Umum
Aug 12, 2011, 10:15pm

Tiket Nak Balik Raya


Assalamualaikum,

Alhamdullilah sudah 12 Ramadhan iaitu sudah 12 hari kita berpuasa. InsyaAllah lagi 18 hari untuk kita bertemu hari kemenangan iaitu Bulan Syawal. Bagaimana dengan puasa Ramadhan kita? Tepuk dada, Tanya iman..

Tiket Nak Balik Raya. Bagi yang tinggal jauh daripada kampung halaman seperti CEQ ini memang agak kalut(Risau) bab-bab Nak Balik Raya ini. Pengangkutan utama hanyalah BAS. Takkan nak balik Raya Naik Kapal Terbang? Kapal Selam? Kalau anak ada-ada takpelah jugak kan.

Tiket Bas Balik Raya

Bas yang selesa untuk balik raya. Sebenarnya, baru pertama kali CEQ balik raya puasa.  Kalau untuk Raya Cina CEQ dah pernah. Hehehe Yelah, Belajar di melaka awal tahun ni. Tahun sebelum-sebelum ini memang asyik duduk di Pulau Pinang sahaja. Sepanjang 8 bulan belajar di Melaka dah hampir 4 kali naik bas dari Melaka ke Penang dan Penang ke Melaka.

Bas yang ada dari Melaka ke Penang setahu CEQlah. KKKL, SE SuperNice, Mayang Sari. Manakala dari Pulau Pinang Ke Melaka pula, Durian Burung, KKKL, SE SuperNice dan juga Mayang Sari. Bagi keselesaan bas yang ada itu bagi CEQ yang berbadan Besar + Gemok + Panjang ini. Bas KKKL adalah yang terbaik untuk perjalanan jauh yang hampir 7 jam.

Bas yang paling tidak puas hati CEQ adalah bas Durian burung. Jujur Disini! Sebab apa? Bas Durian Burung tempat duduk yang kecil dan juga sempit dan ini amat tidak sesuai untuk orang yang berbadan Besar + Gemok + Panjang  macam CEQ.

Tiket Bas Nak Balik Raya banyak sudah habis dijual kenyataan daripada kosmo. Memang betul, sebab kawan CEQ yang tinggal di Kelantan terpaksa ambil bas pada 29hb. Sepatutnya balik 25hb Ogos terpaksa tangguh. Huhuhu Dan ada juga yang ambil alternatif turun di Terengganu.

Tiket Keretapi Balik Raya Pun Sudah Habis di jual. Bagi CEQ alhamdullilah tak perlu risau, 2 minggu sebelum Puasa CEQ dah pi tanya kaunter KKKL ekspress di Melaka Sentre. Bas dari Penang Ke Melaka pun Kembar CEQ dah tolong belikan seminggu berpuasa iaitu Bas Mayang Sari. Kurang selesa, lagipun nak buat macam mana kan? Dah orang tolong belikan.

Pesanan CEQ buat ampa semua. Kalau nak beli tiket balik bercuti RAYA PUASA, RAYA HAJI, RAYA CINA sekalipun tolonglah beli awal sebulan sebulan Raya. Pi tanya terus kat kaunter tiket tuh. Uncle/Auntie, Akak, Abang, Adik bas nak balik raya dah jual ke belum nak ke sekian.sekian. Tak rugi bertanya bak ang.. Daripada tak dapat balik beraya dengan keluarga..

Prof Hariz : Tiket Nak Balik Raya. Saya pilih Bas KKKL. Anda ???

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: