Review
Jan 9, 2018, 1:11pm

Tempahan Malaysia Clay Art dan Butik Pakaian Muslimah di Lumut


Siapa sangka, barangan yang hanya diperbuat daripada tanah liat mampu dijadikan hiasan yang menarik seperti produk hiasan rumah, aksesori perhiasan diri dan juga cenderahati. Malah, penghasilan seni dari tanah liat ini terus berkembang dan masih diminati serta digemari ramai kerana nilai estetika yang terdapat pada produk itu sendiri.

Malaysia Clay Art 07

Buktinya, terdapat pelbagai pengeluaran produk dihasilkan oleh My Art Venture yang terletak di bangunan Bazar Mara, di hadapan jeti Lumut. Ini termasuklah menghasilkan produk hiasan dalaman seperti perhiasan dinding, magnetic fridge, cenderahati dan sebagainya. Bukan itu sahaja, produk tersebut boleh dijadikan pelbagai guna sebagai perhiasan atau tempat penyimpanan barang. Clay ternyata memberi satu alternatif baginya untuk menyimpan memori bersama keluarga dan rakan, berdekatan dengan dirinya.

My Art Venture Mengekalkan Tradisi Kraf Tempatan

Dahulunya kraf tempatan hanya dikenali sebagai suatu industri tradisi dan hanya untuk keperluan hiasan, rujukan dan hobi. Bagaimanapun, setelah melakukan pelbagai kajian dan inovasi akhirnya persepsi tersebut berubah mengikut peredaran zaman, di mana My Art Venture telah mengembalikan kegemilangan kraf tempatan melalui penghasilan rekaan baharu yang sesuai dengan keadaan dan cita rasa semasa. Dan hari ini, My Art Venture menjadi medium pasaran membantu mengangkat nilai estetika produk-produk kraf negara agar lebih dikenali ramai.

Malaysia Clay Art 09

My Art Venture Menggunakan Tanah Liat/Clay Terbaik

Ciri semula jadi tanah itu yang mempunyai pori mampat dan tidak telap air menjadikannya pilihan penghasilan barangan rumah. Potensi ini berjaya dikenal pasti Rozet Mastec 2 melalui produk hiasan dalaman dihasilkan termasuk hiasan dinding, guri, takar, kotak permata, bekas alat tulis, labu kecil, aksesori sangkar hiasan dan sebagainya. Lazimnya, My Art Venture menjual perhiasan rumah yang berasaskan tanah liat atau clay.

Malaysia Clay Art 08

Seni ini menggunakan tanah liat polimer yang berasaskan plastik PVC (polivinil klorida) dengan melibatkan proses pembakaran untuk mengeras dan mengukuhkannya. Produk tanah liat polimer dikeluarkan negara-negara seperti Jepun, China, Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Tanah liat polimer ini berlainan dengan tanah liat yang kita main masa kecil dahulu. Kita buat bentuk gajah misalnya, lepas itu kita lenyek-lenyek tukar bentuk lain. Tanah liat ini dicipta khas untuk menghasilkan kraf yang moden secara kekal melalui teknik pembakaran. Ia lebih kuat dan teksturnya lebih menarik berbanding tanah liat biasa.

My Art Venture Menghasilkan Rekaan Yang Menarik Mengikut Kehendak Pelanggan

Perniagaan atas nama My Art Venture itu menghasilkan rekaan rantai kunci, magnet peti sejuk, gantungan pintu, perhiasan meja dan bingkai menggunakan tanah liat polimer. My Art Venture mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan setiap hari pasti ada yang bertanya mengenai kraf mereka. Para pelanggan memberikan gambar mereka sekeluarga atau pasangan untuk dibuat dalam versi kraf tanah liat.

Malaysia Clay Art 11

My Art Venture Menjaga Hasil Kualiti Kerja Yang Terbaik 

Bercerita mengenai cabaran melaksanakannya, tanah liat amat sensitif pada habuk jadi mereka perlu memastikan tempat dan tangan mereka sentiasa bebas habuk. Jika tidak, ia akan menjejaskan kualiti kraf. Namun, bahagian yang paling sukar sepanjang proses penghasilan kraf ini ialah menganggar ketinggian binaan objek agar seimbang dengan tapaknya. Ia amat penting kerana jika silap menganggarnya, ia akan runtuh atau musnah apabila dibakar di dalam ketuhar. Bagi My Art Venture, ianya merupakan satu cabaran untuk senantiasa meningkatkan kualiti terbaik bagi setiap produknya.

Malaysia Clay Art 10

Pilihan Rekaan Tanah Liat/Clay Mengikut Citarasa Pelanggan 

Meskipun, beberapa contoh rekaan disediakan, pelanggan berhak menentukan motif dan bentuk mengikut cita rasa. Lagipun, My Art Venture tidak menyediakan acuan tertentu sebaliknya produk dihasilkan mengikut ilham kreativiti dan permintaan pelanggan. Setiap hasil pameran dan jualan membuatkan mereka tak jemu memandang dan sentiasa mengikut kehendak pelanggan untuk memberikan kepuasan yang maksima.

Malaysia Clay Art 02

My Art Venture Menerima Tempahan Clay Pelbagai Bentuk Dan Aneka

My Art Venture menyediakan khidmat tempahan clay berbentuk korporat gift, wedding, hari guru, magnetic fridge, keychain dan sebagainya. Selain itu, bagi anda yang berminat untuk tempahan clay berbentuk hiasan dinding, My Art Venture juga turut menerima tempahan tersebut seperti tempahan Khat ayat suci al-quran dan hasil kraft berbentuk 3D. Setiap tempahan boleh berbincang dengan staff mereka bagi menentukan nilai, saiz, dan kuantiti barang yang ingin ditempah.

Malaysia Clay Art 01

Butik Pakaian Muslimah Di Lumut

Alang-alang singgah di Lumut, apa kata cuci mata pula di Butik Pakaian Muslimah yang menawarkan harga dan kualiti pakaian yang begitu berkualiti sekali. Pelbagai barangan muslimah yang ada dijual seperti handsock, anak tudung, tudung bawal dan pelbagai lain.

Butik Wings Hijab Mengekalkan Pakaian Mengikut Syariat Islam

Fesyen Muslimah bukan lagi asing di negara ini, malah industri itu boleh dikatakan sebagai lubuk rezeki buat mereka yang menceburinya. Selain memberi banyak pilihan untuk Muslimah, persaingan sihat dalam kalangan pengusaha dapat memberi nilai tambah untuk mereka sentiasa memperbaiki kualiti rekaan dan material yang digunakan demi kepuasan pelanggan.

Justeru, Butik Wings Hijab tidak mahu ketinggalan menawarkan pilihan buat Muslimah yang bukan saja selesa malah mengekalkan ciri seperti dituntut dalam Islam. Butik itu juga menyediakan koleksi pakaian yang memerlukan penyelenggaraan minimum bagi menjimatkan masa.

Malaysia Clay Art 04

Koleksi Busana Terkini Di Butik Wings Hijab

Mengetengahkan koleksi Muslimah moden dan kontemporari, Butik Wings Hijab kini antara yang menjadi pilihan ramai terutama dalam pemilihan busana yang selesa dan menutup aurat.

Menawarkan pelbagai koleksi yang terbaharu, pastinya memberi pilihan kepada golongan Hawa menggayakannya dalam semua majlis. Jika sebelum ini pemilihan pakaian Muslimah agak terhad, namun kini anda boleh berfesyen dengan berkeyakinan mengikut syariat islam

dengan kehadiran pereka fesyen muda dalam industri fesyen semasa membuatkan ia semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Malaysia Clay Art 03

Harga Pakaian Muslimah Yang Mampu Milik Di Butik Wings Hijab

Faktor harga elemen penting untuk pelanggan berbelanja pada masa kini. Jadi butik wings hijab cuba sedaya upaya menyediakan koleksi dengan harga mampu milik. Kebanyakan koleksi di bawah RM150, namun kami turut menyediakan koleksi eksklusif untuk nilai lebih RM150, tapi fokus utama butik wings hijab tetap kepada kualiti produk bukan harga semata-mata

Material Pakaian Yang  Berkualiti Di Butik Wings Hijab

Terdapat beberapa material yang menjadi pilihan Butik Wings Hijab termasuk lycra.

Walaupun baru-baru ini ada isu penggunaan material lycra yang kononnya bercanggah dengan fesyen Muslimah, butik ini tetap memilih fabrik itu kerana ia mudah diurus. Bagaimanapun, sudah pasti lycra yang dipilih berkualiti tinggi. Butik Wings Hijab hanya memilih lycra yang sejuk dan tidak melekap pada badan. Selain itu, terdapat pilihan material lain seperti moss crepe dan denim. Kebanyakan pelanggan setia memang faham pilihan material kami tidak nipis dan jarang malah semuanya sesuai dengan suasana dan iklim tropika di negara kita.

Malaysia Clay Art 06

Koleksi Lain Butik Wings Hijab, Lumut

Selain menjual busana pakaian muslimah, butik wings hijab juga ada menjual barangan lain seperti handsock, telekung, shawl labuh dan juga tudung bawal bidang 60. Segala koleksi busana pakaian muslimah ada disini.

Malaysia Clay Art 05

Pilihan Butik Pakaian Muslimah Terbaik Di Butik Wings Hijab, Lumut

Kebanyakan busana Muslimah sekarang menjadi fesyen alternatif terbaik wanita Islam yang ingin menutup aurat dengan gaya yang penuh berketrampilan. Fesyen busana Muslimah dipakai bagi pelbagai tujuan, masa dan tempat. Justeru, dengan adanya pelbagai pilihan, pakaian wanita muslimah tidak lagi dipandang sebagai konservatif dan ketinggalan zaman,

Bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan Clay bolehlah berurusan dengan mereka di laman sesawang berikut :

MY ART VENTURE & BUTIK WINGS HIJAB

Hubungi:
Hotline 1:
Tekan untuk telefon (012 5035310 -Pn. Pauziyah) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2:
Tekan untuk telefon (011-3344 7471 -En.Muhammad) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:
My Art venture
Instagram: @myart.venture

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: