Review
Jul 6, 2019, 10:21pm

Tempat Menarik Di Sabah Dan Pakej Percutian Murah RM299


Negeri di bawah bayu iaitu Sabah memang sangat kaya dengan keindahan alam semula jadi. Suasana yang mendamaikan menjadikan Sabah salah satu tempat untuk melarikan diri dari kesibukan ibu kota. Kedudukannya betul-betul di kawasan laut membuatkan Sandakan menjadi tempat terbaik untuk mencari makanan laut yang segar dan sedap. Di Sandakan ada banyak tempat menarik yang mesti dikunjungi, samada melawat lokasi menarik, makan-makan atau membeli-belah. Jika anda ingin melancong di negeri bawah bayu ini, banyak tempat dan aktiviti menarik yang boleh anda kunjungi.

Tempat Menarik di Sabah RM299

10 Tempat Menarik Di Sabah Yang Wajib Anda Kunjungi

1. Weston Wetland park

Tempat Menarik di Sabah Kundasang

Weston Wetland Park yang terletak di Beaufort, Sabah antara lokasi tempat menarik di Sabah yang menawarkan pemandangan indah dengan haiwan – haiwan yang tenang. Terdapat juga monyet – monyet belanda yang bergerak bebas di sekeliling kawasan ini yang pasti akan membuat anak – anak anda berasa teruja. Di waktu senja anda akan dapat lihat matahari terbenam dari sungai di taman ini. Manakala di waktu malam pula anda boleh membuat aktiviti bersama keluarga iaitu menaiki bot untuk melihat kunang – kunang yang memancarkan cahayanya dan itu merupakan satu memori yang tidak akan dilupakan.

2. Muzium Negeri Sabah

Tempat Menarik di Sabah 2019 dan 2020

Seterusnya ialah Muzium Negeri Sabah yang terletak di Kota Kinabalu juga adalah antara tempat menarik di Sabah. Muzium ini dikelilingi oleh taman indah yang penuh dengan kehijauan yang berkeluasan 17 hektar. Di sekitar muzium ini juga terdapat sebuah zoo dan kampung warisan. Terdapat banyak pameran yang ada di sini antaranya ialah Muzium Peradaban Islam Sabah dan Pusat Sains dan Teknologi. Anda boleh menambah ilmu pengetahuan tentang negeri Sabah di muzium ini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri kepelbagaian negeri Sabah di sini.

3. Signal Hill Observatory Platform

Tempat Menarik di Sabah Murah

Signal Hill Observatory Platform yang terletak di Jalan Bukit Bendera juga merupakan antara satu tarikan utama di sini. Bentuknya seperti UFO dan ia terletak di Signal Hill, puncak tertinggi di Kota Kinabalu. Di sini anda boleh melihat pemandangan sekitar Kota Kinabalu sehingga ke pulau – pulau yang terdapat di sekelilingnya sambil menikmati angin sepoi – sepoi bahasa. Waktu operasinya adalah setiap hari dan bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 pagi. Tiada bayaran dicas bagi sesiapa yang ingin melawat ke sini.

4. Masjid Negeri Sabah

Tempat Menarik di Sabah Kota Kinabalu

Bagi anda yang beragama Islam, anda wajib melawat Masjid Negeri Sabah kerana masjid ini memiliki keunikannya yang tersendiri iaitu seni binanya yang menggabungkan bangunan – bangunan pada zaman keagungan Islam dan zaman moden. Manakala kubahnya pula diinspirasikan daripada masjid terkenal di dunia iaitu Masjid Biru di Istanbul, Majid Al- Aqsa di Baitulmaqdis dan Masijd Jame di New Delhi. Memang sangat kreatif pembinaan masjid ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri kehebatan masjid ini.

5. Sabah Indoor Climbing Centre

Tempat Menarik di Sabah Terhebat

Seterusnya ialah Sabah Indoor Climbing Centre yang terletak di Jalan Burung Puin, Kota Kinabalu. Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba aktiviti lasak dan anda tidak perlu risau jika anda kurang mahir dalam aktiviti wall climbing kerana ramai pakar yang akan membantu anda untuk menghadapi cabarannya. Aktiviti ini mampu meningkatkan keyakinan diri dan mewujudkan sifat kepimpinan dalam diri anda. Bagi sesiapa yang ingin datang ke sini pastikan anda datang di antara Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang sehingga 10 malam sahaja.

6. Tambunan Raflesia Reserve

Tempat Menarik di Sabah Padu

Selain itu juga, jika anda dah sampai ke negeri Sabah jangan lepaskan peluang ke Tambunan Rafflesia Reserve untuk melihat sendiri bunga yang paling besar di dunia ini. Di sini anda boleh membuat aktiviti jungle trekking dan yang paling penting anda dapat melihat bunga yang paling unik dan paling pelik ini. Tetapi sebaik sahaja anda mendekati bunga ini, pasti anda kurang selesa dengan baunya yang busuk. Bunga ini mengeluarkan bau busuknya untuk memerangkap lalat dan serangga lain untuk dimakannya. Yuran masuk di sini ialah hanya RM5 sahaja.

7. North Borneo Railway

Tempat Menarik di Sabah Serendah RM299

North Borneo Railway merupakan nama tempat yang sangat unik di sini yang juga merupakan salah satu kawasan yang menjadi pilihan orang ramai kerana anda boleh merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api yang penuh nostalgia.Ia merupakan laluan kereta api yang tertua di Borneo dan Sabah. Semasa menaiki kereta api ini anda akan disajikan dengan panorama indah hutan-hutan hujan, sawah padi, bandar – bandar di pesisir pantai dan sebagainya. Ciri – ciri klasik kereta api ini bukan sahaja dari segi luarannya, malahan ruangan dalamannya membuatkan anda terasa seperti hidup di dalam era 1900-an . jadi jangan lepaskan peluang apabila anda datang melancong ke sini.

8. Desa Cattle Daisy Farm

Tempat Menarik di Sabah Seronok

Desa Cattle Daisy Farm yang juga dikenali sebagai New Zealand kecil negeri Sabah kerana panorama sekelilingnya yang kelihatan seperti di negara orang Maori.
Pemandangan ladang lembunya yang sangat menyejukkan mata dengan kehijauan rumputnya yang sangat luas mampu membuat sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke sini berasa sangat teruja dan bersemangat. Anda juga boleh membeli belah di sini iaitu dengan membeli produk – produk tenusu hasil dari ladang ini sendiri.

9. Nabalu Park

Tempat Menarik di Sabah Hebat

Taman kinabalu yang terletak di Mount Kinabalu National Park juga merupakan salah satu tarikan kerana taman ini merupakan tempat di mana eksplorasi pendakian puncak Gunung Kinabalu dimulakan. Taman ini dijadikan sebagai kawasan biologikal yang paling penting di dunia dengan lebih daripada 4500 jenis flora dan fauna yang merangkumi 100 jenis mamalia dan lebih daripada 110 jenis siput darat dan 326 jenis burung yang ada di sini. Jadi anda tidak perlu lagi ke zoo apabila anda sudah menjejakkan kaki di sini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri flora dan fauna yang ada di taman ini.

10. Ladang Teh Sabah

Tempat Menarik di Sabah Tercantik

Jika dah sampai di negeri Sabah ini jangan lepaskan peluang untuk ke Ladang Teh Sabah yang terletak di Sandakan ini. Ia merupakan ladang teh organik yang satu – satunya ada ni kepulauan Borneo. Di sini anda dapat melihat pemandangan hutan rimba dan Gunung Kinabalu yang sangat mengasyikkan. Anda juga bolehlah ke kilang the di sini dan melihat sendiri demonstrasi pembuatan the dari proses ia dipetik sehinggalah bahagian pembungkusan.

Merancang Untuk Ke Sabah? Ambil Pakej Percutian Murah Dari Kainosyn Borneo Trading

Tempat Menarik di Sabah Terbaik

Kainosyn Borneo Trading, sebuah agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia & Trusted Travel Company Agent untuk melancong ke Sabah. Kainosyn Borneo Trading berpengalaman dalam bidang ini sejak 2015. Syarikat ini dibina khas untuk menguruskan pelancongan di seluruh Malaysia khasnya di Sabah. Selain menawarkan pakej percutian murah di Sabah, anda juga boleh dapatkan perkhidmatan kereta sewa dan juga homestay dari Kainosyn Borneo Trading.

Kainosyn Borneo Trading Bantu Anda Dengan Sediakan Pakej Percutian Ke Sabah 2019 Yang Lengkap, Eksklusif & Mengikut Bajet Anda

Tempat Menarik di Sabah 2019 2020

Cadangan program perjalanan pakej percutian ke Sabah 2019 yang Kainosyn Borneo Trading sediakan 2 pilihan pakej percutian ke sabah 2018/ 2019 untuk anda, iaitu Pakej 3 hari 2 malam dan Pakej 4 hari 3 malam untuk 2 orang, trip honeymoon, trip family, trip company. Antara Tempat Menarik Yang Akan Dilawati Kundasang, Pulau (Island Hopping) ke Manukan, Sapi, Mamutik. Anda boleh pilih pakej yang sesuai dengan perancangan dan bajet anda.

Pakej Lengkap Kainosyn Borneo Trading Bermula Dari Awal Hingga Akhir Percutian Anda

Tempat Menarik di Sabah Cantik

Pakej yang Kainosyn Borneo Trading sediakan sudah lengkap dengan penginapan, pengangkutan, program perjalanan, tempat lawatan dan segalanya yang anda perlukan sepanjang berada di Sabah. Kainosyn Borneo Trading akan aturkan perjalanan anda dari hari pertama sehingga anda pulang ke rumah. Tak ada kos tambahan, semuanya ikut bajet anda.

Tidak Tahu Selok Belok Di Sabah? Kainosyn Borneo Trading Tawarkan Tour Guide Kepada Anda

Tempat Menarik di Sabah Lejen

Kainosyn Borneo Trading akan sediakan pemandu pelancong dan pemandu untuk bantu anda pergi melawat tempat yang menarik di seluruh Sabah. Tour Guide/Pemandu pelancong Kainosyn Borneo Trading sangat Mesra dan suka berjumpa dengan orang baru, lebih-lebih lagi pelancong yang baru mereka kenali. Sikap mengambil berat juga kami amalkan dalam memudahkan percutian pelancong.

Inilah Pakej Percutian Ke Kota Kinabalu Kundasang Serendah RM299

Tempat Menarik di Sabah Terbaik

Kainosyn Borneo Trading agak berbeza dengan syarikat percutian yang lain. Kenapa berbeza? Sebabnya Kainosyn Borneo Trading menawarkan harga percutian ke Kota Kinabalu Serendah RM299 sahaja! Inilah harga termurah yang pernah saya jumpa! Tak percaya? Anda boleh tanya sendiri pihak Kainosyn Borneo Trading.

LEBIH 17,000+ RAKYAT MALAYSIA MEMILIH Kainosyn Borneo Trading

Testimoni positif dari mereka yang positif menaikkan lagi semangat Kainosyn Borneo Trading untuk memastikan kualiti servis sentiasa berada pada tahap terbaik dan setiap kekurangan diperbaiki secara sistematik.

Tempat Menarik di Sabah 2020 Tempat Menarik di Sabah 2019 Tempat Menarik di Sabah Pakej Percutian

Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti di Sabah dan melawat tempat yang menarik di sini

Jadikan percutian anda dan keluarga ke Sabah sebagai satu pengalaman dan pengembaraan yang tidak boleh dilupakan hari ini!

Jom bercuti ke Sabah dengan pakej dari Kainosyn Borneo Trading SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

KAINOSYN BORNEO TRADING

TRIP MURAH TERBAIK KE SABAH

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom bercuti ke Sabah dengan pakej dari Kainosyn Borneo Trading SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom bercuti ke Sabah dengan pakej dari Kainosyn Borneo Trading SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: