Umum
Aug 16, 2010, 11:27am

Tentang Bersama Blog



Tentang Blog Bagi Aku

Dulu aku faham blog itu adalah? Blog aku fikir adalah tempat untuk menaip mengenai isu semasa
mengenai politik dan peribadi. Kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang terfikir dek fikiran.


Setelah hampir 3 tahun bulan aku bersama dengan dunia blog. Update entri tanpa jemu
sehinggakan aku ketandusan idea. Membuatkan aku terpaksa kuar dari rumah dan
pergi ke sawah padi untuk memikirkan apakah yang akan aku ciptakan entri untuk esok?
Adakah akan ada pembaca? akan ada pengkomen?


Semenjak mengenal erti blog ini. Aku merasakan bahawa, jika aku terperap dalam rumah ini 
aku tidak akan kuno dengan isu-isu semasa. Banyak perkara yang akan update dalam 
minda aku. Malah, aku boleh belajar apakah itu SEO, SERP apakah itu erti follower,pengkomen
dan rakan. Malah dengan ini aku juga boleh menghasilkan duit bersama nuffnang.
Tidakkah hebat bersama blog?


Dulu aku akui, aku cukup malas nak  membaca, nak tahu tentang isu semasa, tengok berita
jauh sekali. Sejak aku dengan dunia blog ini. Minat aku untuk membaca dan sifat ingin tahu
pun mula memuncak. Untuk apa aku tahu? Untuk hasilkan entrilah.


Sekarang ini penulisan aku sangatlah buruk jika dibandingkan dengan blogger-blogger
yang lebih hebat. Tapi apa-apa pun aku akan cuba untuk menghasilkan penulisan yang baik
walaupun dulu time SPM BM aku tidak memperolehi gred cemerlang.


Tentang Blog membuatkan aku lebih matang? membuatkan sifat aku berubah menjadi 
ulat pc, ulat tv, ulat paper dan semestinya bukan ulat teksi.
Aku berharap aku akan lama dengan dunia blog ini. dan dapat menjalinkan
ukhwah dengan blogger di dunia ini. Menyemai kasih memupuk Ukhwah.


Sekalung penghargaan buat pelawat setia blog aku.
Aku hanyalah insan yang KOSONG. Infinity. EMPTY.

PH : Blog adalah peneman aku dikala aku gundah gulana

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: