Review
Feb 7, 2018, 8:00am

Tempahan Dadih dan Puding Di Kuala Lumpur


Menjamu selera tanpa pencuci mulut memang terasa seperti tidak lengkap. Kebiasaannya pasti kita akan teringin makanan manis selepas makan makanan utama. Kalau tidak ada sangat pun, sekurang kurangnya buah-buahan atau gula-gula untuk mengurangkan rasa keinginan manis itu. Betul tak?

nak tempah puding dan jelly di kuala lumpur

Istilah “pencuci mulut” boleh digunakan untuk banyak manisan, seperti kek, tart, kuih, biskut, gelatin, pastri, ais krim, pai, puding, kastard, dan sup manis. Buah juga biasa ditemui dalam kursus pencuci mulut kerana kemanisan semulajadi. Sesetengah budaya mempermanis makanan yang lebih lazat untuk mencipta makanan pencuci mulut.

Pencuci Mulut Digemari Semua Golongan

Boleh dikatakan semua orang gemar manisan pencuci mulut yang biasanya dihidangkan selepas menikmati makan tengah hari dan malam. Antara yang kerap jadi pilihan kek, agar-agar, jeli, ais krim,kuih-muih, bubur dan banyak lagi. Sambil makan disulami pula dengan secawan teh atau kopi panas. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak lebih lagi menyukai makanan pencuci mulut.

tempahan pencuci mulut di kuala lumpur

Aneka Warna Pencuci Mulut Menarik Perhatian Ramai

Aneka agar-agar, puding dan jeli,  sering mengoda selera. Selain warna warni dan kepelbagaian rasa menjadikan ia sesuai untuk juadah pencuci mulut. Selain daripada hidangan yang berasaskan tepung dan roti, puding juga merupakan antara hidangan pencuci mulut yang digemari ramai. Terdapat pelbagai jenis puding dan kebanyakannya tidak sukar untuk anda buat sendiri di rumah. Setakat ini belum ade kedai yang khusus menjual puding. Kebiasaanya ia terdapat di semua kedai kek dan pastri.

aneka tempahan dadih dan puding di kuala lumpur

Perbezaan Antara Jeli, Puding Dan Agar-Agar

Sudah tentu anda pernah mendengar jeli, agar-agar dan puding kerana ia bukanlah suatu makanan yang asing, tetapi adakah anda tahu perbezaan setiapnya? Kali ini, saya ingin bercerita sedikit tentang perbezaan antara jeli dan agar-agar. Ia lebih kurang sama tetapi ada sedikit berbeza. Saya percaya ramai yang mengetahui jeli dan agar-agar adalah sejenis pencuci mulut dan memang enak dimakan jika sejuk.

Jeli

Jeli merupakan produk yang dibuat dengan bahan utama yang dikenali sebagai hidrokoloid, seperti agar-agar, karagenan, koniyaku, dan sumber-sumber lainnya. Pelbagai jenis hidrokoloid sebenarnya memiliki tekstur dan karakter yang berbeza. Ada yang memiliki tekstur rapuh, kenyal dan lain- lain.

tempahan jeli puding dan dadih di kuala lumpur

Agar-Agar

Terdapat dua jenis agar-agar yang dijual secara komersial. Agar-agar dapat dijadikan dalam bentuk serbuk dan bentuk bertali. Bagi agar-agar serbuk anda hanya perlu melarutkan dalam air panas tetapi jika menggunakan agar-agar bertali anda perlu merebuskan dalam air mendidih sehingga agar-agar melarut.

tempahan agar agar di kuala lumpur

Apabila dilarutkan dalam air panas dan didinginkan, agar-agar bersifat seperti gelatin, yang banyak pori-pori di dalamnya akan bertukar menjadi tekstur kenyal. Sifat yang menarik dan unik ini menjadikan agar-agar dijadikan sebagai bahan pengental sup dan campuran dalam ais krim. Agar-agar sangat popular di Asia sebagai makanan sihat kerana mengandungi serat (fiber) dan kalori yang rendah.

Kandungan serat yang tinggi membantu melancarkan penghadaman dan perkumuhan. Puding adalah nama untuk pelbagai pencuci mulut yang dibuat daripada bahan-bahan yang direbus, dikukus atau dipanggang.

Puding

Istilah puding dengan bahan susu (yogurt), tepung maizena, tepung tapioka atau telur dihidangkan setelah didinginkan terlebih dahulu. Puding seperti ini biasanya memiliki rasa manis dengan perisa seperti coklat, karamel, vanila, atau buah-buahan. Puding agar-agar di buat dengan mencampur agar-agar bersama susu dan telur. Puding agar-agar biasanya di hidangkan bersama susu cair.

tempahan puding di kuala lumpur

Pak Syed Desserts Menerima Tempahan Dadih dan Puding Di Kuala Lumpur

Jika anda sedang mencari tempahan untuk segala pencuci mulut seperti puding dan dadih, Pak Syed Desserts kini beroperasi di Taman Bukit Indah, Ampang Selangor bermula pada pukul 12 Tengahari sehingga ke 9 Malam. Boleh Waze/Google Maps dan cari sahaja Pak Syed Desserts dan anda akan jumpa kedai Pak Syed Desserts bersebelahan kedai Jambu Batu berhadapan Masjid Bukit Indah. Jemput datang untuk merasakan sendiri kenikmatan, kesedapan dan keenakan produk-produk daripada Pak Syed Desserts di sini.

pak syed deserts tempahan puding dan dadih di kuala lumpur

Perkhidmatan penghantaran Percuma Puding Dan Dadih di Sekitar Kuala Lumpur

Untuk yang jauh dari Bukit Indah, kami di Pak Syed Desserts ada menyediakan perkhidmatan delivery terus ke rumah anda. Buat masa ini hanya di Kuala Lumpur/Selangor sahaja, untuk yang di luar kawasan ini, sekiranya order melebihi 500 bekas kami bersedia untuk menghantar ke kawasan anda dengan charge delivery yang rendah. Untuk area Kuala Lumpur/Selangor penghantaran percuma diberikan bagi 100 bekas dan ke atas.

penghantaran percuma oleh paksyed desert

Tempah Harini, Esok Penghantaran

Berkenaan dengan order, kami di Pak Syed Desserts hanya memerlukan sehari sahaja sebelum order dibuat untuk menyiapkan tempahan Tuan/ Puan, maksudnya sekiranya Tuan/Puan nak order produk Pak Syed Desserts untuk besok, hari ini Tuan/Puan boleh order, kami di Pak Syed Desserts hanya mengambil masa cuma sehari untuk menyiapkan order Tuan/Puan. Untuk tempahan awal contohnya sebulan, kami juga boleh menyediakannya. Jadi Tuan/Puan tidak perlu risau sekiranya ia urgent kami boleh buat, kalau untuk masa akan datang pun kami boleh buat.

tempahan deserts di kuala lumpur

Pembungkusan Yang Kemas Untuk Mengekalkan Ketahanan Puding dan Dadih

Kami menyediakan 2 pembungkusan sama ada plastik ataupun kotak styrofoam. Untuk Plastik biasanya untuk order yang kecik dan kotak styrofoam untuk order yang besar. Tambahan pula, kotak styrofoam ini kami letakkan ais siap-siap supaya produk tersebut kekal sejuk semasa dalam kotak.

pembungkusan yang cantik dan tahap sejuk

Hidangan Pencuci Mulut Terbaik Setiap Masa

Hidangan pencuci mulut yang mudah disediakan dan hasilnya lazat menjadi idaman setiap wanita terutama apabila menerima tetamu pada saat akhir. Puding dan dadih antara juadah pencuci mulut yang tidak lapuk ditelan zaman dan bukan juga hidangan yang tular pada waktu tertentu saja.

pencuci mulut terbaik di kuala lumpur

Sedap Dimakan Ketika Sejuk Dan Penambah Selera Terbaik

Sejak zaman dulu lagi, dua hidangan ini menjadi hidangan pencuci mulut paling mudah disediakan dan digemari setiap lapisan usia. Bukan saja enak dimakan ketika sejuk, ia juga boleh disediakan dalam pelbagai perisa mengikut kehendak dan kegemaran masing-masing.

sedap di makan ketika sejuk

Mungkin ada yang menggemari agar-agar sirap, laici, coklat atau pandan. Apa yang pasti, kebanyakan kanak-kanak juga menggemari hidangan ini. Hanya mengambil masa 15 minit, hidangan ini boleh disediakan sesiapa saja tanpa perlu mempunyai kemahiran memasak.

Antara Menu Pencuci Mulut Pak Syed Desserts

1) Dadih Susu Original

Dadih Susu Original merupakan produk pertama keluaran Pak Syed Desserts. Rasa susu 100% Original susu lembu tiada bahan penambah dan pewarna. Rasa susu yang lemak dan lembut pasti akan membuatkan ia menjadi pilihan terbaik makanan tambahan anda. Kami beri jaminan 100% rasa susu asli yang terbaik yang pernah anda rasa jika hendak dibandingkan dengan Dadih yang biasa anda beli di Pasaraya berhampiran anda.

dadih susu original paksyed

Yang lainnya pada Dadih Susu ini ialah kami menggunakan susu premium sebagai bahan utama untuk membuat dadih ini, ditambah dengan pelemak premium yang menyedapkan lagi rasa Dadih Susu ini. Dadih ini sesuai di makan ketika lepas mengambil makanan berat seperti selepas makan malam, makan bersama keluarga. Jika mempunya keluarga yang ramai, anak-anak pasti cukup sukakan Dadih Susu ini disebabkan rasa susunya yang lembut dan enak sesuai di makan oleh semua jenis lapisan masyarakat.

2) Puding Karamel

Produk kedua Pak Syed Desserts ialah Puding Karamel. Tidak asing lagi nama Puding bagi masyarakat di Malaysia, dibuat menggunakan telur dan susu cair. Kemudian ia dikukus dan dibiarkan sejuk. Tambahan gula hangus di bahagian bawahnya pasti akan membuat anda terliur tak gering gusi merasakan nikmat Puding Karamel ini. Masalah utama bila dalam membuat puding ini ialah selalunya ia akan berbau hanyir telur dan tidak lembut, tapi kami di Pak Syed Desserts menjanjikan 100% tiada bau hanyir telur dan 100% rasa lembut asli.

puding karamel sedap di kuala lumpur

Rasa manis memang menjadi lumrah pencinta pencuci mulut bagi orang Malaysia jadi tidak hairanlah Puding Karamel ini menjadi pilihan utama bagi rakyat di Malaysia untuk merasakan kemanisan dalam makanan. Rasa manis-manis lemak telur dan gula hangus memang sesuai di makan di waktu petang tatkala cuaca yang tengah panas sekarang memang akan membuatkan anda tergila gilakan nya.

3) Jelly Custard

Produk ketiga dari Pak Syed Desserts ialah Jelly Custard atau nama glamour nya Trifle.

Ia diberi nama Jelly Custard disebabkan ia ada dua lapisan iaitu Jelly di bahagian bawah Custard di bahagian atas. Untuk bahagian bawah iaitu Jellynya ia diperbuat daripada jelly perasa rasberi ditambah pula air longan dan sebiji buah longan di dalamnya, ia menjadikan rasanya masam-masam manis. Untuk bahagian atas, Custardnya diperbuat daripada tepung custard, ditambah dengan gula dan susu membuatkan ia rasa lembut dan lemak. Maka jadi lah ia Jelly Custard yang bewarna merah di bawah dan kuning di atas.

jelly custard sedap di kuala lumpur

Warnanya sudah cukup mengambarkan rasa enak dan lazat rasanya. Kami di Pak Syed Desserts menjanjikan rasa yang 100% asli seperti rasa trifle yang anda pernah rasa di Hotel. Jelly Custard ini sesuai di makan ketika waktu hujan kerana kesedepannya ditambah rasa masam manis beserta rasa buah longan yang segar dan enak.

4) Dadih Coklat Original

Seperti Dadih Susu Original, Dadih Coklat Original hampir serupa dengan Dadih Susu, yang membezakannya ialah rasanya itu, untuk Dadih Coklat kami menggunak 100% Original susu coklat asli premium. Rasanya yang lembut dan enak pasti membuatkan anda tak senang duduk merasakan kenikmatan Dadih Coklat Original ini.

tempahan dadih coklat enak di kuala lumpur

Seperti mana yang kita semua sudah tahu tentang perasa coklat yang sudah tidak asing lagi dengan kehidupan kita, kini Pak Syed Desserts memperkenalkan Produk keempat keluaran Pak Syed Desserts iaitu Dadih Coklat Original. Jadi sekiranya Tuan/Puan minat Dadih Susu pasti Tuan/Puan akan minat jugak dengan Dadih Coklat, kerana yang membezakannya hanyalah rasa susu dan coklatnya, yang lain 100% sama seperti Dadih Susu. Kebiasaanya budak-budak akan meminati Dadih Coklat ini kerana mereka memang meminati coklat dari kecil lagi.

Pencuci Mulut Yang Sesuai Dihidangkan Di Semua Majlis

Hidangan pencuci mulut seperti puding dan dadih sering menjadi menu penyelamat sekiranya tidak mempunyai masa yang panjang untuk menyediakan juadah pencuci mulut ketika majlis berlangsung. Sebagai makanan penutup, pencuci mulut biasanya adalah hidangan ringan yang segar dan manis. Ada banyak pilihan makanan penutup, baik tradisional ataupun klasik.

pencuci mulut dihidangkan di semua majlis

Testimoni  Pelanggan Pak Syed Deserts Puding dan Dadih Sedap di Kuala Lumpur

testimoni desert pak syed di kuala lumpur (1) testimoni desert pak syed di kuala lumpur (2) testimoni desert pak syed di kuala lumpur (3)paksyed tempahan deserts dadih dan puding di kuala lumpur

Tempah sekarang Pencuci Mulut Kegemaran Anda Sekarang!

Rasa yang manis, sedap dan sesuai dimana tidak kira waktu mahupun tempat. Sebarang tempahan puding atau dadih bolehlah membuat pembelian di bawah :

paksyed tempahan deserts dadih dan puding di kuala lumpur

Jom Buat Tempahan Deserts SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Pak Syed Desserts, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor

   
Jom Buat Tempahan Deserts SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Buat Tempahan Deserts SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: