Batu nisan boleh ditukar sekiranya ia sudah sangat lama ataupun anda ingin mencantikkan kubur atas sebab kubur perlu dipindah, batu nisan rosak dan sebagainya. Boleh jadi juga sekiranya anda ingin menempah batu nisan bagi mengebumikan saudara mara atau ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia, anda boleh mendapatkan batu nisan yang murah dan mudah didapati terutamanya bagi anda yang menetap di Kelantan.
Batu nisan murah di Kelantan boleh ditempah di DHL Pusara. Dengarnya, DHL Pusara adalah kedai batu nisan murah yang menyediakan khidmat menyiapkan batu nisan mengikut jenis batu nisan yang anda tempah, ia juga amat cepat dan dipercayai ramai dalam menyediakan batu nisan di Kelantan. Kebanyakan masyarakat Kelantan akan menempah batu nisan di DHL Pusara.
DHL Pusara atau nama sebenarnya Din Hj Lah Pusara adalah sebuah perusahaan yang merupakan pembekal dan pembuat batu nisan dan Belindan atau kapok di sekitar Pantai Timur sejak tahun 1990 lagi. DHL Pusara telah bergiat aktif di mana mereka mempunyai 2 cawangan iaitu di Tendong, Pasir Mas dan di Dewan Beta, Kota Bharu. DHL Pusara mendapat sambutan ramai atas perkhidmatan “tanda kubur” murah yang mereka sediakan dapat memudahkan ramai penduduk Kelantan bagi menguruskan jenazah orang ramai.
Batu nisan dan kepok digunakan untuk tujuan melindungi kubur daripada kerosakan akibat cuaca, bencana alam, binatang buas dan sebagainya. Batu nisan adalah batu yang menjadi petanda adanya kubur di pusara atau kawasan jenazah di tanam manakala kapok pula adalah belindan yang diletakkan sekeliling kubur sebagai penghadang. Pasti ada kebaikan dan tujuan utama kenapa belindan dan batu nisan yang murah dari DHL Pusara harus digunakan.
Terdapat pelbagai jenis batu nisan dan belindan yang ditawarkan oleh DHL Pusara yang sangat sesuai digunakan untuk mengebumikan arwah dari pelbagai lapisan umur. DHL Pusara menyediakan saiz yang sesuai dan jenis batu nisan serta belindan yang pastinya menjadi pilihan anda buat arwah.
Lelaki (RM90)
Perempuan (RM80)
Lelaki (RM80)
Perempuan (RM80)
Lelaki (RM70)
Perempuan (RM60)
Lelaki (RM250)
Perempuan (RM220)
Lelaki (RM450)
Perempuan (RM450)
Saiz 2 Kaki (RM650)
Saiz 2.5 Kaki (RM750)
Saiz 2 Kaki (RM650)
Saiz 2.5 Kaki (RM750)
Saiz 2 Kaki (RM750)
Saiz 2.5 Kaki (RM850)
Selain daripada batu nisan sebagai penanda kubur, belindan juga ditawarkan oleh DHL Pusara bagi melindungi kubur jenazah dan turut dihiasi dengan tulisan jawi. Mari kita lihat contoh jenis belindan yang ditawarkan oleh DHL Pusara.
Semua jenis belindan dan harga yang dipamerkan adalah set lengkap yang telah termasuk dengan Pelapik simen (tapak), Belindan / Kepok, Batu Nisan, Batu kuari, pasir, batu putih, Plat nama, Kos penghantaran dan pemasangan.
Batu nisan dan belindan DHL Pusara menggunakan kaedah pemasangan yang praktikal dan dipasang oleh pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman luas dalam pemasangan dan pembuatan batu nisan dan kelindan. Ia juga sangat mudah dibuka kembali tanpa rosak jika tanah perkuburan sudah penuh.
Saiz bagi batu nisan dan belindan adalah mengikut saiz luas liang lahat di mana ia tidak memakan ruang tempat kubur orang lain. Saiz diukur dengan tepat dan sesuai bagi meletakkan di tempat kubur jenazah.
Jenis batu nisan dan belindan DHL Pusara tidak berlebihan dari segi reka bentuk dan harga yang mengikut kemampuan pelbagai lapisan dan latar belakang masyarakat. Harganya juga sangat berpatutan dan murah.
Batu nisan murah ini amat sesuai untuk anda semua yang menetap di Kelantan. Dengan perkhidmatan yang mudah, murah, pantas dan terbaik, DHL Pusara telah membantu ramai orang yang memerlukan perkhidmatan mereka. Ramai sangat berpuas hati dengan tempahan batu nisan yang telah mereka dapatkan.
TEMPAHAN BATU NISAN MURAH DI KELANTAN | CEPAT DAN DIPERCAYAI
Hotline 1: Tekan untuk telefon (016-8529892) | Tekan untuk WhatsApp
Website: http://dinhjlahpusara.com/
Lokasi:
1698-0 Kampung Belukar,
Dewan Beta, 15100
Kota Bharu Kelantan
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang