Insurans
May 11, 2018, 8:34am

Tanda Sakit Buah Pinggang Yang Anda Mesti Tahu


Buah pinggang atau ginjal berfungsi sebagai penapis darah yang menyingkirkan bahan buangan tidak diperlukan tubuh dan dikeluarkan dalam bentuk air kencing. Ia turut berfungsi mengekalkan keseimbangan jumlah cecair dalam tubuh, mengawal tekanan darah, dan menghasilkan hormon bagi memastikan tulang kuat dan darah sihat.

Tanda Sakit Buah Pinggang Kronik

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, bahan buangan yang biasa dikeluarkan tubuh melalui air kencing akan kekal dalam darah menyebabkan hilang selera makan, loya, muntah, keletihan, lemah badan, dan penurunan berat badan. Penyakit buah pinggang kronik adalah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan dan berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa panjang.

Terdapat lebih dari 500 juta individu di seluruh dunia yang mengalami penyakit buah pinggang kronik. Secara umumnya, 1 dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang. Rasa sihat sahaja tidak cukup kerana kebanyakan masalah buah pinggang tidak menunjukan gejala. Pesakit boleh bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa tanpa masalah hinggalah penyakit mula menjadi serius.

Penyakit buah pinggang kronik ini merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan biasanya tidak disedari hinggalah penyakit menjadi teruk dan buah pinggang sukar diselamatkan. Jadi sementara anda berasa sihat, pergilah menjalani ujian mudah ini bagi mengetahui status kesihatan buah pinggang anda. Kealpaan akan mempengaruhi cara perawatan dan peluang untuk menjadi sihat.

Oleh itu, jom baca artikel di bawah untuk mengetahui tanda-tanda awal sakit buah pinggang.

1. Masalah Kencing Terlalu Kerap Di Waktu Malam

Tanda Sakit Buah Pinggang Tandas

Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung.

Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap.

Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.

2. Masalah Air Kencing Berdarah Atau Kencing Kotor

Tanda Sakit Buah Pinggang Kencing

Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah.

Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor.

Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.

 3. Masalah Badan Lemah, Tidak Bertenaga Dan Fikiran Terganggu

Tanda Sakit Buah Pinggang Murung

Buah pinggang yang sihat mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini memberi signal supaya tubuh menghasilakan lebih sel darah merah untuk fungsi mengangkut oksigen.

Apabila fungsi buah pinggang semakin merosot dan kekurangan fungsi hormon EPO, pengeluaran sel darah merah juga turut berkurangan. Kekurangan sel darah merah ini juga disebut sebagai anemia.

Akibatnya, otot dan otak akan mengalami masalah kekurangan sumber oksigen untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.

4. Masalah Air Kencing Berbuih

Tanda Sakit Buah Pinggang Buih

Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome.

Buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting.

Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.

5. Masalah Bengkak Kaki Dan Mata

Tanda Sakit Buah Pinggang Mata

Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang.

Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata.

Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.

6. Masalah Kulit Kering Dan Gatal-Gatal

Tanda Sakit Buah Pinggang Gatal

Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah. Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid.

Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah. Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.

Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.

7. Masalah Susah Hendak Tidur

Tanda Sakit Buah Pinggang Tidur

Ini bukan berkaitan kerap diganggu hantu atau makhluk halus. Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea).

Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia.

Kesemua gangguan ini  menyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.

Bilangan pesakit buah pinggang meningkat dengan mendadak di kalangan penduduk negara-negara membangun. Lonjakan bilangan pesakit ini turut disumbang oleh faktor peningkatan usia, diabetis, tekanan darah tinggi, dan obesiti yang menyebabkan jumlah kes kegagalan buah pinggang kronik semakin bertambah.

Tanda Sakit Buah Pinggang Rawatan

Statistik semasa di Malaysia menunjukkan kira-kira 15,000 orang pesakit yang perlu menjalani dialisis dan setiap tahun, 2,500 kes baru dicatatkan. Perkara ini sangat membimbangkan kerana penyakit buah pinggang sebenarnya boleh dikawal dan dirawat.

Tanda Sakit Buah Pinggang Wang

Di seluruh dunia dianggarkan 1.5 juta orang hidup dengan bergantung kepada mesin dialisis dan pemindahan buah pinggang. Jumlah ini dijangka meningkat dua kali ganda dalam 10 tahun lagi dengan kos rawatan RM 3.5 trilion. Kos rawatan sangat mahal dan seharusnya anda menyediakan payung sebelum hujan!

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

Tanda Sakit Buah Pinggang Perubatan

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: