Review
Jan 30, 2019, 6:00am

Tempah Cermin Mata Murah Di Kelantan Dari RM99


Masalah rabun mata memang sudah sinonim dengan kebanyakan orang. Masalah rabun ini akan berlaku apabila mata tidak dapat membiaskan hingga menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Rabun mata ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu rabun dekat dan juga rabun jauh. Di dalam bahasa saintifik rabun dekat dikenali sebagai hyperopia dan rabun jauh pula dikenali sebagai myopia.

Cermin Mata Murah

Untuk pengetahuan anda, masalah rabun dekat dan jauh ini bukan hanya sering berlaku di kalangan orang dewasa tetapi juga turut terjadi di kalangan remaja serta kanak-kanak. Ini kerana masalah rabun dekat dan rabun jauh ini boleh dialami akibat dari faktor keturunan. Kerana itulah sering terlihat satu keluarga yang kebanyakkannya akan sama-sama memakai cermin mata kerana faktor keturunan tersebut.

Cermin Mata Murah

Antara Simptom Untuk Masalah Rabun Dekat Dan Jauh Yang Perlu Diketahui

Rabun Dekat (hyperopia)

  • Objek yang berada pada jarak dekat akan kelihatan kabur tetapi untuk objek yang jauh pula boleh dilihat dengan jelas.
  • Golongan kanak-kanak mengalami masalah ketika membaca dan menulis.
  • Mata sering menjadi penat dan turut berasa sakit kepala setelah membaca selama beberapa jam.
  • Golongan kanak-kanak dengan masalah rabun dekat ini juga boleh mengalami masalah juling.

    Cermin Mata Murah

Rabun Jauh (myopia)

  • Objek yang berada pada jarak dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi untuk objek yang jauh akan mula kelihatan kabur.
  • Golongan kanak-kanak dengan masalah rabun jauh akan cuba mengecilkan mata demi untuk cuba melihat objek yang jauh.
  • Kanak-kanak yang masih bersekolah tidak dapat melihat tulisan di papan hitam dengan jelas dan terang.
  • Golongan yang bermasalah rabun jauh ini akan meletakkan buku dalam keadaan yang terlalu hampir dengan muka ketika sedang membaca sesuatu.Cermin Mata Murah

Masalah rabun memang memerlukan rawatan dengan kadar yang segera. Antara rawatan yang paling mendapat tempat di hati para penghidap masalah rabun dekat dan jauh ini adalah dengan menggunakan cermin mata dan juga kanta lekap. Hanya dengan bantuan cermin mata yang tepat, para penghidap masalah rabun akan kembali dapat melihat dengan baik dan jelas tanpa sebarang masalah lain yang berkaitan.

Cermin Mata Murah

Namun begitu, bukan mudah untuk mendapatkan cermin mata yang sesuai ini. Sebelum boleh mula membuat cermin mata, anda perlu terlebih dahulu melalui tempoh permeriksaan mata untuk mengetahui sejauh manakah tahap masalah rabun yang sedang dialami itu. Seiring dengan peredaran zaman, kini pemeriksaan mata sudah boleh dilakukan secara berkomputer dan hasilnya juga ternyata lebih tepat dan pantas.

Bagi penduduk di sekitar Kelantan, anda boleh dapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata berkomputer secara PERCUMA melalui Oasis Optometry Centre.

kedai cermin mata murah di kota bharu

Siapakah Oasis Optometry Centre Ini ?

Oasis Optometry Centre merupakan pusat optometri milik bumiputera sepenuhnya yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata secara profesional oleh Optometrist yang bertauliah. Pihak Oasis Optometry Centre ini juga turut menawarkan perkhidmatan menjual cermin mata dan kanta yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Di Kelantan, pihak Oasis Optometry Centre telah pun mempunyai empat buah cawangan dan rata-rata telahpun mendapat sambutan yang sangat hangat.

Cermin Mata Murah

Pengedar Sah Yang Boleh Dipercayai Untuk Kanta dan Cermin Mata Berkualiti Tinggi

Oasis Optometry Centre turut berperanan sebagai pengedar sah yang boleh dipercayai untuk kanta berkualiti tinggi daripada beberapa jenama terkenal seperti Carl Zeiss , Hoya dan juga Pentax.

Cermin Mata Murah

Selain daripada kanta, pihak Oasis Optometry Centre juga menawarkan pelbagai pilihan bingkai cermin mata yang berkualiti tinggi dengan rekaan moden terkini yang dikeluarkan beberapa jenama terkemuka. Antara jenama tersebut adalah seperti Alain Delon, Crocodile, Seiko, Bonia, Sembonia,Guy Larroche, Rayban, Oris, Alfio Raldo, Bum,Espirit, Lois, SB Polo, Cheetah dan banyak lagi.

Cermin Mata Murah

Oasis Optometry Centre Turut Menyediakan Pakej Jimat Bernilai RM99 Untuk Bingkai dan Kanta

Demi untuk memudahkan para pelanggan, pihak Oasis Optometry Centre ini turut menyediakan pakej jimat untuk bingkai dan kanta multicoated hanya dengan harga RM99 sahaja! Murah, tersangat murah. Meskipun harganya terlajak murah namun anda tidak perlu bimbang kerana kualitinya sangat bagus dan terbaik. Maka bagi anda yang sedang mempunyai masalah rabun dekat dan jauh, bolehlah tempah cermin mata murah daripada pihak Oasis Optometry Centre untuk segera mengatasi masalah rabun tersebut.

Cermin Mata Murah

Tempahan Boleh Disiapkan Segera Hanya Dalam Masa 30 Minit Sahaja !

Cara untuk tempah cermin mata murah daripada pihak Oasis Optometry Centre tidaklah susah sebagaimana yang dibayangkan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan mengunjungi mana-mana cawangan Oasis Optometry Centre. Setelah itu anda akan dilakukan pemeriksaan mata oleh optometrist untuk mengetahui tahap masalah anda itu.  

Cermin Mata Murah

Setelah selesai membuat pemeriksaan dan mendapat keputusan, optometrist akan segera memberitahu apakah sebenarnya tahap penglihatan anda dan cermin mata bagaimanakah yang sesuai dan tepat untuk anda guna.

Cermin Mata Murah

Sebelum mula menempah anda boleh membuat pilihan bingkai mengikut warna, jenis dan reka bentuk yang anda sukai. Setelah menemui bingkai yang diinginkan maka anda bolehlah mula membuat tempahan mengikut kadar harga yang telah dipersetujui. Hebatnya pihak Oasis Optometry Centre ini, mereka boleh menyiapkan tempahan cermin mata anda itu hanya dalam masa 30 minit sahaja! Wow pantasnya!

Cermin Mata Murah

Layanan Mesra Pelanggan Selepas Jualan Juga Turut Ditekankan

Tidak hanya menekankan kualiti servis semasa pelanggan ingin membuat tempahan, pihak Oasis Optometry Centre turut menekankan layanan mesra untuk semua para pelanggan selepas jualan berjaya dilakukan juga. Ini bermakna anda akan sentiasa dialu-alukan untuk menghubungi mana-mana cawangan Oasis Optometry Centre yang berhampiran sekiranya ada mengalami apa-apa masalah yang berkaitan dengan mata selepas pembelian telah di buat nanti.

Cermin Mata Murah

Pendekata, jika ada sebarang masalah berkaitan dengan mata dan cermin mata tersebut, datanglah pada bila-bila masa dan pihak Oasis Optometry Centre akan cuba membantu memberi khidmat nasihat dan sebagainya dengan sebaik mungkin.

Oasis Optometry Centre Sering Dikunjungi Pelanggan Kerana Mampu Memberikan Servis Yang Terbaik

Cermin Mata Murah

Cermin Mata Murah

Mahu Tempah Cermin Mata Murah Di Kelantan Dengan Kualiti Yang Tinggi? Kunjungilah Oasis Optometry Centre!

Pilihan banyak, siap cepat, layanan mesra. Itulah keutamaan yang sering ditekankan oleh pihak Oasis Optometry Centre untuk semua para pelanggan. Cepat kunjungi Oasis Optometry Centre hari ini juga untuk mendapatkan ujian penglihatan berkomputer secara percuma. Dan jika anda benar-benar ingin tempah cermin mata murah dari RM99, Oasis Optometry Centre adalah jawapannya.

Cermin Mata Murah di kelantan

OASIS OPTOMETRY CENTRE | KEDAI CERMIN MATA MURAH DI KELANTAN
Hotline: Tekan untuk telefon (017-7248991) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Oasis Optometry Centre

HQ & CAWANGAN OASIS OPTOMETRY CENTER

HQ Kubang Kerian
PT 1666 Bandar Baru Kubang Kerian, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan.
(Hadapan Institut Latihan Kejururawatan/sebaris dengan Pizza Hut)
Tel: 09-764 9991

Cawangan Pasir Puteh
Lot. No G4, Bangunan Arked Pasir Puteh Jalan Madrasah, Pasir Puteh Kelantan.
(Hadapan SMO)
Tel: 09-786 9992

Cawangan Kok Lanas
Pt 5062 (B) Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas Kota Bharu, Kelantan.
(Hadapan Pasar SAIDINA ALI/ bersebelahan SINGER)
Tel: 09-788 9993

Cawangan Tumpat
Pt 3948 (B) Jalan Setia Utama, Bandar Bentara Tumpat Kelantan.
(Sebaris dengan EASY FIT)
Tel: 097260444

Nak tempah cermin mata murah di Kelantan?

Hubungi talian +60177248991 atau tekan butang untuk WhatsApp

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Nak tempah cermin mata murah di Kelantan?

Hubungi talian +60177248991 atau tekan butang untuk WhatsApp

Call Whatsapp Layari Website

Nak tempah cermin mata murah di Kelantan?

Hubungi talian +60177248991 atau tekan butang untuk WhatsApp