Review
Aug 15, 2018, 5:27pm

Tempahan Baju Eksklusif Untuk Majlis Rasmi Dan Dinner Di Penang


  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai wanita masih tercari – cari tempat tempahan baju yang berkualiti dan eksklusif. Rata – rata yang ada pada hari ini lebih pentingkan keuntungan semata – mata tanpa memberikan kepuasan yang sebenar kepada pelanggan. Harga pakaian siap di butik pula kebanyakkannya hanya mampu pandang sahaja kerana harga mencecah hampir ke 4 angka.

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi

Apabila menerima undangan untuk ke majlis formal dan eksklusif, makin bertambah buntu jadinya apabila memikirkan pakaian yang perlu dipakai. Mahu tempah design ekslusif, risau juga dengan harga yang bakal dikenakan nanti. Jom ikuti perkongsian artikel pada kali ini berkenaan tempahan pakaian eksklusif yang cepat dan harga yang berpatutan.

Tempahan Pakaian Eksklusif Custom Made Secara Online Di Rafanda Fashion & Design HQ

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi custom made

Rafanda Fashion & Design HQ menawarkan pelbagai jenis tempahan pakaian sama ada tempahan untuk lelaki, wanita atau pun kanak – kanak. Lokasi kedai Rafanda Fashion di Pulau Pinang tidak membataskan urusan perniagaan mereka untuk mendapatkan pelanggan dari luar Pulau Pinang. Rafanda Fashion sedia mengambil tempahan dalam talian di mana pelanggan hanya perlu berurusan di dalam telefon dan khidmat pos akan digunakan sekiranya pelanggan berada di luar Pulau Pinang.

tempahan baju eksklusif untuk dinner

Rafanda Fashion sedia mengambil tempahan pelbagai jenis design dan fesyen yang anda inginkan. Bermula dengan pemilihan material sehinggalah baju siap anda boleh dapatkan di Rafanda Fashion. Menariknya, anda boleh membuat permintaan design mengikut kemahuan anda walaupun design tersebut jarang sekali dipakai orang, namun team Rafanda Fashion hanya perlukan gambaran yang sebenar daripada anda. Selebihnya, Rafanda Fashion akan menyiapkan pakaian mengikut kemahuan anda dengan segera.

Kenapa Perlu Menempah Pakaian Eksklusif di Rafanda Fashion

1. Menerima Tempahan Untuk Semua Lapisan Umur

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi cantik

Agak sukar sekiranya ingin menempah pakaian eksklusif untuk satu keluarga yang besar di mana terdapat pelbagai size dan pelbagai citarasa. Sebagai contoh tempahan baju sedondon eksklusif untuk kenduri kahwin atau majlis makan malam. Trend kenduri hari ini, ramai membuat tema warna yang sama serta material kain yang sama untuk majlis kenduri kahwin termasuklah pakaian untuk golongan lelaki. Di Rafanda Fashion, anda bukan sahaja dapat menempah pakaian wanita yang eksklusif, malah Rafanda Fashion juga sedia menerima tempahan pakaian yang eksklusif untuk kanak – kanak serta golongan lelaki.

2. Sedia Menerima Design Pelanggan

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi pelanggan

Sangat menarik apabila fesyen yang kita impikan dapat direalisasikan oleh tukang jahit kita. Tambahan pula pada hari ini terdapat pelbagai media sosial yang suka berkongsi berkenaan fesyen terkini. Maka anda bukan sahaja boleh berimpian malah anda dapat menjadikan fesyen yang diimpikan menjadi kenyataan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memberikan gambar atau lakaran ringkas berkenaan fesyen dan design yang diinginkan kemudian Team Rafanda Fashion akan melakukan kerja mereka.

3. Tempahan Siap Dengan Cepat

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi cepat

Tiada lagi masalah kain yang dibeli tidak siap dijahit atau masalah tukang jahit terlupa akan tempahan anda. Rafanda Fashion sangat menitik beratkan soal ketepatan waktu untuk menyiapkan segala tempahan. Tiada istilah layanan VIP kerana Rafanda Fashion akan mulakan kerja menjahit bagi pelanggan yang terdahulu menghantar kain. Konsep ‘Siapa Cepat, Dia Dapat’ inilah yang menjadikan ramai pelanggan berpuas hati dengan layanan sama rata oleh Rafanda Fashion.

4. Menerima Tempahan Pakaian Eksklusif

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi elegant

Rafanda Fashion juga mengambil tempahan pakaian eksklusif seperti baju kahwin, baju tunang, baju korporat dan sebagainya. Rekaan pakaian eksklusif dari Rafanda Fashion ini boleh di jahit mengikut citarasa anda seperti tambahan aksesori, jenis lace yang anda suka, renda dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk memberi design yang diinginkan, Rafanda Fashion akan membantu anda untuk memberi pilihan rekaan mereka yang semestinya mengikut citarasa yang anda inginkan.

5. Tempahan Sedondon

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi sedondon

Tempahan sedondon sangat laku apabila menjelang hari raya atau ketika musim kenduri kahwin. Dengan menempah pakaian sedondon dengan Rafanda Fashion, anda akan dapat memakai pakaian yang lebih selesa kerana setiap pakaian dijahit mengikut size anda. Team Rafanda Fashion juga boleh menyediakan material kain yang sedondon sekiranya anda kesuntukan masa untuk mencari kain. Ini lagi memberikan kemudahan kepada anda untuk menyelesaikan misi memakai pakaian sedondon termasuklah untuk lelaki dan kanak – kanak.

6. Menyediakan Servis Ubah Suai Pakaian (Alteration)

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi alteration

Ramai yang tidak berpuas hati dengan size pakaian yang di beli dalam talian. Apa yang dipamerkan tidak seperti pakaian yang sepatutnya. Anda jangan risau kerana di Rafanda Fashion, anda boleh mengubah suai pakaian anda yang terlalu besar, tersalah jahit, kain yang singkat dan sebagainya. Sekiranya anda berada jauh, anda hanya perlu poskan pakaian anda dan memberikan maklumat size yang anda inginkan.

7. Kos Pos Percuma

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi free postage

Rafanda Fashion akan menanggung kos penghantaran pos kepada anda setelah pakaian anda siap dijahit. Ini bukan sahaja memudahkan anda malah menjimatkan masa juga kerana anda hanya perlu menunggu di hadapan pintu untuk menerima tempahan yang anda tempah di Rafanda Fashion.

Kepuasan Pelanggan Keutamaan Rafanda Fashion

tempahan baju eksklusif untuk majlis rasmi kepuasan

Rafanda Fashion sangat mementingkan kepuasan pelanggan mereka. Setiap tempahan yang diterima dahulu, mereka akan siapkan dahulu dalam tempoh masa 24 jam sahaja. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengirim material kain anda dan memberikan maklumat lanjut size anda. Namun, Team Rafanda Fashion boleh membantu anda untuk mencari material kain seperti yang anda inginkan. Setelah tempahan disiap jahit, mereka akan poskan kepada anda dengan kos penghantaran pos percuma.

Apa Kata Mereka?

testimoni rafanda fashion design testimoni rafanda fashion design testimoni rafanda fashion design testimoni rafanda fashion design

Buat Tempahan Baju Eksklusif Untuk Majlis Rasmi Dan Dinner Anda Sekarang!

rafanda fashion design tempahan baju online

Jom tempah fesyen impian anda di Rafanda Fashion sekarang. Anda tidak perlu risau lagi nak mencari tukang jahit yang berkualiti kerana ramai pelanggan Rafanda Fashion membuat tempahan lebih dari sehelai baju kerana berpuas hati dengan servis serta jahitan kain di Rafanda Fashion.

Anda boleh hubungi info di bawah untuk membuat tempahan serta maklumat lanjut.

RAFANDA FASHION & DESIGN HQ | TEMPAHAN BAJU EKSKLUSIF DI PENANG Hotline 1: Tekan untuk telefon (012-4180320) | Tekan untuk WhatsApp Hotline 2: Tekan untuk telefon (010-2270320) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Rafanda Fashion & Design HQ Instagram: @rafandafashion

Lokasi Perniagaan: Rafanda Design Fashion No. 13A-G, Jalan Kampung Gajah, Seksyen 2, Taman Bagan Jermal, 12000 Butterworth Pulau Pinang