Umum
Dec 28, 2010, 5:18pm

Tahan Urine 2 Jam Untuk Medical Checkup


  •  
  •  
  •  
  •  

Seawal pukul 12 tengah hari saya bersama maksu dan juga si sepupu(Anis) keluar membuat Medical Checkup untuk ke Melaka pada 3HB satu tahun hadapan.. *lama lagi kan? tahun depan tuh*. Pada mulanya niat di hati nak Checkup di Klinik Kesihatan Kerajaan sebab harganya murah bayar je RM1 boleh je check berat smpailah ke xray badan..

Tanggapan kami tersasar jauh kerana si kakak kerani jaga kaunter tuh cakap nak medical checkup boleh adik harganya RM80 2 minggu baru siap pastuh adik kena datang balik ambik result tuh.. Udah ler tunggu lama nak dapat nombor bagai kena plak harga RM80.. Tahun depan plak tuh baru siap! Menyirap jugak aku!

Setelah contact my mom kami bertiga terus mencari Klinik Swasta 24jam di Chai Leng Park dan terus bertanya berapa harga untuk medical checkup ni ye ? Semak punya semak si awek india tuh, tanya dia punya doktor harganya taklah mahal sangat cuma bezanya RM20 dari Klinik Kesihatan Kerajaan. InsyaAllah result plak keluar esok..

Setelah buat ujian berat dan tinggi si pekerja Klinik meminta saya untuk mengambil sampel air kencing saya.. Fuhh sangat lega beb sekali letak je. Kebiasaannya saya cukup susah nak urine-urine test nie.. Hampir 2 jam saya tahan urine untuk Medical Checkup.. Sebelum keluar tadi minum air kosong hampir 3 gelas.. hahaha.. Sangat lucu..

Pernah pengalaman nak medical checkup untuk masuk kerja kilang selepas SPM, Tunggu nak kencing hampir sejam last-last mintak sampel air kencing orang lain sebab terlalu payah nak kencing kalau diminta..

KLIK UNTUK MENGUNDI HTTP://PROFHARIZ.COM

ProfHariz : Masih ada lagi beberapa barang untuk ke Melaka tidak dibeli.. Siapa orang melaka?