Kagum dengan ibu yang menyusu pada hari ini kerana mereka sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk menyusu bayi mereka. Bagi ibu yang bekerja mereka perlu membuat persediaan untuk membeli kelengkapan pam susu, serta mencari ilmu berkenaan membuat stok susu ibu ini. Berbeza pula bagi ibu yang tidak bekerja yang boleh terus menyusu bayi tanpa membuat stok susu. Susu ibu sangat penting dan sangat elok diberi penyusuan sepenuhnya kepada bayi sehingga umur bayi mencecah 2 tahun. Namun bagi sesetengah ibu yang mempunyai masalah dalam pengeluaran susu ibu, maka mereka mencari alternatif mengamalkan milk booster bagi membantu pengeluaran susu ibu untuk menjadi lebih meriah.
Untuk ibu yang pertama kali hamil, anda perlu mengetahui apakah ia yang dimaksudkan dengan Milk Booster atau penggalak susu ini. Milk Booster merupakan makanan atau minuman tambahan di mana perlu diamalkan oleh ibu yang hamil dan ibu yang menyusu bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Apabila mereka mengamalkan milk booster ini, payudara akan menjadi cepat membengkak sebagai tanda pengeluaran susu ibu sangat banyak dan ibu harus membuat persediaan untuk proses pam susu untuk mengelakkan pembaziran pengeluaran susu ibu.
Susu ibu yang di pam keluar bukanlah dibuang di dalam sinki begitu sahaja. Anda perlu mengetahui cara yang betul untuk menguruskan susu ibu yang di pam keluar ini. Ini kerana, sekiranya anda tidak menguruskan penyimpanan susu ibu dengan betul, susu ibu terpaksa di buang begitu sahaja atau susu yang diberikan sudah tidak mempunyai khasiat lagi.
Lambakan produk milk booster menjadikan risiko yang tinggi untuk ibu tidak dapat kualiti produk itu yang sebenarnya. Perlu diingatkan bahawa milk booster ini untuk dalaman ibu dan juga kesihatan bayi. Maka, milk booster haruslah mempunyai ramuan semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan, tidak mengandungi ramuan yang tidak elok untuk ibu dan bayi, bersih dan halal untuk diamalkan. Pasti anda tidak mahu membuang duit begitu sahaja bukan? Dah beli milk booster tapi pengeluaran susu ibu masih sedikit. Ini bukan sahaja memberi tekanan buat ibu malah bayi juga akan kekurangan susu dan kesannya bayi berisiko untuk terkena demam kuning, sembelit, menangis, tidur yang sekejap dan sebagainya.
Pemakanan ibu sangat penting bagi membantu pengeluaran susu ibu dengan lebih meriah. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada kuantiti susu ibu malah pemakanan ibu yang baik mampu memberikan kualiti yang bagus untuk susu yang diminum oleh bayi. Susu ibu yang berkualiti mempunyai zat dan nutrisi yang baik untuk perkembangan minda dan tubuh badan bayi. Ia akan memberi kesan yang baik terhadap kesihatan bayi itu sendiri. Jom ketahui apakan ramuan yang penting bagi meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Mengamalkan buah delima ketika hamil mampu mengurangkan ‘morning sickness’ yang teruk di awal trimester mengandung. Jus delima mengandungi asid folik terbaik untuk ibu hamil di mana ia membantu untuk menguatkan rahim ibu serta sangat penting untuk perkembangan kandungan si ibu. Untuk bayi anda pula, kesannya bayi anda akan memperolehi kulit yang sihat serta minda yang cerdas.
Kurma merupakan sumber makanan yang membantu membekalkan tenaga ketika di bulan puasa. Namun, semua ibu hamil terutamanya perlu menjadikan kurma sebagai makanan wajib diambil setiap hari kerana khasiat kurma sangat bagus untuk si ibu dan juga bayi. Antara manfaat yang diperolehi daripada pengamalan kurma adalah membantu mencegah sembelit, meningkatkan kadar hemoglobin, mencegah kecacatan pada bayi, memudahkan proses bersalin serta sumber kalsium yang baik untuk ibu dan bayi.
Madu merupakan salah satu milk booster terbaik untuk ibu yang menyusu. Dengan mengamalkan madu ketika hamil dan menyusu bukan sahaja membantu pengeluaran susu ibu malah sangat bagus pada kesihatan ibu dan bayi. Antara khasiat madu adalah membantu masalah angin dalam badan ibu dan bayi, melancarkan proses kelahiran bayi, menguatkan rahim, mencegah anemia dan meningkatkan sistem imuniti badan ibu dan bayi.
Susu kambing antara susu yang terbaik untuk diamalkan oleh ibu yang hamil seawal usia kandungan lagi. Hari ini risiko bayi baru lahir terkena demam kuning ini sangatlah tinggi. Untuk mengurangkan risiko bayi demam kuning, anda boleh mengamalkan meminum susu kambing ini. Selain itu, susu kambing juga bagus untuk menambahkan pengeluaran susu ibu, baik untuk sistem pencernaan serta menjadi sumber kalsium yang penting untuk ibu dan bayi.
Seringkali kita ketahui ibu hamil sangat mudah terkena diabetes. Ibu hamil harus sentiasa mengawal pemakanan supaya boleh mengawal paras gula dalam badan kerana paras gula berlebihan akan memberi risiko kepada bayi juga. Stevia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, membantu menurunkan berat badan dengan cepat, serta membantu meningkatkan tenaga dalam badan.
Terdapat pelbagai jenis buah – buahan tempatan yang bagus untuk diamalkan oleh ibu yang hamil termasuklah buah betik. Tahukan anda betik mempunyai Vitamin A yang dapat membantu dalam proses pembentukan organ penglihatan bayi di dalam kandungan ibu serta Vitamin C yang membantu ibu kekal bertenaga.
Habbatussauda mempunyai pelbagai vitamin yang mampu membantu sesiapa sahaja yang inginkan tubuh badan yang lebih sihat. Untuk ibu yang hamil, habbatussauda mampu meningkatkan imunisasi badan ibu dan kandungan serta mengelakkan risiko kecacatan bayi ketika lahir. Selain itu, habbatussauda juga merupakan agen detoks yang terbaik pada badan, mampu menambah pengeluaran susu ibu serta bagus untuk memperbaiki urat – urat selepas bersalin kerana sifat semulajadinya memberikan haba.
Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino, beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Antara manfaat rumpai laut adalah membantu mendapatkan kulit yang sihat, mengurangkan pembentukkan selulit ketika hamil, membantu mengurangkan kolestrol di dalam badan, menguatkan akar rambut, menjadikan kulit lebih tegang serta menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
Tomato mempunyai pelbagai manfaat yang bagus untuk ibu hamil serta menyusu. Mengamalkan buah tomato anda akan memperolehi kulit yang sihat, mampu menurunkan tekanan darah, serta berperanan dalam pembentukan tulang yang sihat. Untuk bayi anda pula, buah tomato ini membantu untuk melindungi bayi anda daripada risiko kecacatan saraf.
Anda usah gusar sekiranya anda mempunyai kekangan waktu untuk dapatkan pelbagai makanan tambahan bagi membantu pengeluaran susu ibu. Semuanya anda boleh nikmati dengan mengamalkan milk booster Moeder setiap hari. Susu Moeder ini merupakan produk buatan Malaysia keluaran Millenial Gen. Moeder tiada bahan terlarang, mempunyai kelulusan KKM dan juga selamat diminum tanpa was-was.
Susu Moeder yang berperisa vanila ini hanya menggunakan bahan – bahan semulajadi sahaja kerana ia dibuat khas untuk diminum oleh ibu yang hamil, ibu yang sedang berpantang serta ibu yang menyusukan bayi. Antara bahan – bahan ramuan yang terkandung di dalam Moeder ini adalah :
– Susu kambing
– Tomato
– Madu
– Anggur
– Kurma
– Buah tin
– Sarang burung
– Rumpai laut
– Gam arab
– Aloe vera
– Billberry
– Lobak
– Brokoli
– Betik
– Stevia
– Vanilla
– Habbatussauda
Milk booster Moeder ini bukan sahaja membantu menambahkan pengeluaran susu ibu malah, dengan mengamalkan minum susu Moeder ini ia turut membantu kepada ibu yang hamil serta ibu yang berpantang juga.
– Menguatkan kandungan ibu yang hamil.
– Membekalkan tenaga kepada ibu semasa proses meneran.
– Mencegah sakit tulang dan belakang badan ketika hamil.
– Meningkatkan daya tubuh, stamina dan tenaga sepanjang kehamilan.
– Mencantik dan merawat kulit ibu yang hamil.
– Membantu memutihkan kulit bayi.
– Membantu menguatkan sistem dalaman bayi terutamanya paru – paru bayi.
– Mengurangkan risiko demam kuning.
– Meningkatkan daya tahan tubuh bayi.
– Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah dan organ pembiakan.
– Membantu sistem pencernaan bayi yang menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder.
– Memberi tenaga ibu yang menyusu.
– Memperbanyakkan dan memekatkan pengeluaran susu ibu.
– Membantu menghilangkan selulit kesan daripada kehamilan.
– Membantu merawat luka dalaman ketika bersalin.
– Mencegah kegemukkan, mencerah dan melembabkan kulit.
Untuk memperoleh kesan yang baik dan berkesan, para ibu perlu mengamalkannya secara berdisiplin setiap hari. Kesan yang baik bukan sahaja boleh dinikmati oleh si ibu malah bayi di dalam kandungan juga dapat merasai manfaat daripada pengambilan susu Moeder ini.
Cara – cara pengambilan susu Moeder adalah :
Setelah mengetahui berita kehamilan, anda disarankan menghentikan minuman dan makanan yang mengandungi kafein kerana ia akan mengurangkan kesan baik yang bakal anda nikmati daripada pengamalan susu Moeder ini. Contohnya anda perlu mengurangkan minuman kopi dan teh serta memperbanyakkan minuman berjus dan air kosong.
Pasti anda mahukan cara dan jalan yang terbaik untuk melalui proses kehamilan selama 3 trimester selama hampir 10 bulan, kemudian tempoh berpantang sekurang – kurangnya 44 hari dan seterusnya sepanjang menyusukan bayi sehingga ke umur 2 tahun. Milk Booster Moeder akan membantu anda untuk lebih bersedia menjadi seorang ibu serta mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi anda juga. Anda boleh hubungi info di bawah untuk sebarang maklumat lanjut.
MOEDER MILK BOOSTER | SUSU UNTUK IBU HAMIL DAN IBU MENYUSU
Hotline: Tekan untuk telefon (010-4042769) | Tekan untuk WhatsApp
Laman Web: https://www.moederhq.com/
Facebook: Kelab Ibu Cantik MillGen
Lokasi Perniagaan:
MillGen Sdn Bhd
No 11g jalan keluli al7/al pusat perniagaan
bukit raja sek7 shah alam
Shah alam, Selangor 40000
Malaysia
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang