Review
Feb 27, 2018, 5:59am

Tempahan Nombor Plat Kereta, Motor Murah di Kuantan | Zid Motor


  •  
  •  
  •  
  •  

Siapa lagi di Malaysia yang masih belum mengetahui kegilaan dan obsesi masyarakat sekarang dengan plat kenderaan  terutamanya plat kereta. Walaupun plat motorsikal tiada kurangnya , tetapi plat kereta masih jauh mendahului dari segi populariti nombor yang jarang dan perhiasan yang cantik untuk plat itu sendiri.

Sejarah Plat Kenderaan

Jadi , untuk mandalamkan sedikit ilmu anda mengenai pengetahuan umum , mari kita lihat mengenai sejarah plat kenderaan di Malaysia secara ringkas. Jika anda pernah menumpukan perhatian di dalam kelas , pasti anda tahu bahawa negeri Perak adalah antara negeri yang terkaya dengan hasil perlombongan . Apakah kaitan hal ini dengan plat kenderaan? Oleh kerana negeri Perak adalah negeri yang kaya , maka Perak adalah negeri yang mempunyai kenderaan yang paling banyak di Tanah Melayu ketika itu. Harga kenderaan ketika itu sangat tinggi , maka hanya orang yang berharta dan berpangkat mampu membelinya. Majoriti kenderaan dimilik oleh pegawai Bristish ketika itu. Oleh kerana kenderaan yang banyak , sistem plat kenderaan diperkenalkan buat kali pertama di Tanah Melayu. Diikuti oleh negeri Selangor dan Pahang.

Tempahan Nombor Plat Kereta Yang Murah

Sejak dari itu , plat kenderaan berkembang dari plat besi yang hanya berisi nombor semata-mata sehingga plat pada masa sekarang yang mempunyai pelbagai corak tulisan dan bentuk plat dan pastilah plat pada masa sekarang harus mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ).

Piawaian Plat Kenderaan Oleh JPJ

Mencari Tempahan Nombor Plat Kereta

Untuk memudahkan kerajaan , semua nombor plat kenderaan di Malaysia telah dimasukkan ke dalam sistem mereka dan sebarang tingkah laku yang tidak sesuai oleh pengguna jalan raya dapat dikesan dengan mudah dan tindakan ke atas pemilik kenderaan tersebut dapat dijalankan dengan mudah. Jadi , pelbagai usaha dilakukan oleh pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab untuk mengelakkan tindakan tersebut seperti mengecilkan nombor plat mereka , menggunakan nombor yang gelap dan sebagainya.

Nak buat Tempahan Nombor Plat Kereta

Untuk mengelakkan perkara sebegini , JPJ telah menetapkan piawaian tertentu untuk semua nombor plat kenderaan di Malaysia. Berkut adalah piawaian yang ditetapkan oleh JPJ. Sila perhatikan dan pastikan anda mengikut piawaian tersebut untuk mengelakkan risiko disaman sebanyak 100-250 bagi kereta dan 50-200 bagi motorsikal.

Bagaimana Untuk Membeli Plat Kenderaan Yang Elok?

Anda hanya perlu pergi ke kedai aksesori yang berlesen dan diiktiraf kerajaan. Mereka tidak akan membuat nombor plat yang tidak mengikut piawaian JPJ. Di situ anda boleh mendapatkan nombor plat anda dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja bagi nombor plat biasa. Mungkin ia akan memakan masa yang lebih untuk membuat nombor plat yang lebih khas dan unik.

Tetapi , adakah anda tahu bahawa bukan semua kedai aksesori kenderaan mampu membuat plat kenderaan kereta yang unik dan mengikut citarasa anda? Mulai sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana Zid Motor sedia berkhidmat untuk anda tidak kira di mana anda berada di pelusuk Malaysia.

Zid Motor Pengeluar Plat Kenderaan Terkemuka Di Kuantan?

Tempahan Nombor Plat Kereta di Kuntan

Zid Motor adalah kedai aksesori kenderaan yang terkenal di Malaysia.Mereka menjual pelbagai aksesori yang berkualiti dan bermutu. Setiap hari , ramai pelanggan setia mereka mengunjungi kedai mereka di Kuantan untuk mendapatkan khidmat mereka yang sememangnya terbaik dan bermutu tinggi. Bukan sahaja mereka menjual barang di kedai mereka , mereka juga menerima tempahan secara atas talian dan menyediakan khidmat pos untuk pelanggan mereka yang tidak boleh datang ke kedai mereka sendiri di seluruh Malaysia.

Tempahan Nombor Plat Kereta Anda

Untuk kali ini , saya hanya ingin menekankan mengenai perkhidmatan terbaik daripada Zid Motor iaitu perkhidmatan membuat nombor plat mereka daripada longgokan perkhidmatan mereka yang ada. Anda boleh memilih sendiri daripada puluhan jenis nombor plat yang mereka ada untuk membuat nombor plat anda tersendiri ataupun anda boleh memilih serba sedikit dari ciri-ciri yang ada pada beberapa nombor plat untuk membina nombor plat idaman anda sendiri. Menarik bukan?

Jenis Nombor Plat Di Zid Motor

Terdapat banyak sangat nombor plat sehingga saya tidak mampu menyelit semua ke dalam artikel kali ini , jadi saya hanya akan mengambil sedikit daripada koleksi mereka untuk anda . Terdapat dua jenis nombor plat yang Zid Motor sediakan iaitu :

  • Plat Motorsikal
  • Plat Kereta

Dan sudah pastilah anda tidak perlu risau mengenai JPJ sekiranya anda membeli plat anda dari Zid Motor kerana semua plat kenderaan mereka mengikut piawaian JPJ dan misi kedai mereka adalah memberi yang terbaik kepada pelanggan dan hanya membuat kerja yang terbaik dalam industri aksesori kenderaan.

Plat Motorsikal

Bagi nombor plat motorsikal , kebanyakan plat mengikut bentuk dan saiz yang hampir sama dan hanya berlainan dari segi bahan plat , bentuk tulisan nombor dan bahan nombor tersebut. Tak dapat dinafikan bahawa hampir semua peminat motorsikal menggunakan plat yang dibeli sendiri berbanding pengguna biasa yang menggunakan plat biasa yang diberi ketika membeli motorsikal tersebut. Berikut adalah beberapa jenis plat motorsikal yang ada pada Zid Motor :

Tempahan Nombor Plat Kereta yang Anda Minat

Anda boleh lihat bukan perbezaan yang ada pada semua nombor plat tersebut? ada yang berkilat , ada yang timbul , ada yang nampak gah , yang nampak comel pun ada. Menarik sungguh kretiviti Zid Motor. Jadi , kepada pemilik motorsikal di luar sana , apa lagi yang anda tunggu? Angkat telefon anda sekarang dan tempahlah plat kegemaran anda sekarang. Harga di Zid Motor murah sahaja.

Plat Kereta

Setelah saya tunjukkan sedikit mengenai plat motorsikal tadi , kini mari saya tunjukkan pula mengenai plat kereta pula. Oleh kerana ruang kretiviti yang lebih luas bagi plat kereta , plat kereta mempunyai lebih banyak jenis dan kepelbagaian daripada plat motorsikal. Tanpa membuang masa , mari kita lihat beberapa plat kereta yang ada di Zid Motor :

Tempahan Nombor Plat Kereta dengan Zid Motor

Baik kan saya? siap letak pembaris supaya anda semua boleh tahu saiz nombor plat kereta tersebut dengan jelas. Tetapi itu sahajakah? itu yang dikatakan lebih banyak kepelbagaian dari plat motorsikal? sudah pastilah bukan. Anda baru melihat nombor sahaja , anda masih belum melihat bingkai plat yang ada di Zid Motor.

Bingkai Plat Kereta

Bagi plat kereta , ia agak unik kerana semua kereta di Malaysia pasti menggunakan bingkai di bahagian depan berbanding dengan motorsikal yang menggunakan stiker di bahagian depan dan boleh memilih sama ada menggunakan bingkai atau tidak di bahagian belakang dan hanya menggunakan plat sahaja. Bagi bingkai nombor plat kereta bahagian depan , ada dua jenis bingkai yang biasanya digunakan rakyat Malaysia dan satu bingkai istimewa disediakan oleh Zid Motor :

  • Bingkai Petak
  • Bingkai Panjang
  • Bingkai Ralliart

Bingkai Petak

Tempahan Nombor Plat Kereta Bingkai Petak

Bagi bingkai petak yang kosong tanpa plat , biasanya harganya adalah RM10. Murah bukan? Kalau saya jadi anda, saya beli sepuluh simpan di rumah sementara harga masih murah sebegini. Mana tahu esok lusa naik harga? Tuhan sahaja tahu.

Bingkai Panjang

Tempahan Nombor Plat Kereta Bingkai Panjang

Bagi bingkai panjang pula , harganya sama sahaja dengan bingkai petak iaitu RM10 tanpa plat. Anda boleh pilih salah satu antara dua mengikut citarasa anda.

Bingkai Ralliart

Tempahan Nombor Plat Kereta Bingkai Ralliart

Siapa tidak tahu jenama terkemuka dunia , RalliArt? Jika anda tidak tahu , pasti anda tinggal di tengah hutan atau tidak pernah keluar rumah. Bingkai ini dijual di Zid Motor dengan harga serendah RM45 sahaja tanpa plat. Bingkai ini tidak mempunyai banyak pilihan tetapi , bingkai yang ada sudah cukup menarik bagi saya dan tidak perlukan pilihan yang lain.

Harga Papan Plat

Setelah selesai saya menceritakan bahagian bingkai dan harganya , mari kita ke bahagian seterusnya iaitu harga papan plat. Jadi , ada tiga kategori yang saya nak ceritakan di sini. Ianya seperti berikut :

1. Papan Sahaja Tanpa Nombor

Tempahan Nombor Plat Kereta Biasa

Harga papan sahaja tanpa nombor adalah RM5 sekeping. Jangan cemas , nombor juga boleh dibuat di Zid Motor , tetapi dengan caj yang lebih berpatutan dengan usaha dan kualiti yang diberi kepada anda.

2. Plat Kristel Sepasang Bersama Nombor

Selain Tempahan Nombor Plat Kereta

Bagi plat kristel bersama nombor , ianya berjumlah RM80 sepasang. APA? Mahal? Pergilah tinjau harga pasaran . Kedai mana yang membuat tempahan nombor plat yang membuat dengan harga yang jauh lebih rendah? Zid Motor adalah kedai yang sentiasa mengikut harga pasaran dan tidak pernah dan tidak akan menipu pelanggan mereka. Ukuran set plat ini ada seperti berikut

  • Papan Petak ( panjang 32.5cm x tinggi 16.5cm)
  • Papan Panjang ( panjang 51.5cm x tinggi 11 cm)

3. Papan Belakang Sahaja Mengikut Bentuk

Antara kedai Tempahan Nombor Plat Kereta

Papan plat ini tidak mempunyai harga yang tetap kerana ia bergantung kepada saiz dan bentuk ruang letak nombor plat kenderaan itu sendiri. Anggaran harga papan plat seperti ini adalah antara RM20 – RM30.

Testimoni Pelanggan

Anda risau jika anda tertipu dengan Zid Motor? Itu tidak akan berlaku kerana Zid Motor telah berkhidmat dengan ramai pelanggan sejak pembukaan kedai tersebut dan pelanggan mereka sentiasa berpuas hati dengan mereka. Jika anda masih belum yakin , mari lihat testimoni pelanggan mereka :

Tempahan Nombor Plat Kereta Terbaik Tempahan Nombor Plat Kereta yang berkualiti

Ini sedikit sahaja daripada puluhan testimoni pelanggan Zid Motor. Jadi anda memang tidak perlu risau kerana Zid Motor bukan syarikat penipuan yang akan lari setelah menerima wang anda.

Apa Lagi Yang Anda Tunggu?

Setelah penerangan saya  , saya rasa tidak perlulah saya teruskan lagi penulisan saya ini. Anda pasti sudah faham dengan apa yang disediakan oleh Zid Motor. Jadi , mari saya ringkaskan di sini bahawa Zid Motor hanya menyediakan yang terbaik , menjual dengan harga yang terbaik dan yang terbaik dalam industri aksesori kenderaan.

Tidak perlu tunggu lagi jika anda menginginkan plat kenderaan idaman anda . Jangan biarkan diri anda diselubungi sesalan sekiranya plat pilihan anda disambar orang terlebih dahulu. Anda kena ingat bahawa YANG TERBAIK ITU RARE.

Bagaimana Menghubungi Zid Motor?

Untuk sebarang tempahan atau membeli barang yang telah ada , anda boleh menggunakan maklumat yang saya berikan di bawah. Selamat Membeli.

Tempahan Nombor Plat Kereta di Zid Motor

ZID MOTOR | TEMPAH PLET KERETA DAN MOTOSIKAL DI KUANTAN Hubungi : Tekan untuk telefon (010-8771453 -Mohd Yazid ) | Tekan untuk WhatsApp Email : zidmotorbikes@yahoo.com