Review
Mar 23, 2018, 11:08am

Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan


  •  
  •  
  •  
  •  

Antara plan utama apabila masuk rumah baru adalah nak tempah kabinet dapur. Betul tak? Macam saya sendiri, mula-mula beli rumah dulu memang perkara pertama saya fikir bila dah dapat kunci rumah nanti, nak buat kabinet dapur dahulu. Sekarang ni, seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bagi setiap orang yang nak masuk rumah baru untuk menempah kabinet dapur.

Cara Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Kalau dilihat pada hari ini pelbagai jenis design kabinet dapur telah direkabentuk mengikut citarasa masing-masing. Tetapi sebelum menempah, haruslah ambil tahu keperluan, keselesaan, ruang dan bajet.. Itu perkara utama yang perlu dititikberatkan. Kalau hanya mahu nampak cantik tetapi tidak mengikut keperluan yang sepatutnya pasti akan memberi ketidakselesaan semasa anda ‘bersilat’ di dapur dan juga menggalakkan berlakunya pembaziran.

Jadi, kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua 10 tips menempah kabinet dapur yang boleh anda jadikan panduan sebelum anda menempah kabinet dapur supaya anda menempah mengikut keperluan bukan kerana kehendak nafsu. Hehe.

10 Tips Menempah Kabinet Dapur

1. Tentukan Bajet

Duit Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Perkara pertama yang perlu anda fikirkan sebelum menempah kabinet dapur sudah tentulah bajet. Yelah kalau tiada bajet, mana mungkin terbinanya kabinet dapur itu dengan sendirinya. Betul tak? Haha!! Jadi, anda perlu menentukan berapa bajet yang anda peruntukkan untuk menempah kabinet dapur rumah anda.

Apabila bajet telah anda peruntukan, mudah bagi anda untuk berbincang dengan kontraktor tentang design yang anda inginkan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan..

2. Pilih Konsep Yang Sesuai

Putih Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Pemilihan konsep yang betul juga snagat penting supaya dapur anda kelihatan kemas, cantik dan selesa. Banyak sebenarnya konsep yang anda boleh pilih. Antaranya ialah seperti moden, klasik, kontemporari, english style dan minimalis. Di zaman hipster ini, ramai yang lebih gemar memilih konsep minimalis. Ini mungkin kerana konsep ini lebih simple tetapi menarik dan style.

Jika anda masih konfius untuk memilih konsep apa, anda boleh meminta pendapat daripada kontraktrok anda bagi menentukan konsep yang sesuai untuk dapur anda mengikut faktor keperluan, ruang dan suasana rumah anda.

3. Pilih Kontraktor Yang Tepat

Logo Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Sekarang ini, tak dinafikan memang ramai kontraktor yang menyediakan perkhidmatan membuat kabinet dapur. Sampaikan kita sendiri sukar untuk memilih yang mana betul-betul bagus dan kemas dalam pembuatan kabinet dapur.

Dalam pemilihan kontraktor yang tepat, anda harus menilai dari hasil kerja mereka yang  terdahulu, feedback dari pelanggan mereka yang sebelumnya, bahan yang digunakan, tempoh siap dan paling penting harga yang dikenakan. Jangan pula harga mahal tetapi hasilnya tak seberapa. Jadi, sebelum menempah anda harus lihat dulu faktor-faktor tersebut sebelum menempah dari mereka.

4. Ukur Ruang

PelanTempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Ukuran ruang harus tepat supaya kabinet dapur anda tidak kelihatan cacat. Jadi, anda perlulah mengukur ruang dapur anda dengan tepat. Jika anda tidak yakin, anda boleh meminta agar kontraktor anda sendiri yang mengukurnya. Kebiasaannya memang kontraktor sendiri yang akan datang mengukur setiap ruang yang terlibat.

Antara ruang yang kebiasaannya diukur adalah seperti luas lantai, ketinggian siling, susun letak suis, kedudukan sumber air masuk dan keluar serta keperluan anda semasa menggunakan dapur. Dari ukuran inilah kontraktor akan bekerja keras untuk menghasilkan rekabentuk kabinet dapur yang menarik untuk anda nanti..

5. Design Review

Peta Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Design review juga perlu bagi memastikan design yang direka adalah bertepatan dengan apa yang dikehendaki. Sekiranya ia tidak menepati apa yang anda inginkan, anda boleh meminta untuk diubahsuai design tersebut. Pastikan bajetnya tidak lari dari bajet sebenar ye. Hehe.

Mungkin ada dikalangan kontraktor tidak menunjukkan terlebih dahulu design yang telah mereka reka. Ini boleh menyebabkan hasil kerja yang tidak bertepatan kehendak pelanggan. Jadi, anda perlu pastikan kontraktor tersebut membuat design review terlebih dahulu sebelum kerja-kerja seterusnya dilakukan.

6. Pilih Material

Merah Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Jangan lupa untuk memilih material kabinet dapur anda ye.. Pilihlah mengikut bajet anda. Material untuk kabinet dapur ni memang banyak. Ada yang berkilat, matte, berkaler, corak kayu, kaca dan sebagainya.  Jadi, terpulang kepada anda untuk memilihnya. Tapi perlu diingat ye setiap material berbeza harganya. Bergantung kepada bajet anda.

Selepas anda memilih material, anda juga perlu memilih untuk menentukan jenis handle dan engsel yang anda suka. Yang nampak, yang tersorok, yang jenis besi, aluminium dan sebagainya. Selain itu, aksesori yang lain juga anda boleh tentukan mengikut keperluan.

7. Sebutharga

Invois Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Setelah selesai semuanya, sebutharga akan diserahkan kepada anda. Ye, masa ni jangan terkejut ye sekiranya jika sebutharga anda dapat melebihi bajet yang anda peruntukkan dek kerana permintaan anda yang luar biasa dan bercitarasa tinggi. Tetapi jika permintaan anda memang mengikut bajet, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sudah pasti sebutharganya sama sepertimana permintaan anda.

8. Tempoh Siap

Anda boleh berbincang dengan kontraktor untuk menentukan tempoh siap kabinet dapur anda. Yelahkan, mana tahu anda tak punya cuti yang panjang untuk memantau kerja-kerja menyiapkan kabinet dapur anda ini. Jadi, anda boleh berbincang bagi menentukan tempoh siap kabinet dapur anda dengan kontraktor.

9. Pemeriksaan Akhir

Yeeeeeeyyyy, kabinet dapur dah siap.. Ehh nanti dulu, anda perlu buat pemeriksaan akhir terlebih dahulu. Manalah tahu ada cacat celanya. Anda bolehlah terus buat komplen kepada kontraktor untuk dibaiki. Memudahkan kerja kedua-dua belah pihak.

10. Bayaran Penuh

Tanda Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Setelah semuanya diperiksa dan anda berpuashati, barulah bayaran penuh dibuat dan anda bolehlah bergaya dengan kabinet dapur yang baru. Jadikan kabinet dapur yang baru itu sebagai semangat untuk anda rajin memasak.

Tempah Kabinet Dapur Dan Perabut Murah Di Kelantan

Petua Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Bagi anda yang tinggal di kelantan dan sedang mencari tempat untuk menempah kabinet dapur dan perabut rumah anda, saya nak perkenalkan kepada anda sebuah syarikat yang menyediakan tempahan kabinet dapur dan perabut murah di kelantan iaitu Mulia Jati Trading.

Mulia Jati Trading merupakan sebuah syarikat bumiputera yang beralamat di 3049, Kg. Paloh, Palekbang, 16040 Tumpat, Kelantan yang menyediakan perkhidmatan membuat kabinet dapur, perabut dan hiasan dalaman.

Kenapa Anda Perlu Menempah Dengan Mulia Jati Trading?

Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan Terbaik

Banyak keistimewaannya jika anda menempah kabinet dapur dan perabut dengan Mulai Jati Trading ni dimana mungkin anda tidak dapat ditempat lain. Mereka mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang ini dan mereka pakar dalam membuat dan membina kebinet serta hiasan dalaman ala-ala hotel dengan kemas dan cantik. Mereka juga boleh memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.

Jadi, anda hanya perlu menyampaikan hasrat dan impian anda kepada mereka dan mereka akan merealisasikan impian anda itu dengan mengadaptasikan rekabentuk yang anda inginkan di dalam rumah anda. Selain itu, reka bentuk kabinet mereka juga cantik, kemas dan paling penting murah. Siapa yang tak nak rumah cantik tetapi tidak perlu keluarkan modal yang banyak. Betul tak?

Untuk design hiasan dalaman pula, mereka mengadaptasikan design yang terkini dan trendy mengikut peredaran masa. Kiranya ikut trend la. Sungguhpun begitu, konsep yang mereka utamakan adalah sentiasa mengikut kehendak pelanggan. Manalah tahu, ada pelanggan yang inginkan konsep yang klasik dan tradisional orang dulu-dulu kan. Jadi, jangan bimbang, mereka dapat merealisasikannya.

Yang pastinya ruang dalaman rumah anda boleh kelihatan mewah bak hotel 5 bintang sekiranya anda mendapatkan perkhidmatan daripada mereka. Bukan itu sahaja malah tampak lebih luas dengan rekaan ruang dalaman yang terkini. Jangan risau, design yang mereka buat adalah percuma sahaja dan anda boleh pilih yang mana anda berkenan.

Anda juga boleh memilih material yang anda suka kerana ianya tidak terhad hanya kepada satu material sahaja. Paling penting, jika anda menggunakan perkhidmatan Mulia Jati Trading untuk rumah anda, harga yang dikenakan adalah harga mampu milik.

Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan Mudah

Kelebihan Mulia Jati Trading

  • Harga yang ditawarkan lebih murah
  • Designnya cantik dan terkini
  • Hasil kerja kemas
  • Ukur, lakaran, sebutharga dan khidmat nasihat adalah percuma
  • Pengalaman lebih 20 tahun
  • Sangat friendly
  • Jika berlaku kerosakan atas faktor pembuatan mereka sendiri, kos baiki semula adalah percuma
  • Servis mereka mengikut kehendak dan permintaan pelangan
  • Hasil kerja seperti lakaran yang diberi

Harga Mengikut Material

Kabinet 3D
  • Atas – RM 280 (sekaki panjang)
  • Bawah – RM 180 (sekaki panjang)
Chipboard
  • Atas – RM 160 (sekaki panjang)
  • Bawah – RM 120 (sekaki panjang)
Liminet
  • Atas – RM 195 (sekaki panjang)
  • Bawah – RM 140 (sekaki panjang)
Nyatuh
  • Atas – RM 220 (sekaki panjang)
  • Bawah – RM 160 (sekaki panjang)

Tiang Divider

Kayu Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan

Ok, kalau anda nak tahu Mulia Jati Trading juga membuat tiang divider untuk ruangan dalam rumah. Tiang Divider ini bertujuan untuk memisahkan antara ruang-ruang yang ada di dalam rumah.. Dengan pemakaiannya, ruang rumah lebih nampak kemas dan menarik.. Jika rumah anda besar dan luas, memang sangat sesuai untuk memasang tiang divider ini supaya rumah anda tidak nampak hanya mempunyai satu ruang sahaja.

Anda boleh menempah mengikut citarasa dan design anda sendiri. Anda juga boleh menempah mengikut tema kediaman anda. Sudah pastinya setiap rumah telah ditentukan temanya bukan? Seperti saya sendiri, saya lebih suka dengan warna tema hitam dan putih. Jadi, perabut yang saya gunakan hampir kesemuanya terdiri daripada warna hitam dan putih. Biasalah, sekarang zaman hipter, semuanya nak nampak lebih minimal.

Jadi, jika tema rumah anda seperti rumah saya, anda boleh menempah tiang divider ini senada dengan warna tema rumah anda iaitu sama ada hitam atau putih. Saya yakin rumah anda nampak lebih cantik dan menarik. Tapi pastikan rumah anda ada ruang yang besar ye supaya tidak nampak terlalu sarat.

Hasil Kerja Mulia Jati Trading

Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan Cepat Kipas Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan Dinding Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan Tempah Kabinet Dan Perabut Murah Di Kelantan Pantas Antara feedback yang mereka terima daripada pelanggan mereka

Akak sangat berpuas hati dgn buatan dan kerja-kerja Syarikat Mulia Jati ini, kemas dan comey” – Pn Ainon Wakaf Bharu Saya selesa berurusan dengan Syarikat Mulia Jati ini. kerana ‘Sene kiro dan mudah baso” – Cikgu Haryati – Pasir Mas Mulia Jati tolong bagi idea yang serupa dengan kehendak jiwa saya” – Puan Rokiah – Kuala Krai

Jom Tempah Sekarang Kabinet Dapur Dan Perabut Di Mulia Jati Trading, Kelantan

Bagi anda yang inginkan rumah anda nampak lebih cantik, kemas dan mewah bolehlah cuba ubah hiasan dalaman rumah anda dengan menempah kabinet dapur, perabut dan hiasan dalaman dengan Mulia Jati Trading sekarang juga. Layanan istimewa akan diberikan dan harga juga adalah antara harga termurah yang anda akan dapat dari mereka.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, sila layari facebook atau telefon nombor di bawah ye:

KABINET DAPUR DAN PERABUT DI MULIA JATI TRADING Hotline: Tekan untuk telefon (0129286457) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Mulia Jati Trading – Kabinet

Alamat: Mulia Jati Trading 3049, Kg paloh, Palekbang,  16040, Tumpat Kelantan