Review
Aug 24, 2019, 9:00am

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai


Bila sebut tentang Kelantan, kebanyakkanya akan membayangkan keenakan makanan yang disajikan di negeri ini. Daripada yang sedap, unik dan hanya ada di Kelantan sahaja, memang membuatkan ramai orang luar daripada Kelantan datang ke sini semata-mata untuk foodhunting. Pada anda yang bercadang ke Kelantan terutama datang untuk merasai sup keting terbaik di Kuala Krai dah jumpa kedai yang dimaksudkan? Kuala Krai, Kelantan merupakan daerah tempat makan yang sering menjadi perhatian ramai. Bukan apa, lokasi sini pun banyak tempat menarik yang perlu dikunjungi. Untuk kali ini, ingin kongsikan sebuah tempat makan sup yang agak terkenal di sini. Restoran Sup Urat Ketin yang menjadi sebutan dan perhatian ramai sejak beberapa tahun dahulu.

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai Hebat

Sup Urat Keting Diminati Ramai

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai Terhebat

Rasanya kalau ditanya pada ramai orang, rata-rata akan menjawab mereka biasanya menikmati sup tulang, sup gear box, sup ekor dan sebagainya. Tidak pula pernah dengan sup urat keting. Jadi pasti ramai lagi yang tidak pernah menikmati sup urat keting. Sebab itulah restoran ini wajib anda cuba. Sebelum tu, anda tahu tak apa itu sebenarnya dimaksudkan urat keting? Urat keting sebenarnya ialah urat yang terletak di bahagian kaki lembu yang berwarna putih dan disaluti lemak. Apabila menyebut tentang lemak, inilah yang membangkitkan selera lagi. Seterusnya, untuk mendapatkan urat keting yang asli, anda perlu merebusnya dahulu supaya lemaknya terasing dari urat keting.

Sup Urat Keting Power di Shima Selera Kampung, Kuala Krai Kelatan

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai 2020

Perlu diakui prosesnya agak sedikit rumit.Tetapi kini ada penyelesaiannya. Anda tidak perlulah bersusah payah untuk merebus urat keting semata-mata ingin membuat sup yang sedap. Anda cuma perlu ke Shima Selera Kampung, yang terletak di jalan besar guchil bersebelahan caltex Kuala Krai Kelatan. Restoran ini dibuka setiap awal pagi sehinggalah ke lewat malam. Selalunya, pada waktu tengah hari, tempat di sini akan penuh dengan orang. Jadi, bijaklah dalam merancang masa di sini.

Sup Urat Keting, Menu Popular di Shima Selera Kampung, Kuala Krai Kelantan

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai 2019 2020

Hidangan istimewa di sini ialah Sup Urat Keting iaitu sup yang direbus bersama urat kaki lembu. Supnya yang kaw dan sedikit pedas ditambah pula dengan kepingan urat keting yang lembut menjadikan hidangan ini cukup sedap dinikmati lagi-lagi di hari hujan. Dengan sekali hirup sahaja, anda sudah rasa ‘kaw’ sup ini. Urat ketingnya yang sangat lembut dan kenyal bersama rempah ratusnya yang pekat mampu membuat pelanggan tidak henti berkunjung mari!

Sekali Cuba Sup Urat Keting Di Shima Selera Kampung Pasti Nak Lagi!

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai Terbaik

Ramai sudah merasai keenakkan sup urat keting di sini. Ramai sangat sukakannya. Tidak bosan untuk makannya setiap hari.Jadi, kepada yang belum pernah cuba sup urat keting ataupun teringin, sangat disarankan anda mencuba menu ini di sini. Anda pasti tidak akan menyesal dan pasti sukakan restoran ini. Yang paling menarik, tak banyak bahan tambahan seperti hirisan bawang dan cili yang tebal-tebal dalam sup ini. Mudah untuk dinikmati.

Menu Lain Seperti Ikan Bakar Dan Nasi Ulam Juga Ada Di Shima Selera Kampung

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai Padu

Tidak hanya tertumpu kepada sup urat keting, di Shima Selera Kampung juga ada menu lain seperti ikan bakar, Nasi Ulam, makanan tradisi orang Kelantan dan banyak lagi. Sesuailah dengan nama kedai iaitu selera kampung jadi sudah pasti segala masakan kampung ada di sini. Restoran ini terkenal dengan masakan melayunya. Untuk para wanita, tempat ini pasti menjadi tarikan kerana tersedianya juadah ulam pelbagai jenis. Restoran ini berkonsepkan layan diri. Jadi kenalah ambil makanan anda sendiri. Pasti anda akan berpuas hati dengan menu pelbagai jenis yang disediakan dengan harga yang sangat berbaloi.

Sup Urat Keting Turun Temurun Popular di Kuala Krai, Kelantan

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai 2020 2019

Tidak banyak yang perlu dikatakan berkenaan Sup Urat Keting di Shima Selera Kampung. Sup Urat Keting di sini amat popular di Kuala Krai, Kelantan. Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau. Setiap warga Kota Bharu pasti tahu dan pernah merasai keenakan Sup Urat Keting. Menunya amat mudah dengan nasi berlauk Sup Urat Keting. Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah apabila menyedut lemak Sup Urat Keting, inilah yang membangkitkan selera lagi yang begitu unik dan tidak akan didapati di tempat lain.

Waktu Operasi Shima Selera Kampung

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai Murah

kedai ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang berkunjung terutama pada musim cuti sekolah. Pada hari biasa pula ramai datang pada waktu tengah hari. Nasib baiklah kedai disini agak besar jadi tak perlulah nak menunggu lama atau beratur. Suasana kedai juga selesa dan redup. Kalau bercuti ke Kelantan jangan lupa untuk mencuba makanan tradisional Kelantan di Shima Selera Kampung ok.

Dibuka setiap hari (jika cuti akan diberitahu di facebook page)
Waktu : 8 pagi hingga 12 tengah hari

Ramai Telah Mencuba Sup Urat Keting Dan Menu Lain Di Shima Selera Kampung

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai Lejen

Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai 2019

Bila ke Kelantan, Jangan Lupa Cuba Sup Urat Keting DI Shima Selera Kampung, Kuala Krai!

Shima selera kampung terletak di Jalan Besar Guchil bersebelahan caltex, beroperasi setiap hari pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Jom Dapatkan Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Guchil, 18000 Kuala Krai, Kelantan

   
Jom Dapatkan Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Sup Urat Keting Terbaik di Kuala Krai SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: