Review
Mar 28, 2019, 7:09am

Tempe Sedap Murah Makanan Ringan Untuk Tempahan Majlis


Perkahwinan adalah salah satu amalan budaya, agama dan sosial yang paling penting bagi hampir semua negara-negara di dunia.

makanan ringan untuk majlis 5

Majlis perkahwinan tidak boleh berjaya dianjurkan tanpa kehadiran makanan Ringgan ataupun Kudapan. Yela, sambil tunggu pengantin berarak, para tetamu mestilah bosan nak menunggu. Jadi, Kudapan la penghilang kebosanan mereka.

Senarai Kudapan Yang Sering Di Sediakan Di Majlis Perkahwinan

Jom kita lihat senarai kudapan yang sering menjadi pilihan di majlis – majlis perkahwinan.

#1 Gula-gula kapas

makanan ringan untuk majlis 1

Gula-gula kapas adalah cara terbaik untuk menggembirakan tetamu-tetamu cilik dan juga tetamu dewasa yang berhati muda.

#2 Popsicles

makanan ringan untuk majlis 6

Popsicles boleh menyegarkan tekak tetamu anda jika majlis diadakan ditengah hari. Anda boleh menempah pelbagai perasa atau jika anda mempunyai kelapangan, anda boleh juga membuatnya sendiri.

#3 Ice cream float

makanan ringan untuk majlis yang murah 3

Sudah alang-alang anda mahu menambah bajet di bahagian makanan, apa kata anda sajikan tetamu anda dengan ice cream float? Pasti tetamu anda akan gembira.

#4 Kacang Pool

makanan ringan untuk majlis yang murah 2

Anda tidak perlu menjadi orang selatan untuk menyukai kacang pool. Hidangan ringan yang lazat ini amat sesuai dimakan sebelum atau selepas tetamu anda menikmati hidangan berat.

#5 Buah berbatang

makanan ringan untuk majlis yang murah 4

Ini adalah cara menyeronokkan untuk menjamu tetamu anda. Daripada hanya memotong biasa buah-buahan, anda boleh mencucuk batang ais krim kepadanya.

#6 Roti jala

promosi makanan ringan untuk majlis 4

Roti jala boleh dianggap sebagai makanan ringan yang boleh menyerikan majlis perkahwinan anda dan mesra dengan perut tetamu.

#6 Jagung

makanan ringan untuk majlis yang murah 6

Jika anda mahu jimat sedkit, potong jagung kepada dua bahagian. Cucuk dengan batang untuk menjadikannya lebih presentable dan sesuai untuk dimakan kanak-kanak agar tidak comot.

#7 Variasi kuih tradisional

makanan ringan untuk majlis yang murah 5

Karipap, kuih bingka dan popia adalah antara kuih muih yang sering disajikan. Ianya akan dihidangkan pada awal majlis untuk alas perut kepada keluarga dan tetamu yang datang awal ke majlis. Jika selalunya ini sahaja jenis kuih yang dihidangkan, apa kata anda tambahkan lagi variasi kuih yang ada dari segi warna, bentuk dan rasa.

#8 Kerepek atau Keropok

promosi makanan ringan untuk majlis 3

Kerepek atau keropok biasanya diletakkan di dalam bekas tertutup dan dihidangkan di atas meja. Tetamu yang telah menjamu selera dan menunggu kehadiran pengantin ke majlis akan menggunakan peluang ini untuk mengunyah sesuatu.

#9 Cendol, atau ABC

makanan ringan untuk majlis yang murah 1

Cendol atau air batu campur menjadi idaman ramai terutama bila cuaca panas. Tetamu dapat membasahkan tekak sambil berbual-bual dengan keluarga dan sahabat yang hadir meraikan pengantin. Cendol dan ABC hanya sesuai untuk disaji jika majlis dilangsungkan pada siang hari.

#10 Tapai

promosi makanan ringan untuk majlis 2

Pada zaman moden ini, sukar untuk mencari tapai dijual di kedai-kedai makan. Selalunya ianya boleh ditempah dari pihak katering. Tapai adalah makan tradisi yang hampir pupus tetapi ianya masih lagi dihidangkan di hotel-hotel dan restoran-restoran mewah yang menghidangkan sajian Melayu. Tetamu jemputan berusia ‘veteran’ pasti akan menggemarinya.

Tempe Sira, Kudapan Kenduri Paling Viral 2019

Eh, betul ke tempe sira boleh buat kudapan di majlis-majlis perkahwinan? Macam tak percaya je. Bagi yang tak pernah makan atau tak pernah dengar, tempe merupakan makanan tradisi yang berasal dari masyarakat Jawa. Pembuatan tempe adalah secara semula jadi dengan pengeraman biji kacang soya bersama dengan ragi tempe. Tempe juga mempunyai khasiat protein yang tinggi.

promosi makanan ringan untuk majlis 5

Banyak masakan jawa yang berasaskan tempe telah dihasilkan. Antaranya ialah tempe sira. Tempe siara adalah menu di mana tempe disalut dengan gula dan cili dan sesuai dimakan dengan nasi atau pun dijadikan snek.

10 Fakta Tentang Kebaikan Tempe Yang Perlu Anda Tahu

Sebelum itu, jom kita lihat khasiat tempe yang sering mendapat tempat dihati rakyat Malaysia ialah,

promosi makanan ringan untuk majlis 6

  1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diarrea (Elak keracunan).
  2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
  3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
  4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
  5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
  6. Daya hipokolesterol. Kandungan asid lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
  7. Memiliki sifat anti oksidan, mencegah kanser.
  8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) berserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
  9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
  10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

promosi makanan ringan untuk majlis 1

Sekarang dah tahu kan? So jangan pandang rendah pada tempe ye. Sekarang boleh la buat kudapan untuk majlis anda. Sambil makan, sambil sihat.

Tempe Sira Nek Esah, Ranggup, Sedap Dan Murah

tempahan makanan ringan murah untuk majlis 2

Tempe Sira Nek Esah merupakan produk makanan ringan berasaskan kacang soya yang kaya dengan pelbagai zat dan khasiat. Selain dijadikan menu hidangan, tempe juga enak dijadikan sebagai kerepek. Di kedai kami, Tempe Sira Nek Esah boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti masam, masin, manis & pedas. Tempe Sira Nek Esah diperbuat daripada tempe segar yang digoreng garing dan kemudian disalut bersama adunan sambal cili yang memberi rasa pedas manis yang sebati.

Kenapa Anda Wajib Membeli Tempe Sira Nek Esah??

tempahan makanan ringan murah untuk majlis 3

  • 100% keluaran bumiputera muslim. Tentulah produk ini halalan thoiyyiban.
  • 100% tanpa pengawet. Kami tak taruk bahan bahan kimia yang merbahaya. Silap hari bulan boleh botak kepala anda.
  • 100% rasa asli. Dengan 4 perisa istimewa masam, masin, manis & pedas yang diadun menepati cita rasa tempatan. Terutamanya tekak anda sebagai orang melayu.
  • Tiada lemak trans & tiada kolesterol – kebanyakan kudapan dan makanan ringan lain mengandungi lemak trans dan kolesterol yang jadi racun pada tubuh kita. Ini menunjukkan bahawa Tempe Sira Nek Esah ni bersih, sihat dan selamat dimakan tanpa ragu-ragu.
  • Senang dimiliki – produk Tempe Sira Nek Esah ni boleh diperoleh secara online 24 jam sehari dan kami hantar terus ke rumah. Tak perlu susah – sudah beratur atau buang masa, minyak dan duit tol.

Harga Tempe Sira Nek Esah

Terdapat 3 perisa Tempe Sira Nek Esah yang patut miliki hari ini,

  • Perisa biasa
  • 3 in 1 ( masam, masin, manis )
  • 4 in 1 ( masam, masin, manis & pedas )

Ramuan : tempe, cili kering, asam jawa, bawang, gula melaka, garam

Harga :

tempahan makanan ringan murah untuk majlis 4

RM 7.00 & RM 15.00

Testimoni Pengguna

Nak dapatkan sesuatu barang atau sebarang produk berkaitan barang atau makanan, seharusnya wajib tengok feedback pelanggan – pelanggan lain atau pengguna produk yang lain. Tapi produk Tempe Sira Nek Esah ni memang mendapat feedback yang sangat positif dan terjual sehingga beribu – ribu tempahan tau terutama di Majlis-majlis perkahwinan. Jom kita lihat komen positif dari mereka.

makanan ringan untuk majlis 2

makanan ringan untuk majlis 3

tempahan makanan ringan murah untuk majlis 1

tempahan makanan ringan murah untuk majlis 5

Serikan Majlis Anda Dengan Tempe Sira Nek Esah!!!! Jom Dapatkannya Sekarang!!!

Anda tidak lagi perlu bersusah payah tersangkut di dalam ‘traffic jem’ berjam-jam lamanya atau terpaksa bayar tol dan nak kena bayar parking yang memang mahal semata-mata inginkan dapatkan Tempe Sira Nek Esah kegemaran anda. Tempah sahaja di Tempe Sira Nek Esah secara atas talian. Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi talian di bawah;

makanan ringan untuk majlis 4

TEMPE SIRA NEK ESAH | KUDAPAN SEDAP, RANGUP DAN MURAH
Hotline 1: Tekan untuk telefon (013-8588469) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (011-51068814) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat:
No 11 Taman Mahkota Pt Raja. Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: