Review
Dec 17, 2017, 12:04pm

Tempahan Kasut Pengantin Murah dan Berkualiti di Shah Alam


  •  
  •  
  •  
  •  

Musim cuti sekolah musin orang kahwin.. Betul tak? Sebut saja pasal kahwin, perkara pertama yang bermain di fikiran adalah tentang segala persiapan yang bakal dibuat oleh kedua belah pihak.. Bermacam-macam benda yang hendak difikirkan dan dirancang dengan teliti.. Dari segi kenduri kendara, barang hantaran, goodies, jemputan, pelamin, persalinan dan sebagainya.. Oh ya, satu lagi yang juga agak penting adalah dalam memilih kasut kahwin..

tempah-kasut-perkahwinan-sendiri

Kebanyakan wanita yang bakal bergelar ratu sehari akan rungsing memikirkan tentang kasut kahwin.. Mana taknya, kalau tersalah pilih maka cacatlah persalinannya.. Jadi, pemilihan kasut kahwin dengan padanan kasut yang sesuai untuk digayakan dengan busana perkahwinan sangatlah penting. Ini merupakan satu urusan yang cukup rumit dan memerlukan banyak pertimbangan.

Kasut memainkan peranan yang sangat penting sepanjang majlis perkahwinan berlangsung dan kasut yang selesa amat penting bagi memudahkan pergerakan. Jadi, sebagai panduan wanita-wanita diluar sana yang bakal bergelar ratu sehari untuk memilih kasut kahwin, di sini saya kongsikan tip untuk memadankan kasut yang sempurna buat busana perkahwinan anda.

Tips Memilih Kasut Pengantin Dengan Padanan Yang sempurna

1. Memilih Kasut Yang Diperbuat Dari Material Yang Berkualiti

tempah-kasut-dari-material-yang-berkualiti

Selalunya jika dilihat disetiap majlis perkahwinan, ramai pengantin memilih untuk menggayakan kasut bertumit tinggi.. Tidak salah dalam pilihan ini, tetapi anda harus pastikan kasut tersebut diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan bermutu tinggi agar ianya selesa dipakai sepanjang majlis berlangsung.. Meskipun anda memilih kasut yang berlainan, anda juga harus utamakan kualiti materialnya..

2. Memilih Warna Kasut Yang Sesuai Untuk Dipadankan Dengan Busana

pilih-warna-kasut-yang-sesuai

Ini sangat penting.. Bayangkan jika busana anda berwarna merah dan kasut anda pula berwarna hijau.. Tak ke pelik tu.. Jadi, pastikan anda membawa sampel kain busana anda semasa pemilihan kasut dibuat agar warnanya senada.. Ada juga yang menggunakan pewarna pada kasut perkahwinan mereka bagi mendapatkan padanan yang tepat..

Jika anda inginkan kelainan, anda juga boleh memilih untuk bayangan yang berbeza dari busana pengantin anda tetapi haruslah harmoni dengan ensemble keseluruhannya seperti emas atau perak.. Untuk nampak lagik menarik, anda boleh menghiasi kasut anda dengan perhiasan seperti mutiara, manik-manik atau rhinestones agar penampilan anda lebih menawan..

3. Pilih Kasut Yang Sesuai Dengan Anda

Pasti ramai yang inginkan kasut yang kelihatan cantik dan nampak gah… Rasanya tidak perlulah memilih kasut yang terlalu cantik dan terlalu nampak gah untuk disarungkan di majlis perkahwinan anda. Perkara yang paling penting untuk anda titikberatkan adalah keselesaan.. Itu paling utama..

pilih-kasut-yang-sesuai-dengan-keperluan-badan

Jika anda memilih untuk memakai kasut tumit tinggi, anda perlu sesuaikan ketinggian kasut dengan bentuk badan anda.. Jika anda mempunyai ketinggian yang tidak terlalu tinggi, anda digalakkan untuk memakai kasut tumit yang lebih tinggi, tetapi pilihlah kasut yang sesuai, jangan pula yang terlalu tinggi sehingga membuatkan anda tidak selesa dan mengalami kesukaran untuk berjalan..

Bagi anda yang mempunyai bentuk badan yang agak besar, pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi. Cukup sekadar  mempunyai tumit sederhana dan anda digalakkan untuk memilih kasut tumit tinggi jenis wedges. Kasut jenis ini mampu memberikan keselesaan yang optimum buat anda.

4. Pilih Kasut Yang Sesuai Dengan Majlis Perkahwinan Anda

pilih-kasut-mengikut-tema-majlis-perkahwinan

Untuk memilih kasut kahwin ni, anda juga harus sesuaikan dengan majlis perkahwinan anda sama ada anda mengadakannya di kawasan terbuka atau di tempat yang tertutup.. Jika anda mengadakan di kawasan yang terbuka, anda harus memadankan kasut yang sesuai untuk disarungkan. Elakkan memilih kasut tumit tinggi jenis stiletto kerana ia akan membataskan pergerakan anda. Pilihlah kasut tumit yang tidak terlalu tinggi. Kasut jenis wedges adalah pilihan terbaik untuk perkahwinan outdoor.

5. Pilih Kasut Yang Membuatkan Anda Tampak Menarik Dan Selesa

pilih-design-kasut-yang-nampak-eksklusif

Banyak sebenarnya pilihan kasut perkahwinan yang anda boleh pilih untuk disarungkan di majlis perkahwinan, antaranya ialah stiletto, kitten heels, pump heels, sling back, cone heels dan banyak lagi. Anda boleh mencuba terlebih dahulu sebelum memilih. Pilihlah kasut yang membuatkan anda tampak cantik dan dalam masa yang sama ia cukup selesa dipakai. Jika pengantin perempuan lebih tinggi daripada pengantin lelaki, anda perlu mengambil kira dan menentukan jenis kasut yang dapat seimbangkan ketinggian untuk kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan agar tidak nampak canggung.

Tempahan Kasut Pengantin Termurah dan Berkualiti di Shah Alam

Bukan sahaja berkongsi tips memilih kasut pengantin, malah disini juga saya ingin kongsikan dengan anda yang mungkin sekarang ini tengah kusut memikirkan tentang design kasut perkahwinan yang harus dipilih dan harganya yang mungkin terlalu mahal diluar kemampuan iaitu tempat dimana anda boleh menempah kasut pengantin dengan harga termurah dan berkualiti.. Dimana? Di Shah Alam… Jom saya ceritakan dekat anda semua..

tempah-kasut-pengantin-berkualiti-dan-murah

Kaseh Gallery merupakan pengusaha no.1 design kasut kahwin yang eksklusif dan bermutu tinggi yang paling sesuai untuk digunakan di Majlis Perkahwinan raja sehari. Mereka memperkenalkan pelbagai design dari material yang berkualiti tinggi.. Terdapat lebih daripada 30 design kasut terkini dan trendy dari pelbagai rona warna yang boleh anda pilih mengikut tema untuk digayakan di majlis yang bakal anda langsungkan nanti..

Bukan sahaja kasut buat pengantin perempuan malah untuk bakal pengantin lelaki juga turut disediakan.. Jadi, anda tak perlu risau untuk suai padankan dengan pasangan anda.. Kaseh Gallery boleh merealisasikan impian anda untuk menjadi menarik dan cantik di hari bahagia anda.. Jom kita lihat design kasut yang ada di Kaseh Gallery..

Kaseh Gallery Menawarkan Kasut Perkahwinan Yang Cantik Dan Berkualiti

Di zaman yang semakin moden dan canggih ini, manusia lebih kreatif dalam mencipta setiap sesuatu termasuklah kasut perkahwinan itu sendiri.. Tidak mustahillah di Kaseh Gallery juga terdapat pelbagai design kasut perkahwinan yang cantik-cantik dan menarik.. Paling penting ianya diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan buat si pemakai..

Antara design kasut perkahwinan yang terdapat di Kaseh Gallery adalah seperti berikut :-

kasut-design-rama-rama

Rama-rama

Ini merupakan design terbaru di Kaseh Gallery dan sesuai bagi anda yang mahukan kelainan dalam Tema Majlis anda nanti.. Semua tema warna boleh menggunakan design kasut ini yang diberi nama kasut Rama.. Terdapat 4 warna bagi design ini dan bagi anda yang bersaiz kaki yang agak lebar juga boleh menggunakan kasut ini kerana saiz yang ada sehingga saiz 43..

kasut-design-juju

Juju

Design ini merupakan design yang paling hot dan yang paling ramai buat tempahan untuk majlis perkahwinan mereka.. Design ini dinamakan kasut juju.. Ada juga yang tempah untuk majlis makan malam.. Disebabkan design ini ‘laku keras’, anda dinasihatkan membuat tempahan awal sekiranya berminat untuk menggayakan kasut juju ini..

Kasut-design-suzana

Suzana

Ada yang masih tercari-cari kasut kahwin yang cantik tapi tak jumpa?… Majlis dah tak lama lagi, semua persiapan dah ready, tapi kasut kahwin je belum ada lagi?.. Haaa jangan risau, Kaseh Gallery kan ada..

Design Suzana ini juga adalah salah satu kasut yang menjadi pilihan ramai dek kerana designnya yang cantik dan nampak eksklusif.. Jika anda mengenakan design ini di hari bahagia anda, pasti anda akan nampak menawan bak puteri raja dengan kemasan warna yang mewah..

kasut-design-zera

Zera

Bagi anda yang terlebih ketinggian tu, bolehlah try kasut Zera ni kerana tahap ketinggian tumitnya tidak terlalu tinggi.. Design Zera ini akan menjadi pilihan yerbaik buat anda.. Zera didatangkan dalam 4 pilihan warna yang sangat cantik iaitu pink, putih, hitam dan gold. Jadi, anda boleh mix and match dengan pelbagai tema busana anda..

kasut-design-Aroura

Aroura

Nama design ni pun dah macam tajuk drama di tv je kan.. Aroura, namanya seindah design kasutnya.. Pasti ramai yang tertarik dengan design ini.. Kasut Aroura ini juga boleh disuaipadankan dengan setiap tema majlis anda.. Jadi, anda tak perlu dah nak pening-pening fikir design apa dan warna apa yang harus anda pilih.. Pilih sahaja Aroura kerana ianya adalah penyelamat anda..

kasut-design-dahlia

Dahlia

Jika anda lebih suka yang lebih simple, bolehlah pilih design dahlia ini.. Boleh disarungkan bukan sahaja di majlis perkahwinan tetapi juga ke majlis makan malam dan juga boleh dipakai ke pejabat.. Wahh pelbagai guna kan.. Jadi tak rugi anda pilih design ni..

kasut-pengantin-lelaki

Koleksi kasut pengantin lelaki juga boleh didapati di Kaseh Gallery

Bukan sahaja kasut buat pengantin perempuan sahaja yang ada di Kaseh Gallery, tetapi kasut pengantin lelaki turut terdapat di sana.. Pelbagai design kasut kahwin lelaki yang boleh dipilih mengikut kesesuaian tema dan keselesaan.. Semuanya boleh dicuba dahulu sebelum anda membuat tempahan..

Tempahan Kasut Pengantin Di Kaseh Gallery

Ok, untuk setiap tempahan kasut di Kaseh Gallery anda boleh booking terlebih dahulu dengan meletakkan duit pendahuluan/deposit serendah RM70.00 sahaja dan setelah kasut anda siap sepenuhnya anda akan dimaklumkan tentang baki selebihnya sebelum kasut tersebut diposkan ke alamat rumah anda.. Mudahkan?

tempahlah-kasut-di-kaseh-gallery

Untuk pengetahuan anda juga, Kaseh Gallery ini mempunya ‘Showroom’ di area Puncak Alam, Selangor dan setiap koleksi design kasutnya ada dipamerkan di sana.. Jadi, untuk mencuba dan melihat sendiri setiap koleksi kasut yang terdapat di Kaseh Gallery, anda boleh terus ke kedai mereka di sana..

Bagi saya sendiri, lebih suka terus ke kedai untuk memilih dan membeli kasut kerana boleh cuba dan merasai keselesaannya sendiri.. Jadi, disarankan kepada anda untuk terus ke kedai mereka untuk mencuba sendiri setiap koleksi yang anda bagi mencari keselesaan semasa menyarungkannya..

Testimoni Pelanggan Kaseh Gallery

testimoni-tempah-kasut-pengantin-kaseh-gallery (1) testimoni-tempah-kasut-pengantin-kaseh-gallery (2) testimoni-tempah-kasut-pengantin-kaseh-gallery (3) testimoni-tempah-kasut-pengantin-kaseh-gallery (4) testimoni-tempah-kasut-pengantin-kaseh-gallery (5)

Tempah Kasut Perkahwinan Di Kaseh Gallery Untuk Tampak Lebih Anggun

Buat semua bakal pengantin, anda dinasihatkan untuk tidak memandang remeh tentang kasut pengantin ini kerana kasut kahwin merupakan salah satu aksesori yang paling penting bagi melengkapkan busana pengantin anda pada majlis pernikahan mahupun persandingan..

tempah-kasut-pengantin-online

Jadi, bagi melengkapkannya, tempahlah kasut perkahwinan anda di Kaseh Gallery untuk tampak lebih anggun di majlis anda itu nanti.. Perlu diingat, tempahan harus dibuat 2 bulan sebelum majlis dilangsungkan.. Pastinya anda tidak akan sabar untuk menunggu hari bahagia yang bakal menjelma nanti kan..

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh layari :-

KASEH GALLERY

Hubungi: Tekan untuk telefon (011-11503043) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: @kasehgallery

Tempah Kasut Perkahwinan Di Kaseh Gallery Untuk Tampak Lebih Anggun SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Tempah Kasut Perkahwinan Di Kaseh Gallery Untuk Tampak Lebih Anggun SEKARANG!