Review
Jan 1, 2015, 2:14pm

Teater Sirah Nabi Muhammad S.A.W di Istana Budaya


Bila ditanya, siapakah idola kamu? Pasti kita akan menyebut dengan pelbagai nama-nama berdasarkan bidang yang kita minat. Contoh jika ditanya kepada peminat-peminat  bola sepak siapakah ? Pasti mereka akan menjawab

“Idola saya Messi, Idola saya Cristiano Ronaldo”

Malah yang lebih hebat, mereka sanggup melaburkan berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata terbang dan menyaksikan idola bola sepak mereka bermain secara ‘live’ di dalam stadium luar negara.

Nauzubillah.

Ya, saya tahu ia tidak salah tetapi cuma saya nak ingkatkan bahawa kita lupa ada seorang makhluk manusia yang hebat dan manusia yang paling sempurna secara mutlak.

Siapakah beliau?

Tidak lain dan tidak bukan iaitu Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Ya,

Bagindalah pemimpin seluruh manusia di dunia dan Akhirat yang sudah temaktub.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1436H, Amazon Entertainment Productions Sdn. Bhd. bakal mementaskan sebuah teater muzikal Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta pada 3 hingga 6 Januari  2015 ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Teater Sirah Nabi Muhammad S.A.W di Istana Budaya ini merupakan sebuah teater muzikal riwayat hidup Nabi Muhammas S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu-lagu kisah nabi dan selawat.

Barisan artis yang bakal terlibat dalam teater berkenaan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Datin Seri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Datuk Rahim Razali, Shiha dan Sahronizam

ARTIS DAN TARIKH PERSEMBAHAN

3 & 4 Jan : Dato Siti Nurhaliza

5 Jan : Awie

6 Jan : Amy Search

7 Jan : Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsa banjir

• Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wangtunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.

• Untuk hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014 sehingga 6 Januari 2015. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM 53.00 |RM 103.00 |RM 153.00 |RM 203.00 |RM 253.00 |RM 403.00 |

Untuk tempahan secara online : www.airasia.redtix.com

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: