolunteerMVM
Link Pertanyaan Melalui WhatsApp: F.A.Q #VolunteerMVM
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang