Review
Dec 17, 2017, 11:26am

Tempahan Jahitan Pukal Dan Potong Semua Jenis Pakaian


Rata-rata pengusaha pakaian memilih untuk menggunakan khidmat tukang jahit persendirian bagi menzahirkan rekaan mereka menjadi sepasang persalinan indah yang eksklusif. Permintaan yang bertambah saban hari telah mencabar kapasiti upaya tukang jahit persendirian untuk menyiapkan tempahan dalam tempoh masa yang singkat. Bilangan pengusaha yang mula beralih ke cabang pendapatan itu menjadikannya begitu pesat dan rancak seiring perkembangan fesyen tempatan, baik rekaan Muslimah atau konvensional.

jahitan-pukal-untuk-produk-jenama-sendiri

Justeru, perkhidmatan jahitan pukal menjadi alternatif pengusaha pakaian kerana faktor jahitan pantas dan kos jahitan yang ketara lebih rendah berbanding khidmat jahitan persendirian. Lebih menarik apabila servis jahitan pukal tersebut turut mengutamakan polisi kerahsiaan rekaan pelanggan.

Anda Hanya Fokus Menjual, Kami Akan Menjahit!

Adakah anda seorang peniaga butik atau peniaga butik online? Sudah tentu anda mempunyai pelbagai kehendak dalam pembuatan baju mengikut rekaan kreatif anda. Selain dari menjahit sendiri, anda pasti perlukan khidmat jahit pukal.

ada-idea-business-tapi-buntu

Pernah tak timbul persoalan seperti ini :

  • tak tahu bagaimana ingin hasilkan tudung berdasarkan warna & saiz mengikut kesesuaian kehendak para pelanggan anda
  • mempunyai idea design pakaian atau tudung yang unik dan mempunyai permintaan tinggi di pasaran, tapi tak tahu bagaimana ingin membuatnya
  • tercari-cari tukang jahit untuk tujuan produksi pakaian-pakaian yang lebih berdedikasi agar anda boleh fokus sepenuh perhatian kepada aktiviti menjual dan pemasaran sahaja
  • sering sahaja menghadapi masalah pekerja tukang jahit yang ‘lari’ atau berhenti kerja secara tiba-tiba

Jika anda berminat dalam pemasaran tapi tidak pada jahitan, ia bermakna anda memang memerlukan khidmat dari tukang jahit pukal!

Amaze Stitch Tailor & Alternation Menerima Tempahan Jahitan Pukal Murah, Kemas Dan Berkualiti

Amaze Stitch Tailor & Alternation telah berpengalaman dalam bidang jahitan sejak 3 tahun lamanya menawarkan servis jahitan secara pukal dengan harga upah yang murah serendah RM25 sahaja. Minimum tempahan order mereka yang serendah 20 helai dapat membantu pelanggan yang ingin menempah pakaian dalam kuantiti yang rendah. Walaupun menawarkan servis jahit pukal dengan harga yang murah, mereka tetap memberikan kualiti yang terbaik untuk setiap tempahan jahit yang diterima.

Amaze Stitch Tailor kilang jahit pukal

Antara jenis pakaian yang Amaze Stitch Tailor & Alternation terima untuk tempahan adalah t-shirt, polo berkolar, muslimah, baju korporat, kurta, jubah dan lain-lain pakaian custom made mengikut rekaan pelanggan. Tempahan jahitan pukal dari pelbagai sektor seperti kolej, universiti, sekolah, persatuan, kelab, organisasi kerajaan dan juga swasta turut diterima mereka. Kepada pelanggan yang mempunyai perniagaan pakaian jenama sendiri, mereka bersedia untuk membantu anda menghasilkan pakaian berkualiti.

Pentingkan Kualiti Dari Kuantiti

Dalam menguruskan tempahan, Amaze Stitch Tailor & Alternation pentingkan kualiti dari kuantiti. Sekiranya pakaian siap lewat dari tarikh yang dijanjikan, minta maaf kepada pelanggan dan cuba siapkan secepat mungkin dengan teliti. Hal ini kerana pelanggan lebih suka pakaian yang berkualiti daripada pakaian yang cepat siap tetapi kurang enak dipakai. Sentiasa bersikap terbuka sekiranya pakaian yang anda jahit tidak memenuhi kepuasan pelanggan.

kualiti-pakaian-jahitan-pukal-Amaze Stitch Tailor kilang jahit pukal

Peraturan kerja yang teratur dan tersusun

Pekerja Amaze Stitch Tailor & Alternation akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tugas berasingan seperti memotong kain, menjahit tepi, jahitan penuh pakaian, menyeterika serta membungkus pakaian yang siap dijahit. Setiap bahagian mempunyai seorang ketua untuk memantau pergerakan kerja. Secara kasar, masa yang diperlukan untuk menyiapkan 100 pasang pakaian ialah selama tiga hingga lima hari bekerja.

rekaan-jahitan-pukal-yang-menarik

Setelah pakaian siap dijahit, setiap helaian akan diperiksa oleh ketua tukang jahit bagi memastikan tidak berlaku kesilapan jahitan pada pakaian. Walaupun selepas pakaian tersebut diserahkan kepada pelanggan, Amaze Stitch Tailor & Alternation menawarkan 5 hari bekerja tempoh jaminan untuk dipulangkan sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Selain itu, Amaze Stitch Tailor & Alternation menekankan pelaksanaan Standart Operating Prosedur (SOP) dalam setiap tempahan yang diterima bagi menjamin kepuasan pelanggan pada paras maksimum.

Perkhidmatan potong kain serta pengubahsuaian semua jenis pakaian

Menjadi pereka fesyen memang nampak glamor, namun tidak bagi seorang tukang jahit. Pendapatan seseorang pereka fesyen juga lumayan tetapi tukang jahit hanya berada di bahagian belakang butik dan tiada yang mengenali mereka. Bagaimanapun, tanggungjawab seorang tukang jahit sangat besar dan tanpa mereka, baju pelanggan tidak akan siap.

menjahit-pelbagai-jenis-pakaian

Bukan sekadar menerima tempahan pakaian daripada pelanggan tetapi tukang jahit juga boleh memberikan khidmat ubah suai baju sehingga pelanggan berpuas hati. Lazimnya, servis ubah suai yang sering dilakukan ialah memotong labuh jubah atau kain, mengecil atau membesarkan baju atau mengecilkan lengan.

Mesin jahit yang berkualiti untuk kekemasan pakaian

Amaze Stitch Tailor & Alternation menggunakan mesin jahit khas  yang digunakan untuk mengambil tempahan yang banyak. Ianya sesuai digunakan untuk pelbagai jenis jahitan dan menjadikan jahitan kelihatan lebih kemas. Kelajuan mesin yang tinggi ini sememangnya sesuai untuk tempahan yang banyak seperti pukal. Walaupun harga mesin jahit pukal mahal, ianya boleh digunakan berterusan selama berjam-jam tanpa risiko mesin menjadi panas. Oleh itu, lebih banyak baju yang dapat disiapkan dalam sehari.

mesin-jahit-berkualiti

Tampil cantik dengan hasil kerja kami

Hasil pakaian yang bergitu kemas dan selesa dipakai menjadikan Amaze Stitch Tailor & Alternation semakin mendapat permintaan tinggi. Lihat hasil kerja mereka dibawah :

tampil-cantik-dengan-rekaan-jahit-pukal (1)

tampil-cantik-dengan-rekaan-jahit-pukal (2)

Bijak dalam pemilihan material baju yang sesuai disamping jahitan yang begitu kemas hingga tampak eksklusif mata yang memandang.

Jom Buat Tempahan Jahitan Pukal Dan Potong Semua Jenis Pakaian SEKARANG!

Jika anda berminat dan sedang mencari khidmat tukang jahit tidak kira pukal atau tidak, hubungi mereka di nombor yang tertera di bawah :

 

Jom Buat Tempahan Jahitan Pukal SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Buat Tempahan Jahitan Pukal SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Buat Tempahan Jahitan Pukal SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: