Review
Jan 25, 2018, 3:49pm

Telekung Kanak-kanak Murah dan Selesa Dari Telekung Comel


Anak-anak perempuan selalu dipakaikan telekung oleh ibu bapa mereka ketika waktu hendak menunaikan solat. Biarpun belum mempunyai syarat sah wajib solat dan masih kecil, adalah amat disarankan supaya ibu bapa mula mengajar mereka cara bersolat dengan mudah iaitu hanya mengikut cara ibu bapa bersolat. Namun, ia tidaklah mudah seperti yang kita sangka. Ada dalam kalangan anak-anak kita tidak selesa berpakaian solat, panas dan tidak mahu mengikut untuk solat dan sebagainya.

ajar anak solat dengan telekung kanak kanak

 

Telekung memainkan peranan penting dalam menarik minat anak-anak untuk belajar cara solat. Secara umumnya, telekung merupakan pakaian menutup aurat yang digunakan untuk menunaikan solat kerana mempunyai ciri-ciri sah solat seperti pakaian tidak ketat dan tidak menampakkan aurat, bersih dan longgar. Tetapi ada segelintir ibu bapa yang ambil remeh sahaja hal yang berkaitan telekung anak-anak ini kerana mereka menyangka anak boleh memakai telekung mereka disebabkan menutup aurat juga. Kesilapan ibu bapa telah lakukan sejak dari mereka kecil lagi adalah kerana ibu bapa tidak memberikan keselesaan kepada diri anak-anak mereka dari segi berpakaian ketika solat.

Situasi Dan Tanda Anak-anak Tidak Selesa Dengan Telekung Solat

Terdapat banyak sebab mengapa anak-anak malas menunaikan solat dan tidak suka solat. Waktu nak solat, macam-macam hal yang berlaku. Salah satu sebabnya adalah kerana anak-anak tidak selesa dengan telekung yang dipakai. Macam mana nak tahu anak selesa atau tidak? Sekiranya anda mengalami situasi dibawah ini, inilah tanda-tanda bahawa anak anda tidak selesa dengan telekung yang dipakai oleh mereka selama ini.

situasi anak tidak selesa dengan telekung kanak kanak

1. Buat Perangai Tiap Kali Nak Solat

Tiap kali masuk waktu bila kita ajak solat bersama, si kecil akan mula diam, memberontak dan tak nak solat sekali. Bila disoal-soal, tiada jawapan. Bila kita sarung telekung kepada dia, dia nak buka. Yang bagi alasan pun, mesti akan cakap sebab telekung mama dia besar sangat, tak selesa, kena pakai kerongsang dan pin sini sana, tercucuk pula pin tu terus tak mahu solat.

anak pakai telekung kanak kanak murah

2. Tiada Tarikan dan Tak Penuhi Citarasa Si Manja

Kebanyakan telekung yang dijual dipasaran adalah sama jenis dan teksturnya tidak menarik. Si manja akan tertarik dengan telekung yang sangat cantik, bewarna serta jenis kain yang selesa dipakai. Anda boleh bayangkan betapa mereka amat suka akan warna kegemaran mereka dan seronok memakainya untuk solat. Sebagai contoh, warna merah jambu menarik hati mereka untuk memakainya kerana itu adalah warna kegemaran mereka. Fahamilah bahawa setiap kanak-kanak mempunyai citarasa mereka yang tersendiri.

telekung comel kanak kanak

 

3. Tidak Jumpa Telekung Size Sesuai Dengan Si Kecil

Sudah semua kedai yang telah kita masuk, tapi kita masih tak jumpa telekung yang sesuai dan sepadan dengan si manja. Susahnya nak cari size telekung. Balik balik kena sarungkan telekung kita yang besar gedabak ni juga untuk si manja. Lagilah si manja tu meragam panaslah, tak selesalah dan sebagainya.

tiada saiz telekung kanak kanak

4. Telekung Si Kecil Terlalu Mahal

Seharian suntuk asyik ke sana ke sini mencari telekung si manja, akhirnya jumpa yang cantik menarik tertawan hati ni. Tiba-tiba mahal la pulak! Nak beli pun fikir berkali-kali pula, RM100 sahaja anggaran untuk telekung si kecil. Bukan semua orang mampu untuk beli dengan harga macam tu, tambahan pula sekarang zaman perlukan duit. Terbantutlah lagi niat nak beli telekung si kecil yang cantik tu.

harga telekung kanak kanak mahal

Semua punca-punca itulah yang menyebabkan anak tidak selesa solat sehinggakan menjadi malas untuk solat. Walaupun terdapat banyak jenis pilihan telekung kanak-kanak yang dijual di pasaran tetapi kebanyakannya sangat mahal dan tidak selesa walaupun dari segi luarannya sangat lembut.

Ish, takde ke telekung cantik budak yang harga mampu milik?

TELEKUNG COMEL Inspirasi Muslimah Cilik

telekung kanak-kanak murah oleh telekung comel

Ada. Siapa cakap tak ada? Inilah Telekung Comel Inspirasi Muslimah Cilik. Telekung Comel merupakan telekung kanak-kanak yang trending dan sangat popular masa kini. Ia adalah sebuah jenama yang dicipta khas oleh Natasha Noorazrin Bt Mohd Basir bersama iparnya, Normah Bt Abdullah, bagi menyuntik semangat si kecil untuk menggayakan telekung atau pakaian solat dengan selesa serta beristiqamah dalam menunaikan solat. Telekung dalam pelbagai variasi corak dan warna ini amat selesa dipakai oleh anak-anak kecil mahupun yang telah besar. Size dan kualiti kain telekung comal amat terbaik dan disukai ramai.

Kualiti Telekung Kanak-Kanak Murah Oleh Telekung Comel Selesa Dipakai

Telekung comel diinovasikan dengan pemilihan fabrik soft jersey yang sangat selesa, tidak panas, tidak mudah berkedut dan tidak berat serta sangat lembut. Sebelum menghasilkan produk ini, mereka mendapati jenis kain ini sangat selesa dipakai berbanding kain lycra. Justeru, mereka telah memilih jenis kain soft jersey yang sangat lembut, selesa dan sedap dipakai ini menjadi sumber utama kain telekung comel. Kualiti kain telekung comel adalah keutamaan perniagaan yang mereka bawakan. Kualiti kain telekung ini akan memberi kepuasan pelanggan dan merupakan kekuatan jenama Telekung Comel.

telekung kanak-kanak murah dan selesa

Telekung yang menepati citarasa kanak-kanak ini mempunyai pemilihan kain yang bewarna-warni serta mempunyai kualiti jahitan yang sangat kemas. Tidak dinafikan, Telekung Comel sering mendapat permintaan ramai ibu bapa untuk dipakai oleh kanak-kanak berusia seawal 1 hingga 12 tahun dan mendapat kepuasan dari semua pihak disebabkan oleh kesesuaian labuh kain telekung, ukur lilit muka dan labuh telekung. Mereka bukan sahaja berpuas hati dengan kualiti telekung ini, malah ramai berpuas hati dengan harga telekung ini yang sangat berpatutan dan murah. Pendek kata, harga telekung comel ini mampu milik dan sangat selesa. Disamping itu, reka bentuk dan design telekung comel ini sangat menarik minat si kecil untuk tampil cantik dan kemas untuk bersolat.

Ciri-ciri Telekung Comel

Antara ciri-ciri telekung comel adalah jenis material kainnya, jahitannya, rekaannya dan pelbagai lagi.

ciri-ciri telekung kanak-kanak murah

Rekaan Terkini

Telekung Chomel sangat menarik dari segi rekaan bersesuaian dengan citarasa kanak-kanak di mana Telekung Chomel meletakkan kombinasi warna-warna yang menarik seperti pilihan anak-anak kecil. Tak percaya? Anak anda pasti akan tertarik melihat warna-warna telekung chomel! Dengan elemen rekaan yang menarik, pasti anak-anak akan tidak sabar untuk pakai dan tunggu waktu solat.

rekaan telekung kanak-kanak moden

Material Soft Jersey | Lembut

Pemilihan jenis fabrik dan kain amat penting dalam memastikan si manja selesa pakai. Tidaklah selepas ini asyik panas sahaja. Material soft jersey yang sejuk dan ringan ini sangat sesuai bagi kanak-kanak dan pastikan keselesaan kanak-kanak merupakan keutamaan Pihak Telekung Comel.

rekaan telekung kanak-kanak kain soft jersey

Getah Pengikat Kepala

Ada telekung yang mempunyai getah di belakang kepala yang perlukan kita ikat dibelakang. Bagi kanak-kanak, mereka memerlukan ibu bapa perlu mengikat getah tersebut.ka tidak, getah akan longgar dan mudah nampak rambut, keadaan telekung di depan terlalu longgar atau terlalu ketat di kepala dan macam-macam lagi. Namun, tercetusnya Telekung Chomel memudahkan semua pihak dimana ibu bapa tidak perlu mengikat telekung anak dan anak juga boleh menyarung sendiri sahaja dengan mudah! Bak kata orang, tak perlu banyak songeh!

telekung kanak-kanak ada getah kepala

Jahitan ‘Zigzag’ Kemas dan Tahan Lasak

Jahitan ‘Zigzag’ yang kemas memberi kualiti pada fabrik tersebut untuk terus tahan kuat dan tak mudah tertetas. Bagi anak yang kecil dan suka menarik benang yang tercabut atau terkeluar di kain, anda tidak perlu risau kerana telekung chomel tidak akan rosak kerana jahitannya yang sangat kukuh dan tahan.

telekung kanak-kanak jahitan zigzag

Jenis Koleksi Telekung Chomel

Perniagaan telekung kanak-kanak lebih daripada 5 tahun ini telah mengeluarkan 3 jenis koleksi telekung yang sangat cantik dan berbeza. Rekaan pertamanya adalah Telekung Syafiah Humaira, diikuti dengan Telekung Aqila Amani dan yang terbaru adalah Telekung Anees Wardina.

koleksi telekung kanak-kanak murah

Ketiga-tiga jenis koleksi ini hadir dengan beg uncang percuma sama warna dengan telekung dan berfungsi untuk meletakkan telekung. Selain itu, pelanggan akan mendapat set telekung beserta sejadah untuk anak-anak mereka.

1. Telekung Syafiah Humaira

  • Material ‘SOFT JERSEY’
  • Rekaan sederhana
  • Kombinasi 2 warna (Renda warna kontra di telekung)
  • Perincian sedikit taburan bungaan felt
  • Jahitan ZIGZAG yang KEMAS & KUKUH
  • Getah di bahagian muka sesuai untuk semua jenis wajah
  • Getah pengikat kepala
  • Getah di pinggang
  • Hadir bersama sebuah bag uncang sama warna telekung

telekun syafiah humairah

2. Telekung Aqila Amani

  • Material ‘SOFT JERSEY’
  • Rekaan paling ‘SIMPLE’
  • Perincian sedikit sulaman & bungaan felt
  • Jahitan ZIGZAG yang KEMAS & KUKUH
  • Getah di bahagian muka sesuai untuk semua jenis wajah
  • Getah pengikat kepala
  • Getah di pinggang
  • Hadir bersama sebuah bag uncang sebagai bag telekung, sama warna telekung

telekung aqila amani

3. Telekung Anees Wardina

  • Material ‘SOFT JERSEY’
  • Rekaan ISTIMEWA
  • Kombinasi 2 warna
  • Penggunaa lace kecil di dada
  • Perincian sedikit taburan bungaan felt
  • Jahitan ZIGZAG yang KEMAS & KUKUH
  • Getah di bahagian muka sesuai untuk semua jenis wajah
  • Getah pengikat kepala
  • Getah di pinggang
  • Hadir bersama sebuah bag uncang sebagai bag telekung, sama warna telekung

telekung anis wardina

Telekung Chomel Istimewa, Murah dan Mampu Milik di Malaysia

Tagline Telekung Chomel iaitu ‘Inspirasi Muslimah Cilik’ ini memberi harapan kepada ibu bapa agar semua masalah selesai dan mereka dapat memiliki telekung yang cantik dan mempunyai size serta material yang selesa dengan harga yang mampu milik. Ternyata, harga produk Telekung Chomel lebih murah berbanding jenama lain dalam pasaran zaman kini. Disamping mendapatkan keselesaan bagi kanak-kanak dalam solat, kanak-kanak akan lebih suka dan tak sabar menunggu waktu untuk solat.

telekung kanak-kanak pilihan rakyat malaysia

Telekung Chomel juga sangat istimewa kerana mempunyai perincian unik dimana koleksi telekung comel dihias dengan perincian bunga dari kain felt yang unik dan cantik serta di hasilkan secara handcraft! Sangat kretif dan istimewa.

Istimewanya Telekung Comel ini juga adalah kerana anda boleh menempah mengikut pilihan warna kesukaan anda dan anak serta rekaan corak anda sukai. Stok telekung comel adalah sediaada dan juga pembuatannya dilakukan secara dari rumah atau homemade. Ianya mengambil masa 3 hingga 7 hari untuk disiapkan.

Anda nak tambah pendapatan? Telekung Comel membuka peluang perniagaan kepada yang berminat untuk menjadi ejen secara dropship atau stokis.

Testimoni Pelanggan Telekung Comel

testimoni pembeli telekung kanak-kanak murah (1) testimoni pembeli telekung kanak-kanak murah (2) testimoni pembeli telekung kanak-kanak murah (3)

Dapatkan Telekung Kanak – Kanak dari Telekung Comel Sekarang!

Mulakan langkah pertama anak anda solat dengan telekung kanak – kanak daripada Telekung Comel. Dengan kualiti yang sangat baik, dan pilihan warna yang menawan, pasti anak anda sangat sukakannya. Jom order menerusi maklumat seperti di bawah.

Jom Dapatkan Telekung Kanak - Kanak dari Telekung Comel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Telekung Kanak - Kanak dari Telekung Comel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Telekung Kanak - Kanak dari Telekung Comel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: