Dapat mempelajari atau memahami teknik belajar Bahasa Arab dengan betul dan cepat mungkin kedengaran agak mustahil. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipelajari jika mengetahui kaedah yang berkesan.
Sepertimana yang pernah disebutkan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a.:
“Pelajarilah Bahasa Arab, kerana Bahasa Arab adalah sebahagian dari agama kalian.”
Juga tercatat di dalam surah Yusuf, ayat ke-2 yang menyebutkan bahawa:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.”
Sejarah Bahasa Arab
Bagi yang ingin mendalami Bahasa Arab ini, tidak lengkap rasanya apabila tidak mengetahui perihal asal-usul bahasa tersebut dari segi perkembangannya. Bahasa Arab merupakan antara salah satu bahasa yang tertua di dunia. Berbicara mengenai sejarah Bahasa Arab, terdapat beberapa pendapat yang cuba menjelaskan berkenaan bilakah waktunya Bahasa Arab ini muncul.
Umat Islam umumnya pasti mengetahui bahawa Nabi Adam a.s. merupakan manusia pertama yang diciptakan Allah S.W.T. Sebelum Nabi Adam a.s. diperintahkan untuk turun ke bumi, baginda merupakan penduduk syurga. Terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa bahasa penduduk syurga pada ketika itu ialah Bahasa Arab.
Pendapat tersebut merupakan interpretasi daripada firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah, ayat 31:
“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!”
Daripada ayat tersebut, para pemikir Islam berpendapat bahawa Allah s.w.t. telah mengajarkan ilmu pengetahuan kepada Nabi Adam a.s. di dalam Bahasa Arab. Bahkan pendapat itu ditegaskan lagi bahawa huruf–huruf arab yang dikuasai oleh Nabi Adam a.s. difahami oleh Baginda tanpa pembelajaran secara langsung dari Allah s.w.t. sebagai sebuah mukjizat yang dikenali sebagai Nadzariyyah at-Taufiq.
Bagi para penggiat kaligrafi pula, mereka mempunyai fahaman yang hampir sama. Menurut mereka, Bahasa Arab ini wujud sejak zaman Nabi Adam a.s. Cuma Bahasa tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa fasa berlainan menurut peredaran zaman dan peradaban manusia.
Perkembangan Bahasa Arab Menurut Penggiat Kaligrafi
Fasa Jahiliah
Fasa ini muncul ketika wujudnya beberapa kegiatan penting yang menjadi tradisi masyarakat Mekah suatu ketika dahulu. Antara kegiatan tradisi yang dimaksudkan ialah kemunculan festival syair-syair Arab yang secara tidak langsung memperluaskan penggunakan Bahasa Arab yang akhirnya membentuk satu standard bahasa.
Fasa Permulaan Islam
Fasa ini terhasil apabila al-Quran diturunkan dengan membawa kosakata baru dalam nisbah yang banyak yang menjadikan Bahasa Arab cukup sempurna dari segi pemaknaan dan ilmu-ilmunya.
Fasa Bani Umayyah
Melalui fasa ini pula, perkembangan Bahasa Arab dikatakan lebih meluas melalui penguasaan kerajaan Islam. Terjadinya percampuran orang-orang Arab dengan penduduk asli tempatan kesan daripada perluasan wilayah Islam ketika itu. Maka secara tidak langsung, penduduk tempatan mampu mempelajari Bahasa Arab sebagai bahasa agama dan juga pergaulan.
Fasa Bani Abbasiyyah
Suatu ketika, pemerintah kerajaan Abbasiyyah sangat yakin bahawa kejayaan pemerintahan dapat bertahan apabila bergantung kepada kemajuan agama Islam dan juga Bahasa Arab. Demi mencapai kemajuan dan mempertahankan agama Islam, kegiatan membedah kitab suci al-Quran dilakukan dengan lebih menyeluruh untuk mendalami pelbagai cabang ilmu. Hasilnya, Bahasa Arab mula dipelajari melalui penerbitan buku-buku ilmiah.
Fasa Abad ke-5 Hijriah
Selepas abad ke-5 Hijriah ini, Bahasa Arab sudah dilihat agak lemah kerana ia tidak lagi digunakan sebagai bahasa politik dan pemerintahan. Sebaliknya ia hanya kekal sebagai bahasa agama. Hal ini terjadi apabila dunia Arab terpecah kepada beberapa negara yang diperintah oleh penguasa politik yang bukan berbangsa Arab. Lebih mendesak apabila kerajaan Turki Uthmaniah menjadikan Bahasa Persia sebagai bahasa pemerintahan sejak daripada itu.
Fasa Bahasa Arab di Zaman Baru
Kebangkitan semula Bahasa Arab berlaku apabila para ilmuwan Mesir bergabung usaha bersama golongan ilmuwan Eropah. Ketika itu, Bahasa Arab digunakan kembali untuk pengajian-pengajian, muncul gerakan menghidupkan kembali kosakata yang asal dan mula mencetak buku-buku sastera Arab dalam jumlah yang sangat besar.
Kelebihan Belajar Bahasa Arab
Umumnya terdapat beberapa kelebihan apabila mempelajari Bahasa Arab yang boleh dimanfaatkan sehingga ke akhir hayat.
1. Membantu Memahami Sumber Utama Agama Iaitu Al-Quran
Buktinya adalah sepertimana yang termaktub di dalam surah Yusuf ayat ke-2 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.”
Melalui kaedah ini, dapat dirasakan seolah-olah berbicara dengan langsung dengan Maha Pencipta berbanding membaca terjemahan.
2. Memudahkan Proses Penghafalan al-Quran
Inilah antara nikmat terbesar sekiranya seseorang itu mampu menguasai Bahasa Arab. Ini kerana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa yang sama.
3. Mampu Menghayati Ayat-ayat Al-quran Di Mana-mana Sahaja
Besar manfaatnya jika seseorang itu berupaya memahami alunan ayat-ayat al-Quran tidak kira dimana sahaja berada. Secara tidak langsung, hati seseorang akan lebih kuat berpaut dan hidup untuk mengingati pada-Nya.
4. Memberi Kesan Positif Dalam Kehidupan Seharian
Buktinya ialah, setiap kali berzikir seseorang itu lebih peka dengan apa yang disebutkan oleh lidahnya. Jika diaplikasikan dalam setiap aspek kehidupan, ia mampu memberikan impak yang terbaik sepertimana yang diperincikan di dalam kitab Iqtidha’ Sirathil Mustaqim, karangan Ibnu Taimiyyah.
Teknik Belajar Bahasa Arab Dengan Betul dan Cepat
Kepada yang tercari-cari kelas berkenaan teknik belajar Bahasa Arab dengan betul dan cepat, disini dikongsikan mengenai “Kelas Teknik “Faham Arab al-Quran.”
Kelas Teknik “Faham Arab al-Quran”
Kelas ini akan mendedahkan teknik belajar Bahasa Arab yang paling mudah untuk memahami Bahasa Arab Al-Quran walaupun tidak ada asas Bahasa Arab. Terdapat 3 teknik akan dipelajari melalui kelas ini dan seterusnya boleh diaplikasikan terus dalam kehidupan seharian. Kelas ini sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak sekolah rendah dan menengah.
Apa Yang Akan Dipelajari?
Melalui kelas teknik belajar Bahasa Arab ini, antaranya yang dapat dipelajari ialah:
- Pengenalan tentang ayat Al-Quran.
- Diterangkan langkah-langkah ”Teknik” bagaimana untuk faham Bahasa Arab Al-Quran dengan mudah.
- Latihan praktikal dalam kelas dan dibantu oleh Speaker bertauliah.
- Bagi yang sudah berjaya dengan Teknik 1, akan diajar Teknik 2 dan yang advance akan diajar Teknik 3.
Antara Objektif Kelas Ilmu Arab Al-Quran
- Menukarkan konsep sekadar membaca al-Quran kepada konsep mentadabbur al-Quran. Selepas menguasai teknik ini, seseorang akan mendapat perasaan seperti berkomunikasi secara langsung dengan Allah dan meneliti apa yang Allah ingin sampaikan.
- Menukarkan emosi sewaktu solat sekiranya sebelum ini hanya menghafal bacaan al-quran kepada merasakan perbualan kita dengan Allah (kusyuk).
- Apabila mendengar ayat-ayat al-Quran di corong-corong radio, di masjid atau di mana-mana sahaja, seseorang akan mampu memahami makna di sebalik ayat al-Quran tersebut.
- Kelas ini juga berusaha untuk membantu memudahkan hafazan Al Quran.

Siapa Yang Pernah Hadir ke Kelas Teknik Belajar Bahasa Arab Ini?
- Pelbagai latar belakang peserta dari berpangkat Dato’, Datin, Dekan, Profesor, Doktor, Pensyarah.
- Businessman, Engineer, Staf Korporat, Ustaz, Ustazah, Mudir Sekolah Agama, Pelajar Mesir, Guru.
- Pelajar-pelajar Tahfiz, Bekas pelajar sekolah agama sehinggalah suri rumah, mualaf dan anak-anak sekolah rendah serta lain-lain.
Siapa Yang Patut Hadir?
- Sesiapa sahaja yang berminat mahu memahami Bahasa Arab al-quran tanpa mengira latar belakang.
- Walaupun tanpa asas Bahasa Arab. Bonus akan diberikan kepada sesiapa yang sebelumnya pernah belajar Bahasa Arab.
Kelas Teknik Faham Arab Al-Quran akan dikendalikan oleh Puan Norhaini bt Sulaiman atau dikenali sebagai Puan Cahaya.
Kenali Puan Cahaya – Pengendali Kelas Teknik Faham Arab al-Quran
Puan Cahaya adalah seorang pengamal Teknik Faham Arab al-Quran dari tahun 2013. Daripada pengalaman sebagai pengamal teknik ini, beliau sendiri menghasilkan beberapa teknik baru yang hanya akan dikongsikan di dalam Kelas. Selain itu, beliau juga:
- telah menerima jemputan dari pelbagai peringkat umur dan status.
- berpengalaman mengendalikan seminar di syarikat2 korporat dan juga institusi pendidikan
- pernah menerima jemputan dari dalam dan luar negara(Singapura dan Australia)
Info Mengenai Kelas Faham Bahasa Arab al-Quran
Kelas akan bermula pada bulan April 2018 dan diadakan pada setiap minggu. Buat masa ini, kelas akan berlangsung di lokasi berikut:
Lokasi:
No 6, Ting 1 Jalan KU11/7, Taman Desa Bukit Nilam, Meru Klang, 42200 Klang Selangor
(Google Map : Restoran Sup Pak Lang Gearbox)
Satu kelas maksimum untuk 30 orang sahaja dan jangka masa kelas adalah 3 jam satu sesi. Selain itu, terdapat juga kursus jangka pendek untuk pelajar yang tidak boleh hadir secara mingguan.
Testimoni Dari Peserta
Jom Belajar Kaedah Faham Bahasa Arab Dengan Mudah Dan Cepat. Daftar Sekarang!
Destinasi terakhir kita tentulah mahu ke syurga. Jadi, bahasa syurga adalah bahasa Arab. Apa kata luangkan masa Isnin malam selama dua jam untuk pelajari ilmu bahasa Arab ini daripada guru yang berpengalaman. Jika anda ada kelapangan waktu dan betul – betul minat untuk hadir ke kelas di Meru, Klang ini, hubungi nombor berikut untuk pendaftaran:
KELAS TEKNIK BELAJAR BAHASA ARAB AL_QURAN DI MERU KLANG
Hubungi: Tekan untuk telefon (010-3572018) | Tekan untuk WhatsApp
Lokasi:
No 6, Ting 1 Jalan KU11/7, Taman Desa Bukit Nilam, Meru Klang, 42200 Klang Selangor