Umum
Sep 9, 2011, 3:51pm

Suara Rakyat – Cukai Topup 6% Bermula 15 September 2011


Assalamualaikum,
Suara Rakyat Cukai Oh Cukai.  Sudah pasti ada di antara anda semua pembaca blog.hariz yang telah menerima pesanan ringkas daripada penyedia syarikat telekomunikasi tentang cukai perkhidmatan sebanyak 6% bermula 15 september 2011 untuk pembelian tambah nilai prabayar dan juga pembelian kad-SIM parbayar.

Tidakkah anda merasakan bahawa Cukai Topup 6% yang dikenakan ini sebagai satu beban ? Belum puas hati lagikah kerajaan mengenakan cukai kepada kita ? Satu demi satu kenaikkan cukai diumumkan. Makan bercukai, kenderaan bercukai, pintu bercukai, tanah bercukai, tengok wayang dengan marka bercukai, makan aiskrim bercukai, harta bercukai, rokok bercukai, astro bercukai, dan pelbagai cukai lagi yang dikenakan.

Tidak cukupkah dengan cukai yang dikenakan selama ini. Lepas ini apakah cukai yang lain lagi bakal dikenakan kepada rakyat. Saya bukanlah penentang pemerintah(gomen) mahupun penyokong pembangkang tetapi ini adalah Suara Rakyat ! Suara daripada pengguna kelas pertenggahan seperti para pelajar yang bergantung sara diri daripada keluarga sepenuhnya.

Bukankah perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang digunakan ini kebanyakkan daripada golongan pelajar ? memang ada yang menyatakan bahawa Cukai Topup 6% itu terlalu enteng untuk dipersoalkan. Tetapi mungkin yang bersuara itu adalah terdiri daripada golongan yang berkemampuan. Cukai Tambah Nilai sebanyak 6% langsung tidak menjadi kudis buat mereka.

Adakah Bloggers tanpa Sempadan berjaya menyelesaikan semua “do list” #nowyoucan find out!

Tahukah wahai syarikat telekomunikasi dan pemerintah. Majoriti pengguna talian prabayar terdiri daripada golongan yang mana? Kenapa mereka memilih prabayar tetapi tidak pascabayar ? Pengguna prabayar kebiasaannya menambah nilai talian prabayar mengikut keperluan mereka dan bukannya bayaran yang tetap setiap bulan beratus-ratus ringgit. Ini pun mahukan cukai ka?

Syarikat telekomunikasi telah pun mengenakan pelbagai caj tersembunyi yang mana kadang-kadang pengguna tidak sedar yang kredit mereka dipotong. Buat panggilan tidak dijawab “masuk voicemail” pun kredit dipotong. Malah ada pula syarikat telekomunikasi apabila pelanggan nak minta bantuan daripada “customer service” pun dikenakan bayaran.

Sedangkan sudah berjuta-juta malah berbillion-billion mereka kaut keuntungan daripada taktik kotor ini dan juga dari rancangan realiti. Akademi Fantasia contohnya hantar sms untuk mengundi. Jika difikir secara logik takkanlah selama ini syarikat telekomunikasi langsung tidak menyalurkan sebarang keuntungan sebagai cukai kepada pihak pemerintah ? Takkan depa tak bayar income tax kot?

Adakah Cukai perkhidmatan topup sebanyak 6% bermula 15 september 2011 ini merupakan salah satu taktik syarikat telekomunikasi malaysia untuk menarik minat pengguna agar menggunakan talian postpaid berbanding prepaid ?

Takkan slogan yang diwar-warkan sejak tahun 2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bertukar menjadi Negara Didahulukan, Rakyat dikemudiankan ? Ce teka Ce teka lepas ini cukai apa pula yang dikenakan ? Jangan cukai kepala pada zaman dahulu di kenakan sudah. Yang mana keluarga anak lebih daripada dua orang dikenakan cukai. Alahaiiiiiii… Nasib baiklah kerajaan tidak mengenakan cukai terhadap udara yang kita sedut setiap hari. Cukai Oh Cukai..

ProfHariz : Semoga Suara Rakyat ini dapat dibaca dan dijawab oleh mereka yang berkenaan.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: