Doorgift untuk para tetamu jemputan tidak kira apa jua majlis seperti majlis perkahwinan, aqiqah, pertunangan, dan sebagainya merupakan sebagai tanda penghargaan dari tuan rumah kepada para tetamu yang hadir. Zaman dahulu doorgift berbentuk jajan dan telur rebus sering menjadi buah tangan kepada para tetamu tetapi kini, doorgift berbentuk keychain, biskut, cawan, dan banyak lagi telah dijadikan sebagai doorgift. Lebih istimewa apabila doorgift masa kini telah banyak variasi dan aneka bentuk yang lebih menarik malah tampak lebih mewah.
Selepas menghadiri sesebuah majlis, tetamu akan diberi hadiah atau door gift berupa makanan mahupun barang sebagai penghargaan berterima kasih kerana sudi menghadiri majlis tersebut. Akan tetapi, apa yang menjadi tanda tanya adalah, adakah hadiah tersebut akan disimpan atau sebaliknya. Ada yang mengukur hadiah tersebut sebagai satu nilai harga sebuah majlis yang mereka hadiri, bagi tetamu yang hadir hadiah itu sesuatu yang bernilai dan berharga untuk disimpan.
Namun, jika hadiah yang diberikan sekadar ‘memberi’ dan bukan untuk mendapat harga dan nilai bagi pandangan tetamu, alahai mendukacitakannya. Bukan apa, cuba bayangkan, rata-rata sekarang mereka memberikan ‘mini towel’ dan sudu garfu plastik, apa nilai berharga yang terdapat pada hadiah tersebut untuk disimpan?
Tips untuk bakal pengantin yang sedang memikirkan hadiah/doorgift adalah untuk bagi sesuatu seperti apa yang mereka harapkan untuk dapat dari sesebuah majlis. Apakah nilai yang dipandang? Sesuatu yang sayang dan berharga untuk dibuang dan cantik untuk disimpan menjadi koleksi. Ramai bakal pengantin seringkali buntu bila memikirkan doorgift yang ingin diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis mereka. Di sini saya senaraikan 10 idea doorgift yang murah, cantik dan menarik.
Buku Yaasin yang mempunyai reka corak yang kreatif dan menarik sangat sesuai dijadikan sebagai doorgift untuk tetamu yang hadir di majlis anda. Harga biasanya sangat murah dan tidak membebankan bajet perkahwinan anda serta memberi manfaat kepada si penerima, insyaAllah.
Anda boleh menempah rekaan coklat bar mengikut cita rasa dan tema majlis anda. Rekaan kreatif yang dihias di coklat bar menjadikannya sangat cantik dan harga bagi satu unit coklat bar seperti ini juga kebiasaannya agak murah. Sedap, cantik dan murah. Best, kan?
Pemberian doorgift botol kaca yang diisi dengan biskut kecil atau gula-gula sememangnya menarik dan cantik untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Untuk lebih jimat, beli botol, hiasan reben dan isinya berasingan.
Biskut macaron mempunyai rupa yang cantik dan amatlah sesuai dijadikan doorgift untuk tetamu yang hadir di majlis anda. Dengan reka bentuk yang comel serta warna yang menarik pasti dapat memikat hati si penerima.
Botol kaca yang diisi jem buah-buahan juga sangat menarik dan cantik reka bentuknya. Lebih-lebih lagi apabila terdapat jem berlainan perisa seperti, strawberi, aprikot, blackcurrant dan sebagainya. Semeriah majlis anda.
Idea ini lebih ringkas dan kebiasannya boleh didapatkan pada harga yang rendah. Namun, dari segi visual ia boleh setanding dengan door gift yang lebih mahal.
Popcorn juga pilihan yang bagus kerana harga seunitnya kurang dari RM 1. Pembekal juga biasanya menawarkan popcorn dalam pelbagai warna, menjadikan doorgift ini lebih cantik.
Untuk sedikit kelainan, pewangi juga boleh dijadikan door gift. Bukan sahaja murah, malah terdapat pelbagai rekaan yang menarik untuk dijadikan pilihan. Setiap kali tetamu terhidu wangin tersebut, teringat mereka kepada anda.
Jika anda berasa buntu untuk memikirkan idea doorgift, anda boleh buat sendiri doorgift anda dengan sangat mudah. Sebagai contoh, hanya menggunakan bahan seperti kertas yang digunting seperti gambar di bawah, anda juga boleh menambah hiasan seperti bunga di atas permukaan tersebut. Hasilnya, kipas tangan anda lebih nampak menarik. Pasti hasilnya nanti amat menarik, cantik serta murah.
Trend sekarang memberi para tetamu doorgift berbentuk cookies atau biskut. Biskut lebih bersifat umum kerana boleh dimakan oleh semua generasi tidak kira muda mahupun tua. Biskut yang bersifat kecil dan rangup diletakkan dalam packaging yang menarik tampil lebih eksklusif jika diberikan untuk para tetamu.
Anda sudah lihat 10 senarai idea doorgift diatas? Pasti ada salah satunya menarik minat anda bukan? Disini saya ingin memberitahu pada anda bahawasanya tempahan doorgift termurah di Selangor ada membuat promosi terbaik untuk anda yang sedang mencari doorgift iaitu doorgift berbentuk cookies atau lebih dikenali sebagai biskut.
Nonasugary Ideas nama yang tidak asing lagi dalam pembuatan doorgift terbaik yang berpusat di Semenyih, Selangor. Berpengalaman lebih dari 3 tahun menjadikan Nonasugary sentiasa mendapat tempat di hati pelanggannya. Ramai mengatakan hasil air tangan dari Nonasugary memang tidak pernah mengecewakan dan yang paling penting, Nonasugary boleh dipercayai serta jujur dalam menjalankan perniagaan ini.
Mencari biskut yang beraneka jenis dan warna tu memang mudah tapi belum tentu rasanya boleh memuaskan hati. Ada yang terlalu manis, ada yang keras dan bermacam hal lagi. Mendengar rintihan pelanggan menjadikan Nonasugary Ideas sentiasa mengekalkan kesedapan biskutnya pada tahap terbaik. Biskut yang dihasilkan begitu sedap dan lazat setanding biskut mahal yang ada di pasaran. Saya jamin anda pasti suka dengan biskut dari Nonasugary Ideas ini.
Saya percaya ada dikalangan anda sedang mencari doorgift berbentuk biskut atau cookies pada harga yang mampu milik. Saya faham, sesebuah majlis yang anda jalankan pasti telah berbelanja besar dan untuk doorgift ramai yang mencari harga mampu milik. Oleh itu, doorgift yang murah sentiasa menjadi pilihan. Berita baik untuk anda! Tawaran harga dari Nonasugary memang tak masuk akal! Anda kini boleh dapatkan 1 bungkus biskut yang berisi 7 keping biskut dengan harga serendah RM1.00 sahaja! Sungguh banyak dan berbaloi bukan?
Doorgift yang ditawarkan Nonasugary ada pelbagai jenis di sini. Bermula dari pakej jimat sehinggalah yang paling mahal. Jika anda ada bajet lebih apa salahnya menempah set cookies yang mahal untuk para tetamu. Tetamu gembira, tuan rumah senang hati. Jom lihat pakej yang ditawarkan di bawah :
Harga seunit :
> 1000 unit : RM4.50
< 1000 unit : RM4.20
Set Cookies & Window Box
Harga seunit :
> 1000 unit : RM2.70
< 1000 unit : RM2.00
Harga seunit :
< 1000 unit : RM2.70
> 1000 unit : RM2.90
Harga Seunit :
>1000 unit : RM2.90
<1000 unit : RM2.70
Set ini khas untuk anda yang dah ada paperbag atau kotak doorgift sendiri. Pilihan ini boleh dijadikan sebagai isian doorgift anda. Sesuai untuk tetamu dewasa dan juga kanak-kanak. Set ini paling banyak permintaan oleh pelanggan Nonasugary kerana lebih murah dan jimat.
Harga seperti dibawah :
Nota:
Untuk 7 pcs – 12 pcs kami akan sealed cookies menggunakan plastik transparent size 4x6cm.
Untuk 15pcs kami akan sealed cookies menggunakan plastik Aluminium Transparent size 5x7cm.
Jangan lambat kerana NonaSugary Ideas sedang menawarkan promosi hebat dengan potongan sehingga 10% diskaun. Hubungi nombor dibawah ataupun lawat Facebook dan instagram untuk lebih info tentang servis yang ditawarkan oleh NonaSugary Ideas.
NONASUGARY IDEAS | TEMPAHAN DOORGIFT SELANGOR
Hubungi: Tekan untuk telefon (017-6919485) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: NonaSugary Ideas
Instagram: @nonasugary_ideas
Website: https://nonasugary.blogspot.com/
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang