Umum
Oct 14, 2013, 3:46am

Tiada Lagi Hanya Sekadar Ilusi Semuanya Sudah Realiti


  •  
  •  
  •  
  •  
Theme Lama

Sepanjang menggunakan platform wordpress Ogos 2010 – Oktober 2013 ini baru kali pertama saya tukar theme premium iaitu Genesis Framework. Sebelum ini, pakai theme percuma iaitu Cubismo last updated tanggal 29 Ogos 2008. Hahaha. Cuba bayangkan apa yang support dan tidak support?

Bila sudah ada theme baru ini saya pun berhajat untuk pergi jauh dengan Blog Prof Hariz iaitu dengan meletakkan niche Diet Plan, Motivasi, Review, Lifestyle Blog & Muslim. Semoga dengan niche ini isi kandungan lebih teratur dan pembaca pun boleh tahu apa nilai blog profhariz dot com. InshaAllah.

Bagi pengiklanan pula, saya tidak pasang dan biarkan blog betul-betul berkualiti baru boleh target macam amanz.my. Cuba fokuskan pada isi kandungan dan inshaAllah iklankan blog secara professional. Mungkin ini impian dan harapan saya untuk 2014 ? Sama-sama nantikan.

Opsss, Rekabentuk theme ini direka sepenuhnya oleh Affan Ruslan. Terima Kasih. Dan buat masa sekarang saya masih perlukan masa untuk study dan tengah fikir apa yang sesuai untuk letak pada bahagian sidebar dan penambah baikkan pada isi blog ni supaya lebih kacak. Mungkin korang ada idea? Boleh kongsikan.

Selepas ini jika ada pembaca dan rakan blogger yang mahu tips kurus boleh selalu singgah sini ya. Sebab saya dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 17kg dalam masa 2 bulan. Ehem-ehem.