Review
Nov 22, 2018, 12:12pm

Syanaz Batik – Pembekal Sampin Tulen Melayu Pelbagai Gaya


  •  
  •  
  •  
  •  

Tidak lengkap rasanya untuk bergelar raja sehari tanpa pakaian lengkap yang sempurna dan untuki masyakat melayu khususnya seringkali si pengantin lelaki akan berbaju melayu di saat akan melafazkan akad nikah untuk menerima tanggungjawab ke atas diri bakal isteri. Makin kacak dan segak tatkala melihat penampilan di dalam pemakaian baju melayu yang lengkap di mana turut dikenakan dengan sampin sebagai pelengkap gaya.

sampin perkahwinan cantik

Sampin ini ada pelbagai jenis dan setiap jenis akan dijual dengan harga yang berbeza. Semakin halus seni pembuatannya bermakna semakin mahal harganya namun sampin senantiasa tidak lapuk dek zaman disebabkan faktor pembuatannya yang sangat halus. Berbeza dengan kebanyakan aksesori pakaian lain, sampin akan semakin tinggi melambung harganya jika dikekalkan dalam keadaan yang elok.

sampin tulen melayu terengganu

Antara sampin paling terkenal adalah yang diperbuat dengan cara tenunan dengan menggunakan tangan dan alatan tradisional tanpa sebarang bantuan mesin. Walaubagaiman sekiranya ingin lebih berjimat, tidak salah untuk membeli sampin yang lebih rendah harganya sesuai dengan budget diri masing-masing. Sampin tulen yang boleh digayakan dengan pelbagai gaya ini boleh di beli secara terus daripada pihak SYANAZ BATIK yang beroperasi sepenuhnya di Terengganu.

shanaz batik pembekal sampin asli

Pembekal Sampin Tulen Melayu Yang Berkualiti

Di Syanaz Batik, para pelanggan boleh memilih sendiri mengikut design kesukaan masing-masing kerana terdapat pelbagai jenis pilihan dengan pelbagai corak yang menarik. Antara corak sampin yang paling mendapat perhatian adalah abstrak dan juga flora fauna. Corak ini tidak akan mudah ketinggalan zaman kerana kebanyakannya masih lagi mengekalkan ciri rekabentuk corak tradisional dan juga flora fauna yang sememangnya akan terus boleh diterima dalam apa jua acara hingga bila-bila. Secara tidak langsung anda akan membuat penjimatan kerana telah membeli sampin yang tidak akan mudah lapuk dek zaman.

sampin untuk majlis rasmi

Anda boleh lihat sendiri contoh corak yang diketengahkan pada sampin oleh pihak Syanaz  Batik ini. Sangat cantik dan menarik. Tidak hanya mempunyai variasi dalam pemilihan corak, pilihan warna yang pelbagai juga telah turut di ambil kira supaya para pelanggan ini dapat membuat pilihan mengikut warna tema majlis yang akan dihadiri kelak sesuai dengan warna persalinan baju melayu masing-masing. Untuk si pengantin lelaki kebanyakkannya akan memilih sampin dari warna putih atau krim.

kekemasan jahitan sampin asli songket

Songket Pasang Bunga Tabur Semakin Mendapat Perhatian

Apabila adanya sesebuah majlis perkahwinan, tidak hanya si pengantin lelaki saja perlu di beri persalinan baru sebaliknya ia perlu disertakan dengan pakej pakaian sedondon untuk si pengantin perempuan dan juga untuk para ahli keluarga yang terdekat. Menyedari akan hal tersebut pihak Syanaz Batik telah menyediakan songket dalam bentuk pasang dengan design bunga tabur yang amat sesuai untuk dijadikan persalinan pakaian dalam bentuk baju kurung, baju kebaya dan sebagainya.

sampin bunga tabur

Songket pasang bunga tabur ini didatangkan dengan pelbagai warna menarik yang dapat dipilih mengikut tema masing-masing. Tidak hanya sesuai untuk dijadikan pakaian untuk sedondon di untuk sebuah majlis perkahwinan malah sesuai juga dijadikan sebagai pakaian rasmi sesebuah persatuan mahupun pertubuhan. Jika hanya ingin di pakai bersama ahli keluarga ketika menyambut hari lebaran juga tidak mengapa kerana kain songket bunga tabur ini sangat sesuai untuk sebarang majlis di mana saja pada apa jua ketika.

Turut Menjual Batik Span Cotton Lukis Cantik Pelbagai Gaya

Selain daripada sampin dan kain songket bunga tabur, antara fabrik lain yang turut mendapat perhatian ramai hingga kadangkala boleh kehabisan stok adalah batik span cotton yang sangat selesa, ringan dan sejuk tatkala di pakai. Sifatnya yang mudah serap peluh juga menjadi salah satu faktor mengapa fabrik ini sangat disukai ramai. Sama seperti songket bunga tabur, batin span cotton juga turut didatangkan di dalam pelbagai jenis design dan warna. Pilih saja mana yang anda suka dan mintalah tukang jahit kepercayaan anda untuk mengubahnya daripada selembar benang kepada sepasang persalinan yang anggun.

batik span cotton

Kualiti Terbaik Dengan Harga Terlajak Murah!

Soal kualiti memang amat di jaga oleh pihak Syanaz Batik setiap masa supaya demi untuk memuaskan hati para pelanggannya namun soal harga anda pasti akan lebih berpuashati kerana nilai yang perlu di bayar oleh fabrik yang ada di Syanaz Batik adalah sangat berpatutan sekali.

cantik bergaya dengan shanaz batik

Untuk harga sehelai sampin bermula daripada RM180 sahaja namun harga ini akan lebih tinggi mengikut jenis tenunan songket itu sendiri. Jika anda seorang yang tidak kisah soal harga untuk berbelanja demi untuk mendapatkan fabrik songket tulen yang asli, Syanaz Batik adalah tempat yang tepat untuk anda. Harga sampin tulen sebegitu boleh mencecah sehingga RM5,000 sehelai.

Testimoni Daripada Sebahagian Pelanggan

testimoni pembeli shanaz batik testimoni pembeli shanaz batik testimoni pembeli shanaz batik

Mahu Membeli Sampin Tulen Melayu Yang Bekualiti Untuk Hari Bahagia? Dapatkan Di Syanaz Batik Sekarang Sebelum Terlambat !

Impian anda untuk mendapatkan sampin tulen yang istimewa adalah sangat tepat kerana hari bahagia anda itu akan tampak lebih kacak bergaya dengan persalinan baju melayu yang lengkap. Tak usah pening kepala ke sana sini demi mencari sampin tulen sebegini lagi kerana Syanaz Batik ada segalanya apa yang anda mahu hanya di bawah satu bumbung. Jika tidak dapat terus ke premis, tempahan terus secara online juga sangat di alu-alukan. Pembelian bukan hanya di buka untuk seluruh Semenanjung dan Sabah Sarawak malah untuk warga Singapura juga.

pembekal sampin tulen melayu online terbaik

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan, sila hubungi :

SYANAZ BATIK | SAMPIN MELAYU TRADISIONAL ASLI TERENGGANU Hubungi:Tekan untuk telefon (013-9412792) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: https://www.facebook.com/SyanazBatik/

Alamat: Bazar Warisan, Kuala Terengganu PPA 25 Tarmizi Batik & Songket, Pasar kedai payang, Kuala Terengganu

Mahu Membeli Sampin Tulen Melayu Yang Bekualiti Untuk Hari Bahagia?

Call Whatsapp Layari Website

Mahu Membeli Sampin Tulen Melayu Yang Bekualiti Untuk Hari Bahagia?