Review
Jan 31, 2020, 8:26am

Tempat Latihan Aktiviti Outdoor Terbaik Dari AsiaCamp


Jika anda merupakan seorang majikan,anda pasti mengetahui bahawa kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia merupakan aktiviti yang sangat penting. Latihan dan pembangunan adalah bidang yang khusus untuk membantu pihak pengurusan. Hal ini kerana, ia boleh memberikan motivasi serta semangat yang baru di dalam bidang pekerjaan mereka. Apabila mereka telah menyertai aktiviti kursus dan latihan team building, mereka pasti akan pulang ke pejabat dengan rasa yang seronok. 

Kursus dan latihan pula terbahagi kepada dua iaitu indoor dan outdoor, apabila digabung ke dua – dua jenis kursus dan latihan ini, ia akan membolehkan pekerja anda untuk lebih bersemangat untuk datang ke pejabat. Aktiviti team building outdoor adalah pilihan yang baik untuk pekerja anda mengurangkan stress di tempat kerja. Malah, ia juga terbukti efektif untuk membuatkan pekerja anda lebih cerdas dalam menjalankan pekerjaan mereka.  

Sebab Perlu Memberikan Team Building Kepada Pekerja 

Sekiranya anda masih ragu – ragu untuk memberikan kursus outdoor kepada pekerja anda, anda boleh melihat sendiri sebab – sebab seperti di bawah untuk berasa lebih yakin dengan kursus dan aktiviti outdoor kepada pekerja anda. Berikut adalah sebab – sebab pentingnya aktiviti outdoor untuk produktiviti pekerja. 

  • Meningkatkan Produktiviti Kerja 

Semua orang di dalam satu pasukan mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Namun, setiap orang perlu bersepakat apabila bekerja. Dengan aktiviti team building, anda akan disuruh untuk bercampur di dalam kumpulan kecil dan kumpulan yang besar dengan masa yang ditetapkan. Jadi, setiap pasukan harus memahami tujuan di dalam kumpulan dan memiliki visi yang sama sewaktu menjalankan pekerjaan. Sekiranya pekerja mempunyai kerjasama yang baik, produktiviti kerja juga akan meningkat. 

  • Memberikan Idea Yang Lebih Kreatif

Jika anda sering bekerja sendirian, pemikiran anda akan mengambil masa yang lama untuk berkembang. Sewaktu anda merasa buntu, anda tidak akan dapat memikirkan idea yang kreatif dan inovatif. Dengan bekerja di dalam satu pasukan, anda boleh saling berkomunikasi dan bertukar idea. Team building boleh membantu untuk menjana pemikiran kreatif dengan perbincangan bersama rakan sekerja. 

  • Beban Kerja Menjadi Lebih Ringan 

Apabila anda mengikuti aktiviti team building, anda akan mengetahui bahawa banyak pekerjaan yang dibuat boleh dijalankan bersama – sama.Suatu pekerjaan besar akan terasa mudah jika dikerjakan oleh beberapa orang. Walaupun setiap orang memiliki tugas masing-masing yang diberikan oleh boss dan orang atasan, semuanya akan saling melengkapi untuk mencapai tujuan bersama.

  • Penyelesaian Masalah

Pasti ada masalah ketika suatu realiti tidak sesuai dengan apa yang anda rancang. Apabila hanya satu orang yang memikirkan tentang sebuah masalah, ia pasti akan menyebabkan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan. Dengan adanya team building, pekerja anda boleh belajar cara untuk menyelesaikan satu masalah bersama – sama.

  • Menjalin Komunikasi 

Dalam suatu team sudah ada atasan dan anggota team. Team building akan membantu membangun komunikasi antara orang atasan dan anggota pasukan dengan baik untuk mewujudkan tujuan organisasi. 

AsiaCamp – Tempat Aktiviti Team Building Yang Terbaik Di Malaysia

AsiaCamp menyediakan cara yang dinamik untuk melatih, dan merupakan pakar dalam mendalami modul yang berkualiti tinggi dan cara latihan yang menjimatkan kos. Mereka merupakan syarikat yang amat mementingkan pembekal latihan, dan menawarkan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka. AsiaCamp juga menubuhkan pasukan yang profesional dan berdedikasi dalam memberikan info tentang latihan menurut klien dari seluruh dunia. 

Mereka merupakan rakan kongsi yang ideal untuk membangunkan solusi latihan yang efektif. Misi mereka adalah untuk mengekalkan hubungan yang rapat antara pasukan dan pelanggan dalam masa yang sama mengawal modul latihan dan solusi yang efektif. Mereka juga  memberikan rundingan komunikasi, korporat, kewangan dan keselamatan industri. 

AsiaCamp juga memberikan fokus kepada kecekapan dan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk apa sahaja yang mereka lakukan. Tujuan utama mereka adalah untuk memberikan syarikat anda dengan latihan yang diperlukan untuk menghadapi masalah dan peluang yang terutamanya dalam bidang pembangunan manusia. Mereka juga amat komited untuk menjalankan kajian yang berterusan untuk memberikan penambahbaikan sebagai salah satu standard dan juga untuk memenuhi keperluan klien. 

Pakej Yang Disediakan Oleh AsiaCamp 

  1. Korporat
  1. 1 Hari: (20-40pax) RM100.00pax (41-99pax) RM85.00 (100pax+) RM80.00pax
  2. 2 Hari 1 Malam: (20-40pax) RM250.00pax (41-99pax) RM180.00 (100pax+) RM150.00pax
  3. 3 Hari 2 Malam: (20-40pax) RM350.00pax (41-99pax) RM320.00 (100pax+) RM300.00pax

Termasuk : Penginapan, Fasiliti, Makanan dan aktiviti bersama jurulatih.

  1. Institusi Pendidikan (Pelajar)
  1. 1 Hari: (20-39pax) RM95.00pax (40-79pax) RM85.00 (80pax+) RM80.00pax
  2. 2 Hari 1 Malam: (20-39pax) RM145.00pax (40-79pax) RM135.00 (80pax+) RM130.00pax
  3. 3 Hari 2 Malam: (20-39pax) RM195.00pax (40-79pax) RM185.00 (80pax+) RM180.00pax

Termasuk : Penginapan, Fasiliti, Makanan dan aktiviti bersama jurulatih.

  1. Sekolah (Pelajar)
  1. 1 Hari: (20-39pax) RM85.00pax (40-79pax) RM70.00 (80pax+) RM60.00pax
  2. 2 Hari 1 Malam: (20-39pax) RM105.00pax (40-79pax) RM100.00 (80pax+) RM90.00pax
  3. 3 Hari 2 Malam: (20-39pax) RM140.00pax (40-79pax) RM135.00 (80pax+) RM130.00pax

Termasuk : Penginapan, Fasiliti, Makanan dan aktiviti bersama jurulatih.

Kelebihan Menjalani Aktiviti Team Building Bersama AsiaCamp 

Berikut adalah kelebihan yang anda akan dapat sekiranya anda menjalankan aktiviti team building dengan AsiaCamp;

  • Instruktor yang berpengalaman
  • Tempat yang cantik dan selesa

  • Peralatan yang selamat
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Pakej sudah termasuk makanan, penginapan, fasiliti dan aktiviti

Testimoni AsiaCamp 

 

Tempah Pakej Team Building Dengan AsiaCamp 

Whatsapp:

En.Aizat : +6017 444 5650

Pn.Suraya : +607 246 4456

https://asiacamp.my/

 

 

Jom Tempah Pakej Team Building Dengan AsiaCamp di sini!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Tempah Pakej Team Building Dengan AsiaCamp di sini!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Tempah Pakej Team Building Dengan AsiaCamp di sini!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: