Umum
Aug 13, 2010, 9:36am

Syaitan Diikat?


Syaitan Diikat


Assalamualaikum…
Dalam kitab Al-Quran ada tercatat bahawa dibulan ramadan iblis dan syaitan dirantai jadi adakah jin dikecualikan?

JAWAPAN:

Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar mana yang mampu, Insya-Allah.

Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai pada bulan Ramadhan bukan datang dari ayat al-Quran, akan tetapi ia datang di hadith Nabi :saw, sabdanya :-

“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai” [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-

“Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)………” [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa’i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan. Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang. WA.

Sekian, wassalam



PH : Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: