Review
Apr 18, 2018, 3:25pm

Tempahan Pakej Buaian Berendoi, Kambing Akikah, Cukur Jambul di Malaysia


  •  
  •  
  •  
  •  

Sekiranya anda baru saja dikurniakan cahayamata, pastinya anda akan berasa tidak sabar untuk meraikan kedatangan insan baru comel kesayangan anda itu bersama seluruh keluarga, rakan taulan dan kenalan. Bagi masyarakat Melayu pula, kedatangan bayi comel ini selalunya akan diperkenalkan secara rasmi ketika majlis berendoi dan cukur jambul.

event management untuk majlis akikah dan berendoi berpatutan

Tetapi sayangnya tidak semua mempunyai pengalaman bagaimana untuk melaksanakan majlis sebegini supaya tampil menarik dan cantik supaya dapat dijadikan sebagai salah satu kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila.

Tips Untuk Menjayakan Majlis Akikah Dan Cukur Jambul Yang Sempurna

Majlis Akikah Dan Cukur Jambul

1. Tetapkan Budget Mengikut Kemampuan

Perkara pertama yang harus dititikberatkan sudah semestinya adalah budget. Apabila sudah di tetapkan budget sila pastikan anda fokus untuk mendapatkan apa yang paling utama saja dan elakkan membeli atau menempah apa yang kurang penting. Tidak salah untuk menambah apa yang anda hajati tetapi sila pastikan anda selesai membuat pembayaran untuk perkara-perkeara yang penting dahulu. Sekiranya ada lebihan wang daripada jumlah keseluruhannya nanti, bolehlah anda membeli tambahan barangan lain yang anda idamkan untuk majlis tersebut.

buaian berendoi berpatutan dan menarik

2. Senaraikan Nama Dan Jumlah Tetamu

Jika ingin membuat kenduri sudah semestinya perlu menjemput tetamu. Jangan sesekali menjemput tetamu dengan cara mendadak tanpa mempedulikan keseluruhan budget yang ada di tangan anda. Majlis yang sempurna adalah apabila tetamu datang dan pulang dengan senyuman maka elakkan menjemput terlalu ramai tetamu sehingga melebihi daripada kadar makanan yang akan di sajikan.

buaian berendoi berpatutan dan berbaloi

3. Adakan Ruang Yang Sesuai Termasuk Khemah / Kanopi

Tidak kisahlah di mana anda ingin adakan majlis tersebut. Apa yang lebih penting tempat yang anda pilih itu haruslah luas dan selesa untuk menampung semua jumlah jemputan yang bakal hadir pada hari itu nanti. Ruang ini bukan hanya perlu di ambil kira untuk menempatkan khemah atau kanopi malah untuk menempatkan kenderaan para tetamu supaya lalulintas di kawasan tersebut tidak terhalang.

buaian berendoi murah di melaka

4. Menu Makanan Yang Sedap Dan Mencukupi

Terpulang pada anda untuk menentukan menu yang akan di sajikan pada hari tersebut namun sila pastikan menu itu dapat di terima oleh semua yang bakal hadir. Tidak salah untuk membuat kenduri dengan menu yang ringkas sekalipun namun sila pastikan jumlah makanan yang akan dijamu itu cukup dan boleh menampung jumlah bakal tetamu keseluruhanya. Anda pasti tidak mahu tetamu anda itu pulang dengan wajah masam dan perut kosong.

buaian berendoi berpatutan di shah alam

5. Dekorasi Rumah Mengikut Tema

Dekorasi yang cantik akan mampu mewujudkan suasana yang baru dan lain daripada kebiasaannya. Dengan dekorasi yang cantik itu nanti bukan hanya dapat memberi satu kenangan baru pada anda malahan dapat memberikan rasa teruja dan gembira kepada semua orang yang ada di situ.

buaian berendoi murah kl

Mahukan Majlis Cukur Jambul Yang Menarik Tetapi Tidak Punya Masa Dan Pengalaman?

Jangan takut, mulai hari ini anda tidak perlu khuatir lagi. kerana di ketika ini sudah ada pihak yang boleh membantu anda untuk mengadakan sebuah majlis berendoi dan cukur jambul ini. Pihak yang di maksudkan adalah Make A Wish Event. Dengan adanya pihak Make A Wish Event ini anda pasti akan berjaya mendapat sebuah majlis mengikut apa yang anda idamkan walaupun anda tidak punya masa yang cukup untuk membuatnya. Tidak kisah jika anda sibuk sekalipun, serahkan saja segalanya pada pihak Make A Wish Event dan pastinya mereka akan jelmakan sebahagian daripada ruangan kediaman anda menjadi sebuah tempat yang indah dan memukau.

buaian berendoi murah klang

Bagaikan Berada Di Alam Fantasi

Seperti putera dan puteri yang sedang berada di dalam kisah dongeng, itulah gambaran yang paling tepat yang boleh di berikan untuk Make A Wish Event yang menyediakan perkhidmatan berendoi, kambing akikah dan majlis cukur jambul untuk sesiapa saja yang memerlukan dengan harga yang tersangat berpatutan dan berbaloi. Ya! Percaya atau tidak, pihak Make Wish Event mampu membawa anda ke sebuah majlis cukur jambul yang sangat cantik, gilang gemilang dan bergemerlapan dengan harga yang sangat berpatutan.

make a wish event pakej majlis akikah dan buaian berendoi murah

Make A Wish Event ini di miliki oleh Puan Yani yang berjawatan sebagai engineer di dalam bidang Oil and Gas. Tetapi di sebabkan minatnya yang amat mendalam terhadap hiasan yang cantik seperti konsep pari-pari di dalam dunia khayalan dan fantasi maka Puan Yani mengambil keputusan untuk menubuhkan perniagaannya ini bersama semangat yang kuat untuk merealisasikan segala impian anda di luar sana untuk mengabadikan kenangan hari bahagia bersama si comel kesayangan dalam suasana yang amat cantik.

Dekorasi Yang Sangat Ekslusif

Sesuai dengan team yang di ketengahkan, Puan Yani menggelarkan dirinya sebagai Fairy Godmother atau pari-pari yang pastinya akan cuba mendengar segala permintaan yang anda hajati dan seterusnya beliau serta pasukannya akan cuba sedaya upaya merealisasikan segala impian anda  itu dengan kadar harga yang amat berpatutan supaya anda berpuashati.

dekorasi untuk majlis berendoi murah

Anda boleh lihat sendiri beberapa contoh hasil sentuhan Make A Wish Event ini. Betapa cantik dan menariknya buaian berendoi untuk si kecil yang bertemakan putera dan puteri. Warna yang di gunakan di bawah ini adalah merah jambu (pink) untuk melambangkan seorang puteri.

Ini pula hasil rekaan buaian berendoi dengan menggunakan warna biru (blue) untuk tema seorang putera. Namun hakikat sebenarnya, bukan hanya warna merah jambu dan biru saja yang ada bahkan anda boleh membuat permintaan warna yang lain mengikut kehendak anda sendiri untuk di jadikan sebagai warna tema utama dan sudah semestinya pihak Make A Wish Event akan berusaha untuk mendengar segala permintaan anda itu untuk di jadikan sebagai satu kenyataan.

buaian berendoi murah ampang

Melihat kepada buaian yang di hias dengan cantik menggunakan bunga-bungaan dengan gantungan kristal dan panahan cahaya lampu lilin yang terang secara tidak langsung mampu membuatkan suasana majlis tampak lebih berseri, mewah dan sangat elegen. Bahkan bentuk buaian yang pelbagai rupa juga mampu menawan pandangan mata semua yang hadir dan boleh membuatkan majlis anda itu nanti tampak lain daripada yang lain.

Tambahan bantal empuk dan pelbagai karekter patung beruang kecil pula boleh menimbulkan suntikan elemen comel yang pastinya sangat sesuai dengan si comel anda yang akan di raikan pada hari itu nanti. Mungkin anda boleh memilih warna ungu seperti gambar di bawah yang sememangnya tampak sangat mewah dan menonjol dengan sinaran cahaya lampu yang berbentuk kristal. Bijaknya pihak Make A Wish Event menghasilkan dekorasi ini mengikut citarasa pelanggannya itu. Senyuman manis seisi keluarga yang diraikan sudah dapat menerangkan betapa mereka berpuashati dan gembira dengan majlis mereka itu.

buaian berendoi murah di ipoh

Majlis Menarik Dengan Harga Terendah Mengikut Pakej

Walau tampak mahal dengan gaya yang amat eksklusif namun harga yang di kenakan ternyata amat berpatutan. Pihak Make A Wish Event turut menyediakan pakej-pakej yang pelbagai supaya sesuai dengan budget anda. Di dalam pakej tersebut bukan hanya ada hiasan buaian berendoi semata-mata malah turut di sediakan perkhidmatan lain seperti:

  • khemah / canopy
  • kambing akikah golek yang telah siap di grill
  • pakej catering bermula dari 100 orang
  • jurugambar
  • video
  • jurumakeup untuk si ibu
  • baju melayu atau dress untuk si comel
  • dulang barangan untuk cukur jambul
buaian berendoi diy

Antara menu yang di sediakan oleh pihak katering bersama kambing grill tersebut adalah black pepper sauce (sos lada hitam), mashed potatoes (kentang lecek), garden salad dan Thousand Island Sauce. Bagi yang kurang mengemari makanan ala barat, masih ada satu pilihan menu yang lain iaitu makanan melayu seperti nasi beriani, daging dendeng, ayam masak merah, dalca sayur, buah oren dan air kordial.

Selain itu, pihak Make A Wish juga menyediakan menu nasi beriani /nasi hujan panas / nasi minyak, ayam goreng berempah /ayam masak merah, kambing akikah beriani, kambing akikah kuzi, kambing akikah masak kari, dalca sayur, acar buah, jelatah dan lain-lain.

Kesimpulannya, segalanya akan lengkap dan terurus tanpa perlu anda susah hati dan pening kepala tidak tidur lena hanya kerana ingin memikirkan apa yang patut di buat. Ternyata perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Make A Wish Event ini nampaknya sangat-sangat bagus dan benar-benar boleh membantu sesiapa saja yang inginkan majlis berendoi dan cukur jambul ini.

buaian berendoi tradisional

Harga untuk buaian bermula daripada RM1,500 manakala harga untuk pakej lengkap sepenuhnya bermula daripada RM4,600 sahaja.  

Apa yang penting, anda tidak perlu lagi pening kepala dan berpenat lelah untuk menyiapkan semuanya daripada awal hingga akhir. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah berbincang dengan Puan Yani mengikut apa yang anda hajati kemudian bolehlah sama-sama berbincang soal harga dan sebagainya.

Kepuasan Hati Para Pelanggan Menjadi Keutamaan

Seolah-olah seperti akan menyediakan majlis untuk anak sendiri, itulah yang sering ditekankan oleh Puan Yani dan seluruh pasukan Make A Wish Event setiap kali menguruskan majlis untuk para pelanggan mereka. Segala yang di impikan akan cuba dihasilkan dalam bentuk nyata sedaya upaya. Segalanya akan cuba dilakukan dengan terperinci dan di buat dengan sehabis baik. Si comel yang akan di raikan di ibaratkan seperti anak sendiri maka sudah semestinya segalanya haruslah di tahap yang amat memuaskan baik dari hiasan buaian, makanan, susunatur dan sebagainya.

antara dekorasi majlis akikah dan berendoi terbaik

Apabila tiba hari yang di tunggu-tunggu, segalanya sudahpun siap sedia mengikut perancangan asal. Demi untuk memberikan kenangan yang terindah itu, bukan hanya hiasan buaian saja yang di beri penekanan malah si ibu juga akan turut di dandan supaya turut sama-sama tampil cantik dan menarik di samping bayi kesayangan. Dengan ini dapatlah hari bersejarah itu di potretkan dalam suasana yang paling terindah.

Mendapat Pujian Para Pelanggan

Apabila ada pelanggan yang berpuashati maka semakin ramailah yang memasang angan untuk mendapatkan servis daripada pihak Make A Wish Event ini. Akhirnya, bukan hanya warga tempatan saja malah golongan artis dan orang kenamaan juga turut sama mendapatkan servis mereka.

dulang untuk majlis akikah

Antara pihak yang telah pernah menggunakan khidmat daripada pihak Make A Wish Event ini adalah:

  • Puteri Ainshahariah Abdul Aziz (Sultan Selangor’s granddaughter) sebanyak dua kali.
  • Tengku Kamirul Rashid B. Tengku Mohd Kamil (Cinderella cradle)
  • Menteri Kewangan II – Y.B Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad (Merman cradle) 2012 & Little Prince & Princess cradle (2013)
  • Menteri Perdangangan Antarabangsa & Industri- YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed
  • Timbalan Menteri di Kementerian Pengangkutan- YB Datuk Abdul Aziz Kaprawi’s grandson ( Pocahontas cradle- 2014)
  • Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib-Former Rural and Regional Development Minister’s granddaughter
  • Tan Sri Datuk Dr. Rafiah Salim (Pocahontas & Mermaid cradle for 4 of her grandchildren) 2012 & 2013
  • Ungku Intan Sarafina (Charming cradle for her son)
  • Dynas Mokhtar- actress (Mermaid cradle for her daughter)
  • Raja Chulan’s granddaughter, Raja Nur Aimi Raja Muhammad Badiuzzaman
  • Datuk Sri Josafri Johari, One Drop Perfume owner’s sons & daughter ( 2011, 2013 & 2014)
  • NICO Group- singer- Affa’s daughter
  • Sasi The Don -singer
  • Puteri Sarah & Shamsul ( cucu Dato Yusuf Haslam)
  • Sabhi Sadi ( Penyanyi)
  • Adira AF (Penyanyi)
  • Kerabat Diraja
  • Eyqa Sulaiman (Pengasas Sugarscarf)
  • Sarah Shahnor (CEO Modvier)
  • Pengasas Bella Ammara, Hijabs by Hanami, Bidara Lab dan ramai lagi

Sehingga ke hari ini, semakin ramai yang telah tertarik hati untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Make A Wish Event ini disebabkan hasil yang cantik dengan harga yang amat rendah dan berpatutan itu.

buaian berendoi tradisional

Pernah Muncul Di Media Massa

Disebabkan pelanggan Make A Wish Event ini banyak terdiri daripada golongan kenamaan dan orang terkenal maka tidak hairanlah jika mereka berjaya muncul di pelbagai media massa yang lain seperti Nona TV3, Majalah Pa&Ma, TV AlHijrah dan lain-lain lagi.

buaian berendoi buat sendiri

Sebagai contoh gambar di bawah ini ketika majlis berendoi cucu kembar perempuan sulung kepada YBhg. Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim yang di beri nama Areej dan Zehnee. Majlis tersebut di adakan juga bagi meraikan ibu kepada bayi kembar tersebut yang baru saja selesai menjalani upacara berpantang selama empat puluh empat hari. Ternyata walau hidup di zaman yang serba moden namun upacara dan adat masih lagi tetap di kekalkan dari dulu sehingga kini.

buaian berendoi english style

Raikan Hari Bahagia Si Comel Anda Dengan Make A Wish Event !

Sekarang anda sudah tahu di mana harus anda dapatkan servis buaian berendoi pada harga berpatutan, kambing akikah dan cukur jambul untuk baby, maka anda tidak perlu lagi teragak-agak untuk menghubungi pihak Make A Wish Event ini untuk membantu merealisasikan majlis gilang gemilang untuk bayi kesayangan anda itu. Apa yang perlu di lakukan hanyalah menghubungi pihak Make A Wish Event ini dengan segera dan serahkan segalanya kepada yang lebih pakar dan arif.

dapatkan majlis berendoi terbaik dan murah

PUAN YANI | SET BUAIAN BERENDOI BERPATUTAN Hubungi: Tekan untuk telefon (0193427072) |Tekan untuk WhatsApp Facebook: Make A Wish Event Instagram: @makeawishevent