Review
Mar 6, 2018, 5:45pm

Tempah Bidai Online Untuk Rumah, Pejabat di Selangor


Bidai atau blind boleh menjadi elemen kemasan yang menarik di sebalik fungsi utamanya sebagai penuras atau pengawal cahaya sesuatu ruang. Ya. Jika keperluan untuk mengawal cahaya dari tingkap atau pintu lut sinar menjadi keutamaan, bidai adalah lekatan yang sesuai. Dengan bidai, jumlah cahaya boleh diurus mengikut keperluan atau dibuka dan disekat sepenuhnya.

tempah bidai online untuk rumah, pejabat di selangor

Walaupun begitu kebanyakan tuan rumah mungkin berpendapat bidai tidak begitu menarik dalam menyerlahkan hiasan tingkap mereka. Tidak seperti langsir yang boleh diolah dengan berbagai konsep hiasan melalui pemilihan corak, warna dan tekstur, blind adalah monotone. Tetapi menggunakan bidai untuk beberapa tingkap terpilih mungkin idea bijak. Antara tingkap yang sesuai dilengkapi bidai adalah tingkap yang kecil dan  terpisah. Tingkap yang ditempatkan meja belajar atau pejabat dan juga tingkap dapur di mana bidai adalah pilihan yang praktikal.

Panduan Memilih Bidai Yang Terbaik

Eh!! Nak beli bidai pun kena ada panduan ke untuk membeli? Benar, untuk membeli bidai ini, anda memerlukan panduan yang lengkap agar rumah atau pejabat anda kelihatan menarik dan cantik. Berikut beberapa panduan ketika memilih bidai untuk anda supaya anda tidak tersalah pilih. Antaranya adalah;

1. Stail

Terdapat pelbagai stail bidai yang berbeza. Antara yang paling popular ialah bidai Venetian. Putuskan dulu apa stail yang anda mahu bergantung kepada faktor kegunaan dan reka bentuk tingkap.

style bidai untuk rumah

Antara stail bidai yang ada di pasaran ialah Tirai gulung ( roller shades ). Tirai ini diperbuat khas daripada bahan legap terawat atau fabrik yang bergulung pada cemat (dowel ) dan memerlukan spring atau sistem tali pintal berbiji untuk menggulung fabrik ke atas atau ke bawah. Stail ini bagus untuk anda yang mahukan privasi sepenuhnya atau untuk melindungi perabot rumah daripada kusam ‘dimamah’ matahari. Selain dari tirai gulung, terdapat juga tirai roman. Bidai stail ini mempunyai tali yang disulam pada fabrik bagi membolehkan anda menaikkan atau menurunkan bidai mengikut paten akordion. Stail berikutnya adalah Bidai Venetian. Bidai jenis ini juga dipanggil bidai melintang biasanya dibuat daripada kayu atau aluminium. Ia boleh dilaraskan bagi mengubah tahap kemasukan cahaya matahari dalam bilik.

2. Mengukur Dan Memasang Bidai

buat ukuran sebelum tempah bidai online untuk rumah, pejabat di selangor

Bidai yang dipakai sepatutnya jatuh dengan lancar tanpa sebarang halangan ketika ia dipasang sepenuhnya. Ia harus tergantung dengan bebas. Untuk ukuran yang tepat, anda dicadangkan menggunakan pembaris besi.

3. Memotong Bidai 

memotong bidai untuk dipasang di rumah

Proses memotong bidai amat penting untuk memastikan bidai tersebut menepati saiz tingkap. Sebelum memotong bidai, ukur lebar yang dikehendaki. Bilah, tiub dan fabrik bidai hendaklah dipotong mengikut saiz yang tepat.

4. Kos

kos penghantaran bidai ke rumah

Selain kos bidai itu sendiri, harus juga dipertimbangkan kos penghantaran yang mungkin menjadikan pembelian anda jauh lebih mahal. Pastikan anda meneliti secara terperinci sebelum membuat sebarang tempahan.

Tempah Bidai Online Untuk Rumah, Pejabat di Selangor

Masih lagi mencari – cari bidai untuk letak di Pejabat atau rumah dengan harga yang murah dan berkualiti terutama di kawasan Selangor? Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang hiasan dalaman, Bidai On9 telah berkembang menjadi antara pakar bidai tingkap di Malaysia yang menawarkan khidmat yang mesra kepada setiap pelanggan. Misi mereka adalah untuk menyerikan lagi kediaman dan pejabat anda dengan bidai keluaran Bidai On9.

tempah bidai online untuk rumah, by primo decor

Sebagai sebuah pengedar bidai terkemuka di Malaysia, matlamat Bidai On9 adalah untuk memberikan anda produk – produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Direka untuk penggunaan yang praktikal dan up to date, kesemua produk Bidai On9 dicipta untuk mengawal cahaya dan udara.

Kelebihan Memilih Bidai di Bidai On9

Saat ini ramai orang memilih untuk menggunakan Bidai untuk mendapatkan hasil yang lebih trendy dan lebih praktikal berbanding langsir konvensional. Memasang bidai adalah alternatif yang lebih efisien dalam mengawal jumlah udara dan cahaya yang memasuki sesebuah ruangan.

memasang bidai untuk mengwal kemasukan cahaya

Pemasangan bidai dapat memberikan sentuhan moden dan elegan kepada mana-mana ruangan yang sudah tentu tidak dapat ditandingi oleh langsir biasa. Di Bidai On9, mereka menawarkan penyelesaian terbaik dengan menyesuaikan produk mereka dengan kehendak peribadi anda.

antara rekabentuk bidai yang menarik dipasang di rumah

Bidai On9 dihasilkan menggunakan bahan berkualiti yang dapat bertahan untuk tempoh masa yang panjang. Jika anda ingin memberikan wajah baru kepada mana – mana bilik anda di rumah ataupun pejabat anda, bidai dari Bidai On9 boleh menjadi salah satu pilihan yang praktikal dan kos efektif.

Bidai Yang Terlaris Di Bidai On9

Di Bidai On9 terdapat pelbagai jenis bidai, corak dan warna yang mampu menawan hati anda. Jangan terkejut jika anda sendiri tidak tahu mahu pilih yang mana kerana koleksi – koleksi bidai di sini sememangnya cantik dan yang paling penting ia murah.

  • Outdoor Blind By Bidai On9

Bidai outdoor direka khas untuk mengawal cahaya terik matahari dan tempias hujan dari membasahi teras, balkoni, gazebo dan lain – lain. Walaupun anda sudah memasang awning pada bahagian luar rumah, namun cahaya terik matahari dan tempias hujan mungkin akan menyelinap dan memasuki beranda anda. Didatangkan dengan berbagai jenis ukuran dan warna yang dapat disesuaikan dengan konsep hiasan dalaman anda. Dengan menggunakan bidai ini anda tetap boleh menikmati udara segar di luar rumah tanpa perlu risau cuaca panas dan tempias hujan akan mengganggu keselesaan anda.

tempah bidai outdoor online untuk rumah, pejabat di selangor 7

  • Venetian Blind By Bidai On9

Bidai venetian terdiri dari kepingan – kepingan bilah aluminium yang disusun secara horizontal atau secara mendatar. Venetian Blind direka khas untuk menutup tingkap dengan saiz yang tidak terlalu besar. Bidai ini kebanyakan kita jumpai pada kafe, pejabat dan ruang kerja. Ia juga sesuai digunakan di rumah sebagai bidai dapur dan bidai bilik mandi. Bidai jenis ini sangat mudah dijaga dan di selenggara. Cara membersihkannya pula hanya menggunakan vacuum atau dengan mengelap bilah aluminium menggunakan kain basah. Bidai Venetian membolehkan anda mengawal jumlah cahaya matahari di dalam ruangan dan menyediakan persekitaran yang sangat peribadi. Bidai jenis ini adalah yang paling menjimatkan berbanding bidai lain.

tempah venetian bidai online

  • Roller Blind By Bidai On9

Bidai ini Dikenali juga sebagai bidai gulung. Bentuknya sendiri dianggap sangat sederhana. Oleh itu ianya sesuai untuk anda yang mempunyai cita rasa minimalist dan elegan. Terdapat dua cara untuk menggunakannya, secara manual (ditarik menggunakan rantai yang terdapat pada sisi bidai ), dan secara automatik (menggunakan alat kawalan jauh ). Bidai roller ini terdiri daripada banyak pilihan kain, seperti polyester, katun, kanvas, kulit, dan sebagainya. Bidai jenis ini adalah alternatif hiasan tingkap yang sangat popular dan ekonomik untuk kegunaan rumah dan pejabat. Juga sesuai untuk dapur, ruang tamu dan bilik mandi. Jika anda menyukai hasil yang kemas dan elegan, pastikan anda memilih Roller Blinds yang Bidai On9 ada.

tempah roller blind online

  • Vertical Blind By Bidai On9

Bidai yang dipasang menegak dan bergerak ke sisi untuk dibuka dan ditutup. menggunakan rantai kunci pada hujung trak besi yang berfungsi untuk melaraskan cahaya yang masuk ke dalam ruangan. Dari segi estetika bidai vertical digunakan untuk memberi kesan agar bilik nampak luas dan siling seakan akan tinggi. Bidai ini sangat sesuai dipasang pada tingkap besar atau pintu sliding. Ianya boleh menjadi alternatif yang lebih menjimatkan untuk pejabat mahupun rumah. Anda juga boleh menggunakannya di bilik belajar rumah anda. Di Bidai On9, mereka menyediakan pelbagai pilihan reka bentuk kain untuk anda pilih. Dan didatangkan dalam pelbagai warna-warna yang menarik yang boleh dipadankan dengan perabot anda.

tempah vertical blind online

  • Roman Blind By Bidai On9

Pilihan paling popular jika berbicara mengenai bidai untuk hiasan dalaman. Boleh diperbuat dari apa sahaja fabrik mengikut kehendak anda termasuk fabrik yang digunakan untuk langsir. Sangat kemas dan teratur. Roman Blind dikenali juga dengan bidai lipat. Penggunaannya sendiri sesuai diaplikasikan pada ruangan yang tidak terlalu besar dengan model tingkap yang kecil dan panjang. Sangat cantik dipasang di mana – mana bahagian dalam rumah. Untuk mengelakkan bidai mengecut atau melengkung, disarankan untuk mengaplikasikan bidai roman ini pada tingkap dengan lebar tidak lebih dari 1,25 meter.

tempah roman blind murah

  • Panel Blind By Bidai On9

Bidai panel ini sering disalah anggap sebagai langsir. Ia terdiri dari beberapa keping kain yang agak lebar dan disusun menegak pada trak besi.nBiasanya digunakan untuk pembahagi ruang seperti di hallway atau boleh juga dipasang pada pintu sliding. Sama seperti bidai vertical, bidai panel juga berfungsi untuk mengawal cahaya matahari, sekali gus mengurangkan panas dalam ruangan saat siang hari. Cara penggunaannya sendiri boleh dibuka atau ditutup ( ditolak ), menggunakan rantai yang ditarik, atau stik yang terhubung dengan seutas tali yang tergantung di bahagian atas. Terdapat pula pelbagai bahan yang boleh anda pilih, seperti kain, kanvas, kertas, dan sebagainya.

tempah panel blind online dan murah

Jom Dapatkan Hiasan Bidai Terbaik Untuk Rumah Dan Pejabat Anda Sekarang!!

Anda malas mahu basuh langsir? Jika malas mahu membasuh atau memasang langsir, Bidai keluaran Bidai On9 sememangnya memenuhi cita rasa anda. Hal ini kerana Bidai by Bidai On9 ini, tidak perlu dibasuh menggunakan mesin basuh ia boleh dicuci dengan vacuum sahaja. Bagi anda pula yang mahu menyerikan lagi kediaman dan pejabat anda bolehlah menggunakan kesempatan ini dengan bidai keluaran Bidai On9. Sila berhubungan dengan kakitangan profesional Bidai On9 untuk mendapatkan nasihat dan panduan mengenai pemasangan dan penggunaan rangkaian produk dari Bidai On9.

jom tempah bidai secara online

BIDAI ON9 | TEMPAH BIDAI ONLINE
Hubungi: Tekan untuk telefon (60126781187) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Bidai on9
Website: http://www.bidaion9.com

Lokasi:
Bidai On9
23-1, Jalan Klang Sentral 10/KU5, Klang Sentral 41050 Klang, Selangor.

Jom Dapatkan Hiasan Bidai Terbaik Untuk Rumah Dan Pejabat Anda Sekarang!!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Hiasan Bidai Terbaik Untuk Rumah Dan Pejabat Anda Sekarang!!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Hiasan Bidai Terbaik Untuk Rumah Dan Pejabat Anda Sekarang!!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: