Review
Sep 20, 2018, 5:47am

Tanah Lot Banglo Mampu Milik Desa Sri Haneco di Semenyih


  •  
  •  
  •  
  •  

Mempunyai sebuah banglo idaman adalah impian bagi semua orang tidak kira mereka yang bekerja kerajaan mahupun bekerja di sektor swasta. Definisi rumah idaman ini juga terlalu umum kerana setiap individu mempunyai spesifikasi mereka yang tersendiri. Ada yang idamkan sebuah rumah di tepi pantai yang tenang, sebuah rumah kampung yang damai, sebuah rumah idaman di tengah bandar ataupun sebuah rumah yang dikelilingi kawasan yang menghijau.

Banglo Mampu Milik Cantik

Untuk memiliki sebuah rumah idaman, anda perlu memikirkan seorang agen hartanah yang dipercayai, keluasan tanah yang sesuai, kemudahan yang ada disekeliling, kos pembinaan, dan sebagainya. Berita baik untuk mereka yang mencari hartanah di kawasan Semenyih, Selangor, anda sangat bertuah kerana kini hanya tinggal satu unit terakhir corner lot yang mungkin akan menjadi hak milik anda. Untuk ketahui lanjut, ikuti perkongsian artikel ini selanjutnya.

Tanah Lot Banglo Mampu Milik Desa Sri Haneco Semenyih Untuk Dijual

Banglo Mampu Milik Desa

Tanah Lot Banglo di Desa Sri Haneco Semenyih ini hanya tinggal lagi SATU LOT sahaja iaitu corner lot di mana terlalu ramai permintaan untuk memiliki lot banglo di corner lot. Size hartanah ini adalah 6705 kaki persegi yang mempunyai persekitaran yang menghijau dengan pemandangan landskap yang semulajadi. Pasti anda akan berasa tenang dan damai di kediaman banglo anda nanti.

Kategori penggunaan tanah adalah untuk pembinaan bangunan dan jenis tanah freehold rezab melayu. Anda tidak perlu risau kerana tanah ini merupakan milik bumiputera yang sudah mempunyai hakmilik individu.

Lokasi Desa Sri Haneco Yang Sangat Strategik

Banglo Mampu Milik Besar

Perkara paling utama yang kebanyakan orang titikberatkan adalah lokasi hartanah yang bakal dibeli. Desa Sri Haneco merupakan lokasi yang strategik untuk anda membina sebuah rumah untuk kediaman keluarga ataupun anda ingin membuat pelaburan hartanah.

1. Terletak Hanya 3km Daripada Masjid Semenyih

Banglo Mampu Milik Masjid

Satu keperluan bagi seorang muslim yang ingin memilik hartanah idaman adalah berdekatan dengan masjid. Lokasi hartanah di Desa Sri Haneco hanya 3km sahaja daripada Masjid Semenyih. Pasti anda dapat melibatkan diri serta mengenali penduduk setempat dengan lebih mesra ketika menghadiri aktiviti – aktiviti masjid yang dijalankan.

2. Jarak Hanya 4.5km Daripada Eco Highway Lekas

Banglo Mampu Milik Tanda

Lebuhraya LEKAS ini menghubungkan Kajang, Selangor dengan Seremban, Negeri Sembilan. Lebuhraya ini akan memudahkan perjalanan anda serta keluarga untuk ke destinasi – destinasi tertentu.

3. Jarak Ke Putrajaya Hanya 20km

Banglo Mampu Milik Putrajaya

Putrajaya sangat terkenal dengan lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Anda boleh nikmati pelbagai kemudahan yang ada di Putrajaya dengan memiliki hartanah di Desa Sri Haneco ini. Antara tempat menarik di Putrajaya adalah IOI City Mall Putrajaya, District 21, Masjid Putrajaya, Tasik dan Cruise Putrajaya, Alamanda Putrajaya serta Taman Botani Putrajaya.

4. Hanya 10km Ke Kajang

Perjalanan anda ke Kajang hanya 10km daripada Desa Sri Haneco. Kajang merupakan tempat yang turut menjadi tumpuan kerana terdapat banyak tempat menarik yang akan memenuhi keperluan serta kehendak anda dan juga terdapat pelbagai restoran yang menarik di Kajang. Pasti pembelian hartanah di Desa Sri Haneco ini menjadi pilihan yang bijak.

5. Hanya 4km Perjalanan Ke Tesco Semenyih

Banglo Mampu Milik Tesco

TESCO merupakan tempat membeli – belah seisi keluarga di mana anda boleh dapatkan segala keperluan di sini. Perjalanan pula hanya 4km daripada Desa Sri Haneco menjadikan lokasi banglo di Desa Sri Haneco sangat strategik untuk mereka yang memilikinya.

Pembangunan Masa Depan Memudahkan Pemilik Hartanah

Banglo Mampu Milik Luas

Anda yang membeli hartanah dan membuat pelaburan hartanah di Desa Sri Haneco sangat menguntungkan kerana masih banyak pembangunan bakal dibangunkan di Semenyih ini. Oleh yang demikian, anda perlu rebut peluang untuk memiliki banglo corner lot ini pada harga terkini kerana dengan pembangunan pada masa hadapan pasti akan menjadikan harga hartanah ini berlipat ganda tingginya.

Banglo Mampu Milik Tangki

Antara pembangunan yang bakal dilaksanakan adalah :

  • ¬†Pembangunan I&P sebanyak 200 ekar ( residential/commercial ).
  • Jalanraya baru bakal dibina daripada Desa Haneco melalui Sime Darby, Diamond City dan Kolej Nottingham
  • Lebuhraya baru bakal dibina daripada Sungai Jelok Kajang ke Sungai Pening Semenyih.
  • Hanya perjalanan 5km ke Jusco Semenyih pada masa akan datang.
  • Hanya 2km ke PKNS, 500 ekar Sungai Lalang Semenyih.
  • Desa Sri Haneco sangat baik untuk pelaburan masa depan serta tempat kediaman sendiri.
Banglo Mampu Milik Jalan

Dapatkan Harga Terbaik Dengan Agen Hartanah Ismadi Ab. Jalil

Sebelom membuat keputusan untuk membeli hartanah, amatlah penting untuk menggunakan khidmat agen hartanah yang berpengetahuan serta mempunyai pengalaman di dalam bidang hartanah. Untuk urusan pembelian hartanah bukan semudah anda membayar akan tetapi ia mempunyai prosedur dan proses yang agak lama.

Banglo Mampu Milik Tandatangan

Pasti anda mahu mencari seorang yang dipercayai dan mampu membuat kerja bagi memudahkan urusan hartanah anda nanti. Perunding hartanah Ismadi merupakan perunding hartanah yang berdaftar dan boleh dipercayai. Perunding hartanah Ismadi sedia untuk memudahkan dan melancarkan urusan pembelian serta pelaburan hartanah anda.

Rebut Peluang Memiliki Corner Lot Banglo di Desa Sri Haneco Sekarang!

Banglo Mampu Milik Lurus

Anda perlu bertindak segera untuk memiliki rumah banglo idaman anda di tanah corner lot Desa Sri Haneco. Lokasi dan kemudahan yang ada di sekeliling Desa Sri Haneco pasti menjadikannya kawasan tumpuan dan rebutan. Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan dengan menghubungi perunding hartanah berdaftar Ismadi Ab. Jalil dengan segera.

ISMADI AB. JALIL | PERUNDING HARTANAH REN 08635 Hubungi : Tekan untuk telefon (017-8799185) | Tekan untuk Whatsapp  Facebook : Tanah Lot Banglo Untuk Dijual РDesa Haneco