Review
Jan 29, 2018, 4:33pm

Tempah Rak Kayu Pallet Murah di Sabah


Kayu merupakan sumber semulajadi yang cukup berharga. Nilainya semakin tinggi kerana sumbernya yang semakin lama semakin berkurangan. Salah satu produk dari kayu yang banyak digunakan dalam industri adalah palet kayu. Ianya di gunakan sebagai alas untuk sesuatu produk agar mudah diangkat dan disusun oleh forklift.

kayu pallet digunakan untuk membuat perabut

Sering kali pallet kayu ini hanya digunakan sekali sahaja dan kemudian ianya di buang. Ini berikutan harga sesuatu barangan telah termasuk di dalam kos pembungkusan dan logistik, maka pallet tidak perlu di kitar dalam proses logistik ini. Adalah suatu pembaziran yang sangat merugikan bukan hanya dalam industri tetapi bahan kayu yang tidak ternilai ini terbuang begitu sahaja.

Nilai Perabut Rak Kayu Pallet Yang Tidak Dikenali

Mungkin kita tidak banyak terlibat dalam industri ini, tapi sebagai seorang yang prihatin, dan tahu betapa bernilainya kayu-kayu pallet ini, kita tidak akan membiarkan pallet kayu yang masih elok ini di buang atau terbiar mereput mahupun dibakar begitu sahaja kerana ianya sangat bernilai dan dapat melambatkan kemusnahan alam.

nilai perabut kayu pallet

Gaya Baharu Rekaan Kayu Pallet Dikomersilkan Menjadi Bangku dan Rak Kayu Pallet Yang Unik

Jika dahulu, kayu pallet ini dipandang kurang bernilai, sekadar satu bentuk susunan kayu yang digunakan sebagai alas meletak barang atau tilam. Kayu pallet juga biasanya dibentuk menjadi peti pengiriman barang agar barangan yang dihantar tidak rosak dan selamat dalam perjalanan.

Hari ini, ia bukan sahaja menjadi motif rekaan dalaman yang moden dan kontemporari, malah lebih elegan dan mempunyai sentuhan futuristik.Secara umumnya, kayu yang telah digunakan daripada pallet dapat diterokai dan boleh digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan perabot yang berasaskan kayu.

rekaan bangku dari perabut rak kayu pallet

Selain itu, kayu pallet yang telah digunakan dan terbiar mampu dijadikan sebagai material altenatif untuk menggantikan penggunaan kayu pada perabot dalaman dan luaran, kayu pallet juga boleh dijadikan perabot yang unik dan menarik disamping boleh mengelakkan pembaziran serta dibiarkan mereput. Selain itu juga, wujudnya ciri-ciri semulajadi yang ada pada kayu pallet ini, ianya mampu dikormersilkan sebagai bahan dalam penghasilan perabot dalaman dan luaran yang berkualiti serta mempunyai nilai estetik yang tersendiri kerana sifat yang unik, tampak klasik serta urat kayu yang cantik pada kayu pallet dalam penghasilan perabot luaran.

Darau Craft Menghasilkan Barangan Perabut Menggunakan Kayu Pallet

Kini penggunaan kayu pallet makin meluas, khususnya dalam dekorasi dan binaan taman menarik serta mesra alam. Menerusi material berkenaan, pelbagai rekaan dapat dihasilkan apatah lagi jika anda seorang yang kreatif seperti Darau Craft yang telah berpengalaman dalam menghasilkan pelbagai bentuk perabut dan aksesori lain seperti rak, rehal, bangku dan banyak lagi hanya menggunakan kayu pallet.

darau craft pembuat perabut rak kayu pallet sabah

Darau Woodworking Membuat Penyelidikan Perabut Sebelum Pembuatan

Reka bentuk yang boleh dibuat dari kayu pallet seperti bangku, meja makan, kerusi dan banyak lagi yang mengaplikasikan kayu terpakai dari pallet yang sesuai digunakan sebagai material utama pembuatan prototaip perabot. Penyelidikan ini dilakukan bagi mengkaji kesesuaian kayu pallet pada reka bentuk yang dihasilkan. Antara aspek yang dititikberatkan adalah nilai estetika iaitu yang mempunyai rekabentuk yang menarik, kombinasi material, keunikkan dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.

kilang perabut rak kayu pallet

Keistimewaan Kayu Pallet Menjadi Tarikan Utama

Tidak menafikan kayu pallet terpakai daripada pelbagai jenis termasuk pain atau oak mempunyai tarikan tersendiri. Sebut saja kayu pallet, kita sudah membayangkan keistimewaannya yang menjadi elemen dalam membangkitkan aura natural tidak kira sama ada dalam rumah, kedai, kafe, pejabat atau sudut taman. Ini ditambah dengan ketahanan semula jadi kayu pallet yang tahan lasak dan sesuai dengan pelbagai konsep dekorasi atau taman.

keistimewaan perabut rak kayu pallet

Darau Woodworking Menghasilkan Perabut Kayu Pallet Menepati Citarasa Pelanggan

Dari segi gaya pula, iaitu mengenai citarasa dan gaya hidup dan kehendak pengguna pada masa kini, Darau Woodworking sentiasa berinovasi dan kaedah pembuatannya juga cepat dan mudah. Menghasilkan suatu reka bentuk perabot yang mengunakan material kayu pallet bukanlah mudah, lebih-lebih lagi dalam menepati kehendak, citarasa dan gaya hidup pelanggan. Darau Woodworking sentiasa memastikan hasil rekaan beliau menepati kehendak pelanggan.

rak perabut kayu pallet yang simple

Ergonomik diaplikasikan untuk memastikan perabot yang dihasilkan dan persekitaran yang direka bentuk adalah selamat dan selesa. Disamping itu juga reka bentuk perabot haruslah mengikut kehendak dan keselesaan pengguna. Konsep ergonomik diaplikasikan untuk bertujuan untuk membuat pembaikan dan pembaharuan kepada peralatan atau produk bagi menyesuaikan dan memudahkan pengguna.

Darau Woodworking Menitikberatkan Keselesaan Dan Keselamatan Perabut

Dalam menghasilkan sesebuah perabot penyelidik juga perlu mengkaji kepentingan dan konsep rekaan sesebuah perabot. Antara ciri-ciri yang ditekankan oleh Darau Woodworking dalam menghasilkan rekaan yang berkualiti, adalah bersifat ergonik iaitu dari segi keselesaan, keselamatan,cara pembuatan dan ketahanan sebuah reka bentuk perabot yang bersesuaian dengan penggunaan perabot di kawasan ruang tamu dan di kawasan yang ingin diletakkan di rumah. Konsep rekaan perlu dilihat daripada aspek ergonomik yang merangkumi aspek keselesaan, keselamatan dan ketahanan.

pengendalian semasa pembuatan dan penghantaran perabot

Darau Woodworking Menghasilkan Perabut Kayu Pallet Berkualiti Dan Tahan Lama

Dari aspek ketahanan, penggunaan kayu pallet yang dikitar semula dengan menggunakan teknik tanggam dan pasak menjadikan rekaan perabot lebih kukuh stabil dan selamat digunakan. Dalam mencadangkan sesuatu reka bentuk yang sesuai, beberapa faktor dipertimbangkan termasuk ciri-ciri ergonomik dan ketahanan penggunaan bahan terhadap ciri-ciri keselamatan tersebut. Darau Woodworking akan memastikan jenis kayu pallet yang digunakan adalah yang berkualiti dan tahan lama. Jadi, ianya boleh digunakan lama bertahun-tahun tanpa perlu diganti baru dalam tempoh yang lama.

meja dan kerusi dari kayu pallet tahan lama

Menerima Permintaan Untuk Menghasilkan Perabot Kayu Pallet Daripada Kayu Getah Dan Pain

Kedua-dua material ini antara yang popular dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Kayu pain terkenal dengan ketahanannya, begitu juga dengan kayu getah yang mampu menzahirkan gaya ‘old skool’ pada ruang tertentu. Idea silih berganti yang diketengahkan oleh Darau Woodworking menjadikan kayu pain sebagai bahan utama perabot nyata menginspirasikan rekaan menarik. Tidak mahu ketinggalan dengan trend dekorasi yang makin digilai ramai membuatkan Darau Craft sering mencuba kelainan.

perabut rak kayu pallet

Kelebihan Menggunakan Kayu Pallet Dalam Pembuatan Perabot

Pembuatan perabot dari kayu pallet semakin popular baru-baru ini. Jika kita lihat, banyak kedai-kedai terutama kedai makan dan kafe mengunakan perabot kayu pine untuk menaikkan seri kedai serta nampak lebih klasik. Kayu pallet berwarna kuning serta nampak urat-urat kayu bewarna coklat adalah kelebihan kayu pallet itu. Antara sebab kenapa pemilik kedai menggunakan kayu pallet kerana:

  1. Kayu yang lembut membolehkan ia mudah di reka bentuk. seperti meja, kerusi, perabot dalaman.
  2. Harga yang rendah berbanding kayu-kayu lain seperti kayu nyatuh, oak, merbuk, walnut dan sebagainya. Harga serendah RM1 sekaki siap ketam. Sesuai sesiapa yang mempunyai budget yang limited tetapi ingin perabot yang nampak “WOW!!”

kelebihan perabut kayu pallet

Idea Kreatif Darau Woodworking Menghasilkan Perabut Kayu Pallet Mendapat Permintaan Tinggi

Kita selalu melihat longgokan pallet kayu di mana-mana sahaja ketika era perindustrian yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Malahan ada pallet yang telah rosak dibuang di merata-rata tempat. Tetapi ramai yang tidak sedar dengan sedikit idea yang kreatif dan inovatif anda mampu memanfaat pallet kayu yang terbuang itu menjadi suatu rekaan yang sangat berguna dan menarik dan tidak mustahil mampu memberikan mata pencarian atau pendapatan kepada anda yang menginginkan penjanaan perniagaan yang sangat murah,jimat dan berdaya maju.

meja study darau woodwork

 

Dengan hanya bermodalkan tukul,paku,gergaji dan pembaris/pengukur serta sedikit lelah dan tenaga memberikan anda satu bentuk modal perniagaan yang memberikan impak pendapatan yang sangat berguna dan bermanfaat.Tidak berkecuali kepada mereka yang berkeluarga juga mampu memberikan anda perabot – perabot yang sangat menarik dan kreatif untuk dijadikan perhiasan rumah anda. Tidak hairanlah sejak kemunculan kembali penggunakan kayu pallet sebagai perabut dan aksesori lain mendapat permintaan tinggi.

Kayu Pallet Aksesori Terbaik Dalam Perhiasan Rumah

Kini ramai yang menjadikan kayu pallet sebagai pelengkap utama dekorasi terutama perabot dan aksesori hiasan. Tidak hanya kediaman, malah kebanyakan restoran dan kafe di negara ini lebih selesa menjadikan material berasaskan kayu pallet sebagai elemen penting pada ruang. Suasana yang diketengahkan juga lebih tampil santai dan praktikal. Hasil yang diketengahkan itu mampu melengkapkan pelbagai konsep dekorasi dengan tawaran harga lebih berpatutan.

perabut kayu pallet mempunyai nilai estetika tersendiri

Darau Woodworking Menampilkan Aura Natural Dalam Hasil Rekabentuknya

Aura natural antara keistimewaan produk berasaskan kayu pallet. Ditambah dengan ketahanan semula jadinya yang tahan lasak dan sesuai dengan pelbagai konsep dekorasi atau taman. Tidak kurang yang menggemari rekaan berkonsepkan moden dan kontemporari.

nilai semulajadi dalam pembuatan perabot kayu pallet

Proses Pembuatan Kayu Pallet Mencabar Dan Perlu Kesabaran

Dengan hanya bermodalkan tukul,paku,gergaji dan pembaris/pengukur serta sedikit lelah dan tenaga memberikan Darau Woodworking satu cabaran yang cukup besar untuk memberikan satu kepuasan kepada pelanggannya. Proses pembuatan sesuatu barang juga agak rumit dan perlu ketelitian yang tepat bagi memastikan hasil yang diperoleh dapat dibanggakan. Kebiasaannya, tempoh tempahan bergantung pada besarnya barang yang diminta.

penghasilan perabut kayu pallet yang berkualiti

Pelbagai Rekabentuk Baru Darau Woodworking Mendapat Sambutan Tinggi

Untuk menghasilkan sesuatu yang baru bukanlah mudah. Oleh kerana ingin memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati pelbagai reka bentuk baharu telah dihasilkan seperti rak kayu, bangku tangas, meja belajar jepun, rak kasut dan banyak lagi. Kesemua perabut ini paling mendapat permintaan tinggi. Harganya juga begitu berpatutan dan tidak semahal beli di pasaran. Antara contoh rekaan dari Darau Woodworking :

1. Nama Produk : Rak Display Express

Kod : DW 2769
Material : Kayu
Size : 56cm (P) x 37cm (L) x 25cm (T)
Color : Putih
Harga : RM 69.90
Keterangan : Dilengkapi dengan bag untuk memudahkan rak dibawa kemana sahaja.Mudah dipasang dan ditanggalkan.

Rak Display Express dari perabut kayu pallet

2. Nama Produk : Rak Display Mini

Kod : DW 3769
Material : Kayu
Size : 36cm(P) x 24cm(L) x 16cm(T)
Color : Mapple
Harga : RM 39.90
Keterangan : Ringan, 4 tingkat dan sesuai untuk vendor box

rak display mini vendor box

 

3. Nama Produk : Laptop Desk

Kod : DW 4769
Material : Kayu
Size : 43cm(P) x 40cm(L) x 43cm(T)
Color : Natural Wood Finish
Harga : RM 39.90
Keterangan : Boleh digunakan oleh lapisan umur.

laptop desk dari kayu pallet

4. Nama Produk : Kerusi Tangas

Kod : DW 5769
Material : Kayu
Size : 40cm(P) x 40cm(L) x 43cm(T)
Color : Natural Wood Finish
Harga : RM 139.90

kerusi tangas dari perabut kayu pallet

5. Nama Produk : Dining Table With 2 Benchs + 2 Stools

Kod : DW 6769
Material : Kayu
Size : 122cm(p) x 68cm(L) x73cm(T)
Color : Natural Wood Finish / Wallnut
Harga : RM 479.90

Dining Table With 2 Benchs + 2 Stools

6. Nama Produk : Breakfast Table With 4 Seater

Kod : DW 7769
Material : Kayu
Size : 68cm(P) x 68cm(L) x 73cm(T)
Color : Natural Wood Finish
Harga : RM 379.90

breakfast table with chair

7. Nama Produk : Rak Kasut

Kod : DW 8769
Material : Kayu
Size : 77cm(P) x 28cm(L) x 91cm (T)
Color : Wallnut
Harga : RM 149.90

rak kasut dari perabut kayu pallet

Testimoni Pembeli Perabot Rak Kayu Pallet Dengan Darau Woodworking

testimoni pembeli dari danau craft perabut kayu pallet (3) testimoni pembeli dari danau craft perabut kayu pallet (2) testimoni pembeli dari danau craft perabut kayu pallet (1)

Tempah Sekarang Perabut dan Rak Kayu Pallet Pilihan Anda Di Darau Woodworking

Lihat sahaja gambar di atas sudah pasti membuatkan anda inginkan salah satu rekaan Darau Woodworking di rumah bukan? Tunggu apa lagi, tempah sekarang di :

rak perabut kayu pallet darau craft

 

Jom Tempah Perabut Kayu Pallet Darau Craft SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

12A, Jalan Darau, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

   
Jom Tempah Perabut Kayu Pallet Darau Craft SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Tempah Perabut Kayu Pallet Darau Craft SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: